Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
"Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terima ku seadanya
kerna ku tak sanggup, kerna ku tak mampu, hidup tanpa dia disisiku"
Suatu hari Jumaat, aku telah datang awal utk mendengar tazkirah sebelum Khutbah Jumaat (perasan beriman). Walaupun agak ringkas, hanya 5 minit sahaja tapi sudah cukup memberi impak kepada aku yg memang mencari2 ketenangan.
Tazkirah yang diberikan adelah berkaitan dengan doa. Ustaz tersebut menyatakan, jika kita mendoakan kebaikan untuk saudara kita, nescaya 10 malaikat akan meng'amin'kan doa tersebut dan mendoakan kembali kepadanya.
Bayangkan, kite manusia hina ni, hanya mendoakan utk saudaranya tetapi kita dibalas dengan doa2 para malaikat, tak mahukah kita semua? Kenapa aku ckp kita ni hina, kita ni dikeluarkan dari dua kemaluan iaitu dari pancutan kemaluan lelaki dan dilahirkan keluar dari kemaluan perempuan, tak ke hina tu (ni ustaz tu sendiri yg cakap)...
Ustaz tersebut menambah, doa org Islam ini akan dimakbulkan dgn 3 cara:
1. Dimakbulkan ketika di dunia ini
2. Jika tidak di dunia, dimakbulkan di akhirat kelak
3. Jika tidak, kebaikan yang didoakan diganti dengan menghilangkan keburukan yang sama maksud dengan kebaikan itu tadi
Kemudian suatu hari seorang sahabat telah msg berkaitan perkara yang sama:
"Jika Allah telah memakbulkan doamu, Dia telah mengukuhkan kepercayaanmu. Jika Dia menangguhkannya, Dia menguji kesabaranmu. Jika Dia tidak memakbulkan doamu, jangan berputus asa. Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu."
Ustaz tersebut menambah lagi, jika kita berdoa kepada Allah, Allah akan malu untuk tidak memakbulkan doa kita. Nampak tak di situ, Allah pun malu untuk tidak memakbulkan doa2 hambaNya. Hanya kita ni je yg belagak bagus padahal hina, taknak berdoa kepada Allah... lepas sembahyang terus bangun, cepat2 balik bilik sebab nak menghadap fesbuk
Marilah kita sama2 mendoakan kebaikan dan kebahagiaan kepada sahabat2 kita, semoga Allah memberikan 10 malaikat yang akan mendoakan kita kembali...Insya-Allah
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya yang hina dan berdosa ini...Wallahualam
p/s: semoga doaku dimakbulkan...