I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 1, 2011

Nikmat Yang Melalaikan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Semasa aku sedang menunggang motosikal berjalan2 mengambil angin di kala petang yang hening, ditemani kicauan burung2 yang sedang terbang pulang ke sarangnya, cahaya matahari malap terhalang oleh awan mendung, bumi masih basah kerana baru sahaja selesai hujan, angin dingin sepoi2 bahasa bertiup menggerakkan daun2 pokok...ketika itu aku mendapat idea untuk menulis entry baru ni (perasan metafora melampau).

Masa aku jalan2 petang tu, tetiba terlintas dua ungkapan dalam kepala aku. Mungkin ungkapan ni korang penah dengar atau terbaca dari mana2 kot, jadi bukan aku la pelopor kepada ayat2 ni. Mmm, nak cakap falsafah tak jugak, nak cakap falsampah pun tak jugak...anggap ungkapan ni sebagai kata2 motivasi je la yang boleh meningkatkan keyakinan diri dan keimanan korang (perasan beriman).


"Sentiasalah melihat kekurangan orang lain, supaya kita sentiasa bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita ada sekarang,
Janganlah sentiasa melihat kelebihan orang lain, ditakuti kita tidak bersyukur kepada Allah malah mengutuk diri sendiri dan menyalahkan takdir kerana tidak dijadikan seperti mereka"

Daripada ungkapan di atas, jelas menunjukkan kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada dengan melihat kekurangan pada orang lain. Sebagai contoh, kita lihat orang yang takde kaki, tapi kita ada kaki. Dengan kesempurnaan yang kita ada, kita dapat berjalan dan berlari, berbanding dengan orang yang takde kaki tadi. Jadi kita kena banyak2 bersyukur kepada Allah kerana diciptakan dengan kesempurnaan yang ada.

Jangan la kita selalu melihat kelebihan orang lain, takut2 kita tidak bersyukur dengan apa yg kita punyai sekarang, ataupun mencaci takdir yg ditentukan oleh Allah. Sebagai contoh kita lihat orang lain kaya tapi kita miskin. Kita pun menyalahkan Allah kerana menjadikan kita miskin tetapi org lain kaya, lalu kita pun tak bersyukur, menganggap Allah kejam, tak menunaikan solat, berjudi utk cepat kaya dan sebagainya. 

Sedangkan kita terlupa ramai lagi orang miskin yang sedang menderita tak makan, tiada tempat tinggal dan banyak kekurangan lagi. Seeloknya jika kita mempunyai kekurangan, hendaklah kita perbanyakkan bersabar kerana Allah sedang menguji keimanan kita dan sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada.


"Biarlah dugaan menimpa yang membuatkan kita sentiasa mengingati Allah,
Daripada mendapat nikmat yang membuatkan kita lalai mengingati Allah"

Aku sendiri pernah melihat perkara ni. Seorang kawan aku baru sahaja kematian bapanya. Alhamdulillah sejak daripada itu, selalu juga aku melihat dia datang ke surau untuk solat berjemaah berbanding sebelum ini. Inilah yang dinamakan dugaan yang menyedarkan kita untuk lebih mengingati Allah. Tapi jangan la kita tunggu dugaan datang barulah nak ingat Allah. Sekurang2nya dugaan ni adalah pemangkin untuk dia berubah.

Aku pernah mendengar satu kisah zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, ada seorang ni (lupa plak namanya) sentiasa bersolat jemaah dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan berpakaian buruk (kalo tak silap, kain guni yang dijadikan baju). Setelah selesai solat, dia cepat2 bangun dan pulang ke rumah, tidak berdoa bersama2 Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Beberapa kali juga dia melakukan perkara yang sama.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pun berasa hairan lalu bertanyakan kepada orang tersebut, kenapa tergesa2 untuk pulang dan tidak berdoa terlebih dahulu. Lalu orang tersebut menyatakan dia tersangatlah miskin, baju guni yang dipakai dikongsi bersama isterinya. Dia cepat2 pulang ke rumah supaya dia dapat memberi baju yang dipakai kepada isterinya, lalu dia dapat pakai untuk melakukan solat pula. (rase sedih pulak)

Orang tersebut pun meminta supaya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mendoakannya supaya menjadi kaya. Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pun berdoa kepada Allah dan doa baginda dimakbulkan. Dia pun menjadi kaya, haiwan ternakan beranak-pinak. Sejak dari itu, hari demi hari dia menjadi terlalu sibuk menjaga haiwan ternakan sahaja sehingga melupakan solat berjemaah. (rase geram pulak)

Suatu hari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam meminta seorang sahabat berjumpa dengannya menyuruh dia membayar zakat tetapi dia tidak mengendahkan kerana terlalu sibuk menguruskan ternakannya. Setelah beberapa kali disuruh tetapi dia masih tidak lagi membayar zakat, lalu Rasulullah menyatakan sesungguhnya Allah tidak lagi menerima zakatnya. Nauzubillah..

Inilah yang kita takuti sebenarnya. Takut2 nikmat yang diberikan oleh Allah seperti kekayaan dan keluarga dapat melalaikan kita daripada melakukan tanggungjawab kita sebagai orang Islam seperti solat dan zakat. Sentiasalah kita berdoa kepada Allah supaya sentiasa ditetapkan iman walaupun diuji dengan dugaan mahupun nikmat.


"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim, ayat 7) 


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

No comments:

Post a Comment