Alhamdulillah, kita telah dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu lg bulan Ramadan pada tahun ini. Ramadan dianggap bulan yang mulia. Penurunan Al-Quran pada bulan ini menjadikan bulan ini mulia dan istimewa. Di dalamnya juga terdapat Lailatul Qadar iaitu malam yg lebih baik dari seribu bulan. Pahala amalan juga digandakan berkali2 ganda pada bulan ini.
"Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Muslim)
Bagaimanapun, kesempurnaan pahala Ramadan kadangkala tergugat kerana kekurangan ilmu dan keprihatinan umat Islam masa kini. Antara yang dimaksudkan oleh Ustaz Zaharuddin adalah:
1. Makan dan minum tanpa batas setelah batal puasa dgn sengaja (bkn kerana uzur yg diterima Islam), contohnya mengeluarkan mani dgn sengaja, merokok, makan dan minum dgn sengaja. Orang yg telah sengaja membatalkan puasanya adalah dilarang utk makan dan minum lg atau melakukan apa jua perkara yg membatalkan puasa yg lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradhawi)
Ia dikira denda yg pertama kpdnya selain kewajipan menggantikan puasanya. Keadaan ini disebut dalam hadis bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
2. Bermalas-malasan dan tidak produktif dlm kerja2 di siang hari dgn alasan sedang berpuasa. Sedangkan sekiranya kerja yg dilakukan dgn niat beribadat pastinya menambahkan lg pahala seseorg itu. Maka, sewajarnya umat Islam lebih meningkatkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di dlm bulan Ramadan ini.
3. Memperbanyakkan tidur di siang hari dgn alasan ia adalah ibadat. Imam As-Sayuti ada menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
4. Makan sahur di waktu tengah mlm kerana malas bangun di akhir malam. Individu yg melakukan amalan ini terhalang dr mendpt keberkatan dan kelebihan yg ditawarkan Rasulullah s.a.w. malah bercanggah dgn sunnah baginda. 'Sahur' itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya, "Makan sahur adalah keberkatan maka janganlah kamu tinggalkannya sekalipun kamu hanya meneguk segelas air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur." (Hadis dikeluarkan oleh Ibn Hibban, dinilai hasan oleh al-Albani)
5. Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bg sahur. Waktu imsak hanyalah sbg amaran yg dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat utk makan sahur. Waktu yg disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adelah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).
Firman Allah maksudnya, "Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. (Surah al-Baqarah, ayat 187)
6. Bersahur dgn hanya mkn dan minum shj tanpa ibadah lain. Ini satu lg kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pd hakikatnya adalah waktu terbaik utk beristighfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya: "dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Surah Az-Zariyyat: 18).
Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat): Wahai Rasulullah, waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah); jawab Rasulullah, pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu' (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Tirmidzi & Al-Qaradhawi: Hadis Hasan)
7. Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil2 yg sohih, solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadis bermaksud "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam." Sememangnya tidak salah utk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorg itu yakin dgn kemampuannya utk bgn bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka lebih elok dia melewatkan witirnya di akhir malam.
8. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Mmg benar solat bukanlah syarat sah puasa, tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tonggak kpd keislaman seseorg. Maka, 'ponteng' solat dgn sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorg itu terjejas.
9. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah atau solat fardhu yg lain sebagaimana terawih. Ramai yg lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat Subuh berjemaah yg disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. bg org yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan satu malam.
10. Menunaikan solat terawih di masjid dgn niat inginkan kemeriahkan (feel org lebih ramai). Malanglah mereka jika niat utama seseorg itu hadir ke masjid adalah utk meriah dan bkn atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah sbgmana yg ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis bermaksud, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
11. Wanita berterawih beramai2 di masjid tanpa menjaga aurat. Ini ternyata apabila ramai antara wanita walaupun bertelekung, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah ketika berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adelah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12. Memasuki Ramadan dlm keadaan harta dipenuhi harta haram, samada terlibat dgn pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan harta riba. Ini sudah jelas memberi kesan kpd kualiti ibadah di bulan Ramadan. Bagaimana Allah akan memakbulkan doa org yg berpuasa sedangkan hartanya dr pendapatan yang haram.
13. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini merupakan satu kerugian yg kerap dilakukan oleh umat Islam. Rasulullah s.a.w. telah menyebut ertinya, "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka; pemimpin yang adil, individu yang sedang berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang dizalimi." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul ketika ingin berbuka berdasarkan hadis bermaksud, "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak." (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Kesimpulannya, sama2 la kita menghindarkan diri dari melakukan perbuatan2 yang mampu menjejaskan kualiti pahala Ramadan ini. Sentiasa lah menetapkan niat berpuasa di bulan Ramadan ini kerana keimanan, ketaqwaan serta ingin mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.
Sesungguhnya yg baik itu dtgnya dari Allah dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~
ermmm byk input berguna... terima kasih cenderawasih putih...
ReplyDeletekamu telah di tag
ReplyDeletehttp://nyuting88.blogspot.com/2011/08/qistina-1st-give-away.html
terima kasih singgah...
ReplyDeleteapekah maksudnya di tag ni?