I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 21, 2012

Putus Silaturrahim (Part 2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Diriwayatkan ada seorang lelaki kaya pergi menunaikan haji di Mekah. Apabila tiba hari utk wukuf, dia telah mengamanahkan duitnya sebanyak 1000 dinar kpd seorang lelaki yg diketahuinya sebagai seorang yg jujur dan berakhlak mulia.

Selesai menyempurnakan rukun2 hajinya, lelaki kaya berkenaan pergi ke rumah lelaki berkenaan utk menuntut kembali wangnya. Malangnya, ahli keluarganya memberitahu dia sudah meninggal dunia. Orang kaya berkenaan bertanya tentang harta yg diamanahkan kepada lelaki berkenaan. Sekali lg dia hampa apabila keluarga lelaki tersebut tidak mengetahuinya.

Orang kaya tersebut lalu berjumpa dengan seorang ulama di Mekah dan meminta pandangannya tentang harta yg tidak diperolehnya kerana lelaki yg diamanahkan telah meninggal dunia. Ulama tersebut menjawab, "Pergilah kamu ke telaga zamzam malam ini dan panggillah namanya. Jika dia seorang penghuni syurga, dia akan menyahutnya."

Pada malam itu orang kaya tersebut ke telaga zamzam dan memanggil2 nama lelaki tersebut namun tiada jawapan. Keesokan harinya orang kaya itu bertemu kembali dengan ulama lalu diceritakan kisah yg berlaku. Ulama itu berkata lg, "Pergilah kamu ke Yaman dan carilah perigi Barhut yg dikatakan sebagai mulut neraka jahannam."

Tanpa berlengah, orang kaya tersebut pergi ke tempat yg diarahkan. Lalu dia memanggil2 nama lelaki yg diamanahkan tadi. Tiba2 ada suara yg menyahut. Orang kaya tersebut lantas bertanya di mana hartanya disimpan. Lelaki amanah tersebut menjawab, "Pergilah di suatu tempat di rumahku. Aku tidak percaya kepada sesiapa pun, sekalipun anakku. Galilah di situ dan kamu akan menjumpai dinarmu."

Sebelum meninggalkan suara berkenaan, lelaki kaya itu bertanya lg, "Kenapa kamu ditempatkan di sini sedangkan kamu adalah orang yang baik?" Lalu dijawab, "Aku mempunyai saudara perempuan yg miskin tetapi aku tidak pernah mengendahkannya apatah lg utk mengambil tahu keadaannya. Kerana itu Allah menyeksaku dan menempatkan aku di neraka jahannam."


Moral daripada cerita ini: Jangan sesekali memutuskan silaturrahim sesama manusia apatah lg dengan ahli keluarga sendiri. Walaupun kita mempunyai sifat2 terpuji seperti amanah, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan sebagainya,  tetapi jika pernah memutuskan hubungan sesama manusia, maka tempat yg layak baginya adelah neraka jahannam.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim."


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri....wallahualam


Sumber: Al-Islam April 2012

3 comments: