I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 21, 2011

21 November 2011: Hadiah Teristimewa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pada 21 November 2011, aku telah mencapai usia 19 tahun (perasan muda). Secara lazimnya kebanyakan orang akan meraikan harijadinya dengan mengadakan parti harijadi, bersuka gembira dan menerima hadiah daripada kawan2. Tetapi sudah lama aku tidak menyambut harijadi, mungkin kerana takde orang nak buat parti untuk aku kot. Walaubagaimanapun pada tahun ini aku menerima hadiah paling istimewa daripada sahabat baikku.

Sebenarnya pada tarikh yang sama, nenda sahabat baikku telah kembali ke rahmatullah. Aku juga pernah ada nenek yang menjaga aku sejak kecil lagi. Maka aku memahami perasannya walaupun dia menyembunyikan dari pandangan aku.

Menangislah wahai sahabatku kerana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak melarang kita untuk menangis, yang dilarang hanyalah menangis keterlaluan sampai berteriak2, mengoyak2 baju dan menampar2 muka (seperti orang jahiliyyah).

Dari Abu Hurairah, beliau berkata, "Salah seorang keluarga Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ada yang meninggal dunia, kemudian berkumpullah kaum wanita menangisi mayat itu. Melihat yang demikian, Umar melarang dan mengusir mereka keluar. Menyaksikan perilaku Umar yang demikian, Rasulullah berkata, "Biarkan sahaja mereka wahai Umar. Sesungguhnya mata telah berlinang, hati terluka sedangkan ajal telah mendekat." (HR. Nasa'i)

Seeloknya hendaklah kita perbanyakkan bersabar dan tabah menghadapinya kerana kematian itu pasti. Menangis yang dibolehkan jika kita mengenang kembali dosa silam ataupun takutkan azab Allah s.w.t. Sesungguhnya mayat akan tersiksa kerana ratapan (penyesalan) dari ahli keluarga.

Pada hari tersebut, sahabatku telah mengajakku bersamanya untuk pulang ke rumahnya di Melaka menguruskan pengkebumian arwah nendanya. Walaupun aku hanya sempat berjumpa arwah dua kali, aku juga turut merasakan kesedihan ketika itu.

Mungkin kerana arwah pernah berbuat baik kepadaku ketika aku menziarahi rumahnya, dia pernah menjamah aku dengan menyuap sendiri nasi ke mulutku. Mungkin juga kerana melihat keadaan sahabatku yang sedang bersedih.

Aku sempat menyembahkan arwah dan melihat dia dikebumikan. Beberapa kali juga aku mengalirkan air mata bila merenung kembali hari tersebut aku telah bertambah umur, sedangkan sebenarnya usia aku semakin berkurangan dan menghampiri kematian, apakah aku sudah cukup bersedia untuk menghadap Allah s.w.t.

Terima kasih sahabatku kerana membawaku bersama. Sekurang2nya aku dapat mengingati yang kematian itu benar, azab kubur juga benar dan semua orang yang hidup pasti akan merasai kematian. Sesungguhnya inilah hadiah teristimewa yang pernah dihadiahkan kepadaku.



Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam..


p/s: semoga roh arwah nendaku, Iyah dan nenda sahabatku, Sarinah binti Lamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Al-Fatihah 

1 comment: