I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 21, 2012

Semakin Hari Semakin Sayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pagi tadi sempat la mendengar pengisian dari Ustazah Nor Laila mengenai kehidupan sebelum dan ketika mendirikan rumahtangga. Walaupon agak terlewat tp sempat jgk la beberapa input yg menarik utk dikongsikan bersama. Kalau la aku dtg awal mesti lg byk input yg dpt. Agak rugi la sape yg ade kt UPM ni tp xdtg program2 yang mcm ni.

"Suami perlu memuliakan isteri, isteri pula perlu mentaati suami"

Kebanyakan suami masa kini kurang memuliakan isterinya. Sebagai contoh yang diberikan ustazah, suami duduk goyang kaki kat ruang tamu sedangkan isteri tekontang-kanting memasak kat dapur, suami hanya tunggu makanan dihidangkan je (dush...terasa gak sbnrnya sbb kdg2 biar mak masak sorg2 kt dapur).

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam adelah contoh terbaik dalam memuliakan isterinya. Dinyatakan dalam sebuah kisah, setiap kali Rasulullah pulang ke rumah, dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak utk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya utk membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah menceritakan kalau Rasulullah berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

"Romantik itu sifat Rasulullah"

Walaupon Rasulullah sallallahu alaihi wasallam seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, baginda dipenuhi nilai kasih sayang dan romantis dengan isteri2nya. Namun, Sunnah ini seakan dilupakan suami masa kini yg sering menggambarkan diri mereka pemegang kuasa keluarga, perlu sentiasa kelihatan bengis dan egois.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah membantu isterinya menaiki kenderaan. Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan, "Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda, Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam hingga naik atas unta."

Begitulah betapa romantiknya Rasulullah kepada isterinya. Tapi adekah kita perlu melakukan perkara yg sama pada zaman ini, iaitu dengan menaiki unta sebagai kenderaan? Tak perlu la smpi ke tahap tu. Sekurang2nya jika kita ade kereta, bermesra la dgn menolong membuka pintu kereta utk isteri, tak ke romantik tu. Jgn ingat ni adelah contoh orang Barat, ini adelah Sunnah iaitu bersifat romantik terhadap isteri.


Nampak mcm berat sebelah kan sbb ustazah hanya cerita pasal suami je banyak, pasal isteri kurang. Isteri cukup mudah sebenarnya, hanya taat segala perintah suami, selagi tidak melanggar hukum syarak...masuklah dia ke dalam syurga bersama2 suaminya nanti.

Jika isteri bergaduh dgn suami, jangan bermasam muka dengan suami kerana ini adalah perbuatan dosa yang dilaknat. Kalo isteri ade terasa atau tacink dgn suami, bermanis muka dengan suami tp buat muka kesian dan duduk diam je. Insya-Allah suami akan 'cair' ketika itu (ni ustazah yg ckp...bkn aku).


Ade banyak input2 menarik sbnrnya tp aku lupe (dh tau pelupa taknak catat). Kalo ade majlis2 ilmu, datang la, tak perlu nk malu. Tak rugi langsung kita dtg, paling kurang pon dapat ilmu bermanfaat. Tak perlu la nk tunggu entry aku yg seterusnya...haha (perasan bagus).

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

p/s: pesanan ustazah...jgn terlalu cerewet memilih pasangan...ade ilmu agama pon sudah memadai...mmm~

No comments:

Post a Comment