I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 21, 2012

Hukum Menyambut Hari Ibu / Bapa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Hari Ibu / Mother's Day merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa, bukanlah hanya terhad kepada hari2 tertentu sahaja seperti hari ibu atau hari bapa.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Ah', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Israa', ayat 23-24)

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, "Hari Ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka."

Masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-mengikut. Bila orang kafir sambut Hari Valentine, kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut April Fool, kita pun 'fool' sama! Bila orang kafir sambut Hari Ibu atau Hari Bapa, kita pun nak buat sama! Kalo kita sambut Hari Raya, ade korang nampak orang kafir nak sambut jugak?

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)


Pada pendapat aku yang bukan ustaz ni, tak salah untuk kita lebih menyayangi ibu dan bapa kita pada hari2 tertentu, cuma janganlah pada hari2 di mana orang kafir sedang menyambutnya. Kita boleh lebih menyayangi mereka ketika hari kelahiran ibu dan bapa kita, atau hari kelahiran kita sendiri, asalkan tidak menyamai dengan orang kafir.

Cara menyambutnya seeloknya ikutlah ajaran Islam seperti membuat kenduri kesyukuran ke, baca doa untuk kesejahteraan mereka ke, belanja ibu bapa makan ke, bawak pegi jalan2 ke... daripada buat parti atau pergi ke tempat maksiat yang selalunya dilakukan oleh orang2 kafir.

There's no one in this world that can take your place
I'm sorry for ever taking you for granted
I will use every chance i get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love like you love me
Only gor knows how much you mean to me

Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
Love you mama

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~


p/s: selamat Hari Guru untuk mama jugak...

No comments:

Post a Comment