I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 30, 2012

Tafsiran Mimpi

(Baru2 ni ade sorang kawan aku dah mimpi satu kejadian buruk yg menimpa kawan2 aku yg lain, katanya ramai yg mati dlm mimpi tu sbb kena 'sembur' dgn siluman . Maka adelah yg mentafsir mimpi tu, termasuklah aku - ntah betul ke tak tafsiran yg dibuat).


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Menurut riwayat Muslim, mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka. Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi orang Muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi orang yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang Muslim adalah sebahagian dari 45 macam nubuwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga macam, 1) mimpi yang baik adalah khabar dari Allah. 2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan, datangnya dari syaitan. 3) mimpi yang timbul kerana ilusi angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu, jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat, dan janganlah menceritakannya kepada orang lain.” (Hadis Sahih Muslim)


Adab-adab sekiranya mendapat mimpi baik:
1. Mengucapkan Alhamdulillah dan memuji Allah
2. Mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada org yg arif dlm mentafsirnya
3. Menghebahkan kepada mereka yg menyayangi, rapat dan amanah dgn anda dan bukan memusuhi yg anda

Adab-adab sekiranya mendapat mimpi buruk:
1. Mengucapkan A’uzubillah dan memohon perlindungan dari sebarang kejahatan mimpi itu
2. Mengucapkan istighfar
3. Ludah ke kiri sebanyak tiga kali bertujuan menghalau dan menghina syaitan yg dtg mengacau
4. Tukar posisi tidur, contohnya dari kanan ke kiri atau sebaliknya
5. Bangun dan terus bersolat
6. Jangan menghebahkan kepada orang ramai
7. Jangan cuba tafsir sendiri mimpi tersebut, rujuk kepada ahlinya (pakar).


Mimpi yg dialami perlu ditanya kepada org yg benar2 alim dlm bidang itu supaya tidak menyimpang dari ajaran Islam. Hal ini kerana syaitan juga boleh memberi mimpi yg baik pada mulanya, apabila sudah terpengaruh dan percaya, ditakuti membawa kemungkaran. Disebabkan itulah setiap tafsiran mimpi perlu dilandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah.


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

Sumber: Al-Islam Januari 2012


p/s: kalo mimpi basah, jangan cube tafsir sendiri ...nanti perasan syok sendiri...woha

No comments:

Post a Comment