I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 5, 2012

Putus silaturrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


"Dua pemuda yang berkasih, bersaudara dan bersahabat kerana Allah akan mendapat perlindungan Arash di hari yang mana tiada lagi perlindungan" - Khutbah Jumaat

Semalam ade chating sket dgn sorg sahabat, sbb pelik tgk dia asyik post kt fesbuk pasal sahabat je. Rupa2nya dia ade masalah dgn sahabat die. Sahabat die taknak mengaku salah, tp tuduh sahabat aku ni plak yg salah. Dia cuba utk berbaik semula tapi sahabat die ni tak nak terima dah... Sahabat aku ni sgt down skrang, dan aku cuba tenangkan dia

Bukan senang nak menjaga hati seseorg, terkadang kita terpaksa mengorbankan perasaan sendiri. Org berbuat kasar pada kita tp kita balas dengan kebaikan. Tak semua org mampu buat. Sebenarnya inilah cara yg betul sebagaimana yg diajar oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassallam.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau bercerita; Ada seorang mengadu kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai beberapa saudara di mana saya menghubungkan silaturahim dengan mereka tetapi mereka memutuskan hubungan silaturahim dengan saya. Saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya. Saya berlemah lembut dengan mereka tetapi mereka tidak tahu diri. Baginda sallallahu alaihi wassallam bersabda: Seandainya kamu benar-benar seperti yang kamu katakan, maka seakan-akan kamu menelan abu yang sangat panas dengan mereka. Dan Allah sentiasa memberi pertolongan kepada kamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian.

Rasulullah mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik kepada org lain, walaupun org tersebut berbuat jahat dan telah memutuskan tali silaturahim. Jangan la kita ikut sama memutuskan persaudaraan kerana kita juga akan ditimpa azab yang sama sebagaimana azab yang bakal menimpa bagi org2 yg memutuskan persaudaraan..

Daripada Abu Bakar r.a., Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda, "Tidak ada dosa yang layak disegerakan hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim." (HR at-Tarmizi)

Daripada Jubair bin Muthim, Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim." (HR Bukhari)

Adalah HARAM bagi saudara memutuskan tali persaudaraan / silaturahim sesama manusia berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassallam yg diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a.:

لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ
Tidak halal kepada seseorang Islam menjauhi saudaranya lebih dari 3 hari. Apabila bertemu masing-masing berpaling ke arah lain dan yang paling baik antara keduanya ialah yang memulakan salam. (HR Bukhari dan Muslim)

Zaman skrang mmg susah utk jumpa sahabat yg baik. Lebih susah lagi utk mengekalkan hubungan yg sedia ada. Semoga kita semua dikurniakan sahabat yang mampu membawa kita ke arah kebaikan. Teman semasa gembira mmg ramai, tp teman semasa sedih susah dijumpai. Sentiasalah berbuat baik pada sahabat anda..

"Maka apakah kiranya, jika kamu sekalian berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim? Mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan dipekakkan telinga dan dibutakan penglihatan mereka" (Surah Muhammad, ayat 22-23)


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...Wallahualam

p/s: semoga Allah mengampunkan dosa aku dan sahabatku

Monday, April 2, 2012

Suka Duka MASP - Gala Masquerade Dinner

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setiap tahun kolej aku mengadakan jamuan untuk meraikan pelajar2 tahun akhir yg banyak memberi sumbangan kepada kolej. Alhamdulillah...buat kali ke-7, dpt aku skali lagi meraikan jamuan pelajar tahun akhir, Malam Anugerah Seri Perdana (MASP) bersama rakan2 dan sahabat2 yg disayangi. Dan seperti tahun2 yg sebelumnya, dinner kolej kali ni banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit dlm hidup aku...

Perjalanan MASP aku bermula dengan mencari topeng, memandangkan tema adelah masquerade. Maka aku bersama2 rakan2 yg lain dgn gigihnya mencari kat Mines. Diorg ade jgk yg nak beli baju tp aku nk dptkan mask je. Ni la mask yg aku beli pada asalnya:


Sebenarnya ade terfikir, bdk2 kolej yg lain mesti ade beli kt tempat yg sama jgk sbb dekat. Maka aku mengambil inisiatif utk mengubahsuai sket mask yg aku beli ni. Dibantu oleh cik Mila dan ditemani cik Tasha, kami sama2 mencari idea dan mengubahsuai ape yg patut. Tersangat berpuas hati dgn hasil tangan diorg dan ini lah hasilnya:


Pada malam tu, ramai yg pakai cantik2...sewa baju dari butik (aku tak mampu la). Kalo nak ikutkan memang membazir. Tp bile difikirkan semula, bila lagi kita nak pakai. Bile dah keje nanti takde semua benda ni. Maka aku terima je la ape yg diorg buat, sebab aku pon gigih berbelanja beli dan ubahsuai mask...hehe

Malam tu jgk, beberapa rakan dan sahabat berjaya memenangi anugerah2 kolej. Mmg tak dinafikan diorg mmg layak, atas usaha yg diorg buat utk kolej. Walaupon aku x diraikan, tp aku dpt jugak hadiah malam tu. Hadiah paling besar iaitu cabutan paling bertuah...ramai yg jeles. Mane taknye, aku dapat hamper besar bleh makan, diorg dapat piala dan sijil...bleh makan ke? hehe~


Pernah tak sesiapa bertanya, apekah hukum cabutan bertuah? Ke selama ni korg mmg xkesah pon, menang hadiah melompat2 gembira. Aku sebenarnya tertanya2 dan aku dapat penjelasan yg terperinci oleh Ustaz Zaharuddin dalam laman ni. Kesimpulan yg diberikan, cabutan bertuah halal sekiranya:
1. Hadiah didermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan
2. Hadiah diambil oleh sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yg lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan
Semoga hadiah yang aku dapat ni adelah halal dan dibenarkan dalam Islam.

Selepas tamat majlis, aku bersama rakan2 berjalan2 di sekitar Putrajaya. Punya la pusing2 kt Putrajaya bepuluh2 kali semata2 nak pilih port yg menarik utk amek gambar, akhirnya kami pilih jambatan depan PICC. Walaupon agak mengantuk mase tu, dpt jgk la amek gmbr2 menarik. Semoga gambar2 ni menjadi kenangan terindah kami bersama. Friends Forever~


Walaupon ade suka, pasti ade duka. Tp tak perlu la aku cerita kt sni, yg penting masing2 gembira pada malam tu (walaupon aku sedih). Aku mengharapkan persahabatan kita semua tetap kekal selamanya walaupon jauh di mata tetapi dekat di hati dan teringat sentiasa dalam ingatan. Semoga Allah menjadikan pertemuan kita yang diredhai dan perpisahan kita yang diredhai...

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...Wallahualam~

p/s: Friends Forever...bukan milikku :(