I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 21, 2012

Nada Dering Al-Quran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sedekad lagu nada dering yg digunakan hanyalah bernada kring! kring! atau muzik tanpa lirik. Sesuai dgn perkembangan semasa, masyarakat menjadi lebih kreatif utk mencipta nada dering mengikut cita rasa dan imaginasi tersendiri. Akan tetapi yg dikesali apabila daya kreativiti ini di salah guna, sedikit sebanyak memberi kefahaman yg salah dan juga mendatangkan penghinaan.

Apa yg dimaksudkan adalah menggunakan alunan zikrullah, doa2 atau ayat al-Quran sebagai nada dering. Sekali pandang mungkin tiada salahnya, apatah lagi bukankah mengingati Allah itu satu kewajipan yg dituntut. Bahkan secara tak langsung memberi mesej bahawa kita mengagungkan syiar Islam, sebagaimana org Kristian menggunakan tanda salib sebagai satu syiar agama mereka dalam aksesori yg dipakai.

Situasinya kini telefon bimbit di bawa kemana2 sahaja sekalipun dalam tandas atau tempat2 maksiat. Bagaimana jika kita dalam tempat tersebut, tiba2 kedengaran ayat al-Quran berkumandang, atau ketika ayat itu dibaca terus diberhentikan tanpa dihabiskan? Bukankah ini menjadikan bacaan tersebut tergantung dari sudut bacaan dan makna?

Persoalannya di sini bolehkah zikrullah, doa2 atau ayat2 al-Quran dijadikan nada dering telefon apabila melibatkan situasi di atas? Majlis Fatwa Ulama Saudi yg dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh di dalam mesyuarat dihadiri oleh 70 org perwakilan fiqah dunia pada 2007 ada jawapannya.

Hasil persidangan tersebut menyatakan, "HARAM hukumnya kerana ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat yang didengarkan itu secara tiba-tiba dihentikan, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya jika ayat-ayat al-Quran disimpan di dalam telefon untuk didengari ia merupakan amalan yang mulia (dan bukan untuk dijadikan nada dering)."

Menurut Sheikh Dr. Mahmoud Ashour yg merupakan ahli Jawatankuasa Akademi Penyelidikan Islam, "Orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai medium memberi amaran apabila seseorang membuat panggilan. Ia tidak sesuai langsung untuk ayat al-Quran mengganti tempat nada dering atau deringan muzik."

Selain itu Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering. Mohammed Asumin Qazmil berkata, "Ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadduk dan tadabbur. Jika digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut."

Adakalanya nada dering tersebut berbunyi pada tempat2 yg kotor dan tidak sesuai seperti dalam tandas. Sedangkan haram hukumnya bacaan al-Quran di tempat seperti itu, kerana ia menjatuhkan kemuliaan al-Quran sebagai kalamullah.

Selain bacaan al-Quran, turut menjadi pengharaman apabila seruan azan atau bacaan zikrullah turut diguna pakai sebagai nada dering telefon kerana atas sebab yang sama.

Seeloknya janganlah digunakan ayat al-Quran ini kerana sejauh mana kepekaan kita untuk mematikan telefon apabila masuk ke tempat-tempat yang kotor. Sedangkan apabila berjemaah dalam solat pun telefon masih berbunyi, inikan pula ketika masuk ke tandas.



Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri....wallahualam~

No comments:

Post a Comment