Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yg hendak ku katakan!!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lg dgn kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn teliti kata2ku ini dan sampaikanlah ia kpd org2 yg tidak dpt hadir di sini pd hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sbg suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap org Muslim sbg amanah suci. Kembalikan harta yg diamanahkan kpd kamu kpd pemiliknya yg berhak. Jgnlah kamu sakiti sesiapapun agar org lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’. Oleh itu, segala urusan yg melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa utk menyesatkan kamu dlm perkara2 besar, maka berjaga2lah supaya kamu tidak mengikutinya dlm perkara2 kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak utk diberi mkn dan pakaian dlm suasana kasih syg. Layanilah wanita2 kamu dgn baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yg setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan org yg kamu tidak sukai kedlm rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dgrlah bersungguh2 kata2ku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadat haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bhw setiap Muslim adalah saudara kpd Muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak ada seorgpun yg lebih mulia dr yg lainnya kecuali dlm taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pd suatu hari utk dipertanggungjwbkan atas segala apa yg telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jgn sekali2 kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yg akan dtg selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dgn betul dan fahamilah kata2ku yg telah disampaikan kpd kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kpd kamu dua perkara yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2nya nescaya kamu tidak akan tersesat selama2nya. Itulah Al-quran dan Sunnahku.
Hendaklah org2 yg mendgr ucapanku ini menyampaikannya pula kpd org lain dan hendaklah org yg lain itu menyampaikannya pula kpd org lain dan begitulah seterusnya. Semoga org yg terakhir yg menerimanya lebih memahami kata2ku ini dr mereka yg mendgr terus drku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kpd hamba2-Mu."
No comments:
Post a Comment