Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, dapat aku menulis lagi setelah aku perasan sibuk melakukan amal ibadat di bulan yg mulia ni (perasan beriman). Setelah berlalunya fasa pemberian rahmat, kini kita telah memasuki fasa pengampunan dosa dan insyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bertemu fasa pelepasan dari api neraka.
Kali ni aku nk terangkan beberapa pandangan yang salah yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam di Malaysia mengenai Solat Terawih (tulis panjang2 ni ade org bace ke tidak..mmm).
Pertama: Solat Terawih Hukumnya Sunat
Para ilmuan Islam mengkategorikan solat terawih sebagai sunat mua'kad (amalan sunat yg amat dituntut melakukannya). Oleh itu, seseorg yg hendak melakukan solat terawih, dia mestilah tidak mengabaikan amalan2 wajib atau amalan2 lain yg lebih besar manfaatnya. Dlm erti kata laen, hendaklah dia beramal berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat, iaitu memprioritikan (keutamaan) sesuatu amalan yg bakal dilakukan.
1. Amal yg wajib hendaklah diberi keutamaan daripada amal yg sunat.
2. Amal yg manfaatnya utk jangka masa panjang diberi keutamaan daripada amal yg manfaatnya jangka masa pendek
3. Amal yg manfaatnya utk jumlah org yg besar diberi keutamaan daripada amal yg manfaatnya utk jumlah org yg kecil
4. Amal yg manfaatnya utk org lain diberi keutamaan daripada amal yg manfaatnya hanya utk diri sendiri.
Sebagai cth menjaga ibubapa yg uzur adalah lebih baik dari solat terawih. Jika seseorang terpaksa memilih menuntut ilmu dengan solat terawih, maka hendaklah dia memilih menuntut ilmu. Akan tetapi jangan lah kita mengabaikan solat terawih, kerana amalan ini fleksibel.
Kita masih boleh melakukan solat terawih disisi ibubapa yg sdg uzur smbil memerhatikan mereka diantara solat. Juga solat terawih boleh dilakukan ketika waktu rehat atau selepas waktu pembelajaran. Tiada alasan utk tidak melakukan solat terawih yg amat dituntut ni.
Kedua: Solat Terawih Boleh Dilakukan Berjemaah/Bersendirian
Rasulullah s.a.w. tidak melaksanakan solat terawih berjemaah secara berterusan sepanjang bulan Ramadan. Baginda melaksanakannya secara bersendirian kecuali pada beberapa malam terakhir. Antara tujuannya supaya umat Islam mengetahui bahawa solat terawih tidak semestinya dilakukan berjemaah, tetapi boleh juga secara bersendirian.
Abu Dzar al-Ghafiri r.a. menerangkan bahawa: "Kami berpuasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadan. Baginda tidak bersolat (terawih) bersama kami sehingga baki tujuh malam terakhir. Lalu (pada malam tersebut) baginda bersolat (terawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian baginda tidak bersolat (terawih) bersama kami pada malam keenam (sebelum akhir Ramadan). Baginda bersolat (terawih) bersama kami pada malam kelima (sebelum akhir Ramadan) sehingga seperdua malam."
Walau bagaimanapun, seseorg itu adalah digalakkan untuk melakukan solat terawih secara berjemaah berdasarkan hadis berikut:
Maka saya (Abu Dzar) berkata: "Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami pada malam ini." Rasulullah menjawab: "Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (terawih) bersama imam sehingga selesai maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam." (Hadis riwayat an-Nasa'i)
Ketiga: Tiada Ketetapan Dalam Jumlah Rakaat Solat Terawih
Solat Terawih termasuk juga dalam solat sunat pada malam hari. Solat sunat malam boleh dilakukan dari selesai solat Isyak sehingga terbit fajar tanpa ada rakaat minimum atau maksimum. Abd Allah ibn Umar r.a. menerangkan:
Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., ketika itu baginda sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: "Bagaimana cara solat malam?" Baginda menjawab: "Dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:
Sesungguhnya ttg solat Qiyam Ramadan (solat terawih), Nabi s.a.w. tidak menentukan jumlah rakaatnya, hanya saja baginda melaksanakannya tidak melebihi 13 rakaat samada dlm bulan Ramadan atau selainnya. Baginda melaksanakan dgn memanjangkan rakaatnya.
Apabila Umar r.a. mengumpulkan org2 utk berjemaah (solat terawih) dgn diimami Ubay bin Ka'ab r.a., dia melaksanakannya bersama mereka sebyk 20 rakaat diikuti 3 rakaat Witir. Beliau melakukan dgn meringankan bacaan Al-Quran selari dgn kadar penambahan rakaat supaya ia meringankan berbanding solat satu rakaat dgn dipanjangkan bacaannya.
Kesimpulannya, solat terawih boleh dilakukan tanpa mengkhususkan beberapa rakaat. Digalakkan jika kita melakukan rakaat yg sedikit maka dipanjangkan bacaannya, manakala jika rakaatnya panjang hendaklah diringankan bacaan sesuai dgn rakaatnya. Yg penting adalah solat terawih 8 rakaat yg dilakukan secara sempurna adalah lebih baik dari solat terawih 20 rakaat yg dilakukan secara lalai.
Keempat: Beberapa Sifat Solat Yang Diremehkan
Sebahagian org apabila melaksanakan solat terawih atau mana2 solat sunat yg laen, mereka meremehkan bbrp sifat solat dgn alasan ini hanya solat sunat, bkn solat wajib. Sifat2 solat yg diremehkan ini mampu merosakkan kesempurnaan solat dan ada juga yg membatalkn solat tersebut. Antaranya adalah:
1. Tidak membaca Al-Quran dgn tartil
2. Meninggalkan bacaan doa Iftitah dan bacaan Al-Quran selepas Al-Fatihah
3. Mengabaikan Tama'ninah (boleh menyebabkan batal solat)
4. Solat dengan terburu-buru
5. Meringkaskan bacaan selawat di dalam solat
Selawat bg Nabi s.a.w. (dlm solat) adalah tidak sempurna tanpa disertai selawat terhadap keluarga baginda. Org yg bersolat hanya dianggap telah berselawat kpd Nabi apabila mengucapkan selawat selengkapnya dimana didalamnya termasuk selawat kpd keluarga baginda.
Kelima: Berzikir Di Antara Solat Terawih
Ini adalah amalan yg dipandang baik oleh org ramai, namun Allah dan Rasulullah s.a.w. tidak pernah menganjurkan utk melaksanakan sejak generasi awal umat Islam. Anjuran ini tidak pernah wujud dan pelaksanaannya tidak pernah diketahui.
Waktu berehat di antara solat terawih boleh dimanfaatkan utk apa jua amalan yg baik, akan tetapi tidak boleh mengkhususkan amalan tersebut seolah-olah ia adalah sebahagian daripada kaifiat solat terawih yg disyariatkan.
Berpegang teguhlah pada sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu dengan beramal dengan apa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan tidak beramal dengan apa yang tidak diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Semoga kita bakal mencapai solat terawih yg lebih sempurna.
Sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~
Sumber: Himpunan Risalah Berkenaan Puasa & Isu-isu Berkaitan oleh Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah
No comments:
Post a Comment