Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Bulan syaaban bakal sampai ke pertengahannya. Ade ape dgn pertengahan syaaban atau Nisfu Syaaban? Dlm hadis2 sahih riwayat Imam Al-Bukhari, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari nisfu Syaaban, namun ada disebut berpuasa sunat 13, 14 dan 15hb setiap bulan yg mana hari tersebut termasuklah hari nisfu Syaaban. Di dalam hadis juga tidak terdapat secara khusus berqiamullail pada malam nisfu Syaaban, tetapi ada disebut berqiamullail di setiap malam, dan termasuklah juga malam nisfu Syaaban.
Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah r.a. dia berkata (bermaksud), "Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia s.a.w. berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w. berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia s.a.w. berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban" (Hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari)
Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari ABu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah r.a. berkata (bermaksud), "Kekasihku (Nabi s.a.w.) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur". (Hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari)
"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)" (Hadis riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)
Akan tetapi hadis2 diatas tidak mengajar apa2 amalan khusus di malam atau siang nisfu Syaaban. Dari mana asalnya amalan2 ini dan siapa pula yg mendpt wahyu tntg ibadah2 yg tidak diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.? Berikut merupakan ulasan daripada Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi:
"Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka berdoa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (Al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya... perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid'ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid'ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diada-adakan itu bid'ah, dan setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."
Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. menghidupkan malam nisfu Syaaban ini dengan amalan2 khusus seperti solat sunat yang khas atau doa2 tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Antaranya adalah:
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali r.a.: Apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: "Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar".
(Hadis ini adalah maudhu', diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi)
Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): "Barangsiapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam nisfu Syaaban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat: tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya."
(Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah hadis maudhu')
Syiekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menambah lagi di dalam fatwanya:
"Tentang malam nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam nisfu Syaaban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak atau diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah."
Berkaitan amalan puasa khas pada nisfu Syaaban, tidak juga terdapat sebarang hadis sahih yg menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yg lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Rasulullah s.a.w. yg memperbanyakkan puasanya pada bulan Syaaban dan termasuk juga berpuasa di hari nisfu Syaaban, maka ini adalah suatu amalan yg baik dan digalakkan.
Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih (13, 14, dan 15hb) dan termasuk didalamnya hari yg ke-15 dlm setiap bulan atau puasa sunat yg dilakukan pada Isnin dan Khamis. Jika puasa dilakukan pada nisfu Syaaban sahaja dgn menganggap ia adalah sunnah, maka ini adalah dilarang.
Kesimpulannya, seseorang itu digalakkan memperbanyakkan berpuasa dan melakukan amal ibadat di dalam bulan Syaaban kerana di dalam bulan ini terdapat banyak kelebihannya tetapi tidak hanya mengkhususkannya pada nisfu Syaaban sahaja. Janganlah terlalu sibuk mengejar Sunnah yg bid'ah sedangkan Sunnah yg sahih yg laen makin dilupakan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atau kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~
Alhamdulillah.... terang bersuluh entry nih pasal amalan di bulan Syaaban nih... Terima kasih yaa penulis...
ReplyDelete