I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 21, 2012

Kelebihan Solat Subuh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

"Assolaatukhairummminannaum"

Sedarkah kita solat Subuh sebenarnya memberi begitu banyak kelebihan bagi mereka yang mengerjakannya? Ini kerana semakin sulit sesuatu perkara itu untuk dikerjakan, semakin banyak pula kelebihan dan ganjaran yang diberikan. Itulah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya yang terpilih yang mendambakan cinta-Nya.

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Menurut kajian, kandungan udara pada waktu Subuh mempunyai tahap gas oksigen yang paling tinggi, dan semakin berkurangan apabila terbitnya matahari. Oleh yang demikian udara pada ketika itu dalam keadaan bersih dan tidak tercemar.

Udara yang bersih ini dapat meningkatkan fungsi jantung, menguatkan paru2, memperbaiki serta meningkatkan sel organ yang rosak, mengendurkan urat saraf, reumatisme dan penyakit asma. Udara bersih ini juga mampu meneutralkan peredaran darah serta menguatkan imunisasi tubuh.

Dari Usman bin Affan, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barangsiapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Alhamdulillah, Allah mempermudahkan aku untuk bangun Subuh setiap hari. Dan Insya-Allah, orang2 yang mintak tolong aku kejutkan Subuh, telah mampu utk solat Subuh berjemaah bersama2 dgn aku. Ini semua atas pertolongan dan hidayah dari Allah kepada hamba2Nya. Kepada yg susah utk bangun Subuh tu, ni antara tips2 untuk mudah bangun Subuh:

1. Tidur lebih awal. Rse2 kalo dah takde keje kul 1 pagi tu elokla tido daripada maen fesbuk atau baca blog aku ni...haha (perasan famous)
2. Tidur dalam keadaan suci iaitu dengan berwuduk
Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, ada malaikat yang bermalam pada rambutnya. Tidaklah dia bangun melainkan malaikat itu berkata, "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu, Fulan, sesungguhnya dia tidur dalam keadaan suci." (Sahih Ibn Hibban)
3. Tidur mengiring ke kanan sepertimana sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam
4. Berniat sebelum tidur untuk bangun menunaikan solat Subuh. Baca doa sebelum tido skali.
5. Menggunakan alat bantuan seperti jam loceng atau suruh kawan kejutkan.
6. Segera bangun apabila terdengar azan. Jgn nak mengeliat2 lagi dah.

Antara kelebihan2 Solat Subuh

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak." (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam mendoakan umatnya yang bergegas melaksanakan solat Subuh, "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun Subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., "Telah diceritakan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menegnai satu kejadian di mana seseorang yang tidur sampai pagi hari sehingga menyebabkan dia tidak boleh mendirikan solat." Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Syaitan sudah kencing di telinganya." (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Barangsiapa yang menunaikan solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah s.w.t. sehingga terbit matahari, kemudian solat Dhuha, maka dia akan beroleh pahala seperti pahala haji dan umrah secara sempurna, sempurna dan sempurna." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, "Barangsiapa menunaikan solat Subuh maka ia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barangsiapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutkan sehingga Ia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~


p/s: aku risau...bagaimana solat Subuhmu sekarang?

2 comments: