I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 1, 2012

Lagi-lagi MukaBuku

(nasihat ini untuk diri aku jgk yang tgh ketagihan berfesbuk sbb kesunyian duk sorang2 takde benda nak buat)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Hati ku rasa sesuatu...
(udah2 la tu Najwa...pg la study)

Ade satu kajian baru2 ni kira2 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ni dilihat menghabiskan masa sekurang2nya 4 JAM SEHARI melayari internet, terutamanya laman sosial FACEBOOK (FB). Itu paling kurang 4 jam, paling lama agak2 brape jam ntah?

Melayari internet menjadi sebahagian kehidupan seharian diorang dan merasakan hidup seolah2 sunyi dan tidak lengkap kalo tak bukak FB, berchating dgn rakan FB, pos status baru atau membaca komen rakan2 FB yg lain. Adekah korg jgk mcm tu?


Antara sebab yg aku nampak kenapa ramai org yg sentiasa nak bukak FB tiap2 hari:
1. Join banyak 'Group' yang aktif, maka kita akan sentiasa nak tgk status2 baru atau komen2 yang ada
2. Main 'Game' FB yg terpaksa bukak setiap hari, kalo tak kita akan mengalami kerugian atau dipintas oleh rakan2 FB yg lain
3. Rakan FB yg terlalu ramai, maka kita nk tgk semua status yg di pos oleh rakan2 FB yg ada, kalo bleh nak tgk status2 yg terlepas sejak bukak FB yg sblom tu (kadang2 dh tgk pon nk tgk jgk lg)
4. Suka pos status atau komen status rakan FB lain, maka kita mesti nak tau respon2 drp pos2 dan komen2 yg dibuat

Selepas mempos status baru dalam FB, kita sudah pasti ingin tau respon2 drp rakan2 FB yg ada. Kalo ade yg memuji status kita, atau sekurang2nya 'Like' pada status yg dibuat, kita pasti akan berasa bangga, dihargai dan membalas komen tersebut. Sebaliknya, jika ade rakan FB yg tak bersetuju dgn status yg dibuat, pasti kita akan cuba menjwb kritikan tersebut, dan membalas komen lagi.

Situasi yg sama jgk berlaku bila kita komen pada status rakan FB yg lain atau pada gambar. Kita akan sentiasa ingin tahu ape respon2 drp empunya status dan rakan2 FB yg lain. Perkara2 ni la yg menyebabkan kita akan terus hanyut dan terperangkap dalam dunia FB, dgn kata lain KETAGIHAN BERFACEBOOK...


Seperti yg diketahui, FB adelah laman sosial yg dirasmikan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang YAHUDI (ya betul, Yahudi!!!). Nmpknya org Yahudi telah berjaya melalaikan sebahagian masyarakat dunia terutamanya orang2 Islam (termasuklah aku...sedih).

Aku bersetuju ada pihak yg mengharamkan FB terutamanya di tmpt2 kerja dgn alasan FB mampu melalaikan drp melakukan tanggungjawab, melengahkan tugasan, membazir waktu, terdpt gmbr2 yg mendedahkan aurat, status2 dan komen2 yg kdgkala memaki hamun dan menyakitkan hati serta menggalakkan maksiat.

Walaubagaimanapon, jika kita mengeksploitasikan FB kpd aspek positif, FB juga boleh digunakan ke arah kebaikan. Contohnya, berkongsi maklumat pelajaran, saling mengingati dan menasihati, berbincang hal2 ilmiah dan agama, dan mengeratkan silaturrahim. Tapi, adekah kita mampu menggunakan FB ke arah kebaikan saje dan dpt mengawal nafsu drp bukak FB terlalu lama sehingga jadi lalai?

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.  Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia. (Surah al-Mukminun, ayat 3)


Diubahsuai dari Al-Islam Januari 2012

p/s: ketagihan...itulah yg menjadikan FB haram...jangan sampai jadi najis

2 comments:

  1. "Main 'Game' FB yg terpaksa bukak setiap hari"

    terasa disitu. =)

    tapi betul. byk grup kelas or subjek kat fb. xde fb bole terlepas byk maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade kebaikan dan ade keburukan...
      terpulang pada kita nak bahagi masa mcm mane...
      jgn sampai terlalu lalai...
      sy kadang2 pon lalai jgk...

      Delete