Sejak kebelakangan ini, banyak bangunan pencakar langit dibina dan bakal dibina terutamanya di negara2 pengeluar minyak dunia. Diorang ni dah terlalu banyak duit sangat sampai tak tau nak buat ape dah, masing2 berlumba untuk mendapat tempat pertama dalam membina bangunan tertinggi.
Tak ke diorang tengok negara jiran diorang seperti Somalia dan negara Afrika yang lain sedang menderita kebuluran dan kemiskinan? Masing2 dengan keegoan dan ketamakan sendiri, tidak mempedulikan nasib orang lain. Kalau la diorang ni sedar, nescaya takkan ade orang miskin kat dunia ni.
Berikut serba sedikit maklumat mengenai bangunan2 pencakar langit yang telah dibina dan bakal dibina di dalam negara Islam:
Abraj Al-Bait Tower atau lebih dikenali Mecca Royal Hotel Clock Tower terletak di Mekah, Arab Saudi mempunyai keluasan kompleks terbesar di dunia yang mempunyai menara jam terbesar dan tertinggi di dunia. Kompleks yang siap sepenuhnya pada 2011 ini mempunyai menara setinggi 601 meter merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Bruj Khalifah, Dubai. Kompleks yang mempunyai hotel dan kediaman ini mengambil kos sebanyak USD 800 juta untuk disiapkan.Menara Burj Khalifah atau lebih dikenali sebagai Burj Dubai terletak di Dubai, UAE mempunyai ketinggian 828 meter merupakan bangunan tertinggi di dunia sejak disiapkan pada 2009. Kos pembinaan berjumlah USD 1.5 bilion disiapkan ketika kegawatan ekonomi dunia antara tahun 2007-2010. Nama Burj Khalifah ditukar sempena nama Khalifa bin Zayed al Nahyan, presiden UAE ketika itu yang banyak membantu dalam kos pembinaan. Daripada 900 apartment yang ada di menara ini, 825 masih kosong.
Menara Burj Mubarak al-Kabir yang terletak di Subiya, Kuwait merupakan antara Projek Madinat al-Hareer (Bandar Sutera). Menara setinggi 1001 meter ini bakal disiapkan pada 2016 dan bakal merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika itu. Projek pembinaan berjumlah USD 7.37 bilion ini telah diluluskan oleh kerajaan Kuwait pada Oktober 2010 merangkumi hotel dan kediaman mewah.
Kingdom Tower atau nama sebelumnya Mile-High Tower yang bakal dibina di Jeddah, Arab Saudi merupakan bangunan tertinggi di dunia apabila disiapkan dengan ketinggian 1.6km (1 mile). Disebabkan faktor geografi yang tidak sesuai dengan ketinggian bangunan ini menyebabkan senibina bangunan ini masih dalam perbincangan lagi. Walaubagaimanapun, kos pembinaan bernilai USD 1.23 bilion telah diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi dan pembinaannya bakal dimulakan akhir tahun 2011. Menara yang dijangka siap 2017 ini mengandungi pejabat, kediaman mewah, apartment, hotel dan menara tinjauan.
Menara Berkembar Petronas pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia suatu ketika dahulu pada 1998-2004 sebelum dipintas oleh Menara Taipei 101. Walaubagaimanapun, bangunan ini masih menjadi bangunan berkembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter. Projek yang menjadi mercu tanda kebanggaan Malaysia ini menelan belanja sebanyak USD 1.6 bilion. Adekah kesemua tingkat bangunan ini penuh? Bukankah ini suatu pembaziran? Adekah tiada lagi rakyat miskin di Malaysia ni? Bangunan disebelahnya adalah "Four Seasons Center" yang masih dalam perancangan untuk dibina dan jika ianya siap dibina, bangunan ini adalah bangunan ketiga tertinggi di Malaysia.
Daripada Umar al-Khattab (dlm sebuah hadis yg panjang): Kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?". Lalu Nabi s.a.w. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada yang bertanya". Maka Jibril lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya", maka Nabi s.a.w. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi-tinggi". (Riwayat Muslim)
Bersama2lah kita menghulurkan bantuan dengan bersedekah kepada yang memerlukan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri... Wallahualam~
p/s: setakat mencakar langit je...baik bina masjid...dapat jugak mencecah bulan
No comments:
Post a Comment