"Dua pemuda yang berkasih, bersaudara dan bersahabat kerana Allah akan mendapat perlindungan Arash di hari yang mana tiada lagi perlindungan" - Khutbah Jumaat
Bukan senang nak menjaga hati seseorg, terkadang kita terpaksa mengorbankan perasaan sendiri. Org berbuat kasar pada kita tp kita balas dengan kebaikan. Tak semua org mampu buat. Sebenarnya inilah cara yg betul sebagaimana yg diajar oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassallam.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau bercerita; Ada seorang mengadu kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai beberapa saudara di mana saya menghubungkan silaturahim dengan mereka tetapi mereka memutuskan hubungan silaturahim dengan saya. Saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya. Saya berlemah lembut dengan mereka tetapi mereka tidak tahu diri. Baginda sallallahu alaihi wassallam bersabda: Seandainya kamu benar-benar seperti yang kamu katakan, maka seakan-akan kamu menelan abu yang sangat panas dengan mereka. Dan Allah sentiasa memberi pertolongan kepada kamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian.
Rasulullah mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik kepada org lain, walaupun org tersebut berbuat jahat dan telah memutuskan tali silaturahim. Jangan la kita ikut sama memutuskan persaudaraan kerana kita juga akan ditimpa azab yang sama sebagaimana azab yang bakal menimpa bagi org2 yg memutuskan persaudaraan..
Daripada Abu Bakar r.a., Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda, "Tidak ada dosa yang layak disegerakan hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim." (HR at-Tarmizi)
Daripada Jubair bin Muthim, Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda: "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim." (HR Bukhari)
Adalah HARAM bagi saudara memutuskan tali persaudaraan / silaturahim sesama manusia berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassallam yg diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a.:
لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ
Tidak halal kepada seseorang Islam menjauhi saudaranya lebih dari 3 hari. Apabila bertemu masing-masing berpaling ke arah lain dan yang paling baik antara keduanya ialah yang memulakan salam. (HR Bukhari dan Muslim)
Zaman skrang mmg susah utk jumpa sahabat yg baik. Lebih susah lagi utk mengekalkan hubungan yg sedia ada. Semoga kita semua dikurniakan sahabat yang mampu membawa kita ke arah kebaikan. Teman semasa gembira mmg ramai, tp teman semasa sedih susah dijumpai. Sentiasalah berbuat baik pada sahabat anda..
"Maka apakah kiranya, jika kamu sekalian berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim? Mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan dipekakkan telinga dan dibutakan penglihatan mereka" (Surah Muhammad, ayat 22-23)
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...Wallahualam
p/s: semoga Allah mengampunkan dosa aku dan sahabatku
betul..kena bykkan bersabar..
ReplyDeleteterima kasih...
ReplyDeletehanya mengingati Allah hati menjadi tenang...