I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 31, 2011

Pentingkan Diri...Ade Kelebihannya

(hari terakhir dalam bulan Mac...adekah amalan lebih baik dari bulan Feb?...mmm)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mementingkan diri sendiri...ape pendapat korang? Bukan semua sifat pentingkan diri adelah negatif. Kadang-kadang sifat 'menjual ikan' (selfish) ni ade jugak positifnya. Seperti biasa, ape yang aku cuba sampaikan adelah berdasarkan pendapat aku saje yang bukan alim ulama mahupun seorang ustaz, maka terpulang untuk korang semua untuk berfikir dulu dan terima mane yang patut.


Ade jugak pentingkan diri yang bersifat positif? Mesti korang tengah bingung kan pikirkan ape benda yang pentingkan diri ni positif, selalunya yang korang nampak kebanyakannya bersifat negatif. Baiklah aku cuba bagi beberapa contoh yg sesuai. Ape yang berlaku kat sekeliling aku, itu la yang selalunya aku jadikan contoh, sebab korang mungkin lebih mudah paham ape yang aku cube sampaikan.

1. Pentingkan diri dalam membuat kerja
Terkadang tu aku tengok kesian kat manusia ni, terlalu baik hati sesangat nak tolong orang. Tak salah untuk kita baik hati tolong orang tapi korang tu jangan la bongok sangat untuk sentiasa menolong orang. Contoh situasi: ade satu keje yang kawan korang sepatutnya yang handle/buat tp kawan korang ni mintak tolong korang untuk buatkan keje die.

Korang yang perasan baik hati ni pon tolong la kawan korang tu, padahal kawan korang tu sedap2 enjoy2 je kat bilik main tenet/fesbuk, petang2 maen bola tampar, malam2 g jalan2, ade mase diorang sempat untuk study...sedangkan korang yang bengap ni plak bersusah payah la buat keje untuk die sampai takde mase nak enjoy atau study...

Tolong la...kita kadang2 perlu jugak pentingkan diri sendiri. Kita perlu masa untuk berehat, kita perlu mase untuk study, kita perlu mase untuk menikmati dunia ni. Kerja yang sepatutnya kawan korang buat tu biar la die yang buat, keje tu telah dipertanggungjawab kepada die, biar la die yang buat. 

Lain la kalo keje tu buat sama2, sekurang2nya tak la terlalu beban utk kita buat sorang. Ni tak, keje orang lain tp kita plak yang buat sorang2 (perasan bagus), pastu kawan kite tu enjoy je, kite plak yang semput lebih. Nasihat kepada korang ni, tolong la bersikap pentingkan diri sket, badan anda perlu jugak berehat, kite perlu mase untuk buat keje sendiri, kite jugak perlu pikirkan matlamat utama kite kt universiti, iaitu STUDY dan berjaya dalam pelajaran...

Jangan la terlalu pikir nak buat keje orang lain je sedangkan benda ni majikan tak tengok pon, diorang nak tengok pointer korang yang gempak...bukan keje remeh-temeh yg korang nak tolong buatkan tu...please la weh~

2. Pentingkan diri dalam pelajaran
Perkara ni slalu jugak la aku tengok kt sekitar aku. Kebanyakan orang yang perasan baik hati ni selalunya akan tolong kawan2 diorang buat macam2 dalam pelajaran. Contohnya lab report atau assignment. Maksud aku bukan tolong buatkan keje2 diorang, tapi bagi diorang untuk tiru atau bg softcopy. 

Memang la kite ni kawan2, saling tolong-menolong, bantu-membantu, tiru-meniru. Tapi sampai bile kite nak buat kawan2 kite jadi pemalas, hanya tunggu orang lain siapkan keje pastu diorang hanya tunggu copy je dari korang nanti. Ke korang beranggapan kalo korang bg tiru, nanti korang bleh tiru die plak? Bongok je orang yang pikir macam ni. Bile mase plak korang nak tiru die sedangkan banyak assignment yang die je tiru korang?

Ade kala nya kite kena pentingkan diri gak. Kite kena pikir kadang2 tu kite berusaha bersengkang mata bersusah-payah cari maklumat dalam internet untuk siapkan assignment atau lab report, tapi kawan2 korang yang pemalas ni sedap2 je mintak kat korang untuk copy. Korang yang perasan baik hati pon bagi la softcopy. Kalo buat keje sama2 takpe lagi. Padahal kawan korang tu goyang kaki je, seronok maen game, sembang2 dgn kawan2... tunggu korang siapkan keje pastu tiru je dari korang. Korang tak rase marah ke?

Please la weh...sampai bile korang nak jadikan kawan korang tu pemalas, at least nasihatkan la supaya diorang insaf. Terkadang tu korang bg kawan korang tiru, pastu die dapat markah lagi tinggi, sebab die tambah lagi maklumat lain selain maklumat yang diorang copy dari korang. Padan muke korang, sape suh bg tiru...aku hanye mampu gelak je kat orang yang perasan baik hati ni.

3. Pentingkan diri dalam tolong orang
Perkara ni terjadi kat 'adik' aku kt kolej ni. Mentang2 la die junior korang yang senior2 ni nak buli die plak heh. Ade satu hari tu aku nampak die kena angkat barang oleh sorang makhluk ni. Aku tak paham ape fungsi die suruh 'adik' aku ni angkat barang die, pastu aku tengok die jalan belenggang je, padahal takde pape barang pon yang die tengah bawak. Tolong la, jangan menggunakan kuasa korang sebagai orang yang lebih senior untuk membuli orang yang junior ni. 

Mmg la diorang tak cakap pape, sebab diorang terpakse buat keje korang, kalo tak nanti kena marah dalam meeting blok. Aku tgk 'adik' aku ni slalu je kena follow orang ni, kena angkat barang orang tu la, kena ikut kemana2 la, ingat 'adik' aku ni hamba ko ke hape? Aku hanya berpesan kat die "Jangan jadi hamba pada orang lain...pentingkan diri sket, die bukannya tak mampu untuk angkat barang tu sendiri". Aku tak tau la lepas2 ni die masih 'tolong' orang tu ke tak.

Please la weh...kalo korang tengok kawan korang tu mampu untuk buat keje sendiri, angkat barang sendiri atau ape2 je sendiri, suruh kawan2 korang ni buat keje sendiri, melainkan kalo diorang betul2 tak mampu nak buat. Korang nasihat la secara baik takut2 diorang sentap plak. Jadi la manusia yang rajin, tidak mengharapkan bantuan orang lain melainkan terpaksa.

Situasi2 ni hanya contoh saje. Ade kalanya kite kena pentingkan diri jugak, mengikut keadaan. Kalo rase diorang sangat2 memerlukan pertolongan, kite kena tolong. Kalo rase kawan2 kite ni masih mampu untuk buat keje, tapi diorang je yang tegedik lebih, nak bemanja2 dengan korang nak mintak tolong dengan korang, baik tak payah tolong. Walaupon korang bleh cakap korang tolong dengan ikhlas tak mengharapkan balasan (perasan beriman) tapi sebenarnya korang telah mencipta satu sifat malas dalam diri kawan2 korang tu. Jangan biarkan diorang jadi pemalas. 

Aku tengok orang Melayu la terutamanya, mmg PEMALAS. Aku bangga menjadi orang Melayu, tapi aku malu dengan perangai bangsa aku. Hanya dengan sikap pentingkan diri la bagi pendapat aku, aku rase mampu untuk membangkitkan semangat kerajinan orang2 Melayu ni untuk berusaha lebih. Berusaha untuk menyiapkan assignment sendiri tanpa meniru orang lain, berusaha untuk menyiapkan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada diri sendiri, berusaha untuk mengangkat barang sendiri jika mampu tanpa bantuan orang lain dan berusaha untuk menjadi lebih rajin berusaha. Nescaya orang Melayu akan menjadi lebih maju dengan hanya memberi pertolongan yang sepatutnya sahaja.

Kesimpulannya, pentingkan la diri kita untuk faedah bersama. Faedah kepada orang lain adelah kite menjadikan mereka lebih rajin berusaha dan menghindarkan mereka daripada membuang masa dengan aktiviti tak sepatutnya dan Faedah kepada diri sendiri adelah kite lebih banyak dapat meluangkan masa untuk diri sendiri dan korang tak perlu menjadi 'hamba' kepada orang lain.

Mungkin ape yang aku sampaikan bercanggah dengan pendapat korang. Sebarang pendapat boleh la komen di bawah, kita sama2 boleh bincang dan tidak bertelagah, kerana bertelagah sesama kita boleh menggelapkan hati. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~...

p/s: pentingkan diri pon berpada2 gak...jangan sampai hilang kawan...huhu

Tuesday, March 29, 2011

The Road Not Taken

(aku tak tau nak buat tajuk entry ape kali ni...mungkin tajuk dan isinya takde kaitan kot...korang bace je la)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah, bersyukur kite kepada Allah s.w.t. sbb telah dipanjangkan umur dan korang masih dpt baca blog aku ni, insyaAllah semoga korang dapat ilmu yg bermanfaat dr blog ni (perasan beriman gile aku...haha). Entry kali ni bukan nak cite pasal Literature mase kite blaja English mase sekolah menengah dulu, tapi nak cite ape yg berlaku dalam kehidupan kite seharian. Tp literature ni sebenarnye mmg pasal kehidupan seharian pun...


Seperti yang kite semua ketahui, segala apa yang berlaku dalam hidup kita telah ditentukan oleh Qada' dan Qadar dari Allah s.w.t. dan wajib bg kite sebagai orang Islam untuk beriman dan percaya pada Rukun Iman yang keenam ni (korang masih ingat lg tak Rukun Iman ikut turutan?). Walaupun segalanya telah ditakdirkan sedemikian rupa, kita masih mempunyai pilihan dalam hidup untuk menentukan kejayaan atau kegagalan hidup kita kat dunia ni dan sesungguhnya pilihan kita juga telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t.


Seperti yang aku tulis dalam entry2 sebelum ni, ni mungkin hanya pendapat aku sahaja, bukan pendapat seorang ustaz. Dalam hidup kita ni mesti ade PILIHAN, tipu la kalo sesuatu benda yang kita nak buat tu takde pilihan, melainkan terpaksa untuk buat...tu pun kita ada pilihan jugak untuk buat atau tidak. Selalunya kita akan berfikir dulu mane satu pilihan yang bagus dan mane satu pilihan yang tak/kurang bagus, melainkan orang yang tak mahu berfikir.


Korang paham tak? Baiklah aku bagi contoh. Contohnya, dalam pelajaran korang hanya mempunyai 2 PILIHAN:
1. Pilihan Pertama adelah korang study bersungguh2, study awal2 bukan last minit dan fokus dalam kuliah, insyaAllah korang akan dapat jawab dalam exam, dapat kejayaan dalam pelajaran, dapat pointer tinggi, dan mungkin dapat Anugerah Dekan. 
2. Pilihan Kedua adelah korang malas study, study last minit, maen game banyak2, update blog je selalu, tido dalam kuliah, ponteng kelas, senang cite korang tak study la...insyaAllah korang tak akan dapat jawab dalam exam, dapat pointer rendah dan jangan mimpi la korang nak dapat ape2 anugerah.


Daripada contoh diatas, sebenarnya kite sendiri tau ape kesudahan daripada pilihan kita sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mengetahui apa yang bakal kita pilih tetapi terpulang pada kita untuk berfikir adekah pilihan kita ni tepat atau tak (ala2 skrip Oracle dalam cite The Matrix Reloaded plak). Jangan la kita yang dah dikurniakan akal oleh Allah s.w.t. tetapi tak mahu berfikir.


Banyak lg la contoh lain dalam kehidupan seharian yang sebenarnya kita ada pilihan dan terpulang pada kita untuk memilih yang terbaik (jgn sesapa terasa heh). Contohnya kita boleh PILIH tengok movie/main game sampai larut malam ATAU kita boleh tido awal supaya kita boleh bangun awal solat subuh, kita boleh PILIH untuk baca blog/layari internet/baring2 dulu ATAU kita pg trus ke surau/masjid utk solat berjemaah tatkala azan sedang berkumandang, kita boleh PILIH untuk mendengar hiburan yang melalaikan ATAU mendengar ceramah agama/kelas tajwid di surau/masjid, kita boleh PILIH untuk buat amal makruf ATAU kita boleh pilih untuk buat maksiat, kita boleh PILIH untuk kumpul banyak pahala ATAU kita boleh kumpul banyak dosa, kita boleh PILIH untuk ikut akal ATAU kite boleh pilih untuk ikut nafsu, kita boleh PILIH untuk berjaya di dunia ATAU kita boleh pilih gagal di dunia, kita boleh PILIH untuk masuk ke dalam SYURGA ATAU kita boleh pilih untuk masuk ke dalam NERAKA...TERPULANG pada diri kita untuk memilih




"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran serta hati semua anggota-anggota itu tetap akan diminta tanggungjawabnya." 
(al-Israa': 36)


Pada pendapat aku, pilihan yang kita buat telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan sekiranya pilihan yang kita dapat adelah yang terbaek (dapat pahala) kita patut bersyukur sangat2 kepada Allah s.w.t. kerana Allah telah memilih kita untuk melakukan perkara yang makruf. Tetapi sekiranya pilihan yang kita buat adelah mungkar/maksiat atau kita tak dapat melakukan perkara2 yg baik, kita sepatutnya berasa sedih kerana Allah s.w.t. tak memilih kita untuk melakukan amal makruf.


Jangan menganggap Allah s.w.t. tu kejam kerana tak memilih kita untuk membuat kebaikan. Pada pendapat aku (pendapat lg) Allah sedang menguji tahap keimanan kita, dan sekiranya iman kita kuat nescaya kita akan memilih untuk melakukan kebaikan dan sekiranya iman kita tak cukup kuat sehingga nafsu lebih menguasai diri, nescaya maksiat la yang bakal kita pilih. Kite sepatutnya berasa cemburu dengan orang2 yang membuat kebaikan dan seharusnya kite mencontohi mereka.


Lihat sahaja brape ramai rakyat Malaysia yang telah 'tewas' dengan hawa nafsu menonton konsert2 yang melalaikan yang penuh dengan kemaksiatan, termasuklah sebahagian warga kolej aku ni, sedangkan jika mereka kuatkan iman dalam diri masing2, mereka boleh pilih untuk tidak pergi ke konsert tersebut dan lebih baik duduk di masjid mendengar kuliah agama, berzikir, membaca Al-Quran atau duduk dalam bilik siapkan assignment, buat lab report, baca nota2 kuliah yg aku rase lagi bagus dan bermanfaat disamping menambahkan pahala. Subhanallah~


Brape ramai manusia yang bergembira mendengar 'SERULING SYAITAN'
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Aku tidak melarang kamu menangis, namun yang aku larang ada dua jenis suara yang buruk lagi dilarang: Suara nyanyian ketika bersenang-senang, bermain-main dengan seruling syaitan (muzik) dan suara ketika terjadi musibah: (ketika ada kematian) menampar-nampar pipi, merobek-robek pakaian dan laungan syaitan." (H.R. Hakim, al-Baihaqi, Abu Daud, al-Ajuri, al-Baghawi, dan ath-Thayalisi)

Kadang2 tu aku rase mereka2 ni banyak terpengaruh dengan rakan2 kt sekeliling. Bila godaan syaitan dan nafsu sedang menguasai diri, ditambah pula dengan iman yang tidak cukup kuat serta ajakan rakan2 yang banyak mempengaruhi hati yang lemah, nescaya jatuhlah akal dan hati yang tak mampu untuk berfikir. Nasihat aku PILIH la kawan2 yang baik yang dapat membimbing kita ke arah kebaikan dan berfikir la dengan sewajarnya apabila mendengar nasihat daripada kawan2 tersebut.


Kita sepatutnya berasa risau dan takut adekah kita bakal di PILIH untuk masuk kedalam syurga atau neraka kt akhirat nanti oleh Allah s.w.t. berdasarkan PILIHAN yang telah kita lakukan kt dunia ni. Sesungguhnya nisbah orang yang masuk syurga adelah Seorang berbanding 999 orang yang bakal masuk ke dalam neraka. Adekah kite tergolong dalam seorang atau 999? Adekah dengan pilihan kita kt dunia kita bakal dipilih masuk syurga? Wallahualam~


Aku tutup entry kali ni dengan pertanyaan tersebut. Kita hidup kt dunia ni ade PILIHAN, buat la pilihan yang terbaik, kumpul la sebanyak pahala yang mungkin, dan jangan la memilih untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Lu pikir la sendiri...


Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~


"Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan isikan Neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami akan ayat-ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat-ayat dan nasihat Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf: 179)

p/s: sesape yang tak mampu untuk menerima nasihat sesungguhnya hatinya telah keras dan telah menjadi hitam...

Thursday, March 24, 2011

Jgn Guna Agama Kerana Cinta

(hoho...aku kembali teringat ape yg aku nk tulis pd entry yg telupa sebelum ni...maka dgn lajunya aku menaip supaya tak lupe lg)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Seperti biasa, entry pada bulan ni adalah luahan perasaan hati aku je. Bukan kata2 ustaz, alim ulama atau imam muda yang korang bleh terus pahat dalam hati sanubari korang. Makanya kalo korang pikir benda ni korang bleh terima, korang ingat dan sampai2kan. Kalo rasa benda ni ntah hape2, sekadar nk menyakitkan hati bg yang terasa, korang bleh tolak bid'ah yang aku cube sampaikan (mcm serius je...huhu).

Berdasarkan tajuk entry kali ni, aku nak gebang sket la pasal masyarakat skrang ni yg banyak mempergunakan agama utk tujuan peribadi. Contohnya gunakan agama utk menarik orang undi parti politik, gunakan agama utk menghalalkan sesuatu yg sah2 haram dan yang paling byk aku perhatikan adelah menggunakan agama utk kepentingan cinta yang kononnya korang perasan suci sangat tu...

1. Gunakan agama dlm lagu nasyid/drama keagamaan yang berunsurkan cinta
Mmg satu fenomena zaman skrang ni, kononnye cube menyampaikan elemen dakwah melalui lagu atau drama tetapi telah mencampuradukkan dengan cinta sesama manusia yang keterlaluan. Aku bukan bermaksud melarang manusia utk bercinta, mmg fitrah manusia utk menyukai antara lelaki dengan perempuan.

Tapi kalo producer nk buat lagu atau drama cinta sesama manusia tp bukan kerana Allah s.w.t., tetiba plak tu nak selitkan elemen yg kononnya agama utk tarik perhatian orang utk dengar lagu dan tengok cite korang, lebih baik tak payah, buat dosa je...dosa sbb buat lagu ntah hape2 dan dosa orang mendengar sampai lalai...

Kumpulan nasyid ni mmg best
Lagu2 dr kumpulan2 nasyid skrang ni yg tak bleh disebutkan nama kumpulannya disini, tp rasenye korang tau kot, kebanyakannye berunsurkan cinta sesama manusia, malah ade yg agak keterlaluan. Contoh lirik, "Bersabarlah sayang, saat indah kan menjelma jua" (aku yg pikir lain kot). Hapekejadah semuanye ni?

Kan bagus kalo lebih byk lagu2 yg berunsurkan cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul-Nya...ni tak, lebih banyak lagu jiwang2 cintan2. Lebih baik takyah berselindung dengan menggunakan nama kumpulan nasyid, terus tubuhkan kumpulan rock cintan tangkap nangis je lg bagus...

Lagi satu drama keagamaan tp berunsurkan cinta. Yg ni mesti sahabat baik aku akan terasa sebab die minat tgk cite ni, makanya aku nak mintak maaf awal2 heh kt sahabat baik aku ni, aku bkn bermaksud nk mengata ko tp nak sampaikan kt orang lain gak.

Contohnya sebelum ni cite Ahmad Lurah...dan skang yg tgh hot kt tv adelah cite Ustaz Kamarul (bkn nama sebenar). Cite mmg dah bagus dah mengisahkan seorang ustaz yg alim tp tetiba berlaku perebutan antara beberapa orang pompuan nk dptkan ustaz ni. Hapekejadah semuanye ni? Lebih baik producer drama buat je cite cinta, tak payah nak gunakan nama ustaz2 ni...kan sama je...mencemarkan nama baik orang2 alim je...


2. Gunakan agama utk menjalinkan perhubungan
Ni yg aku lg tak paham. Ade la seorang kawan aku ni kononnya konfius nak pilih antara dua orang pompuan (ingat hebat sgt ke kau). Makanya die pon telah buat solat istiharah utk mintak petunjuk. Dengan izin Allah s.w.t. die telah mendapat petunjuk utk memilih sorang pompuan ni. Mula2 dah bagus dah buat solat sunat. Skali bile dah jd couple (ni dh salah dh, jd couple plak), bawak plak pompuan ni ke sana ke mari naik moto, makan berdua2an, jalan2 bersama2. Hapekejadah semuanye ni?

Mmg la aku rase korang tak pegang2 (pikir baik), tp masalahnya korang keluar tanpa ade muhrim, lain la kalo korang dah kawen. Mase mula2 guna pendekatan agama utk dpt petunjuk sape pompuan yg die nk pilih tp bile dah dpt, trus lupe pasal agama, lupe adat2 dalam pergaulan...wweekk, nak muntah aku orang2 mcm ni.

3. Gunakan agama utk memuaskan nafsu songsang
Ni lg la aku rase paling loya. Ade la sorang kawan aku ni (byknye kawan aku) yg kononnye perasan beriman, bab2 solat atau puase takde plak nak ikut hadis tp benda2 yg die suka pasal perhubungan nak ikut plak hadis (nmpk sgt ikut nafsu). Masalahnye perhubungan yg elok takpe lg, ni perhubungan songsang.

Dipercayai kaum Nabi Luth
Kawan aku ni (laki) slalu la keluar jalan2, makan sama2, tgk wayang sama2 dengan sorang bdk laki ni. Pastu satu hari ni aku terbace la blog die, dan aku tau ape yg die maksudkan adelah laki yg slalu die kuar jalan2 ni. Die tulis lebih kurang mcm ni "Lelaki yang mencintai lelaki lain kerana Allah s.w.t. akan dilindungi oleh Allah akhirat nanti". Pastu ade la ayat2 die yang memualkan aku, dan aku taknak tulis byk sbb takut korang termuntah atas keyboard laptop korang plak.

Ade ke patut die ni bleh pikir sampai mcm tu skali. Hapekejadah semuanya ni? Tau la ko tu sedang mengalami krisis identiti tak tau jantina mana ko skrang, pastu ko suke plak kt sorang laki ni, yg teruknya ko bleh pergunakan hadis utk membetulkan apa yg ko tgh buat...(wwweekkk...muntah hijau aku).

Tolong la paham sket ayat hadis tersebut, ape yang dimaksudkan dengan hadis tu adelah mengasihi sesama saudara, yg lg bagus mengasihi saudara yg kita tak penah kenal langsung dan kita rasa sayang kt orang tu. Bukannya bercinta ikut nafsu kau yg tgh mengalami kemerengan cinta sesama sejenis, dalam erti kata lain gay (maaf la kalo buat korang termuntah hijau jgk).

4. Gunakan agama utk kepentingan parti politik
Ni aku tak tau nak cakap ape. Baru2 ni universiti aku baru lepas pilihanraya kampus yg menyaksikan byk insiden2 yg memalukan. Ade la satu parti ni yg berasaskan Islam tetapi sebahagian ahlinya plak tak mengamalkan ape yg sepatutnya Islam perjuangkan. Aku tak nampak ape yg korang perjuangkan sebenarnya.

Ade satu video yg aku tgk, TNC universiti aku ni telah berjumpa dengan beberapa org wakil dari parti tersebut. Pd pendapat aku, ape yg TNC buat tu nak bagus dah, cube berbincang dengan korang dr parti berkenaan utk menyelesaikan perkara2 yg cuba dibangkitkan. Mmg Rasulullah s.a.w. gemar bermesyuarat utk mendapatkan pendapat semua pihak dan mendapat kata putus yg tak menyakitkan hati mana2 pihak.

Mmg secara dasarnya parti ni telah ditindas sbb kononnya tidak sehaluan dengan aspirasi universiti tp tak perlu la korang yg kononnya beriman sbb masuk parti yg berasaskan Islam nak buat perkara yg aku nk sebutkan ni. Ape yg korang buat cukup memalukan.

Aku tgk TNC tu sabar dan tenang je menjawab segala pertanyaan korang tp korang plak bercakap kasar dengan nada tinggi terhadap orang yg lebih tua (kuang ajar syial). Hapekejadah semuanya ni? Ni ke landasan parti korang? Kalo nk kuang aja tak payah la nak gunakan nama Islam utk parti korang tu, mencemarkan nama baik agama je kalo korang berperangai mcm Firaun. Nmpk sgt korang ni semua hanya cinta pada jawatan dan nk jd terkenal je...

Dah la...panjang sgt dh ni. Ntah2 korang bukan baca pon. Semoga menjadi iktibar dan pedoman korang semua. Yang baik jdkan teladan dan yg buruk jdkan sepadan. Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan saya sendiri. Wallahualam~

p/s: Firman Allah s.w.t., "...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah s.w.t., ayat-ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..." (At-Taubah, 65-66)

Monday, March 21, 2011

Ape Cita-cita Korang?

(entry kali ni berdasarkan sedutan dari Al-Kuliyyah, Jumaat 18 Mac 2011)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Aku begitu tertarik dengan soalan yg dikemukakan oleh penceramah Al-Kuliyyah pd hari tersebut (maaf...lupe nama ustaz tu). Yang lebih menarik perhatian adelah soalan tersebut telah ditanya kepada 2 orang yg berlainan bangsa, sorang MELAYU dan sorang CINA. Soalannya adalah "Apakah Cita-cita Kamu?"



Apabila ditanya soalan ni kepada sorang yang berbangsa Melayu, yg dijawab adalah "Mmmm...ntah la" sambil tersenyum2 tersengih2 ibarat kerang busuk. Ade plak yg lain menjawab "Saya nk jd polis...sebab boleh tembak orang". Tetapi soalan yang sama telah ditanya kepada sorang berbangsa Cina yg baru berusia 10 tahun. Tergamam aku apabila jawapan yg diberitahu oleh penceramah, "Apabila saya dewasa nanti, saya ingin menjadi seorang Remisier". Kemudian penceramah itu bertanya lagi, "Berapa pendapatan seorang Remisier". Dan budak Cina berusia 10 tahun pun menjawab lebih kurang mcm ni, "Pendapatan seorang Remisier bergantung pada usahanya adalah antara 1 hingga 10 juta setahun."

Daripada sedutan di atas, dpt la diandaikan bahawa orang Melayu ni tak mempunyai wawasan yg tinggi dan tak berpandangan jauh (tak semua orang) sedangkan orang Cina sejak kecil lg dah mempunyai wawasan yg tinggi untuk dicapai (tak semua orang jgk). Skang aku nak tanya korang semua, "Ape cita-cita korang?" Adekah korang tergolong orang yg hanya mampu tersengih bile mendapat soalan mcm ni atau korang semua dengan yakinnya jawab korang nk jd ape nanti...

Andaian aku mungkin ade tepatnya. Cuba kite renung diri kembali :
1. Minggu ni adelah minggu ujian...adekah kita study dgn bersungguh-sungguh? Ade sesetengah tu yg cakap study smart, jangan study hard. Ya mungkin betul. Tp study smart tak semestinya korang tak perlu study bersungguh2, atau dengan kata lainnya study hard jugak la. Sepatutnya ape yg dilakukan kite semua adelah belajar secara bijaksana tetapi dengan bersungguh2, baru la kita bleh mencapai apa yg dicita2kan.

Ni tak, masa study ape yg korang buat? Tengok movie, maen facebook, surf internet, main game, baca blog aku....huhu. Cube time study tu kite betul2 fokus dengan nota je depan mata, jangan bukak laptop pon depan muka korang. Kalo dah laptop depan mata, ade movie atau facebook atau blog terpampang kt screen plak tu, mcm mane nak fokus pd study? (Study smart konon)


2. Setiap minggu jgk ade assignment atau lab report yg perlu disiapkan...adekah korang siapkan sehari selepas korang buat lab tu atau terima assignment tu? Aku yakin takde orang yg buat, terutamanya bila dpt tau kena hantar minggu depan. Esok nak hantar baru malam sebelumnya kelam-kabut nak buat. Ni ke orang yang mempunyai wawasan yang tinggi? Korang rase bleh capai ke ape yg dicita2kan dengan perangai mcm ni?

Mmg tak dinafikan kite semua banyak keje lain terutamanya duduk kolej yg penuh dengan aktiviti setiap minggu. Cumanya aku nak tanya (banyak betul soalan). Bila ada masa lapang dalam sehari, ape yang korang isi? Aku yakin korang lebih suka ikutkan nafsu kelalaian korang dengan maen game, movie, facebook dan membaca blog. Tak salah utk buat semua ni, tp siapkan la ape yg sepatutnya kita buat dulu. Matlamat kita masuk Universiti bukan la utk berpoya2, tp utk BELAJAR.

3. Aku paling kecewa dengan bangsa aku bile part ni. Korang tau tak sesetengah orang bangsa bukan Melayu bangun pada waktu subuh? Mereka bangun bukan utk solat subuh tapi utk study atau menyiapkan apa2 keje yg blom settle lg. Yg aku kecewa kan adelah orang Melayu yg sepatutnya bangun awal utk solat subuh dah la tak bangun utk menunaikannya, ni kan plak nak study waktu2 mcm ni (jangan harap la). Rasenye kite bleh berjaya ke kalo mcm ni?

Nenek aku penah nasihatkan aku, bila waktu subuh kita kena bukak tingkap, baru la rezeki boleh masuk. Sebenarnya ape yg nenek aku aku cakap tu hanya la bahasa kiasan (pandai nenek aku berfalsafah). Ape yg aku baru paham skang ni (lembap jgk otak aku ni) adelah di waktu2 subuh ni la kite kena mulakan hidup kite, waktu2 mcm ni la sbnrnye ilmu mudah di'absorb' masuk dlm pale hotak kite ni, waktu2 mcm ni la malaikat mendoakan kite supaya dimurahkan rezeki, dan waktu2 mcm ni la kite bleh buat mcm2 sbb tenaga baru dicas semula sbb baru bangun tido.

Mungkin pada pendapat aku lain, pada pendapat korang lain plak. Ape yg korang rase betul kite masing2 cuba utk memperbaiki diri sendiri. Sepatutnya kite berasa cemburu bile melihat kawan2 kite study, bukan mengejek mereka tapi study bersama2 mereka. Bile kite melihat bangsa Cina berjaya dpt pointer tinggi, jgn plak kite cakap, "Ala, diorg Cina memang la". Ape...orang Melayu tak bleh berjaya jugak ke?  Allah s.w.t. menciptakan otak manusia semuanya sama. Yang membezakan kite sebenarnya hanya sifat malas dan rajin berusaha je.

Kite patut rase cemburu dengan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, bapanya hanya seorang nelayan tetapi dia mampu berjaya dlm SPM dgn mendapat 20A. Maka, kite yg berkemampuan ni dgn mendapat biasiswa beribu2 setiap semester bukan tak bleh utk berjaya. Seorang lg (maaf terlupa namanya) dengan usaha dan semangat yg gigih mampu utk pergi ke sekolah walaupon dia tidak berkaki. Dia ke sekolah dengan hanya menaiki skateboard dan telah dinobatkan tokoh Maal Hijrah atas kesungguhannya. Tapi kite yg cukup sempurna sifatnya malas utk ke kuliah, malas utk belajar dan malas utk berjaya...Astaghfirullah


Kesimpulannya kite sepatutnya berasa cemburu melihat orang lain berjaya dan sepatutnya kite berusaha untuk bersaing dengan mereka, bukannya mengejek atau hantar santau utk bunuh mereka ni. Harap sesape yg terasa selepas baca blog aku ni insaf dan berubahlah dan kalo ternampak kawan2 yg malas nak study, tolong la nasihatkan kawan2 kite supaya dpt la kite sama2 berjaya. Kalo diorg tak nak ikut ape yg kite dah nasihatkan, lantak la diorg, yg penting kite dh cube nasihatkan.

Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yg buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

Tuesday, March 15, 2011

Cukup Adilkah Korang dgn Kawan-kawan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sebenarnye hari ni nak tulis entry lain, tp tetiba aku rase nak tulis entry yg ni plak. Mcm biase la, ni adalah bulan untuk aku meluahkan perasaan xpuas hati, yg aku rase bg aku betul. Kalo korang rase bende ni salah, lepas korg bace entry aku ni korg bleh hentak kepala korang kt dinding bertubi2 smpi peluh mengalir bersama2 dgn darah, time tu korang dah lupe dah ape yg korang baru bace td.


Berbalik kpd tajuk yg diberi, aku teringat kisah Rasulullah s.a.w. mase aku dgr tazkirah ringkas di masjid ahad lepas (perasan beriman). Cerita bagaimana Rasulullah s.a.w. telah ditanya oleh salah seorg isterinya mengenai siapakah antara isteri2 baginda yg paling Rasulullah s.a.w. sayangi. Mase tu semua isterinya ade di tempat kejadian. Maka Rasulullah s.a.w. pun memberitahu kpd semua isterinya utk pulang dulu dan tunggu sampai malam, siapa yg dpt cincin pada malam tersebut dialah yg paling disayangi. Setelah isteri2 baginda pulang, Rasullulah s.a.w. pun pergi ke pasar membeli cincin utk kesemua isterinya. Bila malam menjelma isteri2 baginda yg tgh tunggu kt rumah masing2 pun menerima cincin setiap seorg, maka semua isteri2 baginda pun 'perasan' la yg diorg sgt disayangi Rasulullah s.a.w.

Daripada cerita diatas dpt ditunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. begitu bijaksana dan cukup adil dalam menjaga hati dan perasaan isteri2 baginda. Tp ape yg berlaku skrang ni bkn seperti ape yg Rasulullah s.a.w. buat dgn isteri2 baginda. Ketidakadilan berlaku secara sengaja atau tak disengajakan tanpa kite sedari. Benda ni jgk berlaku pada aku dan mungkin jgk korang, walaupon sebenarnya aku dan korang blom kawin lg.

Ketidakadilan bkn hanya bleh berlaku antara suami dan isteri je, ianya jgk bleh berlaku antara ibu dan anak (mcm ubat batuk plak), sepupu dgn mak tiri, abang dgn adik, peniaga dgn pembeli, orang dgn binatang, dan yg paling aku nak fokus hari ni adelah antara kawan dgn kawan yg lain. Meh aku cite sket beberapa kejadian yg berlaku dlm mase terdekat ni...cer cite...cer cite...

1. Bersembang atau bergelak ketawa
Ape yg aku telah alami dan mungkin korang penah alami jgk, tetiba je ade kawan kite taknak becakap dgn kite, ntah hape ntah penyakit die. Yg lagi hangin adelah bile dgn orang lain rilek je die sembang, siap bleh gelak2 lg. Ni la namanya ketidakadilan sesama kawan. Nape dgn aku ko taknak becakap tp dgn orang lain ko bleh sembang banyak cite, siap bgtau rahsia lg, pastu gelak2 dgn kawan2 ko tu.

Lepas beberapa hari mcm tu tetiba bleh plak becakap semula umpama takde pape yg berlaku. Ape...hari tu aku bkn kawan ko ke, atau aku jd org yg tak dikenali sampai ko taknak becakap atau tegur aku? Kalo ade benda yg tak puas hati bgtau la, takde la aku ni duduk tepinga2 sorang2 dalam dunia yang ada penghuninya tp sunyi sepi diam membisu. Benda ni mungkin berlaku pada korang jgk kan. Kalo berlaku mcm ni ape yg korang buat?

2. Pinjam barang
Kejadian ni sebenarnye baru berlaku pada aku pagi td, dan mungkin pernah berlaku pd korang jgk sebelum ni. Cth situasi seperti ape yg berlaku adelah ade sorang kawan aku ni nak pinjam motor, tp time tu ade ramai lagi kawan2 aku kt sekeliling mase tu yg mungkin pd perasaan perasan aku yg diorg nak pinjam motor jgk. Jd kalo dlm situasi ni ape yg korang buat?

Ape yg aku telah buat adelah aku tak bg pinjam, walaupon aku perasan baik selalunya bg pinjam. Tp utk menjaga perasaan kawan2 aku yg lain makanya aku tak bg pinjam. Maaf la yer. Ni baru namanya keadilan, masing2 tak dpt pinjam masa tu. So nasihat kepada kawan2ku yg nk pinjam ape2 dr aku, pastikan mase korang nak pinjam tu takde kawan aku yg lain berhampiran dgn aku waktu tu. Nasihat ni jgk pd korg, kalo nk pinjamkan barang tgk2 dulu orang2 kt sekeliling, takut2 diorg terasa...dgn kawan ni ko bg pinjam tp dgn kawan tu plak ko tak bg pinjam...kemut~

3. Pergi makan
Ni yg aku rase sedih dan marah plak kadang2. Benda ni berlaku pd aku, tp aku tak kesah sgt (kesah sbnrnye), cumanya ape yg berlaku kt kawan2 aku, ni yg aku kesah sesgt. Mesti kite ade kawan yg selalu pergi mines sama2, main badminton sama2, betepuk tampar sama2 dan yg paling penting makan sama2. Tp tetiba ade satu mase tu die tak makan dgn kite, kalo inform awal2 takpe lg.

Seperti yg aku sebut di atas, aku tak kesah sgt kalo benda ni berlaku pd aku. Tp bile berlaku kt kawan2 aku, aku mmg terasa. Korang cube bayangkan selama ni kawan tu mkn bersama dgn korang, dan tetiba haritu korang plak telah makan dulu (mungkin yg lagi sedap), dan korang plak lupa nk bgtau kawan korang tu (tak tau la sengaja atau tak sengaja), sedangkan kawan korang tunggu la kt bilik utk makan bersama2 dgn korang. Tetiba kawan tu baru dapat tau yg korang dah makan. Alangkah punah hati seorang kawan. Maka kawan tu pun pergi la makan sorang2 di foodcourt.

Korang rase sedih tak dgn cite kt atas? Kalo korang tak rase sedih mmg korang takde hati dan perasaan, baik terjun dr bangunan tingkat ke-75 lg bagus. Aku dh tgk byk kali peristiwa ni, kawan ni pg makan sorang2 sbb kawan yg slalu makan dgn die dah makan lebih awal dgn orang lain. Aku rase MARAH dan sedih gler time tu, nak je aku temankan...tp kawan tu dgn sayunya cakap "Takpe la, aku dh biase makan sorang"...lg la tacink aku time tu.

Tolong la bgtau awal2 kt kawan korg tu kalo korang dh mkn awal2, at least diorg tak perlu menunggu lama kt bilik. Tp bile korang balik bilik lepas mkn dgn puas tak bgtau kawan, pastu dgn senyuman, perut kenyang dan bangga manjenya korang cakap dgn kawan yg dah tunggu lama tu, "Aku dah makan la"...mmg layak bg penerajang sedas dua kt kawan mcm tu...

Nasihat aku...tolong la bersikap ADIL sesama kawan, JAGA la perasaan kawan2 anda, jgn la LEBIHKAN kawan yang korang rase best je bg korang tp kawan yg lain korang pinggirkan. Berkawan biar seribu, bermusuh jgn sekali (haha...gabung peribahasa). Lg bagus kalo kite ade kawan berjuta, berbilion, dan smpi infiniti.

Diriwayatkan oleh Anas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum dia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya dia menyayangi dirinya sendiri." (H.R. Bukhari)

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan saya sendiri. Wallahualam~

p/s: aku dh lupe dh ape entry yg aku nk buat sepatutnye...huhu

Friday, March 11, 2011

Tempat Sejuk atau Saf Hadapan

(mood luahan perasaan lg tp dlm nada yg lebih tenang...mungkin takde yg mengalami masalah trauma setelah baca entry aku ni)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setelah seminggu berfikir utk pengisian tajuk entry kali ni, akhirnya dpt jgk cetusan minda kpd aku yg dianugerahkan oleh Allah s.w.t. yg membolehkan aku menyambung blog yg tak seberapa ni (ayat poyo gile tak bleh blah..haha).

Aku terfikir lame dh nk buat entry ni sejak aku perhatikan jemaah yg pg solat Jumaat minggu lepas lg. Adekah korg semua berada dlm tande tanya dgn tajuk entry kali ni?


Sebenarnya ape yg aku cube katakan adelah org2 yg datang utk bersolat Jumaat minggu lepas (time tu cuaca agak panas), kebanyakan mereka akan memilih utk duduk di bawah kipas atau masuk di tempat solat wanita yg mempunyai air-cond berbanding duduk di saf yg lebih depan yg tak mempunyai kipas dan tak ber'air-cond', sdgkn saf tersebut masih lg kosong...

Tapi minggu ni plak aku tgk org2 yg dtg utk solat Jumaat (kali ni cuaca agak sejuk sbb hujan), tak ramai plak yg memilih utk duduk dibawah kipas atau dtg masjid terus masuk tempat solat wanita, tp masih ad jgk la yg buat mcm tu. Saf yg lebih hadapan plak kali ni penuh walaupon ade la lopong2 sket. Dh nmpk dh ape yg aku maksudkan?

Ape yg aku cube maksudkan adelah kebanyakan org memilih utk solat di tmpt yg selesa (sejuk) berbanding saf yg lebih depan sbb kurang selesa (panas). Ade jgk penah aku terdgr kdg2 ade surau tu safnya putus2, terutamanya saf pompuan, sbb diorg sanggup solat tempat yg ade kipas je smpi saf pon jd putus2, dh mcm solat sendiri2. Nape la bende ni bleh berlaku? Sdgkn dh byk hadis2 yg menyuruh kite utk menyempurnakan saf atau barisan.

Diriwayatkan oleh Jabir bin Samirah, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidakkah kalian ingin berbaris sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka," Maka kami bertanya, "Bagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb?" Beliau menjawab, "Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf." (H.R. Muslim)


"Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian daripada mendirikan solat." 
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjemaah adalah merupakan suatu hal yg sgt diperintahkan (dituntut). Bahkan Rasulullah s.a.w. sebelum memulakan solat, beliau berjalan merapikan saf dan memegang dada dan bahu para sahabat lalu bersabda maksudnya,

"Hendaklaah kalian meluruskan saf-saf kalian atau Allah akan membalikkan wajah-wajah kalian." 
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yg diriwayatkan oleh Abu Juhaifah, beliau bersabda, "Barangsiapa yang memenuhi celah yang ada pada saf maka Allah akan mengampunkan dosanya." 
(H.R. al-Bazzar dgn sanad hasan)

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambungkan saf, maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (H.R. Abu Daud, An-Nasa'i dan Ahmad)

Kedudukan saf yang betul:


Kedudukan susunan saf/barisan yang BETUL dan rapi

BETUL - Kaki diluruskan ke hadapan (arah Kiblat)

Kedudukan saf yang salah:


Kedudukan susunan saf/barisan yang SALAH

SALAH - Kaki tidak lurus ke hadapan

Korg semua tahu tak betapa beruntungnya jika kita solat di saf paling hadapan sbb kita akan didoakan oleh para malaikat dan mendapat ganjaran pahala yg besar oleh Allah s.w.t.? Ni tak, kekadang aku tgk ade org tu dtg awal ke masjid, dtg awal ke masjid dh bagus dh, skali duduk bawah kipas je, bknnye nak duduk di saf paling depan. Nmpk sgt niat nk dtg awal ke masjid sbb nk duduk tempat yg selesa, bkn atas sbb dtg awal nk mengaji dulu ke, nk duduk saf depan ke atau senang nk tgk muke khatib ke (hampeh punye org)...

"Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal." (H.R. al-Albani dgn sanad hasan)

"Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan." (H.R. Muslim)

Pastu kdg2 tu aku tgk org2 yg berstatus warga emas je yg solat baris depan, yg muda2 ni nk solat blakang. Kononnye baik hati dan pemurah nk bg pahala lebih kt warga emas sbb hidup dh diambang senja katanya. (tengkorak kau!!) Mcm la hidup korg yg muda2 ni lama sangat, bile2 mase je Allah bleh tarik nyawa korg, tak kira muda atau tua. Ape la salahnya kalo korg pun turut sama di saf depan tu, bukan ke byk ganjarannya. Rasulullah s.a.w. juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadhilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut2 utk mendptkan tempat. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud, "Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian utk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya." (H.R. Bukhari)

Daripada hadis di atas pon kite bleh tau betapa besarnya ganjaran yg bakal korg2 yg muda dan yg tua ni dpt kalo solat di saf paling depan. Dulu ustaz aku penah cakap, kalo la manusia ni tau kelebihan orang yg solat di saf paling depan, nescaya manusia akan berbunuhan sesama sendiri utk mendapatkannya.(Wallahualam...mintak maaf kalo aku tersilap dengar)

Rupenye ape yg aku pikir selama ni mmg telah terjadi dan apa yg Rasulullah s.a.w. katakan di zaman beliau adalah betul berlaku di zaman ni. Nauzubillah...

"Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka." (H.R. Muslim)

Kesimpulan yg dpt aku buat utk entry kali ni adelah:
1. Hendaklah kite DATANG AWAL ke masjid/surau supaya kita akan dpt solat di saf paling hadapan sbb byk ganjaran yg bakal kite dpt, cume kite je tak tau. Datang awal bkn dgn niat nk cepat duduk tempat selesa.
2. Hendaklah kite MELURUSKAN dan MERAPATKAN saf kerana perkara tersebut merupakan kesempurnaan solat, utk mengelakkan drp diganggu syaitan ketika solat dan mengelakkan dibalikkan muka diakhirat kelak.
3. JANGAN TERLALU MEMENTINGKAN keadaan sejuk dan selesa sedangkan saf hadapan masih kosong, penuhkan saf depan dulu. Biarlah kita berpanas di dunia, InsyaAllah di akhirat kita akan sejuk selamanya...

Sesungguhnya yang baik itu dtgnya dr Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diriku sendiri. Wallahualam~

p/s: pilih la korg nak antara sejuk (yg kekal kt dunia je) atau ganjaran yg besar (yg kekal smpi akhirat)..

Tuesday, March 8, 2011

Adekah korg golongan Munafik?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah dpt aku skali lg kembali mengupdate blog aku yg xseberapa ni...kali ni entry bukan nk luahkan perasaan geram...kalo asyik nk luahkan mesti korg dh xnak bace lg dh blog aku...sbb effect kt otak medula oblongata korg menerima makian terlampau dr aku...

Kali ni entry pasal ciri2 org munafik...kadang2 tu kite xperasan sebenarnye ape yg kite buat selama ni adelah perangai2 hodoh org2 munafik...jd selepas drp korg bace blog ni (harap bace smpi abes), jgn la korg bangga kalo ade ciri2 ni pd korg sbb ni perangai org2 munafik...Rasulullah s.a.w. xsuke org munafik termasuk la perangainye...jd cepat2 la tinggalkan dan berubah la jd muslim sejati...



30 ciri-ciri orang MUNAFIK:
1. Dusta
Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA."
Di dalam kitab Shahihain (Sahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

2. Khianat
Sabda Rasulullah s.a.w. "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

3. Berlebih2an dalam pertikaian
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"

4. Ingkar Janji
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (H.R. Bukhari Muslim)

5. Malas Beribadah
Firman Allah s.w.t.:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..." (An-Nisa': 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di saf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.

6. Riya'
Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah s.w.t.

7. Sedikit Berzikir
Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah s.w.t. kecuali sedikit sekali." (An-Nisa': 142)

8. Mempercepat Solat
Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah s.w.t. di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah s.w.t. dalam solatnya.
Hadith Nabi SAW: "Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"

9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh
Mereka memperlekehkan orang-orang yang taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang taat kepada Allah s.w.t.

10. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAW
Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah s.a.w. dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.
Firman Allah SWT:
"...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..." (At-Taubah: 65-66)

11. Bersumpah Palsu
Firman Allah SWT: "Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..." (Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)
Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.

12. Enggan Berinfak
Orang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.

13. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin
Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.

14. Suka menyebarkan Khabar Dusta
Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.

15. Mengingkari Takdir
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.

16. Mencaci maki kehormatan orang-orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.
Firman Allah SWT:
"...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan..."
(Al-Ahzab: 19)

17. Sering meninggalkan Solat Berjamaah
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

18. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."
(Al-Baqarah: 11-12)

19. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan Batin
Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main.

20. Takut terhadap Kejadian Apa Pun
Orang2 munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2 hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.

21. Beruzur dengan Dalih Dusta
Firman Allah SWT:
"Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir."
(At-Taubah: 49)

22. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan
Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.

23. Bakhil
Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.

24. Lupa kepada Allah SWT
Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah s.w.t. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA.

25. Mendustakan janji Allah SWT dan Rasul-Nya
Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya." (Al-Ahzab: 12)

26. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan Batin
Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah s.w.t., dan tidak mengenal zikir... Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.

27. Sombong dalam Berbicara
Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.

28. Tidak memahami Ad Din
Di antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.

29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan Dosa
Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya (berpura-pura taat)
Firman Allah SWT:
"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..."
(An-Nisa': 108)

30. Senang dengan Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap Kebahagian mereka
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri aku sendiri. Wallahualam~

p/s: Dari Anas bin Malik R.A., Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah SELAMA 40 HARI dengan memperoleh TAKBIRATUL-ULA (takbir pertama bersama imam), dituliskan baginya dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik.(Hadis Riwayat At-Tirmizi)