I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 29, 2011

Class Kau Maria~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dah lame tak mengupdate blog, dah bersawang dah...maklum lah xde idea nak tulis ape. Ni pon tak tau nak tulis ape. Tetiba tefikir mungkin bulan April ni aku hanye tulis kenangan sepanjang bulan ni je kot. Mmm, perkara pertama yg terlintas dalam fikiran aku adelah Festari 2011 (bukan nama sebenar- name sebenar Festival Rampaian Tari Interkolej 2011...kot).

Festari 2011 telah berlangsung pade 26 Mac 2011 dan aku telah dilantik menjadi kareografer pemantau (perasan bagus) utk pertandingan ni. Aku bukan taknak mengajar menari lg dah, cumenye ade la masalah peribadi sket. Tambahan plak aku ni bukannye hebat sangat pon, tak banyak pengalaman. Tp kalo utk persembahan biase2 je bleh la kalo nk panggil aku, nak2 kalo semua lelaki, lagi aku suke...mmm, rasenye korang2 mungkin dh paham kot ape masalah peribadi aku tu...

Cumenya ape yg nak diceritakan kat sni pada awalnya aku mmg berat hati bile disuruh jadi "kareografer pemantau". Ramai jgk la sahabat2 yg aku tanyekan masalah yg aku sedang hadapi, tp diorang pon tak tau nak bantu mcm mane. Bulan pertama latihan festari mmg aku tak tunjuk muke, datang pon kadang2, tu pon lambat. Tp bile difikirkan balik, kesian kt diorg penari2 ni, susah-payah datang utk berlatih setiap malam tp takde org guide. Makanye aku kuatkan semangat utk melakukan tanggungjawab yg diamanahkan.

Setelah aku kembali bertugas..huhu..nampak la diorang semua kembali bersemangat. Penah jgk la diorang ckp, mase takde org guide tu rase malas je tp bile ade orang dtg tengok baru la rase semangat sket (kembang aku kejap). Latihan berjalan seperti biase tanpa sebarang masalah sehingga la hari pertandingan, masalah kecik tu biase la, mesti ade punye. Mase pertandingan, bg aku semuanya ok, walaupon ade kesalahan tp aku tak perasan pon, bile tengok rakaman semula baru perasan, tp secara keseluruhannya memuaskan.

Kenangan paling manis bg aku utk Festari ni ade la time amek baju kt UKM, mmg seronok sangat. Bekenalan dengan orang yg berdarah seni gak (perasan hebat) tp dari tempat lain mmg tak dpt dilupakan. Kami bersembang mcm dah kenal lama. Yg penting aku dpt tawar harga sewa baju sampai dpt paling murah...haha...

Hari yang dinantikan telah tiba. 4 April 2011, malam mengumumkan keputusan semua acara kebudayaan yang dipertandingkan semester ni, tp yg aku lebih fokuskan adelah Festari. Malangnya kami tak dapat ape2 anugerah utk festari, cumenya dapat naib johan utk Nyanyian Asli. Tp aku penah cakap pada semua penari, "Ape yang kita usahakan itulah yang bakal kita dapat, kalo kita berusaha bersungguh2 insya-Allah kita akan dapat sesuatu, Allah itu Maha Adil". Harap mereka2 bleh paham kenapa aku ungkapkan nasihat ni.


Akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih pada semua penari2 dan jugak pengurus serta yang terlibat secara tak langsung dalam FESTARI 2011 kerana sudi menyertai pertandingan ni dan banyak bekorban masa dan tenaga utk menaikkan nama kolej. Time kasih gak pade ramai penulis2 blog (kebanyakannye penari) yg mengucapkan terima kasih pada aku (bertambah kembang lg), sesungguhnya mmg banyak kenangan bersama anda semua. Juga saya mewakili Kareografer Utama, Encik Taufik ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam pembelajaran atau terkasar bahasa/carutan kepada anda semua. CLASS KAU MARIA~

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

Sunday, April 3, 2011

Selamat Hari Jadi...

(kejadian berikut hanyalah rekaan semata-mata, tiada kaitan sama ada yang masih hidup atau yang dah meninggal dunia, atau yang sedang menaiki kereta mayat)

Peristiwa 1: Sebuah pondok kecil, pukul 11.00 malam, alam nyata...

Kelihatan sekumpulan manusia sedang berkumpul untuk membincangkan sesuatu. Mereka seperti membincangkan sebuah program yang begitu hebat kerana masing-masing begitu khusyuk memikirkan aktiviti yang bakal dibuat. Tiba-tiba nyanyian lagu "Happy Birthday To You" memecah kesunyian malam tersebut. Mereka yang tadinya khusyuk membincangkan aktiviti, bertukar menjadi hilai-tawa seronok-sakan berlari-larian apabila beberapa orang di antara mereka cuba untuk membaling tepung dan telur ke arah kawan masing-masing, terutamanya orang yang disambut hari jadinya pada malam itu. Lelaki berkejar-kejaran dengan perempuan, perempuan membaling tepung ke arah lelaki, lelaki pula membalasnya. Sambutan menyambut pertambahan umur dilihat begitu berjaya, kelihatan masing-masing begitu seronok sekali...

Peristiwa 2: Sebuah pondok kecil (tempat sama), pukul 11.00 malam, alam ghaib...

Kelihatan Malaikat Izrail (Malaikat Maut) sedang memerhatikan wajah manusia-manusia yang berada di pondok itu. Ntah kali yang ke berapa malaikat maut ini melawat manusia yang sama pada hari tersebut. Ketika Malaikat Izrail datang merenung wajah-wajah mereka, didapati mereka itu ada yang sedang bergelak-ketawa. Maka berkata la Malaikat Izrail, "Alangkah hairannya aku melihat orang-orang ini, sedangkan aku diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk mencabut nyawanya, tetapi mereka masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa." Mereka 'bernasib baik' pada malam tersebut kerana Allah s.w.t. masih tidak mengizinkan lagi nyawa mereka untuk dicabut. Sambutan menyambut pengurangan usia dilihat semakin ceria, kelihatan masing-masing begitu seronok sekali...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tidak semua manusia berkesempatan untuk melengkapkan satu tahun perjalanan hayat hidupnya untuk tahun-tahun tertentu. Ade yang mungkin mengalami kemalangan, ade yang kena penyakit, ade yang bunuh diri, dan mungkin ade yang kena bunuh. Tetapi ade juga yang diberi kesempatan oleh Allah s.w.t., dipanjangkan umurnya untuk menikmati hidup yang lebih panjang, berkesempatan untuk melengkapkan satu tahun hidupnya pada tahun-tahun tertentu.

Persoalannya skrang, bagaimana caranya korang menyambut hari kelahiran? Adekah dengan membuat parti, ajak kawan ramai2 datang rumah, tiup lilin kek, dan bergelak ketawa? Adekah dengan membaca doa, solat sunat, sujud syukur, membaca Al-Quran, dan banyak menangis?

Ramai yang meraikan hari jadi yang dianggap pertambahan umur, yang menunjukkan diri mereka semakin meningkat dewasa, menjadi lebih matang, senang cite dah boleh kawen dah. Padahal mereka tidak tahu mmg umur mereka semakin bertambah, tetapi usia mereka semakin berkurangan, mereka sebenarnya semakin menghampiri lubang kubur. Jadi adekah kita patut untuk meraikan hari jadi dengan baling-baling tepung sambil gelak-ketawa?

Korang ade pikir tak, adekah amalan korang setahun sebelum korang sambut hari jadi tu dah banyak giler sampai korang mampu untuk bersuka-ria? Kalo korang dah banyak sangat pahala, dah banyak buat amalan baik, aku tak kesah la kot, nak enjoy2 time hari jadi, silakan la...sedangkan Rasulullah s.a.w. yang maksum, terpelihara dari melakukan dosa pun senantiasa menangis, korang nak enjoy (perasan bagus)..

Ingatlah wahai korang semua, usia kita semakin berkurangan, hanya umur sahaja yang bertambah. Ni bermaksud kite sedang menghampiri MATI. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, takde manusia yang hidup selamanya. Kite sepatutnya menyambut hari jadi dengan memperbanyakkan doa kesyukuran sbb dipanjangkan umur, solat taubat mintak ampun dosa-dosa yang lepas, dan mulakan umur kita yang baru dengan banyak buat amal-amal soleh, bukannye dgn membaling2 tepung atau meraikan dengan kek harijadi.

Perbuatan meraikan hari jadi dengan meniup lilin kek dan membaling2 tepung tidak pernah diajarkan dalam sunnah Rasullullah s.a.w. Perbuatan ni telah sengaja direka oleh orang2 kafir dan kite plak yang kononnya berilmu, ade otak taknak pikir (mcm binatang, mmm...tak, lebih teruk lg) ikut je ape yang diorang buat sedangkan dari Ibn Umar r.a. berkata, Rasullullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka" (H.R. Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani). Jadinya, adekah korang semua nak menjadi golongan kafir dengan mencontohi perbuatan-perbuatan mereka?

Tahukah kita semua bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati. Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan Malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.' "

Terpulang la pada kite mcm mane untuk menyambut hari jadi, sambut dengan gelak ketawa atau sambut dengan banyak menangis merenung kembali apa yang telah kite lakukan pada hayat tahun-tahun sebelumnya. Sama ada kite sambut dengan membaling telur dan tepung atau sambut dengan doa kesyukuran. Sama ada kite sambut dengan meniup lilin kek atau sambut dengan solat taubat.

Sebenarnye peristiwa di atas hanya contoh sahaja, banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh dijadikan contoh. Bile kite pikir nak buat dosa dan maksiat, kite kena tau Allah s.w.t. sedang perhatikan kite, malaikat maut juga berada berhampiran. Bile kite rase nak buat pahala dan amal makruf, kite tau yang Allah s.w.t. sedang perhatikan segala perbuatan kite, dan malaikat maut juga sedang melawat kite. Setiap perbuatan dilihat dan dinilai oleh Allah s.w.t. walaupon sebesar zarah.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

p/s: Sahabatku, dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Tarikh Kelahiran yang ke-21, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...sambutlah hari ini dengan penuh kesyukuran, elakkan dari banyak bergelak-ketawa, sesungguhnya malaikat maut sentiasa memerhatikan kite...blanje makan takpe kot, sbb tu salah satu amalan yang baik...hehe