I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

Masuklah kau ke dlm NERAKA (Part 3) ~khas utk SEMUA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku ade terbaca sebuah blog seorang sahabat aku berkaitan matlamat kite hidup kt dunia ni dan salah satunya berkaitan "mengajak membuat kebaikan dan mencegah membuat kemungkaran". Kt dlm blog die diceritakan kt akhirat nanti ade mahkamah yg mane kt situ rmai akan menuntut drp kite smpi terpakse bg pahala kt mereka, abes kering pahala2 yg kite ade, dan terpakse amek dosa2 mereka2 ni plak (pale hotak die)..

Mesti korg pelik kn...ape bende yg berlaku antara kite dan mereka ni smpi pahala yg kite kumpul setiap hari utk dibawa bekalan ke akhirat habes xtinggal satu habuk pon? Ni ade la kerana kite xmengajak org2 disekeliling kite membuat kebaikan. Bile kite nk g solat berjemaah xajak pon jiran sebelah bilik, bile kite nk dgr ceramah agama xajak pon kwn2, bile kite nk buat baik xajak pon rumate. Maka mereka2 yg xdiajak ni akan menuntut kt akhirat sbb kite xajak diorg.

Walaupon kite dh solat 5 waktu, berjemaah plak tu, puasa sunat setiap bulan, bersedekah (senyum pon sedekah gak), tetiba oleh sbb kite xajak org2 disekeliling kite buat baik terutama jiran2 kite (jiran 40 kiri dan kanan...ramai tu), maka mereka akan menuntut pahala dr kite, habes pahala terpaksa amek dosa diorg plak. Bile dah xde pahala dan byk dosa je, korg tau la kan masuk kt mane...NERAKA la jwb nye.

Tetiba rase takut dan sedih plak, dh byk kumpul pahala (perasan beriman) tetiba ilang mcm tu je sbb xde usaha dakwah org sekeliling, mcm mane la kalo nanti kt akhirat org2 kafir tuntut kt kite sbb x dakwah mereka menyebabkan diorg jd kayu2 api neraka...YA ALLAH ampunkanlah hamba-Mu ini...

Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Naba ayat 18, maksudnya:

"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah S.A.W. menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 GOLONGAN akan memasuki NERAKA dan hanya 1 GOLONGAN sahaja yang akan memasuki SYURGA. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:
 
1. Mereka yang tak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
 
2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
 
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala jengking. Inilah balasan bagi mereka yang taknak mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
 
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Mereka yang buta mata dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka yg minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Berusahalah utk mengumpul sbyk pahala yg boleh memandangkan kite semua akan melalui mahkamah Mahsyar yg mane semua org tak kire kite kenal atau tidak akan menuntut drp kite kerana kite xmengajak mereka membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Berusaha la kite mengajak org2 disekeliling kite berbuat kebaikan, sekurang2nya kite dh berusaha utk melakukan dakwah.

Segala yg baik itu dtgnya dr Allah S.W.T. dan yg buruk itu telah disandarkan ke atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

p/s: Semoga kite semua tergolong dlm golongan yg ke-12...amin~

Thursday, February 24, 2011

Masuklah kau ke dlm NERAKA (Part 2) ~khas utk Lelaki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Memandangkan ramai gak lelaki yg melawat blog aku yg xseberapa ni (perasan terkenal), makanya aku pon nk smpikn la sket nasihat pd lelaki2 ni (perasan aku sorg je lelaki terakhir yg beriman di akhir zaman ni), supaya dpt la kite menjauhkan diri dr melakukan perkara2 yg dilarang bersama2...memandangkan aku seorang lelaki gak. 

Firman ALLAH s.w.t. ertinya: "Hai anak Adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari apr neraka di mana bahan pembakarnya adalah manusia, jin dan batu-batu..."

Seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah s.w.t. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dan dengan itu janganlah kita membuang atau x mempedulikan janji dan peluang yg Allah s.w.t. telah berikan pada kita.

Di hari akhirat nanti, terdpt 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita (wanita lg...ish3). Lelaki itu adalah mereka yang x memberikan hak kpd wanita dan x menjaga amanah itu. 

Mereka ini termasuklah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah x memperdulikan anak-anak pompuannya di dunia, dia x memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya, dia juge membiarkan anak-anak pompuannya x menutup aurat...x cukup dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja...maka dia akan ditarik ke NERAKA oleh anaknya. 

Sape yg dh ade anak tu atau bakal dpt anak, tgk2 la anak tu (xkire anak pompuan atau lelaki)...jgn smpi tetiba sebelah kaki dh masuk pintu syurga tetiba kena keluar balek sbb xpandai jaga anak. Jgn ingat senang je nak kawen pastu dpt anak...jgn ilmu mengekalkan keharmonian rumahtangga je yg ada, ilmu agama nk didik anak pon kena ade gak...

2. Suaminya
Apabila suaminya x mempedulikan tindak tanduk isterinya spt bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram...apabila suami hanya mendiamkan diri walaupun dia seorang yg alim, ustaz mahupon imam muda... solat xpernah bertangguh, puasa xpernah tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke NERAKA.

Dlm hal ni kdg2 xbleh nk salahkn pompuan sgt...lelaki pon salah gak...mcm mane la nk ajar isteri kalo lelaki ni xcukup ilmu agama dlm diri...(gatal sgt nk kawen). Pompuan pon jgn nk salahkn lelaki plak, pompuan tu jgn la tergedik2 sgt smpi lupe tanggungjawab isteri. Lelaki pon jgn la bodoh sgt...nk pilih pompuan gedik2 je utk jdkn isteri, cube la pilih yg solehah...biar padan muke pompuan yg gedik2 ni xdpt laki (aduh pening salah sape ni...gaduh la korg kt mahkamah akhirat nanti)


3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita/pompuan jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja (jika lelaki tu dh berkahwin dan berkeluarga) dan kakak/adik pompuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan kakak/adiknya di akhirat kelak ke NERAKA.

Xkire la yg lelaki ni anak sulung ke, anak kedua ke, bongsu ke...kalo nmpk adik-beradik tu buat salah tegur2 la. Mungkin adik-beradik kite yg buat salah ni krg kasih syg (ye la ayah dh xde), at least bile ade org tegur nmpk la diorg ni masih lg disygi sbb masih ade org prihatin dgn diorg ni...doa la byk2 semoga dpt kekuatan utk lakukan tanggungjawab spt seorg ayah

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak x menasihati ibunya (xkesah la mak kandung ke mak tiri ke mak ayam ke) tentang kelakuan yg haram dlm ISLAM, apabila ibu membuat kemungkaran spt mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke NERAKA.

Ni yg agak susah ni, bkn senang nk nasihatkan mak...kalo mak terasa bleh jd kena maki tetiba...tp bg mak yg paham dgn ISLAM...InsyaAllah dia akan dgr ape yg dinasihatkan oleh anak sendiri...siap rase bangga dan sejuk perut melahirkan anak yg soleh ni (perasan plak aku)...doa la banyak2 semoga nasihat kite diterima...yg penting nasihat dulu...mak terima atau tak tu cite lain...

Lihat lah betapa hebatnya tarikan wanita bukan saje di dunia ni malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat gak, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak ni harus memainkan tanggungjawab dan peranan masing2 dlm menasihati kaum hawa/wanita/isteri/ibu/kakak/adik pompuan/sedara pompuan/nenek ipar dan mcm2 lg la yg bergelar pompuan...supaya kite kaum lelaki ni tidak terkejut tetiba kaki sebelah dah masuk pintu syurga tp tetiba kena rentap masuk dlm NERAKA sbb hal2 yg kite terlepas pandang... nauzubillah

Byk lg sbnrnye dosa2 yg bleh menyebabkan kaum lelaki ni masuk dlm neraka tp korg usaha la cari sendiri. Yg aku dpt ni hanya tanggungjawab yg patut kite buat sbg seorg lelaki...yg mana bile kite tak buat boleh menyebabkan kite dimasukkan ke dalam neraka. Segala yg baik dtg dr Allah s.w.t dan yg buruk telah disandarkan atas kelemahan diri sy sendiri...wallahualam

p/s: ade lg sambungan part 3...11 perwatakan golongan yg masuk ke neraka...nantikan

Sunday, February 20, 2011

Masuklah kau kedlm NERAKA (Part 1) ~khas utk Pompuan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Memandangkan ramai follower aku dr golongan pompuan (perasan ramai), maka rasenya wajar la aku menasihati mereka2 ni. Diingatkan sekali lg bhw aku bkn ustaz atau imam muda tp ape yg aku cube smpikn adela perkara yg baik dan benar, maka ikutla ape yg dinasihatkan, jgn la direnung pd org yg sdg menasihati ni, sbb aku masih byk lg kekurangan ilmu agama dlm hidup. InsyaAllah aku cube memperbaiki diri...

Pompuan mmg senang sbnrnye nk masuk syurga. Daripada Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (H.R. Ahmad)

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, "Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?" Rasulullah s.a.w. terus menjawab: "Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur."

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya."

Tetapi malang skali, syg2 seribu kali syg (mcm lagu plak)...pompuan lebih ramai yg masuk ke neraka. Dlm Kitab Muhimmah disebutkan hadis Rasulullah s.a.w mengenai 4 ciri pompuan ahli neraka:
1. Pompuan yg bermulut jahat kpd suami (perangai mcm setan). Jika suami xde kt umah, maruah dirinya x dijaga. Dan jika suami ada dia suke sakiti hati suaminya dgn kata2nya.
2. Pompuan yg menuntut itu ini (mintak mcm2) dr suami diluar kemampuan suaminya.
3. Pompuan yg xmemelihara auratnya didpn lelaki ajnabi (lelaki asing) dan suke kluar umah memakai perhiasan utk kelihatan lebih cantik (nk menunjuk2...sng cite gedik la)
4. Pompuan yg kejenya hanya tau makan tido, xmengerjakan sembahyang dan xtaat pd Allah, Rasulullah dan suaminya (pemalas punye pompuan)

Saidina Abu Bakar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia.”
 
Berikut merupakan antara seksaan/hukuman dlm api neraka kpd pompuan2 yg melakukan dosa:
1. Pompuan yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih 
Pompuan yg x menjaga rambutnya (di tudung/jilbab) dr kelihatan dikalangan lelaki

2. Pompuan yang digantung dengan lidahnya serta tangan diikat dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya
Pompuan yg menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya.

3. Pompuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya
Pompuan yg menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Pompuan yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
Pompuan yg keluar rumah tanpa izin suaminya, x mandi wajib selepas dr haid dan nifas
   
5. Pompuan yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
Pompuan yg bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan aib orang lain.

6. Pompuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Pompuan yg suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang ramai, dengan maksud supaya mereka (orang ramai) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya.

7. Pompuan yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
Pompuan yg mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, tp dia xnk berwudhu dan xsolat dan xnk mandi wajib.
   
8. Pompuan yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan keldai yang mendapat berjuta macam siksaan.
Pompuan yg suka mengadu-domba serta berdusta.

9. Pompuan yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.
Pompuan yg merupakan ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
 
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?" Rasulullah S.A.W bersabda: "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama"

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka."

Sesungguhnya yg baik itu dtg dr ALLAH s.w.t. dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan dan kecetekan ilmu yg sy ada...Wallahualam...

p/s: jgn ingat lelaki xmasuk neraka plak...nantikan Part 2

Saturday, February 19, 2011

Sunnah Rasulullah s.a.w.

(Mata xmengantuk lg walaupon jam dh menunjukkan kul 3 pagi. Sahabatku tido dgn lenanya smbl berguling2 kanan dan kiri di atas katil tp aku masih xde feel lg utk mengikut gerak-gerinya. Tetiba teringat nk buat entry baru, maka bermulalah sekali lg sebuah manifestasi)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

"Tercipta satu lembaran sejarah, di tanah Kolej Kedua, 
Hari yg mulia penuh syahadah, bermulalah sebuah kisah.
Hari Selasa pagi yg indah, 12 Rabiulawal yg cerah,
15 Februari Tahun Arnab, bangunnya kolegiat Kolej Kedua"

Habis rosak lirik aku buat..haha. Ceritanya bermula seawal jam 8pg hari Selasa sebahagian kolegiat telah berarak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w mengelilingi Kolej Kedua. Terasa bangga bile semua bdk kolej laen masih lena dibuai mimpi tp kolej kedua telah 'hidup' utk berselawat. Terasa sgt pelik gak bile tahun ni tetiba xde perarakan yg dianjurkan oleh UPM. Xpe la, aku doakan semoga UPM yg kusygi ni berubah jd lebih baek.

Walaupon sahabatku pernah membidas kata2ku dgn mengatakan "Buat ape nak berarak kalo penghayatannya xde". Oleh sbb aku xnk la gado2 buat hati gelap je nanti, makanya aku senyap je la. Tp aku nak balas dlm blog ni je "Bile lg kite nk tunjukkan rase cinta pd Nabi? Bile lg kite nk ingat Nabi? Bile lg kite nk berselawat sebanyak2nya? Nape besday sendiri nk raikan gempak2 tp besday nabi kite xnk raikan?"

Di situasi ni terdpt 2 kasihan:
1. Kasihan pd umat zaman skrang sbb aku yg jumpe mereka bg nasihat sdgkn aku bkn nabi atau ustaz atau imam muda, maka kata2ku yg xberhikmah atau xpandai agama atau ckp ikut sedap mulut je ni menyebabkan mereka makin jauh dr agama, sepatutnya Nabi yg jumpe mereka, baru mereka dpt hidayat..isk3..(nangis)
2. Kasihan kt aku, nk ajar benda baek tp Nabi xde disamping aku, bile aku kena marah, kena bidas, kena ejek, aku xde tmpt nk mengadu...nabi dh xde, aku rindu padamu ya Rasulullah, tolong la aku...tp xpe, aku ade Allah, hanya pd Allah saje la aku bleh mengadu...isk3..(nangis lg)

Tp ape yg sahabat aku ckp tu ade btulnye, adekah kite lebih menghayati dan mencintai Rasulullah s.a.w. ketika berarak berselawat keliling kolej? Kalo jwpn ya, anda mungkin pembohong yg kita cari. Aku nk tanye sket, adekah korg mencintai Rasulullah s.a.w. sdgkn korg (termasuk aku) masih xmencontohi sunnahnya dan masih buat ape yg ditegah olehnya?

Bile tgk kawan simpan janggut, ckp mcm kambing, tgk kawan pakai jubah pakai serban, ckp poyo nk jd org alim konon, tgk kawan pakai kayu sugi, ckp pengotor, tgk kawan pakai celak, ckp kawan mcm pondan atau nk jd black metal, kawan pakai minyak atar, ckp bau busuk (pale hotak kau semua benda nk komen). Itu tandanya amal sunnah belum ada dlm diri sbb diri tu kotor smpi Sunnah nabi menjadi hina bg korg...

Dulu pernah org tanye aku (perasan imam muda lg...anda tanya sy jawab), ape beza antara sunat dan sunnah? Time tu aku mmg xtau nk jwb maklumla ilmu xcukup lg tp skrang yg aku mampu jwb (setakat yg aku tahu) ade la:
Sunat: Bile kite buat dpt pahala byk, tp bile xbuat kite rugi
Sunnah: Bile kite buat dpt pahala byk gak, tp bile kite xbuat Nabi xmengaku umat

Amalan yg utama dlm Islam adelah amalan ikut cara/sunnah Rasulullah s.a.w. Sape yg solat xikut cara nabi, atau kahwin xikut cara nabi, atau sembelih korban xikut cara nabi, dan laen2 maka amalan mereka boleh dikira x sah, boleh jatuh haram dan boleh jd masuk neraka...solat perintah Allah, tp yg melalaikan atau melengahkan solat boleh masuk neraka, itu yg solat, yg x solat lg la, ade hadis ckp dh jd tahap mcm org kapir

Ade satu kisah di zaman pembukaan kota Mekah, Washi telah masuk Islam dan berjumpa Rasulullah s.a.w. mengaku beliaulah yg bunuh bapa saudara Nabi, Hamzah r.a. Nabi Muhammad s.a.w. yg masih belum lupa kejadian lalu telah menasihatkan Washi agar xbertentangan mata dgn beliau, maka Washi sepanjang hayat Nabi dan dlm majlis Nabi sentiasa berada di bahagian belakang Nabi.

Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, dan apabila para Tabieen (org yg hidup di zaman para sahabat) nk blaja sunnah Nabi, mereka belajar dr pelbagai sahabat, dan yg menariknya, utk belajar rupa sahabat dr belakang, Washi la org yg plg tepat dlm meriwayatkn hadis ttg sunnah rupa Nabi dr pndgn belakang.

Maka kite check diri kite semula, usahkan sunnah Rasulullah s.a.w. pdgn blkg, sunnah pdgn depan pon masih ramai yg xtau, masuk tandas cara nabi, makan cara nabi, tidur cara nabi, pon ramai yg xtau. Dh xtau bodoh sombong xde usaha nk cari atau blaja, yg tau maen pesbuk update blog (bagus la perangai). Mengaku cinta Rasulullah, tp sunnah Nabi xde dlm cita2 utk diamalkan.

(Ni adelah hadis sahih tp aku lupe ayat sbnrnye...lebih kurang mcm ni la):
Satu peristiwa di padang mahsyar, Rasulullah s.a.w. akan beri minum air dgn tapak tangan beliau kpd umatnya dr telaga kautsar yg mana sesiapa yg minum air ni xkn dahaga selama2nya. Tiba2 satu golongan yg mukanya bercahaya kesan wuduk yg sempurna telah ditahan malaikat dr meminum air tersebut. Rasulullah s.a.w. bertanya kpd malaikat kenapa ditahan umatku? Malaikat menjwb mereka menolak sunnahmu. Maka Rasulullah s.a.w. menghalau mereka sbyk 3kali dan sekali nabi halau mereka diheret malaikat sejauh mata memandang. Kalo nabi dh xmengaku umat maka syaitan la pulak akan mengaku mereka tu umatnya...(naduzubillah)

Allah s.w.t. telah tarbiah Rasulullah s.a.w. sehingga beliau dikenali sbg Al-Quran bergerak. Ni bermakna Al-Quran adalah kehendak Allah yg dizahirkan dlm bentuk perkataan (Qalam) dan Rasulullah s.a.w. adalah kehendak Allah yg dizahirkan dlm bentuk manusia (cara hidup/sunnah). Apa saje perbuatan Rasulullah dicintai Allah, apa yg Nabi suka itulah yg Allah suka dan apa yg Nabi benci itulah yg Allah benci.

Satu lg peristiwa ketika Rasulullah s.a.w. hendak naik ke arasy Allah, Allah telah menyuruh Nabi naik dgn kasutnya sekali, berbeza dgn peristiwa Nabi Musa di bukit Tur Sina, yg mana Nabi Musa diperintahkan utk membuka kasut. Ulama telah mentafsirkan bahawa debu2 yg melekat pd tapak kaki Rasulullah s.a.w. lebih mulia dr Arasy Allah sendiri. Korg bygkn la betapa hebat cinta Allah pd kekasih-Nya. Sdgkn Allah begitu mengasihi Rasulullah s.a.w. npe kite x? Nape xnk ikut sunnah Nabi? Nk raikan Maulidur Rasul pon rase malas?...hiiisshhh!! (marah ni)

Jgn ingat pompuan xbleh nk ikut sunnah Nabi sbb Rasulullah seorg lelaki (bongok org yg pikir mcm ni). Biar aku bgtau sket sunnah2 yg pompuan bleh ikut. Makanan kegemaran nabi selain tamar adalah barli dan labu. Nabi suka tolong bini masak. Nabi akan menziarahi musuhnya yg sakit, masak mknn dan suap ke mulut musuh mereka sehingga musuh bleh menjadi kwn. Nabi solat tahajjud smpi bengkak kaki. Nabi byk menangis sbb fikir risau pd umat dan byk lg la sunnah yg pompuan bleh ikut. (usaha cari sendiri)

Kesimpulannya, senang cite xnk ckp byk, sahabat berjaya dgn cemerlangnya dunia dan akhirat sbb ikut sunnah Rasulullah s.a.w. 100%...kalo korg nk berjaya gak buatla perkara yg sama spt para sahabat yg telah berjaya barulah korg (dan aku jgk) boleh berjaya. Terdpt hadis mengatakan bhw Allah akan memberi ganjaran 100 pahala mati syahid bg org yg mengamalkan SATU amalan kekasih-Nya. Wallahualam~

p/s: Seorg yg nk jd hafiz berusaha sungguh2, tp xsempat lalu mati maka dia akan dibangkitkan bersama para hafiz...seorg yg ikut sunnah nabi sungguh2 tp xberjaya amal semuanya sdgkn dia mati dlm istiqamah, maka dia akan dibangkitkan bersama nabi...insyaAllah (xnk ke?)

Monday, February 14, 2011

Ada Apa Dengan CINTA?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Musim cuti skola lepas mesti ramai yg buat 'masjid', xkesah la baru nk pecah tanah ke (tunang) atau trus bina bumbung masjid (nikah/besanding). Sepupu aku kononnye nk betunang minggu lepas tp xjd tunang plak. Kebetulan kawan baik aku pon bertunang minggu lepas, tp oleh sbb aku perasan sibuk ditambah plak dgn kesempitan wang xdpt la nk tgk die tunang. 

Hari yg sama gak aku telah mendgr ceramah yg dismpikn oleh Imam Muda Asyraf berkaitan "Paksi Cinta". Ceramah ni sbnrnye nk cite pasal cinta kita pada Rasulullah s.a.w. tp bile bukak sesi soal jwb byk plak yg tanye pasal cinta sesama manusia, couple la, hantaran la dan yg plg byk soalan adelah pasal tunang (dh gatal sgt nk tunang ke hape). Npe semua org nk becinta ni? Ada apa dengan cinta?

Manusia mmg xbleh lari dr perasaan cinta, xkire la cinta pd binatang ke, cinta pd kemewahan ke, cinta sesama manusia ke ataupon cinta pd diri sendiri. Manusia mmg telah diciptakan berpasang2an oleh Allah s.w.t. kerana fitrah manusia xbleh hidup bersendirian. Nabi Adam a.s. yg berada di syurga yg penuh dgn nikmat pon rasa sunyi sbb duk sorg2 dan berdoa kpd Allah utk diciptakan Hawa sbg teman hidupnya. 

Pernah seorg kwn pompuan tanye pd aku (dah jd imam muda dh aku ni...anda tanya sy jawab...haha perasan). Die tanye pndpt aku pasal sorg lelaki ni sbb die nk jdkn pasangan hidup katanya. Aku pon jwb la berdasarkan pengetahuan aku yg xseberape ni. Tp aku lupe plak nk tanye die semula, perlu ke nk bercinta sesama manusia kemudian jadikan pasangan hidup?

Kite semua kena btulkn pemikiran semula. Kite kene sedar bhw cinta kpd Allah s.w.t. adalah tujuan utama drp pelbagai mcm kedudukan. Umat Islam telah sepakat bhw cinta kpd Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. merupakan suatu kewajipan.  Mmg susah utk lahirkan rase cinta bila org yg kita nk cintai tu xde depan mata, tp itulah yg dinamakan cinta teragung. 

Di antara dalil2 yg menyuruh kite mencintai Allah lebih dr makhluk yg lain:

"Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya" (Surah al-Maidah, ayat 54)

"Dan orang-orang yang beriman lebih cinta kepada Allah" (Surah al-Baqarah, ayat 165)

Dalam hadis sahih disebutkan bhw ada seorg lelaki bertanya ttg hari kiamat kpd Rasulullah s.a.w. Baginda kembali bertanya, "Apakah yg sudah kamu siapkan utk menghadapinya?" Org itu menjwb, "Wahai Rasulullah, aku tidak bersiap2 utk menghadapinya dgn byknya solat dan puasa, hanya aku mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya". Lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Seseorg itu bersama org yg dicintainya dan kamu bersama org yg kamu cintai." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan bhw malaikat maut mendtgi Nabi Ibrahim a.s. utk mencabut nyawa beliau. Lalu beliau bertanya kpd malaikat itu, "Adakah engkau melihat kekasih yg mencabut nyawa kekasihnya?" Lalu Allah s.w.t. mewahyukan kpd beliau, "Adakah engkau melihat seorg kekasih yg tidak suka berjumpa dgn kekasihnya?" Lalu Ibrahim a.s. berkata kpd malaikat maut, "Wahai Malaikat maut, cabutlah sekarang juga!"

Drp beberapa ayat Al-Quran dan hadis2 yg telah diberikan terbuktilah bhw cinta kpd Allah dan cinta kpd rasul-Nya itu adalah cinta yg patut kite buat melebihi cinta kpd makhluk yg lain. Jadi npe korg (termasuk aku gak) tehegeh2 nk cari couple? Jgn la kite terlalu mengejar cinta kite pd org lain sehingga kite lupa utk mencintai Allah dan mencintai Rasulullah. Jika kite cinta kpd Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, InsyaAllah satu hari nanti Allah akan berikan utk kite pasangan yg terbaek jika kite menjaga hubungan dgn-Nya (amin...harap2 aku dpt mcm ni).

Segala yg baik itu dtgnya dr Allah s.w.t. dan segala kelemahan itu telah disandarkan atas kelemahan dan kejahilan sy sendiri. Wallahualam...

p/s: wanita xsemestinya memerlukan lelaki tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, begitu juga sebaliknya...xbermaksud utk bercinta (ceh jiwang plak)

Saturday, February 12, 2011

Lelaki dan solat berjemaah...

(diingatkan bahawa entry ini sesuai utk lelaki...kalo pompuan nk bace pon bleh...semoga bleh dismpikn kpd lelaki2 yg ade kt dunia ni)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setelah selesai solat Subuh berjemaah di surau Manbaul Ilmi (perasan aku sorg je lelaki terakhir yg beriman akhir zaman ni), aku pon kembali baring semula di katil yg empuk lg menyedapkan tubuhku ini. Tetiba aku rase mcm nk tulis blog plak, sbb dlm pale otak aku ni ade byk lg entry nk buat. So, xnk keje tangguh2 (sbb aku slalu nasihat sahabat aku jgn buat keje tangguh2...xkn aku xbuat ape yg aku nasihatkn plak) aku pon stat la membuka blog yg xseberape ni lalu memulakn penaipan...

Bile diimbas kembali pernah aku terjaga dr tidur kul 6.45pg akibat tido lmbt (perasan sibuk menguruskan program padahal bkn keje aku pon). Makanya aku pon cpt2 g amek wuduk trus solat kt bilik. Dptkah korg semua kenalpasti apekah tiga kesalahan yg dh aku lakukan? haha...sape yg tau bagus...sape yg xtau meh aku bgtau. Senang cite kesalahan yg aku buat adelah xmengikut sunnah dlm solat...mmm...terbukti la aku masih blom jd lelaki terakhir yg sempurna iman akhir zaman ni...

Npe aku ckp aku xikut sunnah padahal dh solat? Sbnrnye sunnah Rasulullah s.a.w. dlm solat ade tiga perkara iaitu:
1. Solat di tempat dilaungkan azan (terutamanya bg lelaki)
2. Solat berjemaah (terutama bg lelaki, kalo pompuan nk buat lg bagus)
3. Solat diawal waktu (ni dua2 jantina kena buat)

Solat di tempat dilaungkan azan dan berjemaah

Ade sesetengah pndpt yg mengatakan solat berjemaah ni 'wajib' bg setiap lelaki dan hendaklah dilakukan ditempat azan dilaungkan. Walau mcm mane korg bgn lmbt skali pon (dh korg perasan sibuk), korg mesti pg gak solat di masjid/surau dan solat la sorg2 jika xde makmum...(mmg jarang dpt solat subuh berjemaah kalo dh lewat, surau mmg sunyi xberpenghuni waktu ni...zaman Rasulullah s.a.w. dulu mereka yg terbgn lewat pon akan ke masjid dan insyaAllah akan ade musafir yg dtg dpt berjemaah bersama mereka, walaupon dh lewat).

Abu Hurairah r.a. mengkhabarkan bahawa beliau mendgr Rasulullah s.a.w. bersabda: "Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Para malaikat malam dan para malaikat siang berkumpul bersama ketika solat fajar". Kemudian Abu Hurairah r.a. berkata, "Jika kamu suka, bacalah ayat Al-Quran sesungguhnya bacaan waktu fajar disaksikan oleh para malaikat". (H.R. Bukhari)

Kalo korg semua terlalu luar biasa sungguh amat sibuk sgt sekali (nk menunjukkn perasan sibuk), maka korg pakat2 la dgn kwn2 yg sama2 perasan sibuk tu utk solat berjemaah bersama selepas habes kesibukan korg tu. Bersama2 la berkumpul dan solat jemaah bersama, biar la terlewat sket yg penting masih dlm waktu. Tp kalo bleh cari la awal waktu utk tunaikan kewajipan, bknnye xleh tangguh pon keje atau meeting atau ceramah tu kan (lain la kalo btul2 xbleh). Kalo tangguh2 tetiba mati xsempat nak solat...hah mcm mane? Kan dh menyesal mati dlm kehinaan xsmpt nk sembah Allah, nk taubat pon xbleh...(pg mampos org2 yg mcm ni)

Byk hadis tntg betapa Allah memuji org2 yg sibuk bekerja tp masih mampu utk melakukan solat berjemaah. Nk ditekankn disini, biar mcm mane kite lewat skalipon (samada bgn lewat atau terlewat sbb terlalu sibuk) solat la di masjid/surau atau tmpt dimana azan dilaungkan. InsyaAllah walaupon kite dh lewat solat, dpt jgk kite solat jemaah bersama dgn org lain yg terlewat nk solat...dpt pahala solat jemaah.

Solat di awal waktu

Jika tmpt keje jauh dr masjid, dibolehkan dlm islam utk azan di tmpt keje, xkire atas gunung ke, tepi laut ke, dlm hutan ke, yg penting azan sbb mane tau tetiba ade org terdgr azan tu dpt la diorg solat jemaah skali dgn korg...dpt pahala solat jemaah lg. Allah pon memuji org2 yg azan walaupon atas gunung atau dlm hutan, tu menunjukkn korg adelah lelaki terakhir yg beriman di akhir zaman ni...huhu. Sembahyang tepat pd waktunya dianggap sbg memelihara solat kerana jika melengahkan waktu solat kemungkinan akan tertinggal atau terlepas waktu yg ditentukan.

Biasenya solat di awal waktu ni dpt dilakukan jika korg semua solat jemaah tmpt dilaungkan azan sbb slalunya azan akan dilaungkn bile dh masuk waktu. Dan org2 yg xsolat di awal waktu ni plak biasenye org2 yg xsolat jemaah, suke tangguh2 solat pastu solat sorg2 kt bilik...ni yg aku xsuke ni, dah la tangguh2 pastu kekwat plak xnk pahala lebih (bla la kau)...

Ni nk cite sket la pasal hadir solat diawal waktu. Ade satu hari time aku nk g solat Jumaat, time tu kul 1.20tgh xmasuk waktu lg. Tetiba smpi je kt perkarangan masjid aku nmpk keta dh penuh. Aku yg terkejut lalu bertanya pd sahabat baik aku, "Apsal keta dh byk ni padahal xmasuk waktu lg?". Kemudian dgn selamba nya sahabat aku pon kata, "Diorg semua nk pahala sembelih seekor unta, ko tu je yg xnak". Aduh, makian tepat ke muka amat memedihkan...haha. Aku telupa aku penah bace hadis ni:

"Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada malaikat yang mencatat orang2 yg masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para malaikat menutup buku catatan mereka dan datang mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan org yg hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan org yg menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian spt menyembelih seekor sapi, kemudian spt menyembelih seekor kambing, kemudian spt menyembelih seekor ayam, kemudian spt org yg memberikan sedekah sebiji telur". (H.R. Muslim)

Kesimpulannya, dtg la awal ke tmpt azan dilaungkan xkire di masjid, surau hatta dlm hutan sekalipon supaya kite dpt solat berjemaah diawal waktu dan solat la walau lewat mcm manepon di tempat2 tersebut kerana korg mungkin berpeluang solat jemaah bersama org2 yg terlewat gak.

Sesungguhnya yg baik dtg dr Allah s.w.t. dan yg buruk telah disandarkan atas kelemahan diri sy sendiri yg kurg ilmu. Wallahualam...

p/s: yg slalu bgn lmbt subuh tu, tido la awal2 baru senang bgn cepat...jgn sengaja bgn lewat pastu selamba je g solat kt surau...mmg aku menanti di pintu surau utk mengetuk pale kau!!!

Monday, February 7, 2011

Antara Keperluan atau Keinginan???

(Entry ni dibuat setelah bosan menukar2 siaran Singapura dan Indonesia sambil ditemani dentuman bunga api dan mercun yg xputus2 sempena Tahun Baru Cina atau Perayaan Imlek - dlm bahasa Indonesia)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah, setelah menempuhi minggu yg memenatkan (bakal diceritakan dlm entry akan dtg) dan menghabiskan RM20 utk tido je dlm dwn konvensyen, slmt gak aku smpi ke umahku di ‘KOREA’ yg indah permai ni. Selama 3 hari kt sni mmg sejuk, oleh sbb salji turun xbenti2 (perasan kt Korea) aku pon duk umah je la smbl menonton semua dvd yg baru dibeli bondaku.


Antara cite yg aku tertarik ade la cite NGANGKUNG (dlm bahasa Jawa bererti pemujaan utk dpt no. ekor). Cite ni xde la lwk sgt tp ape yg menarik perhatian aku adela msg yg cube dismpikn. Dlm cite ni hidup org miskin mmg susah, smpi nk mkn pon beras xde, sehingga la bile keadaan terdesak diorg cari jln mudah utk dpt duet dgn berjudi, tp bile skali diorg terjebak dlm judi (xkire mng ke kalah) diorg jd gian utk berjudi lg. Secara ringkasnye ape yg cite ni cube smpikn adela harta ni sgt penting, sehingga org sanggup melakukan ape saje utk dptkn harta, walaupon secara haram.

Zaman Rasulullah s.a.w. dulu, baginda dan para sahabat xhidup mewah, bahkan semua harta dibelanjakan utk jln Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. yg merupakan ketua negara ketika tu xmemiliki harta yg byk pon. Kalo xsilap Saidina Abu Bakar r.a. telah menghabiskan segala hartanya utk agama sehingga bila dilihat dr bwh pintu umahnye xterlihat ape2 pon dlm dan diatas lantai umahnya. Ade jgk sahabat yg berdoa semoga xdikurniakan harta yg byk kt dunia ni. Maka persoalan skang adekah harta ini penting sbnrnye? Adekah mengejar kemewahan adelah salah? Kenapa para sahabat xnk jd kaya? 

Mencari harta xsalah dr segi agama, tp bile mane kite lalai dgn kemewahan, boros dgn harta yg dimiliki, dan yg paling teruk xbesyukur dgn ape yg ade, maka rasenye org tu ade la org yg sgt rugi. Lalai dlm kemewahan ni termasukla org yg terlalu mengejar harta (cthnye keje gaji dh ok dh tp still cari lg keje smpingan laen, konon duet masih xcukup…pale otak kau!!!). Boros plak org yg blanje berlebihan, tp kdg2 xgune pon brg tu, termasuk la org yg dh ade brg tu, tp nk gak beli yg laen (cthnye dh ade hanset, bleh gune lg tp nk gak beli yg canggih sket ade tenet, padahal xgune pon…pegi mampos!!!)

Aku nk komen sket la pasal sahabat2 dan rakan2 aku yg baru dpt biasiswa ni, xkire la PTPTN ke JPA ke ataupon biasiswa laen. Aku tgk bile duet dh masuk masing2 trus ade hanset baru la, laptop baru la, makan mewah la dan yg paling hebat motor baru (fuuhh). Ade la sorg rakan aku ni, die tanye pendpt aku, patut x die nk beli ipod nano (byknye duet ko)…pastu aku tanye die balek, brg yg ko nk tu keinginan atau keperluan?

Kalo kite bijak, sblom nk beli brg tu kite tanya diri sendiri dulu…brg tu KEINGINAN atau KEPERLUAN…mesti duit yg ade bleh digunakan utk benda laen yg lebih berfaedah. KEINGINAN slalunye berlandaskan nafsu dan perkara ni yg harus dielakkan sbb bende ni bleh menyebabkan kite membazir atau boros. Duit yg kite ade tu lebih baek digunakan utk beli brg KEPERLUAN. Dgn cara ni lebih byk duit bleh disimpan atau digunakan utk masa dpn atau time2 terdesak. Ni tak, dpt2 duet trus abeskan, xnk simpan pon, pastu bising bile duet biasiswa lmbt masuk. Dh korg masing2 bongok xnk smpn awal2, harta melimpah ruah abeskn awal2 beli brg ntah hape2….kalo korg jimat dr awal xde la nk bising2 kalo duet lmbt masuk skalipon (emo plak aku…huhu)

Jd mungkin terjwb sket segala pertanyaan diatas. Para sahabat xnk jd kaya mungkin sbb takut lalai dgn nikmat duniawi, terlalu mengejar kemewahan smpi lupe bersyukur, takut mewah berlebih2an sdgkn nikmat yg ada sudah mencukupi, dan yg plg ditakuti sahabat adela jd boros yg merupakan sahabat SYAITAN. Jd persoalan sy pd korg (dan pd diri sndri gak), adekah kite mempunyai perasaan yg sama spt para sahabat?


"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan" (Surah al-Isra', ayat 27)

Nasihat aku, sblom korg (dan aku jgk) nk beli brg ape2, pikir dulu samada brg tu KEPERLUAN ataupon KEHENDAK nafsu serakah korg tu…hahaha…Nabi pon penah pesan “Ingat kaya sebelum miskin” maka simpan2 la time ade duit tu. Dan yg time2 study ni nk plak mengejar harta, lebih baik pentingkan study dulu, ni study pon xabes lg pentingkn cari duet plak, akhirnya harta xdpt study xlulus…mmg nk kena ketuk pale sorg2... 


Sesungguhnya yang baik itu dtg dr Allah s.w.t. dan yg buruk itu telah disandarkan ke atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam…

p/s: akhirnya org tu x jd beli ipod nano…tunggu aku blanje katenye...hehe

Sunday, February 6, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

(9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah, di Lembah Uranah, Gunung ‘Arafah)


Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yg hendak ku katakan!!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lg dgn kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn teliti kata2ku ini dan sampaikanlah ia kpd org2 yg tidak dpt hadir di sini pd hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sbg suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap org Muslim sbg amanah suci. Kembalikan harta yg diamanahkan kpd kamu kpd pemiliknya yg berhak. Jgnlah kamu sakiti sesiapapun agar org lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’. Oleh itu, segala urusan yg melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. 


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa utk menyesatkan kamu dlm perkara2 besar, maka berjaga2lah supaya kamu tidak mengikutinya dlm perkara2 kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak utk diberi mkn dan pakaian dlm suasana kasih syg. Layanilah wanita2 kamu dgn baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yg setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan org yg kamu tidak sukai kedlm rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dgrlah bersungguh2 kata2ku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadat haji sekiranya mampu. 


Ketahuilah bhw setiap Muslim adalah saudara kpd Muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak ada seorgpun yg lebih mulia dr yg lainnya kecuali dlm taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pd suatu hari utk dipertanggungjwbkan atas segala apa yg telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jgn sekali2 kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yg akan dtg selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dgn betul dan fahamilah kata2ku yg telah disampaikan kpd kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kpd kamu dua perkara yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2nya nescaya kamu tidak akan tersesat selama2nya. Itulah Al-quran dan Sunnahku

Hendaklah org2 yg mendgr ucapanku ini menyampaikannya pula kpd org lain dan hendaklah org yg lain itu menyampaikannya pula kpd org lain dan begitulah seterusnya. Semoga org yg terakhir yg menerimanya lebih memahami kata2ku ini dr mereka yg mendgr terus drku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kpd hamba2-Mu."