I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 19, 2011

Tekanan Darah Tinggi

(entry kali ni entry ilmiah perubatan skema sket...perasan doktor)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Jantung bertugas sebagai pengepam darah dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh bahagian badan dan tekanan ini berbeza bagi setiap individu dan bacaannya juga berbeza.

Kategori Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Systolic (Angka bacaan di atas) mmHg
Tekanan Darah Diastolic (Angka bacaan di bawah) mmHg
Normal
< 120
And < 80
Pra Hypertensi
120- 139
or 80 - 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
140 - 159
or 90 - 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
> 160
or > 100

Penyakit darah tinggi dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda2 di peringkat awal. Menurut Dr. Shaharuddin Che Kadir dari Hospital Pakar Perubatan Pusrawi, pemeriksaan kesihatan amat penting bagi mencegah di peringkat awal terutama mereka yang berisiko tinggi.

"Contohnya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, kurang aktiviti fizikal, menghidap kencing manis, mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan sejarah darah tinggi di kalangan keluarga." katanya.

"Penyakit darah tinggi perlu dikawal dengan baik kerana ia sebenarnya menjadi salah satu penyebab utama serangan jantung, lemah jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang" katanya lagi.


Walaubagaimanapun tidak semua pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi mengidap penyakit darah tinggi dan begitu juga tidak semua pesakit darah tinggi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Tetapi kebiasaannya kedua-dua penyakit itu berkait rapat.

"Jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes, penurunan berat badan disyorkan. Sebaiknya ambil makanan yang rendah lemak, mengurangkan penggunaan minyak dan santan, mengurangkan pengambilan garam dan gula dan juga meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan bijirin."


Antara gejala-gejala penyakit darah tinggi:
1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa tegang tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit kepala waktu pagi
7. Telinga berdegung/berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab / emosi tidak stabil
9. Gayat tanpa sebab


Tanda Amaran Kronik
Serangan Iskemia Sementara (TIA): 'Strok kecil' datang sekejap sahaja mengurangkan bekalan darah ke otak, dalam masa 5 tahun 35% akan mengalami strok sebenar.
Ini disebabkan gumpalan kecil pada salur arteri (separuh tersumbat) bekalan oksigen ke otak tidak mencukupi.
Kawal tekanan darah: 130-139/85-89 meningkatkan risiko strok 50%
Gejala: lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan/kaki, masalah percakapan/penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koordinasi tidak baik.


Komplikasi akibat tekanan darah tinggi:
1. Otak: Serangan strok / angin ahmar atau sementara (strok ringan)
2. Penyakit jantung
3. Komplikasi pada mata (pendarahan dan kerosakan pada bahagian sensitif mata)
4. Komplikasi pada buah pinggang (kegagalan fungsi buah pinggang)
5. Peripheral vascular disease (hilang satu atau lebih denyut nadi)


Faktor risiko menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi):
1. Cara hidup tidak aktif
2. Umur melebihi 35 tahun
3. Merokok
4. Kegemukan
5. Paras kolesterol tinggi
6. Sejarah keluarga
7. Pengambilan alkohol yang berlebihan
8. Pengambilan garam yang tinggi


Amalan Diet Seimbang
1. Elakkan garam: kreatifkan dgn menukar kpd herba/rempah ratus
2. Jangan makan daging proses: hotdog, berger, bebola daging
3. Jangan makan sayur dalam tin
4. Elakkan makanan bergoreng, kulit ayam, lemak daging, makanan segera
5. Hadkan kafein: kopi, rokok
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa
7. Awas lemak tersembunyi: santan dalam kari, nasi lemak, roti canai


Makanan Sesuai untuk Pesakit Darah Tinggi
1. Buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit
3. Kekacang, soya, dal dan lain2
4. Makanan tinggi kalium: kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun
7. Cara masakan rebus, kukus, panggang, sekali-sekali goreng


Ubah Gaya Hidup
1. Pil perancang (ubat darah tinggi)
2. Tidak merokok
3. Tidak minum alkohol
4. Kurangkan ketegangan (stress)
5. Rehat secukupnya (tidur lebih 4 jam, kurang 8 jam)
6. Amalkan senaman
7. Mengurangkan berat badan jika berlebihan



Kepada sesiapa yang belum lagi melakukan pemeriksaan kesihatan, cepat ke pusat kesihatan yang berhampiran untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Lebih cepat kita tahu tahap kesihatan kita, lebih awal pencegahan dan rawatan dapat dilakukan jika kita mempunyai sebarang penyakit.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam



p/s: semoga sahabatku dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan darah tinggi kembali normal

Sunday, December 18, 2011

Panas Baran

(entry kali ini untuk mencuba2 mengupload video di dalam blog)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Video ni khas untuk orang2 yang suka marah2, panas baran, suka cakap kasar, memaki-hamun dan takde sifat penyabar dalam diri. Kepada orang2 sebegini, tolonglah tgk video ni sampai habis. Semoga anda semua mengambil iktibar dan pengajaran dan sampaikan kepada orang2 yang tak menonton video ni...


Tak kisah la kita ni orang Arab ke, orang Bangla ke, orang Negeri Sembilan ke, orang Korea ke...kalo kita dah beragama Islam, kita wajib ikut cara Islam. Tak payah la nak cakap, "Aku ni orang Johor, bahasa memang kasar, suke marah2"... Lantak ko la dari bangsa ape sekalipun, yang penting kita orang Islam. Makanya kena ikut ajaran Allah dan Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam...

Dan segeralah kamu kepada (mengejakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara kebaikan.

(Surah Ali Imran: ayat 133-134)

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

special thanks to Madmie Channel En Route Ustaziyatul Alam (TOMATO Production)


p/s: cantik siot kualiti gambar dalam video ni, bile la aku dpt buat short film mcm ni gak...(percubaan pertama mengupload video berjaya)

Monday, December 5, 2011

Orang Yang Kuat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setiap subuh hari ketika aku dan sahabat baru nak memulakan perniagaan iaitu memasak hotdog, kami akan mendengar satu siaran radio, iaitu Panas fm. Dalam pukul 7 lebih mcm tu, ade satu slot yang dinamakan 'Panggilan Hangus'. Slot ni dibuat khususnya untuk membuat orang yang nak dikenakan tu marah. Kebanyakan orang yang mengenakan tu adalah kawan baik sendiri, tunang sendiri, malah anak sendiri pun ada.

Ade satu hari tu aku dengar 'Panggilan Hangus', seorang perempuan nak kenakan tunangnya. Dia kononnya buat2 dia telah keluar makan dengan lelaki lain (bekas kekasih lama), kemudian suruh DJ radio ni yang menyamar sebagai lelaki tersebut, telefon tunangnya cakap dia keluar makan dengan perempuan tadi. Bila DJ radio ni melakukan seperti yang dirancangkan oleh perempuan ni tadi, tunangnya sangat marah sampai beberapa kali jgk la dia off telefon. Perempuan ni pulak boleh gelak2 bila tunang lelakinya marah2 dan off telefon, menganggap dia telah berjaya kenakan tunangnya.

Adekah DJ radio ni tak rasa bersalah kenakan orang dengan membuat orang lain marah? Adekah perempuan macam ni yang kita nak buat isteri? Kalo awal2 lagi dah kenakan orang, mcm mane la bila kawen nanti. Kalo ade orang berani nak buat panggilan hangus kat aku buat la... memang mati aku kerjakan...(perasan ganas).

Salah satu cara untuk mengelakkan kemarahan adalah dengan menjauhi orang2 yang suka membuat kita marah dan bercampur dengan orang2 yang sentiasa menggembirakan hati kita. Maka, nasihat aku kepada lelaki tersebut, tinggalkan je perempuan tu...woha


Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara cara2 terbaik yang diajar oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam untuk meredakan kemarahan adalah:
1. Mengucapkan "Audzubillahi minasy syaithanir rajiim"
2. Jika kemarahan masih belum hilang, maka disyariatkan supaya duduk, tidak boleh berdiri. Jika belum hilang berbaring.
3. Diam tidak berbicara untuk mengelakkan keluar kata2 yang mencela dirinya dan orang lain.
4. Berwuduk kerana marah itu dari syaitan dan syaitan itu dari api. Alang2 dah ade wuduk tu, buat la solat sunat sekali.
5. Berpuasa kerana puasa dapat mencegah perbuatan keji dan sia2.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

Thursday, December 1, 2011

Nikmat Yang Melalaikan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Semasa aku sedang menunggang motosikal berjalan2 mengambil angin di kala petang yang hening, ditemani kicauan burung2 yang sedang terbang pulang ke sarangnya, cahaya matahari malap terhalang oleh awan mendung, bumi masih basah kerana baru sahaja selesai hujan, angin dingin sepoi2 bahasa bertiup menggerakkan daun2 pokok...ketika itu aku mendapat idea untuk menulis entry baru ni (perasan metafora melampau).

Masa aku jalan2 petang tu, tetiba terlintas dua ungkapan dalam kepala aku. Mungkin ungkapan ni korang penah dengar atau terbaca dari mana2 kot, jadi bukan aku la pelopor kepada ayat2 ni. Mmm, nak cakap falsafah tak jugak, nak cakap falsampah pun tak jugak...anggap ungkapan ni sebagai kata2 motivasi je la yang boleh meningkatkan keyakinan diri dan keimanan korang (perasan beriman).


"Sentiasalah melihat kekurangan orang lain, supaya kita sentiasa bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita ada sekarang,
Janganlah sentiasa melihat kelebihan orang lain, ditakuti kita tidak bersyukur kepada Allah malah mengutuk diri sendiri dan menyalahkan takdir kerana tidak dijadikan seperti mereka"

Daripada ungkapan di atas, jelas menunjukkan kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada dengan melihat kekurangan pada orang lain. Sebagai contoh, kita lihat orang yang takde kaki, tapi kita ada kaki. Dengan kesempurnaan yang kita ada, kita dapat berjalan dan berlari, berbanding dengan orang yang takde kaki tadi. Jadi kita kena banyak2 bersyukur kepada Allah kerana diciptakan dengan kesempurnaan yang ada.

Jangan la kita selalu melihat kelebihan orang lain, takut2 kita tidak bersyukur dengan apa yg kita punyai sekarang, ataupun mencaci takdir yg ditentukan oleh Allah. Sebagai contoh kita lihat orang lain kaya tapi kita miskin. Kita pun menyalahkan Allah kerana menjadikan kita miskin tetapi org lain kaya, lalu kita pun tak bersyukur, menganggap Allah kejam, tak menunaikan solat, berjudi utk cepat kaya dan sebagainya. 

Sedangkan kita terlupa ramai lagi orang miskin yang sedang menderita tak makan, tiada tempat tinggal dan banyak kekurangan lagi. Seeloknya jika kita mempunyai kekurangan, hendaklah kita perbanyakkan bersabar kerana Allah sedang menguji keimanan kita dan sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada.


"Biarlah dugaan menimpa yang membuatkan kita sentiasa mengingati Allah,
Daripada mendapat nikmat yang membuatkan kita lalai mengingati Allah"

Aku sendiri pernah melihat perkara ni. Seorang kawan aku baru sahaja kematian bapanya. Alhamdulillah sejak daripada itu, selalu juga aku melihat dia datang ke surau untuk solat berjemaah berbanding sebelum ini. Inilah yang dinamakan dugaan yang menyedarkan kita untuk lebih mengingati Allah. Tapi jangan la kita tunggu dugaan datang barulah nak ingat Allah. Sekurang2nya dugaan ni adalah pemangkin untuk dia berubah.

Aku pernah mendengar satu kisah zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, ada seorang ni (lupa plak namanya) sentiasa bersolat jemaah dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan berpakaian buruk (kalo tak silap, kain guni yang dijadikan baju). Setelah selesai solat, dia cepat2 bangun dan pulang ke rumah, tidak berdoa bersama2 Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Beberapa kali juga dia melakukan perkara yang sama.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pun berasa hairan lalu bertanyakan kepada orang tersebut, kenapa tergesa2 untuk pulang dan tidak berdoa terlebih dahulu. Lalu orang tersebut menyatakan dia tersangatlah miskin, baju guni yang dipakai dikongsi bersama isterinya. Dia cepat2 pulang ke rumah supaya dia dapat memberi baju yang dipakai kepada isterinya, lalu dia dapat pakai untuk melakukan solat pula. (rase sedih pulak)

Orang tersebut pun meminta supaya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mendoakannya supaya menjadi kaya. Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pun berdoa kepada Allah dan doa baginda dimakbulkan. Dia pun menjadi kaya, haiwan ternakan beranak-pinak. Sejak dari itu, hari demi hari dia menjadi terlalu sibuk menjaga haiwan ternakan sahaja sehingga melupakan solat berjemaah. (rase geram pulak)

Suatu hari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam meminta seorang sahabat berjumpa dengannya menyuruh dia membayar zakat tetapi dia tidak mengendahkan kerana terlalu sibuk menguruskan ternakannya. Setelah beberapa kali disuruh tetapi dia masih tidak lagi membayar zakat, lalu Rasulullah menyatakan sesungguhnya Allah tidak lagi menerima zakatnya. Nauzubillah..

Inilah yang kita takuti sebenarnya. Takut2 nikmat yang diberikan oleh Allah seperti kekayaan dan keluarga dapat melalaikan kita daripada melakukan tanggungjawab kita sebagai orang Islam seperti solat dan zakat. Sentiasalah kita berdoa kepada Allah supaya sentiasa ditetapkan iman walaupun diuji dengan dugaan mahupun nikmat.


"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim, ayat 7) 


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

Monday, November 21, 2011

21 November 2011: Hadiah Teristimewa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pada 21 November 2011, aku telah mencapai usia 19 tahun (perasan muda). Secara lazimnya kebanyakan orang akan meraikan harijadinya dengan mengadakan parti harijadi, bersuka gembira dan menerima hadiah daripada kawan2. Tetapi sudah lama aku tidak menyambut harijadi, mungkin kerana takde orang nak buat parti untuk aku kot. Walaubagaimanapun pada tahun ini aku menerima hadiah paling istimewa daripada sahabat baikku.

Sebenarnya pada tarikh yang sama, nenda sahabat baikku telah kembali ke rahmatullah. Aku juga pernah ada nenek yang menjaga aku sejak kecil lagi. Maka aku memahami perasannya walaupun dia menyembunyikan dari pandangan aku.

Menangislah wahai sahabatku kerana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak melarang kita untuk menangis, yang dilarang hanyalah menangis keterlaluan sampai berteriak2, mengoyak2 baju dan menampar2 muka (seperti orang jahiliyyah).

Dari Abu Hurairah, beliau berkata, "Salah seorang keluarga Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ada yang meninggal dunia, kemudian berkumpullah kaum wanita menangisi mayat itu. Melihat yang demikian, Umar melarang dan mengusir mereka keluar. Menyaksikan perilaku Umar yang demikian, Rasulullah berkata, "Biarkan sahaja mereka wahai Umar. Sesungguhnya mata telah berlinang, hati terluka sedangkan ajal telah mendekat." (HR. Nasa'i)

Seeloknya hendaklah kita perbanyakkan bersabar dan tabah menghadapinya kerana kematian itu pasti. Menangis yang dibolehkan jika kita mengenang kembali dosa silam ataupun takutkan azab Allah s.w.t. Sesungguhnya mayat akan tersiksa kerana ratapan (penyesalan) dari ahli keluarga.

Pada hari tersebut, sahabatku telah mengajakku bersamanya untuk pulang ke rumahnya di Melaka menguruskan pengkebumian arwah nendanya. Walaupun aku hanya sempat berjumpa arwah dua kali, aku juga turut merasakan kesedihan ketika itu.

Mungkin kerana arwah pernah berbuat baik kepadaku ketika aku menziarahi rumahnya, dia pernah menjamah aku dengan menyuap sendiri nasi ke mulutku. Mungkin juga kerana melihat keadaan sahabatku yang sedang bersedih.

Aku sempat menyembahkan arwah dan melihat dia dikebumikan. Beberapa kali juga aku mengalirkan air mata bila merenung kembali hari tersebut aku telah bertambah umur, sedangkan sebenarnya usia aku semakin berkurangan dan menghampiri kematian, apakah aku sudah cukup bersedia untuk menghadap Allah s.w.t.

Terima kasih sahabatku kerana membawaku bersama. Sekurang2nya aku dapat mengingati yang kematian itu benar, azab kubur juga benar dan semua orang yang hidup pasti akan merasai kematian. Sesungguhnya inilah hadiah teristimewa yang pernah dihadiahkan kepadaku.



Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam..


p/s: semoga roh arwah nendaku, Iyah dan nenda sahabatku, Sarinah binti Lamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Al-Fatihah 

Monday, November 7, 2011

Aku bukan ulamak...bukan juga penyemak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Sejak kebelakangan ni aku rasa aku ni macam terlalu sangat perasan beriman. Tegur atau nasihat orang berkaitan agama, bagi komen kt facebook ayat2 yang kononnya gempak pasal hal agama, mengeluarkan tajuk perbincangan isu semasa bab agama dan macam2 lagi la pasal agama je.


Secara jujurnya aku bukan baik sangat pun. Aku ade jugak buat jahat. Aku memang takde ilmu yang mendalam bab2 agama ni. Aku bukannya menerima didikan dari Sekolah Menengah Agama mahupun Sekolah Pondok, aku bukan dilahirkan dari keluarga tabligh mahupon ulamak, aku bukanlah selalu sangat menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 mahupun Al-Kuliyyah di TV3...ape yang aku kemukan semuanya berdasarkan pengalaman dan pendapat aku yang masih ingat2 lupa ape yang aku belajar, baca atau dengar dari sekeliling.



Terkadang aku terfikir, adekah betul ape yang aku sampaikan? Apekah betul ape yang aku lakukan? Kenapa takde orang perbetulkan pon? Kadang2 tu aku rase takut nak keluarkan pendapat, takut tesalah bagi pendapat yang boleh menyesatkan orang lain...nauzubillah. Tapi aku cuba jugak bagi pendapat berlandaskan ape yang aku tahu dari sumber2 yang diyakini. Di akhir ayat selalu aku akan tulis "ini pendapat saya yang bukan ustaz mahupun alim ulamak".

Cumanya aku mengharapkan, jika ada ape yang aku sampaikan mahupun lakukan adalah salah, tolonglah nasihat dan tegur aku. Janganlah takut untuk menegur, jangan biarkan aku tersesat lebih jauh. Walaupun aku mungkin nampak ganas, komen orang dengan hardcore nya tapi Insya-Allah aku akan menerima teguran itu dengan sebaiknya.

Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan DIRI SAYA SENDIRI...Wallahualam~


p/s: boleh message dalam inbox facebook aku kalo malu nak menegur secara direct...

Zulhijjah: Bulan Penuh Pengorbanan

(mendengar takbir raya dari Surau Manbaul Ilmi sungguh menyayat hatiku...oh~)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Seluruh umat Islam merayakan Hari Raya AidilAdha pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari ke-9 Zulhijjah. Puasa ini dinamakan puasa hari Arafah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)


Kelebihan berpuasa pada hari Arafah seperti hadis berikut:

Dan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka baginda bersabda, "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (HR. Muslim)


Berpuasa pada dua hari raya (Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha) dan hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis berikut:

Rasulullah s.a.w. telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina, "Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah ahri untuk makan dan minum serta mengingati Allah." (HR. Ahmad, sanadnya hasan)


Pada Hari Raya Aidiladha, umat Islam digalakkan untuk menyembelih binatang korban. Sebahagian ulama mengatakan hukumnya wajib dan sebahagian mengatakan sunat. Menurut Mazhab Imam As-Syafie, hukumnya adalah 'Sunnah Muakkadah' (Sunat yang sangat dituntut melakukannya) iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah mengorbankan dua ekor biri-biri yang besar untuk dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau yang tidak mampu untuk bekorban.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda, "Aku diperintahkan untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu" (HR. At-Tirmizi)


Antara syarat binatang yang hendak dikorbankan itu mestilah tidak cacat seperti pincang, sangat kurus, sakit, terpotong telinganya, terpotong ekornya. Umur yang disarankan adalah:
1. Kambing atau domba yang telah berumur satu tahun lebih atau sudah berganti gigi
2. Kambing biasa yang telah berumur dua tahun lebih
3. Unta yang telah berumur lima tahun lebih
4. Sapi, kerbau atau lembu yang telah berumur dua tahun lebih
5. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting semasa dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang bunting.

Dari Jabir, beliau berkata, "Kami telah menyembelih korban bersama Rasulullah s.a.w., pada Tahun Hudaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang." (HR. Muslim)


Waktu menyembelih korban adalah bermula daripada matahari setinggi tombak, pada Hari Raya Aidiladha sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solat Hari Raya dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam." (HR. Bukhari)


Antara hikmah disebalik pensyariatan ibadah korban adalah untuk mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tiada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang digelar sebagai 'Abu al-Anbiyak' (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah s.w.t., namun begitu Allah telah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah s.w.t.


Jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim yang terlalu besar ketaatannya pada perintah Allah, terasa diri ini terlalu hina kerana masih belum melakukan apa2 pengorbanan demi menegakkan agama Allah. Adakah kita semua mampu untuk berkorban pada bila-bila masa bila diperlukan untuk menegakkan syiar Islam? Sama-sama kita renungkan....

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

p/s: harap2 sahabat aku ade bawak rendang dari rumah...dapatlah mengubat hati aku yg tgh sedih tak dpt balik makan rendang masakan mak...weh aku dah masak lodeh ni, ko jangan tak bawak plak~

Wasiat Untuk Wanita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku baru sahaja selesai membaca buku 150 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita tulisan Ibrahim Muhammad al-Jamal. Mesti ade yang tertanya2, apehal aku orang lelaki baca buku pasal pompuan? Jawapannya adelah: Tak kesah la kita jantina ape sekalipun, kalo nak tambah ilmu dan bagi nasihat kat orang lain, terutamanya pompuan. Nanti kalo kita dah kawin, bukankah kita sbg suami yang bakal membimbing isteri kita. (perasan jiwang)

Dalam buku ni banyak diceritakan beberapa hadis sahih berkaitan perintah dan larangan dari Rasulullah s.a.w. sebagai pelita dan petunjuk jalan kepada wanita. Sesungguhnya wanita muslimah memerlukan nasihat, pengajaran dan petunjuk. Dan sebaik2 pemberi nasihat adelah Rasulullah s.a.w. Berikut aku nak kongsi beberapa hadis yang sering berlaku dengan kehidupan wanita zaman kini:

Tidak Melarang Wanita Ke Masjid

Dari Zaid bin Khalid Al-Jahni, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kamu halang kaum wanita dari masjid-masjid Allah dan mereka hendaknya keluar rumah tidak dengan memakai wangi-wangian."

Hukum Solat Berjemaah bagi Wanita

Dari Aisyah, beliau berkata "Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Subuh secara berjemaah. Selesai solat, wanita-wanita mukminat yang ketika itu ikut solat pulang sambil menutup muka mereka dengan kain dan mereka tidak dapat saling mengenal antara satu dengan yang lainnya kerana gelapnya malam." (HR. Bukhari)

Segera Meninggalkan Tempat Solat

Dari Ummu Salamah, beliau berkata, "Rasulullah s.a.w. menurut biasanya duduk di tempatnya sebentar, tujuannya untuk memberi kesempatan kepada kaum wanita pulang supaya tidak sama dengan kaum lelaki." (HR. Bukhari, Abu Daud dan Nasa'i)

Hukum Memandang Wanita

Dari Abu Usaid, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, yakni ketika beliau keluar dari masjid dan kebetulan waktu itu bercampur antara lelaki dan wanita di jalan. Rasulullah s.a.w. berkata, "Wahai kaum wanita mundurlah kamu dan jangan berdiam diri di tengah-tengah jalan dan kamu hendaknya menyusuri tepi jalan." (HR. Abu Daud)

Mengerjakan Puasa Sunat

Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak boleh bagi seseorang wanita berpuasa (sunat) sedangkan suaminya ada disisinya, kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suaminya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Keutamaan Wanita Yang Memberikan Makanan

Dari Imarah binti Ka'ab, katanya Rasulullah pada suatu hari datang ke rumahnya kemudian dia menghidangkan makanan untuknya. Rasulullah berkata, "Makanlah." Wanita itu berkata, "Saya sedang berpuasa." Rasulullah berkata, "Sesungguhnya orang yang berpuasa, lalu makanan yang dimilikinya dimakan oleh orang yang tidak berpuasa, maka malaikat akan berselawat untuknya sampai mereka selesai makan." (HR. Tirmizi)

Segera Menikahkan Anak Perempuan

Dari Ali bin Abi Talib, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Ada tiga perkara wahai Ali yang tidak boleh ditunda-tunda atau ditangguhkan, iaitu mengerjakan solat apabila sudah masuk waktunya, jenazah yang sudah sedia dikuburkan dan menikahkan anak perempuan  yang sudah mendapat pasangannya yang sekufu (sepadan)."

Kekejian Dan Keburukan Zina

Dari Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya amal umatku diperlihatkan kepadaku setiap hari Jumaat dan kemarahan Allah benar-benar memuncak terhadap orang yang melakukan zina."

Menyuruh Seseorang Menceraikan Isterinya

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w. melarang seseorang meminang pinangan saudaranya. Dan juga janganlah seorang wanita menyuruh seseorang lelaki supaya menceraikan isterinya dengan tujuan untuk menumpahkan isi wajahnya (maksudnya merebut rezeki rumahtangga si wanita)." (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Kepimpinan Wanita

Abu Bakrah menceritakan, tatkala Rasulullah mendengar berita bahawa orang-orang Persia mengangkat seorang puteri Kisra menjadi pemimpin mereka, beliau berkata, "Tidak akan berjaya suatu kaum yang mengangkat kaum wanita sebagai pemimpin mereka." (HR. Bukhari, Tirmizi dan Nasa'i)

Kasih Sayang Wanita Terhadap Haiwan

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Telah diampuni dosa seorang wanita yang lalu di hadapan seekor anjing yang kehausan. Anjing itu berada di tepi perigi dan menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Wanita itu mengambil khuf (kasutnya), mengikat dengan tudungnya kemudian memasukkannya ke dalam perigi dan menariknya lagi dan kemudian memberi minum kepada anjing itu. Dengan pertolongannya itu diampuni dosannya." (HR. Bukhari)

Kebanyakan Penghuni Neraka Adalah Wanita

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bersedekahlah kamu kerana kebanyakan kamu menjadi kayu api neraka Jahanam". Maka berdirilah seorang wanita berkata: "Mengapa demikian wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Kamu banyak mengeluh dan tidak berterima kasih kepada suami." (HR. Muslim)

Wangi-wangian Wanita

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian kemudian dia pergi melalui suatu kaum supaya mereka merasakan wanginya, maka dia dianggap berzina." (HR. Ahmad)

Hukum Musafir Bagi Wanita

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak halal (tidak boleh) bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat musafir selama sehari semalam kecuali dia pergi bersama muhrimnya." (HR. Muslim dan Ahmad)

Ghibah (Membicarakan Kekurangan)

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, aku menyebutkan tentang ghibah di sisi Nabi s.a.w., kemudian beliau mendefinisikan dengan sabda beliau: "Engkau menceritakan diri saudaramu tentang apa yang tidak disukai. Kalau betul apa yang engkau ceritakan itu beerti engkau telah mengumpatnya, kalau tidak betul beerti engkau telah memfitnhanya." (HR. Muslim)

Mendedahkan Rahsia Hubungan Suami Isteri

Dari Abu Said, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya pada hari kiamat adalah orang yang telah menggauli isterinya kemudian salah seorang mereka (suami isteri) menyebarkan rahsia pasangannya itu."

Melarang Wanita Mengutuk Pencuri

Dari Aisyah r.a. bahawa beliau pernah kecurian sesuatu, kemudian beliau mengutuk pencuri itu. Melihat perilaku Aisyah, maka Rasulullah berkata kepadanya, "Janganlah kamu meringankan ganjaran yang akan diterima pencuri itu dan jangan pula engkau habiskan pahalamu di akhirat dengan kutukanmu itu." (HR. Abu Daud)

Tetangga Yang Lebih Layak Diberi Hadiah

Dari Aisyah r.a., beliau mengemukakan satu soalan kepada Rasulullah s.a.w. seperti berikut, "Saya ada mempunyai dua orang jiran, maka kepada jiran yang mana saya patut memberi hadiah?" Rasulullah menjawab, "Kepada yang paling dekat pintunya daripadamu."

Wanita Meminta Cerai

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wanita mana sahaja yang meminta cerai dari suaminya tanpa alasan munasabah, maka diharamkan dia mencium bau syurga." (HR. Abu Daud)

Isteri Yang Nusyuz (Derhaka)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur (untuk berhubungan suami isteri), kemudian dia menolaknya, maka para malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari."


Demikianlah sebahagian hadis2 yang terkandung dalam buku ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hadis2 yang diberikan serta hadis2 yang lain, bleh dapatkan buku ni di pasaran (promote nampak). 


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri....Wallahualam~

Menujah Ke Langit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...



Sejak kebelakangan ini, banyak bangunan pencakar langit dibina dan bakal dibina terutamanya di negara2 pengeluar minyak dunia. Diorang ni dah terlalu banyak duit sangat sampai tak tau nak buat ape dah, masing2 berlumba untuk mendapat tempat pertama dalam membina bangunan tertinggi.

Tak ke diorang tengok negara jiran diorang seperti Somalia dan negara Afrika yang lain sedang menderita kebuluran dan kemiskinan? Masing2 dengan keegoan dan ketamakan sendiri, tidak mempedulikan nasib orang lain. Kalau la diorang ni sedar, nescaya takkan ade orang miskin kat dunia ni.

Berikut serba sedikit maklumat mengenai bangunan2 pencakar langit yang telah dibina dan bakal dibina di dalam negara Islam:

Abraj Al-Bait Tower atau lebih dikenali Mecca Royal Hotel Clock Tower terletak di Mekah, Arab Saudi mempunyai keluasan kompleks terbesar di dunia yang mempunyai menara jam terbesar dan tertinggi di dunia. Kompleks yang siap sepenuhnya pada 2011 ini mempunyai menara setinggi 601 meter merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Bruj Khalifah, Dubai. Kompleks yang mempunyai hotel dan kediaman ini mengambil kos sebanyak USD 800 juta untuk disiapkan.

Menara Burj Khalifah atau lebih dikenali sebagai Burj Dubai terletak di Dubai, UAE mempunyai ketinggian 828 meter merupakan bangunan tertinggi di dunia sejak disiapkan pada 2009. Kos pembinaan berjumlah USD 1.5 bilion disiapkan ketika kegawatan ekonomi dunia antara tahun 2007-2010. Nama Burj Khalifah ditukar sempena nama Khalifa bin Zayed al Nahyan, presiden UAE ketika itu yang banyak membantu dalam kos pembinaan. Daripada 900 apartment yang ada di menara ini, 825 masih kosong.


Menara Burj Mubarak al-Kabir yang terletak di Subiya, Kuwait merupakan antara Projek Madinat al-Hareer (Bandar Sutera). Menara setinggi 1001 meter ini bakal disiapkan pada 2016 dan bakal merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika itu. Projek pembinaan berjumlah USD 7.37 bilion ini telah diluluskan oleh kerajaan Kuwait pada Oktober 2010 merangkumi hotel dan kediaman mewah.

Kingdom Tower atau nama sebelumnya Mile-High Tower yang bakal dibina di Jeddah, Arab Saudi merupakan bangunan tertinggi di dunia apabila disiapkan dengan ketinggian 1.6km (1 mile). Disebabkan faktor geografi yang tidak sesuai dengan ketinggian bangunan ini menyebabkan senibina bangunan ini masih dalam perbincangan lagi. Walaubagaimanapun, kos pembinaan bernilai USD 1.23 bilion telah diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi dan pembinaannya bakal dimulakan akhir tahun 2011. Menara yang dijangka siap 2017 ini mengandungi pejabat, kediaman mewah, apartment, hotel dan menara tinjauan.

Menara Berkembar Petronas pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia suatu ketika dahulu pada 1998-2004 sebelum dipintas oleh Menara Taipei 101. Walaubagaimanapun, bangunan ini masih menjadi bangunan berkembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter. Projek yang menjadi mercu tanda kebanggaan Malaysia ini menelan belanja sebanyak USD 1.6 bilion. Adekah kesemua tingkat bangunan ini penuh? Bukankah ini suatu pembaziran? Adekah tiada lagi rakyat miskin di Malaysia ni? Bangunan disebelahnya adalah "Four Seasons Center" yang masih dalam perancangan untuk dibina dan jika ianya siap dibina, bangunan ini adalah bangunan ketiga tertinggi di Malaysia.


Daripada Umar al-Khattab (dlm sebuah hadis yg panjang): Kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?". Lalu Nabi s.a.w. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada yang bertanya". Maka Jibril lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya", maka Nabi s.a.w. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi-tinggi". (Riwayat Muslim)

Bersama2lah kita menghulurkan bantuan dengan bersedekah kepada yang memerlukan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri... Wallahualam~

p/s: setakat mencakar langit je...baik bina masjid...dapat jugak mencecah bulan

Hari Ini Kita Masuk Putrajaya...Bila Plak Kita Nak Masuk Syurga?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hampir setiap hari aku mendengar perbualan dari sahabat2 dan kawan2 aku. Macam2 la yg aku dengar. Ade yang sembang pasal isu semasa, politik, ekonomi, peperangan, hiburan dan macam2 lagi. Terlalu kurang perbualan yang aku dengar mengenai kekuasaan Allah, sirah Rasulullah s.a.w. dan kisah para sahabat.

Aku begitu teruja bila diorang cite pasal politik. Semua diorang tahu, sebut je sape. Pasal Najib, pasal Anwar, pasal cincin 24 Juta, pasal kes liwat, video seks, pasal perjuangan komunis...semua diorang tahu. Pasal hiburan pon sama...semua diorang tahu jugak, pasal Yoona SNSD, Yuna Oh Bulan, pasal Lee Min Ho, pasal Fida, pasal Nabil...mcm2 lagi la.

Nak je aku tanye diorang, korang tahu tak pasal Muhammad bin Abdullah? Korang tahu tak perjuangan para sahabat ketika Perang Ahzab? Korang tahu tak kes Usamah yang meminta pembelaan daripada Rasulullah s.a.w. terhadap seorang wanita yang didapati mencuri? Aku ni bukan lah nak belagak pandai, aku pon tak tahu sebab tu aku tanye. Tengok korang ni mcm dah banyak sangat ilmu, orang lain korang kenal, korang cerita tapi Nabi sendiri macam mane?

Kita semua ni terlalu banyak sangat menyebut nama2 orang yang tak sepatutnya kita sebut, sedangkan takde faedah yang kita dapat, malah menambah dosa lagi sebab mengumpat. Ape yang nak dibanggakan ketika menyebut nama2 ahli politik dan artis2 kt dunia ni. Mereka ni hanya terkenal kt dunia je, dan mungkin kt Malaysia je.

Lebih elok kita cerita kisah2 zaman Rasulullah s.a.w., contohnya kisah Uwais yang namanya sentiasa disebut dan sangat terkenal di langit. Sampai para malaikat pun bercerita tentang ketaatan Uwais terhadap ibunya di 'LANGIT ALLAH', yg korang taknak cite pasal pemuda ni apesal?

Banyak lagi kisah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang lain, atau cerita pasal kekuasaan Allah, dosa dan pahala, nikmat syurga dan azab neraka. Kan bagus kalo bercerita pasal ni, tambah jugak iman aku yang perasan beriman ni.

Kan bagus kalo dalam dunia realiti pemimpin kita macam ni...
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri....wallahualam~


p/s: tak salah kalo nak bercerita...tapi rasenye kurang2kan la

Sunday, September 18, 2011

Hikayat RM50

(cerita ini hanyalah bukan rekaan semata-mata, ia memang ada kaitan samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Pada suatu hari, dua orang kawan yang lama tak berjumpa, RM1 dan RM50 telah bertemu dan bersembang:

RM1: Hello bro...lama tak nampak, mana ko pegi selama ni?

RM50: Ala bro...wa cakap sama lu. Merata tempat wa dah pegi. Baru-baru ni wa pegi Stadium Bukit Jalil...  tengok bola... Arsenal lawan Melaka. Sebelum tu wa pegi tengok Konsert Korea SuperSenior kat Johor Bahru. Tiap-tiap hujung minggu wa jalan2 kat shopping mall Alamanda, Mines, Ikea, dan banyak lagi la. Pegi tengok wayang cite 'Raya Makin Menjadi-jadi'. Pegi mkn kt McD, KFC dan ... macam2 tempat la wa dah merayau. Besssttttt gilerrrr. Lu plak pegi mana bro?

RM1: Mmmm... aku macam biasa la. Balik2 tempat yang sama... SURAU... MASJID... SURAU... MASJID... mmmm~


Ke mana duit kita LEBIH dibelanjakan selama ini? Fikir2kan lah...

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya "Tidak akan beranjak telapak kaki seorang hamba sehingga dia ditanya 4 perkara: tentang umurnya bagaimana ia menghabiskannya, tentang ilmunya apa yang ia lakukan dengan ilmunya, tentang hartanya mana dia peroleh dan bagaimana ia gunakan, dan tentang badannya bagaimana ia memeliharanya."

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

Thursday, September 15, 2011

Semangat Kemerdekaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Hari ini cuti lagi...bestnye duduk kat Malaysia sebab dapat cuti slalu. Yang bekerja dapat berehat, yang belajar dapat tidur lebih, yang tak buat pape terus kekal dengan perangainya. Kali ni cuti sbb nak meraikan Hari Kebangsaan yang jatuhnya pada Hari Malaysia iaitu hari di mana Tanah Melayu telah bergabung dengan Sarawak dan Sabah membentuk negara Malaysia iaitu pada setiap 16 September.


Setiap tahun tema adalah berbeza2. Tema Hari Kebangsaan ke-54 pada kali ni adalah "1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Walaupon Malaysia dah 54 tahun merdeka, tetapi pada pendapat aku Malaysia perlu lebih banyak belajar lagi dengan negara2 maju yang lain. Tak perlu tengok jauh2, bandingkan negara Malaysia dengan Singapura je dah cukup.

Malaysia berada di tangga ke-57 terkaya di dunia berbanding Singapura yang berada di tangga ke-4. Memang dari segi ekonomi tidak dinafikan Malaysia agak ketinggalan berbanding Singapura. Tetapi jangan la semangat cintakan negara di kalangan masyarakat Malaysia juga nak ketinggalan sama.

Sejak perasmian bulan kemerdekaan, aku tengok media masa banyak memaparkan iklan kibarkan bendera Malaysia dan lagu2 patriotik zaman dulu2, contohnya lagu Sudirman-Tegakkan Bendera Kita. Adekah dengan mengibarkan Jalur Gemilang sudah cukup untuk rakyat Malaysia menunjukkan semangat cintakan negara?

Aku begitu kagum dengan apa yang dilakukan oleh Singapura sejak 10 tahun yang lalu untuk meraikan Hari Kebangsaannya. Aku sempat menonton dan mengikuti sebahagian di antaranya. Sejak 10 tahun lalu, tema Hari Kebangsaan Singapura banyak menerapkan pembentukan masyarakatnya supaya lebih berdaya saing dan menaikkan semangat cintakan negara. Korang bleh rujuk segalanya di sini.

Sejak 1984 juga, setiap tahun Singapura telah mencipta banyak lagu2 berunsurkan patriotik. Aku suka lagu tema kali ni sebab ianya menerapkan nilai2 murni dalam semangat cintakan negara dan masyarakat (In Our Heartbeat). Cuba bandingkan negara kita. Iklan2 yang ditunjukkan semuanya lagu2 lama dan lagu2 yang sama, takde kelainan setiap tahun. Kita ade banyak komposer yang hebat2, kenapa kerajaan tak mintak diorang buatkan lagu2 yang bertemakan hari kebangsaan setiap tahun?

Ini la antara sebabnya kenapa kita jauh ketinggalan dengan negara2 jiran kita. Walaupon sebenarnya aku taktau la samada rakyat Singapura bertambah semangat cintakan negara atau tak, tapi sekurang2nya kerajaan mereka mempunyai inisiatif untuk menambahkan semangat cintakan negara di kalangan rakyatnya. Berbanding kita yang hanya fokus untuk kibarkan jalur gemilang di setiap bangunan dan kisah2 komunis yang berlandaskan politik yang tak sudah2.

Harapan aku sebagai orang yang menetap di Malaysia (walaupon aku orang Korea) supaya kerajaan Malaysia mengambil contoh negara2 maju yang lain dalam menaikkan semangat cintakan negara. Tak salah kalo kita meniru atau mencontohi dalam perkara2 yang baik, daripada kita meniru dalam perkara2 maksiat seperti mewujudkan kasino dan tempat2 hiburan.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...



p/s: jangan saman aku...ini hanya sekadar pendapat sahaja...mmm, aku rindu perarakan pasukan2 keselamatan negara bersama dengan jentera2 masing2, tak tau bile dapat tengok lagi...

Sunday, September 11, 2011

Raya Sehari Puasa Setahun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, dapat aku curi2 masa untuk menyambung coretan aku yang sekian lamanya terpendam dalam hati (perasan sibuk). Kali ni aku nak cerita sket la pengalaman aku pulang berhari raya di kampung halaman tercinta, mana lagi kalo bukan kat Korea.

Alhamdulillah, tahun ni aku dapat solat sunat Aidilfitri di belakang imam lagi, hebat tak? Tapi barisan keempat la, tapi tetap belakang imam jugakkan, takkan nak solat depan dia pulak...haha (perasan lawak). Selepas solat macam biase la, bermaafan dengan keluarga, sedara-mara, nenek dan jiran2. Lepas bermaafan ape lagi, "ketupat rendang sila nikmati penat memasak malam ke pagi".

Umah kampung aku baru dibina koridor, siap letak sofa dan meja makan lagi. Makanya kalo orang datang beraya terus duduk kat luar, memang sesuai la namanya 'open house'. Raya kali ni agak meriah la, sebab tiap2 hari masak best2. Raya Pertama ade rendang tiga jenis (rendang ayam, rendang daging, rendang tok), Hari Kedua gulai daging salai masak cili api, Hari Ketiga sup gearbox dan Hari Keempat buat barbecue (mane tak gemok...eh gemok ke).

Sebenarnya korang ade perasan tak yang aku hanya menaip Raya Pertama, tp yang lain Hari Kedua, Hari Ketiga dan seterusnya, dan bukannya Raya Kedua, Raya Ketiga dan seterusnya. Pada pendapat aku la yang bukan ustaz mahupun alim ulama ni, kita semua seharusnya meraikan kemenangan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan hanya sehari saja, dan bukannya yang sering kita lakukan iaitu Raya Sebulan sebab kita berpuasa sebulan. 

Anas bin Malik r.a. berkata, "Nabi pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyah. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan lebih baik, iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis Riwayat An-Nasaai)

Dari hadis di atas jelas menunjukkan Allah s.w.t. menggantikan salah Satu Hari perayaan ketika zaman jahiliyah dengan Hari Raya Aidilfitri. Ini bermaksud kita seharusnya merayakannya sehari saja, maka jangan la kita beriya sangat nak 'beraya' sampai sebulan. Tapi kalo nak menziarahi sanak saudara dan sahabat handai takpe la, sebab amalan ziarah-menziarahi amat digalakkan.

Alang2 dah puasa sebulan dalam bulan Ramadhan tu, puasa la setahun pulak. Eh, takkan tak mampu pulak. Ala, senang je. Kita rujuk semula hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (Hadis Riwayat Muslim)

Kan senang je, hanya berpuasa sebulan di bulan Ramadhan diikuti puasa enam hari di bulan Syawal kita dah dapat ganjaran seperti berpuasa satu tahun. Begitu mudah untuk melipat-gandakan pahala, cuma nak atau taknak buat je. 

Yang tak dapat berpuasa dengan bersebab tu, bleh terus ganti puasa dalam bulan Syawal ni. Tak payah nak tunggu nak dekat2 dengan bulan Ramadhan seterusnya baru nak ganti. Kalo tak sempat ganti macam mane? Pandai2 la jawab nanti...


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

p/s: mmm...terasa panas plak bila balik Malaysia ni....woha