Alhamdulillah... hari ini genap umur aku 20 (perasan muda)... aku masih hidup lagi di dunia ni utk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah... minggu lepas sblom khutbah Jumaat di Masjid Mardi... ustaz feveret aku iaitu Ustaz Fauzi Mustafa ade bg tazkirah sket... kebetulan tazkirah tu kena pada masenye... sbnrnye tujuan utama tazkirah tu untuk Maal Hijrah tapi aku ubah manifestasinya sempena harijadi aku...
Antara pengisian yang sempat aku dengar (perasan beriman) :
Bila bertambah tahun, maka bertambah juga la umur kita... maka apabila telah sampai umur seseorang itu kepada umur 40... malaikat akan datang kepada orang tersebut dan berkata... "Wahai sekalian manusia yang berumur 40 tahun, kamu semua boleh menuai hasil tanaman kamu selama ini"...
Permasalahan di sini timbul apabila kalo kita mmg dah menanam sejak dari kecik sampai umur 40 tahun, tak kesah la... mcm mne yang tak sempat menanam ape2... ape je yang nak dituaikan masa umur 40 ni? Maka menanam la dari skrang dgn memperbanyakkan amal makruf, sedekah, pg kuliah agama, berselawat dan sebagainya...
Pada umur 50 tahun malaikat akan datang lagi dan berkata... "Wahai sekalian manusia yang berumur 50 tahun, lihat semula diri kamu"...
Maksudnya malaikat menyuruh kita muhasabah diri... ape yang kita lakukan selama ni... selama 50 tahun hidup adekah cukup amalan kita untuk masuk syurga? sudahkah bertaubat utk dosa2 yang telah dilakukan? Berfacebook, bertwitter, baca blog... bleh plak lama2 sampai 5-6 jam... cuba amek mase walau 10 minit kita muhasabah diri kembali atas segala perbuatan yang pernah kita lakukan...
Pada umur 60 tahun malaikat akan datang lagi dan bertanya... "Wahai sekalian manusia yang berumur 60 tahun, sudahkah kamu melakukan semuanya?"...
Malaikat sbnrnye sedang bertanya kepada kita, sudahkah kita berpuas hati dgn amalan kita? Aku terharu dgn ape yang diceritakan ustaz mengenai kisah Saidina Abu Bakar r.a. yang bertanya kepada anaknya, Saidatina Aisyah r.ha yang merupakan juga isteri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam... setelah kewafatan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, Abu Bakar r.a. bertanya masihkah ade lagi sunnah-sunnah yang masih blom dilakukan beliau... cerita tu akan aku post dalam entry seterusnya... mcm mane dgn kita, pernahkah kita bertanya sebegitu?
Dan apabila umur mencapai 70 tahun, malaikat akan datang dan bertanya, "Wahai sekalian manusia yang berumur 70 tahun, apa yang kamu tunggu lagi?"...
Maksudnya malaikat menyuruh kita lakukan amalan sebanyak mungkin sbb mmg dah tak banyak masa... tak boleh nak tunggu2 tangguh2 lagi utk buat amal kebajikan dan bertaubat atas dosa2... bila2 mase je Allah boleh tarik nyawa kita semula...
Ni la antara pengisian yang sempat aku ingat... mungkin ade penambahan sket dan banyak kekurangan nak dituliskan semula... tp main point nya masih takde perubahan... sentiasalah kita muhasabah diri bila masuk tahun baru... tak kira kalender hijrah, kalender cina, kalender masihi mahupun ulangtahun kelahiran... bila bertambah tahun bermakna makin bertambah umur kita jugak... dan semakin menghampiri mati...
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam saja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."
p/s: terima kasih sahabat wish besday arini... unexpected, ko orang first... tu buat aku terharu... walaupon ade peristiwa sedih utk ko pada tarikh yang sama ni...
No comments:
Post a Comment