I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 21, 2011

Ape Cita-cita Korang?

(entry kali ni berdasarkan sedutan dari Al-Kuliyyah, Jumaat 18 Mac 2011)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Aku begitu tertarik dengan soalan yg dikemukakan oleh penceramah Al-Kuliyyah pd hari tersebut (maaf...lupe nama ustaz tu). Yang lebih menarik perhatian adelah soalan tersebut telah ditanya kepada 2 orang yg berlainan bangsa, sorang MELAYU dan sorang CINA. Soalannya adalah "Apakah Cita-cita Kamu?"



Apabila ditanya soalan ni kepada sorang yang berbangsa Melayu, yg dijawab adalah "Mmmm...ntah la" sambil tersenyum2 tersengih2 ibarat kerang busuk. Ade plak yg lain menjawab "Saya nk jd polis...sebab boleh tembak orang". Tetapi soalan yang sama telah ditanya kepada sorang berbangsa Cina yg baru berusia 10 tahun. Tergamam aku apabila jawapan yg diberitahu oleh penceramah, "Apabila saya dewasa nanti, saya ingin menjadi seorang Remisier". Kemudian penceramah itu bertanya lagi, "Berapa pendapatan seorang Remisier". Dan budak Cina berusia 10 tahun pun menjawab lebih kurang mcm ni, "Pendapatan seorang Remisier bergantung pada usahanya adalah antara 1 hingga 10 juta setahun."

Daripada sedutan di atas, dpt la diandaikan bahawa orang Melayu ni tak mempunyai wawasan yg tinggi dan tak berpandangan jauh (tak semua orang) sedangkan orang Cina sejak kecil lg dah mempunyai wawasan yg tinggi untuk dicapai (tak semua orang jgk). Skang aku nak tanya korang semua, "Ape cita-cita korang?" Adekah korang tergolong orang yg hanya mampu tersengih bile mendapat soalan mcm ni atau korang semua dengan yakinnya jawab korang nk jd ape nanti...

Andaian aku mungkin ade tepatnya. Cuba kite renung diri kembali :
1. Minggu ni adelah minggu ujian...adekah kita study dgn bersungguh-sungguh? Ade sesetengah tu yg cakap study smart, jangan study hard. Ya mungkin betul. Tp study smart tak semestinya korang tak perlu study bersungguh2, atau dengan kata lainnya study hard jugak la. Sepatutnya ape yg dilakukan kite semua adelah belajar secara bijaksana tetapi dengan bersungguh2, baru la kita bleh mencapai apa yg dicita2kan.

Ni tak, masa study ape yg korang buat? Tengok movie, maen facebook, surf internet, main game, baca blog aku....huhu. Cube time study tu kite betul2 fokus dengan nota je depan mata, jangan bukak laptop pon depan muka korang. Kalo dah laptop depan mata, ade movie atau facebook atau blog terpampang kt screen plak tu, mcm mane nak fokus pd study? (Study smart konon)


2. Setiap minggu jgk ade assignment atau lab report yg perlu disiapkan...adekah korang siapkan sehari selepas korang buat lab tu atau terima assignment tu? Aku yakin takde orang yg buat, terutamanya bila dpt tau kena hantar minggu depan. Esok nak hantar baru malam sebelumnya kelam-kabut nak buat. Ni ke orang yang mempunyai wawasan yang tinggi? Korang rase bleh capai ke ape yg dicita2kan dengan perangai mcm ni?

Mmg tak dinafikan kite semua banyak keje lain terutamanya duduk kolej yg penuh dengan aktiviti setiap minggu. Cumanya aku nak tanya (banyak betul soalan). Bila ada masa lapang dalam sehari, ape yang korang isi? Aku yakin korang lebih suka ikutkan nafsu kelalaian korang dengan maen game, movie, facebook dan membaca blog. Tak salah utk buat semua ni, tp siapkan la ape yg sepatutnya kita buat dulu. Matlamat kita masuk Universiti bukan la utk berpoya2, tp utk BELAJAR.

3. Aku paling kecewa dengan bangsa aku bile part ni. Korang tau tak sesetengah orang bangsa bukan Melayu bangun pada waktu subuh? Mereka bangun bukan utk solat subuh tapi utk study atau menyiapkan apa2 keje yg blom settle lg. Yg aku kecewa kan adelah orang Melayu yg sepatutnya bangun awal utk solat subuh dah la tak bangun utk menunaikannya, ni kan plak nak study waktu2 mcm ni (jangan harap la). Rasenye kite bleh berjaya ke kalo mcm ni?

Nenek aku penah nasihatkan aku, bila waktu subuh kita kena bukak tingkap, baru la rezeki boleh masuk. Sebenarnya ape yg nenek aku aku cakap tu hanya la bahasa kiasan (pandai nenek aku berfalsafah). Ape yg aku baru paham skang ni (lembap jgk otak aku ni) adelah di waktu2 subuh ni la kite kena mulakan hidup kite, waktu2 mcm ni la sbnrnye ilmu mudah di'absorb' masuk dlm pale hotak kite ni, waktu2 mcm ni la malaikat mendoakan kite supaya dimurahkan rezeki, dan waktu2 mcm ni la kite bleh buat mcm2 sbb tenaga baru dicas semula sbb baru bangun tido.

Mungkin pada pendapat aku lain, pada pendapat korang lain plak. Ape yg korang rase betul kite masing2 cuba utk memperbaiki diri sendiri. Sepatutnya kite berasa cemburu bile melihat kawan2 kite study, bukan mengejek mereka tapi study bersama2 mereka. Bile kite melihat bangsa Cina berjaya dpt pointer tinggi, jgn plak kite cakap, "Ala, diorg Cina memang la". Ape...orang Melayu tak bleh berjaya jugak ke?  Allah s.w.t. menciptakan otak manusia semuanya sama. Yang membezakan kite sebenarnya hanya sifat malas dan rajin berusaha je.

Kite patut rase cemburu dengan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, bapanya hanya seorang nelayan tetapi dia mampu berjaya dlm SPM dgn mendapat 20A. Maka, kite yg berkemampuan ni dgn mendapat biasiswa beribu2 setiap semester bukan tak bleh utk berjaya. Seorang lg (maaf terlupa namanya) dengan usaha dan semangat yg gigih mampu utk pergi ke sekolah walaupon dia tidak berkaki. Dia ke sekolah dengan hanya menaiki skateboard dan telah dinobatkan tokoh Maal Hijrah atas kesungguhannya. Tapi kite yg cukup sempurna sifatnya malas utk ke kuliah, malas utk belajar dan malas utk berjaya...Astaghfirullah


Kesimpulannya kite sepatutnya berasa cemburu melihat orang lain berjaya dan sepatutnya kite berusaha untuk bersaing dengan mereka, bukannya mengejek atau hantar santau utk bunuh mereka ni. Harap sesape yg terasa selepas baca blog aku ni insaf dan berubahlah dan kalo ternampak kawan2 yg malas nak study, tolong la nasihatkan kawan2 kite supaya dpt la kite sama2 berjaya. Kalo diorg tak nak ikut ape yg kite dah nasihatkan, lantak la diorg, yg penting kite dh cube nasihatkan.

Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yg buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment