Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Terdapat mcm2 produk berada di pasaran skrang dan tempat2 utk menguruskan badan, ade juga yg bersenam berlari2 keliling taman perumahan, maen futsal tiap2 petang dan ade juga yg sanggup melakukan pembedahan membuang lemak utk kelihatan kurus. Tidakkah mereka tau "mencegah itu lebih baik dari mengubati?" (hadis Nabi). Mengapa perlu bile kita dah jd gemok baru nak kurus balik, kenapa tak kekal kurus dari awal lg?
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas." (Surah Al-A'raaf, ayat 31)
Islam sangat menuntut umatnya bersederhana, tak kira dalam soal pakaian, minum mahupun makan. Tak perlu susah2 membazir duit utk kelihatan kurus dan sihat. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita pelbagai cara ketika makan.
Berikut merupakan ulasan pakar pemakanan dan dietetik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Mazuin Kamarulzaman berhubung isu pemakanan berkaitan dgn Sunnah Rasulullah s.a.w.
Makan Ketika Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang
Formula yg Rasulullah s.a.w. berikan ini dapat membantu kita dalam mengawal berat badan. Kita digalakkan utk berhenti makan apabila perut tidak lagi terasa lapar dan bukannya kenyang. Kenyang bermaksud perut kita terasa sendat sehingga tidak boleh hendak masuk makanan lagi.
Perut kita adalah elastik dan jika makanan dimasukkan terlalu banyak, bentuk perut akan terikut2 dgn kuantiti tersebut. Itulah sebabnya mengapa perut senang buncit jika kita makan terlalu banyak.
"Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang" (H.R. Bukhari dan Muslim)
Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yg menyebut tentang 1/3 perut akan diisi dgn makanan, 1/3 dengan air dan 1/3 dengan udara. Apa yg Nabi sabdakan adalah tepat belaka kerana jika makanan diisi berlebihan, pelbagai penyakit akan datang misalnya kegemukan dan diabetis spt masyarakat kita sekarang ini.
"Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya." (H.R. at-Tarmizi, Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasai)
Ambillah sebanyak mana makanan walaupun 2000 kalori sekalipun, hanya 1/3 makanan sahaja yg akan diproses menjadi tenaga dan mengenyangkan, selebihnya akan menjadi LEMAK dan sebahagian akan disingkirkan oleh badan. Bayangkanlah jika kita makan terlalu banyak, pasti timbul pelbagai penyakit, mane tak GEMUK...
Mengambil Secubit Garam Sebelum Makan
Garam merupakan perasa makanan tertua di dunia. Pengambilan secubit garam dengan meletakkan di lelangit dalam mulut adalah sebagai penambah selera ketika makan. Ia mengandungi mineral yang cukup tinggi, sebahagian besarnya adalah natrium klorida, yg mampu memulihkan kehilangan air dan mineral dalam badan jika terkena cirit-birit.
Makan Buah Sebelum Makan
Kebanyakan daripada kita telah terikut2 cara orang Barat dengan makan buah selepas makan. Perkara ini mungkin salah satu cara orang2 Barat lakukan supaya umat Islam melupakan Sunnah2 Rasulullah s.a.w. Perkara ini adalah salah, tertib sebenar makan perlulah didahului dengan buah-buahan terlebih dahulu.
Buah mengandungi vitamin, fiber dan mineral yg cukup tinggi utk badan. Sebelum mkn, perut kita mesti kosong. Jadi apabila memkn buah sebelum makan, vitamin dan mineral tadi akan cepat meresap secara optimum di tepi dan liang perut. Sekali gus, buah tadi juga memberikan volume kepada perut yg bakal terisi supaya mkn makanan yg lain dgn sedikit sahaja.
Meletakkan lutut kanan di perut berkaitan dengan asas bentuk perut tadi. Keadaannya yg elastik dan mudah dibentuk, akan mengehadkan pemakanan apabila lutut kanan didekatkan di tengah perut dan mempercepatkan proses kekenyangan.
Tidak Mencampur Makanan Laut Dengan Makanan Darat
Rasulullah s.a.w. sepanjang hayatnya tidak pernah sakit perut kerana pandai menjaga pamakanannya seharian. Antaranya adalah dengan tidak mkn makanan yg bercampur antara makanan darat dan laut.
1. Jangan makan Daging bersama dengan Ikan
2. Jangan makan Daging bersama dengan Susu
3. Jangan makan Ayam bersama dengan Susu
4. Jangan makan Ikan bersama dengan Susu
5. Jangan makan Ikan bersama dengan Telur
6. Jangan makan Ikan bersama dengan Daun Salad
7. Jangan makan Susu bersama dengan Cuka
8. Jangan makan Buah bersama dengan Susu (cth: koktel)
Ini semua terbukti apabila terdapat kajian yg menunjukkan dalam badan ayam mengandungi cas ion positive (+ve) manakala dalam ikan mengandungi cas ion negatif (-ve). Jika kita makan dgn mencampurkan kedua2nya sekali, maka tindakbalas biokimia yg terhasil boleh merosakkan usus kita.
Mengunyah Sebanyak 40 Kali
Amalan mengunyah makanan sebanyak 40 kali membantu kita utk makan sedikit. Dari jangkaan yg dibuat, 20 minit masa yg diperlukan badan utk memberikan isyarat kenyang. Apabila seseorg mkn dgn laju dan cepat, isyarat yg sampai agak lewat tadi menyebabkan perut kita telah terisi dengan banyaknya.
Selain itu, makanan yg dikunyah sebanyak 40 kali juga menyebabkan saiz makanan tersebut lebih kecil. Ini memudahkan enzim mencernakan makanan tersebut dan memudahkan tindakbalas dengan permukaan liang perut, seterusnya memudahkan proses penghadaman.
Tidak Meniup Makanan/Minuman Yang Panas
Apabila kita meniup (menghembus nafas), karbon dioksida (CO2) akan dikeluarkan dari badan. Apabila bercampur dengan wap air dari makanan/minumam yg panas itu maka terhasillah asid karbonik (H2CO3). Bagaimanapun, kesan unsur asid ini masih dalam penyelidikan. Kita juga tidak digalakkan untuk menghembuskan nafas dalam cawan ketika sedang minum kerana perkara yg sama bakal terjadi.
Terdapat kajian yg dilakukan di Indonesia mendapati secara teorinya, hasil hembusan CO2 daripada badan bercampur dgn air (H2O), menghasilkan H2CO3 iaitu sama dgn cuka yg menyebabkan ia berasid. Badan yg bercampur dgn asid tadi sedikit sebanyak menyebabkan penyakit serius yg berkait rapat dgn darah, misalnya penyakit gout.
Menjilat Jari Tangan Kanan
Kulit manusia sebenarnya selain mempunyai enzim, ia juga mempunyai mikroorganisma bukan sahaja yg jahat, malah ada juga yg baik. Di kulit kita, kuman baik yg dipanggil normaflore berfungsi melindungi kulit dari serangan mikroorganisma jahat. Apabila kita menjilat jari ketika makan, normaflore ini akan masuk ke dalam perut, diperkenalkan dan diterima oleh badan untuk menghapuskan bakteria jahat.
Orang Barat juga ada memperkenalkan sudu dan garpu utk kita gunakan ketika makan. Ini sebenarnya selain menyebabkan kita lebih jauh daripada sunnah Rasulullah s.a.w., ini juga menyebabkan kita lebih mudah diserang penyakit terutama penyakit berkaitan dgn perut.
Terdapat satu kajian yg menunjukkan kedua2 tangan manusia mempunyai tiga jenis enzim yg sama banyak. Namun begitu, enzim tangan kanan didapati bnyk membantu lebih2 lg dalam proses penghadaman berbanding tangan kiri. Sebab itulah Sunnah Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita mkn dgn tangan kanan. Kajian ini baru dijumpai beberapa tahun lepas, sedangkan Rasulullah s.a.w. telah lama mengamalkannya, mengapa tidak kita?
Terdapat banyak lagi Sunnah2 Rasulullah s.a.w. seperti makan dengan tiga jari, minum berselang-seli dengan bernafas, mandi pagi sebelum subuh dan minum air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Ini semua antara lain menggalakkan kita untuk mengurangkan pengambilan makanan disamping menjaga kesihatan dan bentuk badan.
Rasulullah s.a.w. bersabda "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit"
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemakan dan kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~
p/s: sape yg rase rezeki murah tu agak2 la yer masa makan tu...woha
Sumber: Majalah Al-Islam - Usah Bazir Wang, Diet Cara Nabi
huhuhu.... jom amalkan sama2...
ReplyDelete