I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 14, 2012

Saya Sayang ........

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Khutbah Jumaat lepas menerangkan bagaimana untuk kita menghadirkan rasa sayang dalam diri kita kepada seseorang. Ade tiga cara iaitu:
1. Kita sentiasa menyebut nama orang tersebut
2. Kita sentiasa terfikir tentang orang tersebut
3. Apa yang kita usaha atau korbankan adalah hanya untuk orang tersebut

Aku rasa semua orang ada rasa sayang terhadap seseorang, sama gak mcm aku (perasan jiwang). Tapi rase sayang aku buat masa ni hanya untuk dia saja. Dia banyak berkorban untuk aku, dia sentiasa menyerikan hidup aku, dia yang menenangkan hati aku, dia mengisi kekosongan hatiku...dialah IBUku...saya sayang IBU

Tapi kt sini, ibuku tiada. Maka sahabatku la yang sentiasa berada di sampingku. Dia ibarat 'ibu'ku kat sni, walaupun ibuku memang takde tandingan. Pernah aku terbaca dalam satu novel diungkapkan lebih kurang, "Hubungan dengan pompuan (kekasih) dan hubungan dengan sahabat lelaki adelah berbeza. Hubungan dengan sahabat lelaki ibarat Brotherhood (adik-beradik)." ...saya sayang SAHABATku...kerana Allah...

Walau mcm mane pun, aku tetap tidak melupakan Allah dan juga Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Terkadang bila aku ade masalah, aku sorang2, takde orang sekeliling layan aku, dan kalo aku terangkan kt ibu aku pun mungkin dia tak paham, aku akan termenung sorang2. Aku termenung bukan ape, aku bermonolog dalam hati, mengharapkan pertolongan dari Allah...kerana aku tahu, Allah sayang hamba2-Nya ...dan saya sayang ALLAH juga

Bagaimana nak wujudkan rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam? Caranya seperti khutbah di atas la. Kita kena sentiasa berselawat kepada baginda, sentiasa teringat kepada baginda dan sentiasa melakukan Sunnahnya sebagai tanda kita sayang kepada Rasulullah ...saya sayang RASULULLAH sallallahu alaihi wassalam juga...

Teringat satu kisah, kalo aku baca/dengar walaupun 300 kali (perasan lawak) aku tetap akan tersentuh, dan berair sket mata aku (tu kalo ade org kt sekeliling, kalo takde mengalir je). Diringkaskan cerita, ada satu pertemuan antara Rasullullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat. Suasana tetiba menjadi hening dan semua orang berfikir dengan apa yang baru Rasulullah ungkapkan ketika itu.

Wajah Saidina Abu Bakar yang tenang berubah warna lalu bertanya, "Apa maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara2 mu?" Rasulullah bernada rendah, "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat2ku tetapi bukan saudara2ku (ikhwan)." "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng kepalanya perlahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

"Kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada kesayuan pada ucapannya itu. (oh tersentuh lg...adekah kita ni termasuk orang2 yg dirindui Rasulullah? Layakkah kita dirindui Rasulullah kalo kita lebih merindui gadis2 yg ntah rindu kita ke tak?)

"Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Allah dan RasulNya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api." (H.R. Bukhari)


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

p/s: pada 14 Februari, kepada siapakah yang lebih kita sayang?

1 comment: