Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, dapat aku curi2 masa untuk menyambung coretan aku yang sekian lamanya terpendam dalam hati (perasan sibuk). Kali ni aku nak cerita sket la pengalaman aku pulang berhari raya di kampung halaman tercinta, mana lagi kalo bukan kat Korea.
Alhamdulillah, tahun ni aku dapat solat sunat Aidilfitri di belakang imam lagi, hebat tak? Tapi barisan keempat la, tapi tetap belakang imam jugakkan, takkan nak solat depan dia pulak...haha (perasan lawak). Selepas solat macam biase la, bermaafan dengan keluarga, sedara-mara, nenek dan jiran2. Lepas bermaafan ape lagi, "ketupat rendang sila nikmati penat memasak malam ke pagi".
Umah kampung aku baru dibina koridor, siap letak sofa dan meja makan lagi. Makanya kalo orang datang beraya terus duduk kat luar, memang sesuai la namanya 'open house'. Raya kali ni agak meriah la, sebab tiap2 hari masak best2. Raya Pertama ade rendang tiga jenis (rendang ayam, rendang daging, rendang tok), Hari Kedua gulai daging salai masak cili api, Hari Ketiga sup gearbox dan Hari Keempat buat barbecue (mane tak gemok...eh gemok ke).
Sebenarnya korang ade perasan tak yang aku hanya menaip Raya Pertama, tp yang lain Hari Kedua, Hari Ketiga dan seterusnya, dan bukannya Raya Kedua, Raya Ketiga dan seterusnya. Pada pendapat aku la yang bukan ustaz mahupun alim ulama ni, kita semua seharusnya meraikan kemenangan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan hanya sehari saja, dan bukannya yang sering kita lakukan iaitu Raya Sebulan sebab kita berpuasa sebulan.
Anas bin Malik r.a. berkata, "Nabi pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyah. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan lebih baik, iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis Riwayat An-Nasaai)
Dari hadis di atas jelas menunjukkan Allah s.w.t. menggantikan salah Satu Hari perayaan ketika zaman jahiliyah dengan Hari Raya Aidilfitri. Ini bermaksud kita seharusnya merayakannya sehari saja, maka jangan la kita beriya sangat nak 'beraya' sampai sebulan. Tapi kalo nak menziarahi sanak saudara dan sahabat handai takpe la, sebab amalan ziarah-menziarahi amat digalakkan.
Alang2 dah puasa sebulan dalam bulan Ramadhan tu, puasa la setahun pulak. Eh, takkan tak mampu pulak. Ala, senang je. Kita rujuk semula hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (Hadis Riwayat Muslim)
Kan senang je, hanya berpuasa sebulan di bulan Ramadhan diikuti puasa enam hari di bulan Syawal kita dah dapat ganjaran seperti berpuasa satu tahun. Begitu mudah untuk melipat-gandakan pahala, cuma nak atau taknak buat je.
Yang tak dapat berpuasa dengan bersebab tu, bleh terus ganti puasa dalam bulan Syawal ni. Tak payah nak tunggu nak dekat2 dengan bulan Ramadhan seterusnya baru nak ganti. Kalo tak sempat ganti macam mane? Pandai2 la jawab nanti...
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~
p/s: mmm...terasa panas plak bila balik Malaysia ni....woha