I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 24, 2011

Masuklah kau ke dlm NERAKA (Part 2) ~khas utk Lelaki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Memandangkan ramai gak lelaki yg melawat blog aku yg xseberapa ni (perasan terkenal), makanya aku pon nk smpikn la sket nasihat pd lelaki2 ni (perasan aku sorg je lelaki terakhir yg beriman di akhir zaman ni), supaya dpt la kite menjauhkan diri dr melakukan perkara2 yg dilarang bersama2...memandangkan aku seorang lelaki gak. 

Firman ALLAH s.w.t. ertinya: "Hai anak Adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari apr neraka di mana bahan pembakarnya adalah manusia, jin dan batu-batu..."

Seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah s.w.t. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dan dengan itu janganlah kita membuang atau x mempedulikan janji dan peluang yg Allah s.w.t. telah berikan pada kita.

Di hari akhirat nanti, terdpt 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita (wanita lg...ish3). Lelaki itu adalah mereka yang x memberikan hak kpd wanita dan x menjaga amanah itu. 

Mereka ini termasuklah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah x memperdulikan anak-anak pompuannya di dunia, dia x memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya, dia juge membiarkan anak-anak pompuannya x menutup aurat...x cukup dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja...maka dia akan ditarik ke NERAKA oleh anaknya. 

Sape yg dh ade anak tu atau bakal dpt anak, tgk2 la anak tu (xkire anak pompuan atau lelaki)...jgn smpi tetiba sebelah kaki dh masuk pintu syurga tetiba kena keluar balek sbb xpandai jaga anak. Jgn ingat senang je nak kawen pastu dpt anak...jgn ilmu mengekalkan keharmonian rumahtangga je yg ada, ilmu agama nk didik anak pon kena ade gak...

2. Suaminya
Apabila suaminya x mempedulikan tindak tanduk isterinya spt bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram...apabila suami hanya mendiamkan diri walaupun dia seorang yg alim, ustaz mahupon imam muda... solat xpernah bertangguh, puasa xpernah tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke NERAKA.

Dlm hal ni kdg2 xbleh nk salahkn pompuan sgt...lelaki pon salah gak...mcm mane la nk ajar isteri kalo lelaki ni xcukup ilmu agama dlm diri...(gatal sgt nk kawen). Pompuan pon jgn nk salahkn lelaki plak, pompuan tu jgn la tergedik2 sgt smpi lupe tanggungjawab isteri. Lelaki pon jgn la bodoh sgt...nk pilih pompuan gedik2 je utk jdkn isteri, cube la pilih yg solehah...biar padan muke pompuan yg gedik2 ni xdpt laki (aduh pening salah sape ni...gaduh la korg kt mahkamah akhirat nanti)


3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita/pompuan jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja (jika lelaki tu dh berkahwin dan berkeluarga) dan kakak/adik pompuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan kakak/adiknya di akhirat kelak ke NERAKA.

Xkire la yg lelaki ni anak sulung ke, anak kedua ke, bongsu ke...kalo nmpk adik-beradik tu buat salah tegur2 la. Mungkin adik-beradik kite yg buat salah ni krg kasih syg (ye la ayah dh xde), at least bile ade org tegur nmpk la diorg ni masih lg disygi sbb masih ade org prihatin dgn diorg ni...doa la byk2 semoga dpt kekuatan utk lakukan tanggungjawab spt seorg ayah

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak x menasihati ibunya (xkesah la mak kandung ke mak tiri ke mak ayam ke) tentang kelakuan yg haram dlm ISLAM, apabila ibu membuat kemungkaran spt mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke NERAKA.

Ni yg agak susah ni, bkn senang nk nasihatkan mak...kalo mak terasa bleh jd kena maki tetiba...tp bg mak yg paham dgn ISLAM...InsyaAllah dia akan dgr ape yg dinasihatkan oleh anak sendiri...siap rase bangga dan sejuk perut melahirkan anak yg soleh ni (perasan plak aku)...doa la banyak2 semoga nasihat kite diterima...yg penting nasihat dulu...mak terima atau tak tu cite lain...

Lihat lah betapa hebatnya tarikan wanita bukan saje di dunia ni malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat gak, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak ni harus memainkan tanggungjawab dan peranan masing2 dlm menasihati kaum hawa/wanita/isteri/ibu/kakak/adik pompuan/sedara pompuan/nenek ipar dan mcm2 lg la yg bergelar pompuan...supaya kite kaum lelaki ni tidak terkejut tetiba kaki sebelah dah masuk pintu syurga tp tetiba kena rentap masuk dlm NERAKA sbb hal2 yg kite terlepas pandang... nauzubillah

Byk lg sbnrnye dosa2 yg bleh menyebabkan kaum lelaki ni masuk dlm neraka tp korg usaha la cari sendiri. Yg aku dpt ni hanya tanggungjawab yg patut kite buat sbg seorg lelaki...yg mana bile kite tak buat boleh menyebabkan kite dimasukkan ke dalam neraka. Segala yg baik dtg dr Allah s.w.t dan yg buruk telah disandarkan atas kelemahan diri sy sendiri...wallahualam

p/s: ade lg sambungan part 3...11 perwatakan golongan yg masuk ke neraka...nantikan

No comments:

Post a Comment