I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 19, 2011

Tekanan Darah Tinggi

(entry kali ni entry ilmiah perubatan skema sket...perasan doktor)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Jantung bertugas sebagai pengepam darah dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh bahagian badan dan tekanan ini berbeza bagi setiap individu dan bacaannya juga berbeza.

Kategori Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Systolic (Angka bacaan di atas) mmHg
Tekanan Darah Diastolic (Angka bacaan di bawah) mmHg
Normal
< 120
And < 80
Pra Hypertensi
120- 139
or 80 - 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
140 - 159
or 90 - 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
> 160
or > 100

Penyakit darah tinggi dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda2 di peringkat awal. Menurut Dr. Shaharuddin Che Kadir dari Hospital Pakar Perubatan Pusrawi, pemeriksaan kesihatan amat penting bagi mencegah di peringkat awal terutama mereka yang berisiko tinggi.

"Contohnya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, kurang aktiviti fizikal, menghidap kencing manis, mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan sejarah darah tinggi di kalangan keluarga." katanya.

"Penyakit darah tinggi perlu dikawal dengan baik kerana ia sebenarnya menjadi salah satu penyebab utama serangan jantung, lemah jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang" katanya lagi.


Walaubagaimanapun tidak semua pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi mengidap penyakit darah tinggi dan begitu juga tidak semua pesakit darah tinggi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Tetapi kebiasaannya kedua-dua penyakit itu berkait rapat.

"Jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes, penurunan berat badan disyorkan. Sebaiknya ambil makanan yang rendah lemak, mengurangkan penggunaan minyak dan santan, mengurangkan pengambilan garam dan gula dan juga meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan bijirin."


Antara gejala-gejala penyakit darah tinggi:
1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa tegang tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit kepala waktu pagi
7. Telinga berdegung/berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab / emosi tidak stabil
9. Gayat tanpa sebab


Tanda Amaran Kronik
Serangan Iskemia Sementara (TIA): 'Strok kecil' datang sekejap sahaja mengurangkan bekalan darah ke otak, dalam masa 5 tahun 35% akan mengalami strok sebenar.
Ini disebabkan gumpalan kecil pada salur arteri (separuh tersumbat) bekalan oksigen ke otak tidak mencukupi.
Kawal tekanan darah: 130-139/85-89 meningkatkan risiko strok 50%
Gejala: lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan/kaki, masalah percakapan/penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koordinasi tidak baik.


Komplikasi akibat tekanan darah tinggi:
1. Otak: Serangan strok / angin ahmar atau sementara (strok ringan)
2. Penyakit jantung
3. Komplikasi pada mata (pendarahan dan kerosakan pada bahagian sensitif mata)
4. Komplikasi pada buah pinggang (kegagalan fungsi buah pinggang)
5. Peripheral vascular disease (hilang satu atau lebih denyut nadi)


Faktor risiko menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi):
1. Cara hidup tidak aktif
2. Umur melebihi 35 tahun
3. Merokok
4. Kegemukan
5. Paras kolesterol tinggi
6. Sejarah keluarga
7. Pengambilan alkohol yang berlebihan
8. Pengambilan garam yang tinggi


Amalan Diet Seimbang
1. Elakkan garam: kreatifkan dgn menukar kpd herba/rempah ratus
2. Jangan makan daging proses: hotdog, berger, bebola daging
3. Jangan makan sayur dalam tin
4. Elakkan makanan bergoreng, kulit ayam, lemak daging, makanan segera
5. Hadkan kafein: kopi, rokok
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa
7. Awas lemak tersembunyi: santan dalam kari, nasi lemak, roti canai


Makanan Sesuai untuk Pesakit Darah Tinggi
1. Buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit
3. Kekacang, soya, dal dan lain2
4. Makanan tinggi kalium: kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun
7. Cara masakan rebus, kukus, panggang, sekali-sekali goreng


Ubah Gaya Hidup
1. Pil perancang (ubat darah tinggi)
2. Tidak merokok
3. Tidak minum alkohol
4. Kurangkan ketegangan (stress)
5. Rehat secukupnya (tidur lebih 4 jam, kurang 8 jam)
6. Amalkan senaman
7. Mengurangkan berat badan jika berlebihan



Kepada sesiapa yang belum lagi melakukan pemeriksaan kesihatan, cepat ke pusat kesihatan yang berhampiran untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Lebih cepat kita tahu tahap kesihatan kita, lebih awal pencegahan dan rawatan dapat dilakukan jika kita mempunyai sebarang penyakit.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam



p/s: semoga sahabatku dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan darah tinggi kembali normal

Sunday, December 18, 2011

Panas Baran

(entry kali ini untuk mencuba2 mengupload video di dalam blog)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Video ni khas untuk orang2 yang suka marah2, panas baran, suka cakap kasar, memaki-hamun dan takde sifat penyabar dalam diri. Kepada orang2 sebegini, tolonglah tgk video ni sampai habis. Semoga anda semua mengambil iktibar dan pengajaran dan sampaikan kepada orang2 yang tak menonton video ni...


Tak kisah la kita ni orang Arab ke, orang Bangla ke, orang Negeri Sembilan ke, orang Korea ke...kalo kita dah beragama Islam, kita wajib ikut cara Islam. Tak payah la nak cakap, "Aku ni orang Johor, bahasa memang kasar, suke marah2"... Lantak ko la dari bangsa ape sekalipun, yang penting kita orang Islam. Makanya kena ikut ajaran Allah dan Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam...

Dan segeralah kamu kepada (mengejakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara kebaikan.

(Surah Ali Imran: ayat 133-134)

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

special thanks to Madmie Channel En Route Ustaziyatul Alam (TOMATO Production)


p/s: cantik siot kualiti gambar dalam video ni, bile la aku dpt buat short film mcm ni gak...(percubaan pertama mengupload video berjaya)

Monday, December 5, 2011

Orang Yang Kuat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setiap subuh hari ketika aku dan sahabat baru nak memulakan perniagaan iaitu memasak hotdog, kami akan mendengar satu siaran radio, iaitu Panas fm. Dalam pukul 7 lebih mcm tu, ade satu slot yang dinamakan 'Panggilan Hangus'. Slot ni dibuat khususnya untuk membuat orang yang nak dikenakan tu marah. Kebanyakan orang yang mengenakan tu adalah kawan baik sendiri, tunang sendiri, malah anak sendiri pun ada.

Ade satu hari tu aku dengar 'Panggilan Hangus', seorang perempuan nak kenakan tunangnya. Dia kononnya buat2 dia telah keluar makan dengan lelaki lain (bekas kekasih lama), kemudian suruh DJ radio ni yang menyamar sebagai lelaki tersebut, telefon tunangnya cakap dia keluar makan dengan perempuan tadi. Bila DJ radio ni melakukan seperti yang dirancangkan oleh perempuan ni tadi, tunangnya sangat marah sampai beberapa kali jgk la dia off telefon. Perempuan ni pulak boleh gelak2 bila tunang lelakinya marah2 dan off telefon, menganggap dia telah berjaya kenakan tunangnya.

Adekah DJ radio ni tak rasa bersalah kenakan orang dengan membuat orang lain marah? Adekah perempuan macam ni yang kita nak buat isteri? Kalo awal2 lagi dah kenakan orang, mcm mane la bila kawen nanti. Kalo ade orang berani nak buat panggilan hangus kat aku buat la... memang mati aku kerjakan...(perasan ganas).

Salah satu cara untuk mengelakkan kemarahan adalah dengan menjauhi orang2 yang suka membuat kita marah dan bercampur dengan orang2 yang sentiasa menggembirakan hati kita. Maka, nasihat aku kepada lelaki tersebut, tinggalkan je perempuan tu...woha


Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara cara2 terbaik yang diajar oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam untuk meredakan kemarahan adalah:
1. Mengucapkan "Audzubillahi minasy syaithanir rajiim"
2. Jika kemarahan masih belum hilang, maka disyariatkan supaya duduk, tidak boleh berdiri. Jika belum hilang berbaring.
3. Diam tidak berbicara untuk mengelakkan keluar kata2 yang mencela dirinya dan orang lain.
4. Berwuduk kerana marah itu dari syaitan dan syaitan itu dari api. Alang2 dah ade wuduk tu, buat la solat sunat sekali.
5. Berpuasa kerana puasa dapat mencegah perbuatan keji dan sia2.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

Thursday, December 1, 2011

Nikmat Yang Melalaikan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Semasa aku sedang menunggang motosikal berjalan2 mengambil angin di kala petang yang hening, ditemani kicauan burung2 yang sedang terbang pulang ke sarangnya, cahaya matahari malap terhalang oleh awan mendung, bumi masih basah kerana baru sahaja selesai hujan, angin dingin sepoi2 bahasa bertiup menggerakkan daun2 pokok...ketika itu aku mendapat idea untuk menulis entry baru ni (perasan metafora melampau).

Masa aku jalan2 petang tu, tetiba terlintas dua ungkapan dalam kepala aku. Mungkin ungkapan ni korang penah dengar atau terbaca dari mana2 kot, jadi bukan aku la pelopor kepada ayat2 ni. Mmm, nak cakap falsafah tak jugak, nak cakap falsampah pun tak jugak...anggap ungkapan ni sebagai kata2 motivasi je la yang boleh meningkatkan keyakinan diri dan keimanan korang (perasan beriman).


"Sentiasalah melihat kekurangan orang lain, supaya kita sentiasa bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita ada sekarang,
Janganlah sentiasa melihat kelebihan orang lain, ditakuti kita tidak bersyukur kepada Allah malah mengutuk diri sendiri dan menyalahkan takdir kerana tidak dijadikan seperti mereka"

Daripada ungkapan di atas, jelas menunjukkan kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada dengan melihat kekurangan pada orang lain. Sebagai contoh, kita lihat orang yang takde kaki, tapi kita ada kaki. Dengan kesempurnaan yang kita ada, kita dapat berjalan dan berlari, berbanding dengan orang yang takde kaki tadi. Jadi kita kena banyak2 bersyukur kepada Allah kerana diciptakan dengan kesempurnaan yang ada.

Jangan la kita selalu melihat kelebihan orang lain, takut2 kita tidak bersyukur dengan apa yg kita punyai sekarang, ataupun mencaci takdir yg ditentukan oleh Allah. Sebagai contoh kita lihat orang lain kaya tapi kita miskin. Kita pun menyalahkan Allah kerana menjadikan kita miskin tetapi org lain kaya, lalu kita pun tak bersyukur, menganggap Allah kejam, tak menunaikan solat, berjudi utk cepat kaya dan sebagainya. 

Sedangkan kita terlupa ramai lagi orang miskin yang sedang menderita tak makan, tiada tempat tinggal dan banyak kekurangan lagi. Seeloknya jika kita mempunyai kekurangan, hendaklah kita perbanyakkan bersabar kerana Allah sedang menguji keimanan kita dan sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada.


"Biarlah dugaan menimpa yang membuatkan kita sentiasa mengingati Allah,
Daripada mendapat nikmat yang membuatkan kita lalai mengingati Allah"

Aku sendiri pernah melihat perkara ni. Seorang kawan aku baru sahaja kematian bapanya. Alhamdulillah sejak daripada itu, selalu juga aku melihat dia datang ke surau untuk solat berjemaah berbanding sebelum ini. Inilah yang dinamakan dugaan yang menyedarkan kita untuk lebih mengingati Allah. Tapi jangan la kita tunggu dugaan datang barulah nak ingat Allah. Sekurang2nya dugaan ni adalah pemangkin untuk dia berubah.

Aku pernah mendengar satu kisah zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, ada seorang ni (lupa plak namanya) sentiasa bersolat jemaah dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan berpakaian buruk (kalo tak silap, kain guni yang dijadikan baju). Setelah selesai solat, dia cepat2 bangun dan pulang ke rumah, tidak berdoa bersama2 Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Beberapa kali juga dia melakukan perkara yang sama.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pun berasa hairan lalu bertanyakan kepada orang tersebut, kenapa tergesa2 untuk pulang dan tidak berdoa terlebih dahulu. Lalu orang tersebut menyatakan dia tersangatlah miskin, baju guni yang dipakai dikongsi bersama isterinya. Dia cepat2 pulang ke rumah supaya dia dapat memberi baju yang dipakai kepada isterinya, lalu dia dapat pakai untuk melakukan solat pula. (rase sedih pulak)

Orang tersebut pun meminta supaya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mendoakannya supaya menjadi kaya. Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pun berdoa kepada Allah dan doa baginda dimakbulkan. Dia pun menjadi kaya, haiwan ternakan beranak-pinak. Sejak dari itu, hari demi hari dia menjadi terlalu sibuk menjaga haiwan ternakan sahaja sehingga melupakan solat berjemaah. (rase geram pulak)

Suatu hari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam meminta seorang sahabat berjumpa dengannya menyuruh dia membayar zakat tetapi dia tidak mengendahkan kerana terlalu sibuk menguruskan ternakannya. Setelah beberapa kali disuruh tetapi dia masih tidak lagi membayar zakat, lalu Rasulullah menyatakan sesungguhnya Allah tidak lagi menerima zakatnya. Nauzubillah..

Inilah yang kita takuti sebenarnya. Takut2 nikmat yang diberikan oleh Allah seperti kekayaan dan keluarga dapat melalaikan kita daripada melakukan tanggungjawab kita sebagai orang Islam seperti solat dan zakat. Sentiasalah kita berdoa kepada Allah supaya sentiasa ditetapkan iman walaupun diuji dengan dugaan mahupun nikmat.


"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim, ayat 7) 


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~