I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 7, 2011

Wasiat Untuk Wanita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku baru sahaja selesai membaca buku 150 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita tulisan Ibrahim Muhammad al-Jamal. Mesti ade yang tertanya2, apehal aku orang lelaki baca buku pasal pompuan? Jawapannya adelah: Tak kesah la kita jantina ape sekalipun, kalo nak tambah ilmu dan bagi nasihat kat orang lain, terutamanya pompuan. Nanti kalo kita dah kawin, bukankah kita sbg suami yang bakal membimbing isteri kita. (perasan jiwang)

Dalam buku ni banyak diceritakan beberapa hadis sahih berkaitan perintah dan larangan dari Rasulullah s.a.w. sebagai pelita dan petunjuk jalan kepada wanita. Sesungguhnya wanita muslimah memerlukan nasihat, pengajaran dan petunjuk. Dan sebaik2 pemberi nasihat adelah Rasulullah s.a.w. Berikut aku nak kongsi beberapa hadis yang sering berlaku dengan kehidupan wanita zaman kini:

Tidak Melarang Wanita Ke Masjid

Dari Zaid bin Khalid Al-Jahni, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kamu halang kaum wanita dari masjid-masjid Allah dan mereka hendaknya keluar rumah tidak dengan memakai wangi-wangian."

Hukum Solat Berjemaah bagi Wanita

Dari Aisyah, beliau berkata "Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Subuh secara berjemaah. Selesai solat, wanita-wanita mukminat yang ketika itu ikut solat pulang sambil menutup muka mereka dengan kain dan mereka tidak dapat saling mengenal antara satu dengan yang lainnya kerana gelapnya malam." (HR. Bukhari)

Segera Meninggalkan Tempat Solat

Dari Ummu Salamah, beliau berkata, "Rasulullah s.a.w. menurut biasanya duduk di tempatnya sebentar, tujuannya untuk memberi kesempatan kepada kaum wanita pulang supaya tidak sama dengan kaum lelaki." (HR. Bukhari, Abu Daud dan Nasa'i)

Hukum Memandang Wanita

Dari Abu Usaid, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, yakni ketika beliau keluar dari masjid dan kebetulan waktu itu bercampur antara lelaki dan wanita di jalan. Rasulullah s.a.w. berkata, "Wahai kaum wanita mundurlah kamu dan jangan berdiam diri di tengah-tengah jalan dan kamu hendaknya menyusuri tepi jalan." (HR. Abu Daud)

Mengerjakan Puasa Sunat

Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak boleh bagi seseorang wanita berpuasa (sunat) sedangkan suaminya ada disisinya, kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suaminya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Keutamaan Wanita Yang Memberikan Makanan

Dari Imarah binti Ka'ab, katanya Rasulullah pada suatu hari datang ke rumahnya kemudian dia menghidangkan makanan untuknya. Rasulullah berkata, "Makanlah." Wanita itu berkata, "Saya sedang berpuasa." Rasulullah berkata, "Sesungguhnya orang yang berpuasa, lalu makanan yang dimilikinya dimakan oleh orang yang tidak berpuasa, maka malaikat akan berselawat untuknya sampai mereka selesai makan." (HR. Tirmizi)

Segera Menikahkan Anak Perempuan

Dari Ali bin Abi Talib, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Ada tiga perkara wahai Ali yang tidak boleh ditunda-tunda atau ditangguhkan, iaitu mengerjakan solat apabila sudah masuk waktunya, jenazah yang sudah sedia dikuburkan dan menikahkan anak perempuan  yang sudah mendapat pasangannya yang sekufu (sepadan)."

Kekejian Dan Keburukan Zina

Dari Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya amal umatku diperlihatkan kepadaku setiap hari Jumaat dan kemarahan Allah benar-benar memuncak terhadap orang yang melakukan zina."

Menyuruh Seseorang Menceraikan Isterinya

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w. melarang seseorang meminang pinangan saudaranya. Dan juga janganlah seorang wanita menyuruh seseorang lelaki supaya menceraikan isterinya dengan tujuan untuk menumpahkan isi wajahnya (maksudnya merebut rezeki rumahtangga si wanita)." (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Kepimpinan Wanita

Abu Bakrah menceritakan, tatkala Rasulullah mendengar berita bahawa orang-orang Persia mengangkat seorang puteri Kisra menjadi pemimpin mereka, beliau berkata, "Tidak akan berjaya suatu kaum yang mengangkat kaum wanita sebagai pemimpin mereka." (HR. Bukhari, Tirmizi dan Nasa'i)

Kasih Sayang Wanita Terhadap Haiwan

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Telah diampuni dosa seorang wanita yang lalu di hadapan seekor anjing yang kehausan. Anjing itu berada di tepi perigi dan menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Wanita itu mengambil khuf (kasutnya), mengikat dengan tudungnya kemudian memasukkannya ke dalam perigi dan menariknya lagi dan kemudian memberi minum kepada anjing itu. Dengan pertolongannya itu diampuni dosannya." (HR. Bukhari)

Kebanyakan Penghuni Neraka Adalah Wanita

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bersedekahlah kamu kerana kebanyakan kamu menjadi kayu api neraka Jahanam". Maka berdirilah seorang wanita berkata: "Mengapa demikian wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Kamu banyak mengeluh dan tidak berterima kasih kepada suami." (HR. Muslim)

Wangi-wangian Wanita

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian kemudian dia pergi melalui suatu kaum supaya mereka merasakan wanginya, maka dia dianggap berzina." (HR. Ahmad)

Hukum Musafir Bagi Wanita

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak halal (tidak boleh) bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat musafir selama sehari semalam kecuali dia pergi bersama muhrimnya." (HR. Muslim dan Ahmad)

Ghibah (Membicarakan Kekurangan)

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, aku menyebutkan tentang ghibah di sisi Nabi s.a.w., kemudian beliau mendefinisikan dengan sabda beliau: "Engkau menceritakan diri saudaramu tentang apa yang tidak disukai. Kalau betul apa yang engkau ceritakan itu beerti engkau telah mengumpatnya, kalau tidak betul beerti engkau telah memfitnhanya." (HR. Muslim)

Mendedahkan Rahsia Hubungan Suami Isteri

Dari Abu Said, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya pada hari kiamat adalah orang yang telah menggauli isterinya kemudian salah seorang mereka (suami isteri) menyebarkan rahsia pasangannya itu."

Melarang Wanita Mengutuk Pencuri

Dari Aisyah r.a. bahawa beliau pernah kecurian sesuatu, kemudian beliau mengutuk pencuri itu. Melihat perilaku Aisyah, maka Rasulullah berkata kepadanya, "Janganlah kamu meringankan ganjaran yang akan diterima pencuri itu dan jangan pula engkau habiskan pahalamu di akhirat dengan kutukanmu itu." (HR. Abu Daud)

Tetangga Yang Lebih Layak Diberi Hadiah

Dari Aisyah r.a., beliau mengemukakan satu soalan kepada Rasulullah s.a.w. seperti berikut, "Saya ada mempunyai dua orang jiran, maka kepada jiran yang mana saya patut memberi hadiah?" Rasulullah menjawab, "Kepada yang paling dekat pintunya daripadamu."

Wanita Meminta Cerai

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wanita mana sahaja yang meminta cerai dari suaminya tanpa alasan munasabah, maka diharamkan dia mencium bau syurga." (HR. Abu Daud)

Isteri Yang Nusyuz (Derhaka)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur (untuk berhubungan suami isteri), kemudian dia menolaknya, maka para malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari."


Demikianlah sebahagian hadis2 yang terkandung dalam buku ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hadis2 yang diberikan serta hadis2 yang lain, bleh dapatkan buku ni di pasaran (promote nampak). 


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri....Wallahualam~

No comments:

Post a Comment