I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 11, 2011

Tempat Sejuk atau Saf Hadapan

(mood luahan perasaan lg tp dlm nada yg lebih tenang...mungkin takde yg mengalami masalah trauma setelah baca entry aku ni)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setelah seminggu berfikir utk pengisian tajuk entry kali ni, akhirnya dpt jgk cetusan minda kpd aku yg dianugerahkan oleh Allah s.w.t. yg membolehkan aku menyambung blog yg tak seberapa ni (ayat poyo gile tak bleh blah..haha).

Aku terfikir lame dh nk buat entry ni sejak aku perhatikan jemaah yg pg solat Jumaat minggu lepas lg. Adekah korg semua berada dlm tande tanya dgn tajuk entry kali ni?


Sebenarnya ape yg aku cube katakan adelah org2 yg datang utk bersolat Jumaat minggu lepas (time tu cuaca agak panas), kebanyakan mereka akan memilih utk duduk di bawah kipas atau masuk di tempat solat wanita yg mempunyai air-cond berbanding duduk di saf yg lebih depan yg tak mempunyai kipas dan tak ber'air-cond', sdgkn saf tersebut masih lg kosong...

Tapi minggu ni plak aku tgk org2 yg dtg utk solat Jumaat (kali ni cuaca agak sejuk sbb hujan), tak ramai plak yg memilih utk duduk dibawah kipas atau dtg masjid terus masuk tempat solat wanita, tp masih ad jgk la yg buat mcm tu. Saf yg lebih hadapan plak kali ni penuh walaupon ade la lopong2 sket. Dh nmpk dh ape yg aku maksudkan?

Ape yg aku cube maksudkan adelah kebanyakan org memilih utk solat di tmpt yg selesa (sejuk) berbanding saf yg lebih depan sbb kurang selesa (panas). Ade jgk penah aku terdgr kdg2 ade surau tu safnya putus2, terutamanya saf pompuan, sbb diorg sanggup solat tempat yg ade kipas je smpi saf pon jd putus2, dh mcm solat sendiri2. Nape la bende ni bleh berlaku? Sdgkn dh byk hadis2 yg menyuruh kite utk menyempurnakan saf atau barisan.

Diriwayatkan oleh Jabir bin Samirah, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidakkah kalian ingin berbaris sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka," Maka kami bertanya, "Bagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb?" Beliau menjawab, "Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf." (H.R. Muslim)


"Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian daripada mendirikan solat." 
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjemaah adalah merupakan suatu hal yg sgt diperintahkan (dituntut). Bahkan Rasulullah s.a.w. sebelum memulakan solat, beliau berjalan merapikan saf dan memegang dada dan bahu para sahabat lalu bersabda maksudnya,

"Hendaklaah kalian meluruskan saf-saf kalian atau Allah akan membalikkan wajah-wajah kalian." 
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yg diriwayatkan oleh Abu Juhaifah, beliau bersabda, "Barangsiapa yang memenuhi celah yang ada pada saf maka Allah akan mengampunkan dosanya." 
(H.R. al-Bazzar dgn sanad hasan)

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambungkan saf, maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (H.R. Abu Daud, An-Nasa'i dan Ahmad)

Kedudukan saf yang betul:


Kedudukan susunan saf/barisan yang BETUL dan rapi

BETUL - Kaki diluruskan ke hadapan (arah Kiblat)

Kedudukan saf yang salah:


Kedudukan susunan saf/barisan yang SALAH

SALAH - Kaki tidak lurus ke hadapan

Korg semua tahu tak betapa beruntungnya jika kita solat di saf paling hadapan sbb kita akan didoakan oleh para malaikat dan mendapat ganjaran pahala yg besar oleh Allah s.w.t.? Ni tak, kekadang aku tgk ade org tu dtg awal ke masjid, dtg awal ke masjid dh bagus dh, skali duduk bawah kipas je, bknnye nak duduk di saf paling depan. Nmpk sgt niat nk dtg awal ke masjid sbb nk duduk tempat yg selesa, bkn atas sbb dtg awal nk mengaji dulu ke, nk duduk saf depan ke atau senang nk tgk muke khatib ke (hampeh punye org)...

"Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal." (H.R. al-Albani dgn sanad hasan)

"Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan." (H.R. Muslim)

Pastu kdg2 tu aku tgk org2 yg berstatus warga emas je yg solat baris depan, yg muda2 ni nk solat blakang. Kononnye baik hati dan pemurah nk bg pahala lebih kt warga emas sbb hidup dh diambang senja katanya. (tengkorak kau!!) Mcm la hidup korg yg muda2 ni lama sangat, bile2 mase je Allah bleh tarik nyawa korg, tak kira muda atau tua. Ape la salahnya kalo korg pun turut sama di saf depan tu, bukan ke byk ganjarannya. Rasulullah s.a.w. juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadhilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut2 utk mendptkan tempat. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud, "Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian utk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya." (H.R. Bukhari)

Daripada hadis di atas pon kite bleh tau betapa besarnya ganjaran yg bakal korg2 yg muda dan yg tua ni dpt kalo solat di saf paling depan. Dulu ustaz aku penah cakap, kalo la manusia ni tau kelebihan orang yg solat di saf paling depan, nescaya manusia akan berbunuhan sesama sendiri utk mendapatkannya.(Wallahualam...mintak maaf kalo aku tersilap dengar)

Rupenye ape yg aku pikir selama ni mmg telah terjadi dan apa yg Rasulullah s.a.w. katakan di zaman beliau adalah betul berlaku di zaman ni. Nauzubillah...

"Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka." (H.R. Muslim)

Kesimpulan yg dpt aku buat utk entry kali ni adelah:
1. Hendaklah kite DATANG AWAL ke masjid/surau supaya kita akan dpt solat di saf paling hadapan sbb byk ganjaran yg bakal kite dpt, cume kite je tak tau. Datang awal bkn dgn niat nk cepat duduk tempat selesa.
2. Hendaklah kite MELURUSKAN dan MERAPATKAN saf kerana perkara tersebut merupakan kesempurnaan solat, utk mengelakkan drp diganggu syaitan ketika solat dan mengelakkan dibalikkan muka diakhirat kelak.
3. JANGAN TERLALU MEMENTINGKAN keadaan sejuk dan selesa sedangkan saf hadapan masih kosong, penuhkan saf depan dulu. Biarlah kita berpanas di dunia, InsyaAllah di akhirat kita akan sejuk selamanya...

Sesungguhnya yang baik itu dtgnya dr Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diriku sendiri. Wallahualam~

p/s: pilih la korg nak antara sejuk (yg kekal kt dunia je) atau ganjaran yg besar (yg kekal smpi akhirat)..

No comments:

Post a Comment