I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 20, 2012

Rasulullah s.a.w. dan Pengemis Yahudi Buta

(seperti yang telah disebut daripada entry yang lepas)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata,

"Wahai saudaraku jangan mendekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."

Setiap pagi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam melakukannya hingga menjelang Baginda sallallahu alaihi wasallam wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya.

"Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah r.ha. menjawab pertanyaan ayahnya,

"Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja."

"Apakah itu?" tanya Abu Bakar r.a.

"Setiap pagi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana." kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a. mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapnya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"

Abu Bakar r.a. menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku." jawab si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan padaku dengan mulutnya sendiri," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah sallallahu alaihi wasallam."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata,
"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, Baginda begitu mulia... "

Akhirnya pengemis Yahudi buta tersebut bersyahadah di hadapan Abu Bakar r.a.


Di sini ada dua pengajaran yang boleh diambil:
1. Berbuat baiklah kepada semua orang walaupun orang tersebut menghina, memfitnah dan sebagainya.
2. Berusaha untuk melakukan sunnah2 Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagaimana yang dilakukan Abu Bakar r.a. yang tidak pernah tertinggal walau satu sunnah Rasulullah sekalipun.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri... wallahualam~

21 November 2012: Selamat Menghampiri Mati

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah... hari ini genap umur aku 20 (perasan muda)... aku masih hidup lagi di dunia ni utk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah... minggu lepas sblom khutbah Jumaat di Masjid Mardi... ustaz feveret aku iaitu Ustaz Fauzi Mustafa ade bg tazkirah sket... kebetulan tazkirah tu kena pada masenye... sbnrnye tujuan utama tazkirah tu untuk Maal Hijrah tapi aku ubah manifestasinya sempena harijadi aku...

Antara pengisian yang sempat aku dengar (perasan beriman) :

Bila bertambah tahun, maka bertambah juga la umur kita... maka apabila telah sampai umur seseorang itu kepada umur 40... malaikat akan datang kepada orang tersebut dan berkata... "Wahai sekalian manusia yang berumur 40 tahun, kamu semua boleh menuai hasil tanaman kamu selama ini"...

Permasalahan di sini timbul apabila kalo kita mmg dah menanam sejak dari kecik sampai umur 40 tahun, tak kesah la... mcm mne yang tak sempat menanam ape2... ape je yang nak dituaikan masa umur 40 ni? Maka menanam la dari skrang dgn memperbanyakkan amal makruf, sedekah, pg kuliah agama, berselawat dan sebagainya...

Pada umur 50 tahun malaikat akan datang lagi dan berkata... "Wahai sekalian manusia yang berumur 50 tahun, lihat semula diri kamu"...

Maksudnya malaikat menyuruh kita muhasabah diri... ape yang kita lakukan selama ni... selama 50 tahun hidup adekah cukup amalan kita untuk masuk syurga? sudahkah bertaubat utk dosa2 yang telah dilakukan? Berfacebook, bertwitter, baca blog... bleh plak lama2 sampai 5-6 jam... cuba amek mase walau 10 minit kita muhasabah diri kembali atas segala perbuatan yang pernah kita lakukan...

Pada umur 60 tahun malaikat akan datang lagi dan bertanya... "Wahai sekalian manusia yang berumur 60 tahun, sudahkah kamu melakukan semuanya?"...

Malaikat sbnrnye sedang bertanya kepada kita, sudahkah kita berpuas hati dgn amalan kita? Aku terharu dgn ape yang diceritakan ustaz mengenai kisah Saidina Abu Bakar r.a. yang bertanya kepada anaknya, Saidatina Aisyah r.ha yang merupakan juga isteri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam... setelah kewafatan Rasulullah sallallahu alaihi wasallamAbu Bakar r.a. bertanya masihkah ade lagi sunnah-sunnah yang masih blom dilakukan beliau... cerita tu akan aku post dalam entry seterusnya... mcm mane dgn kita, pernahkah kita bertanya sebegitu?

Dan apabila umur mencapai 70 tahun, malaikat akan datang dan bertanya, "Wahai sekalian manusia yang berumur 70 tahun, apa yang kamu tunggu lagi?"...

Maksudnya malaikat menyuruh kita lakukan amalan sebanyak mungkin sbb mmg dah tak banyak masa... tak boleh nak tunggu2 tangguh2 lagi utk buat amal kebajikan dan bertaubat atas dosa2... bila2 mase je Allah boleh tarik nyawa kita semula...


Ni la antara pengisian yang sempat aku ingat... mungkin ade penambahan sket dan banyak kekurangan nak dituliskan semula... tp main point nya masih takde perubahan... sentiasalah kita muhasabah diri bila masuk tahun baru... tak kira kalender hijrah, kalender cina, kalender masihi mahupun ulangtahun kelahiran... bila bertambah tahun bermakna makin bertambah umur kita jugak... dan semakin menghampiri mati...

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam saja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Sesungguhnya yang baik tu datangnya dari Allah dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri... wallahualam...


p/s: terima kasih sahabat wish besday arini... unexpected, ko orang first... tu buat aku terharu... walaupon ade peristiwa sedih utk ko pada tarikh yang sama ni...

Saturday, November 17, 2012

Isteri Cantik Yang Solehah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Duit tak ada tapi hati ingin kahwin
Apa dayaku woo woo kawan

Mmmm... bulan ni saje ade 3 kad jemputan kawen aku dapat... bulan depan plak ade 2 undangan kawen lg... hadoi, bile la giliran aku nak bg kad plak... woha~

Penah seorang ustaz menjawab soalan dari sorg jemaah yg datang mase tazkirah maghrib... soalan tentang impiannya atau ciri2 calon isteri yg beliau sukai... mmm, tak sangka... ciri2 yg beliau suka sama yang mcm aku suke gak... hehe

1. Seorang 'Ninja'

Ninja kat sni bukannye ninja assasin atau ninja turtle, yang dimaksudkan adelah pompuan yang berpakaian seperti ninja... masih tak paham lagi... pompuan yang pakai purdah la... kan nampak mata je mcm ninja kan... sejuk mata memandang... hehe~

Aku rse bkn aku je yang suke, mat rempit pon kalo ditanye nak kawen dgn spe... diorg lebih prefer kawen dgn pompuan2 mcm ni berbanding minah2 rempit... pompuan yang pakai purdah ni selalunye memang pakai menutup aurat la... jubah ke, baju kurung ke... xde la plak selama ni aku nampak yg pakai purdah tp pakai skirt...

Dan selalunye yang pakai purdah ni yang sudah berpunya la... sebab dia hanya nak tunjukkan kecantikan wajah utk suaminye saje... woha~


2. Surirumah sepenuh masa

Kalo tak ada masalah dlm pendapatan keluarga... adelah disarankan utk para2 isteri tak bekerja dan hanya fokus untuk menguruskan keluarga semata2... jgn ckp la bosan duk umah nanti... banyak keje yang bakal isteri buat sebenarnye... jaga anak, memasak 3 kali sehari minimum, kemas umah, basuh baju, mcm2 lagi la~

"Amek la orang gaji... kan senang"... amboi2, senangnye cakap... punye la berita mcm2 pasal orang gaji bawak lari barang kemas, anak tesedak susu sbb orang gaji tak perasan, orang gaji rampas suami... masih lagi nak amek orang gaji?

Kalo ibu (isteri) yang menjaga anaknye sendiri... takkan jd anak tesedak susu, anak jatuh dari katil, anak tesepit pintu... sebab aku tau naluri ibu lebih sayangkan anak dan akan beri lebih perhatian pada anak sendiri berbanding dgn orang gaji... kalo pasal kemas umah jgn ckp la... tu umah sape? ko ingat orang gaji akan bersihkan betul2 ke?


3. Pandai memasak

Masakan adelah satu elemen yang paling penting dalam kebahagiaan rumah tangga... nak tau kenape, nak bgtau la ni... penah dengar tak "Nak pikat suami melalui perutnya"... maksud pepatah tu bukannye suh geletek perut suami... tapi maksudnye masak masakan yang sedap utk suami makan...

Air tangan seorang isteri sebenarnye mengalirkan kasih sayang dalam masakan yang dibuat... secara tak langsung akan membuatkan suami akan sentiasa balek umah untuk makan... dan mewujudkan anak2 yang sihat dan sentiasa dengar cakap mak ayah... (ni pendapat sendiri je)

Tapi cube bayangkan kalo isteri tak pandai masak... suami asyik makan kat luar je la... mne nak timbul kemesraan kalo mcm tu... silap2 suami terjumpe tukang masak cantik kt luar sana, naseb la korg... anak2 pon kalo asyik mkn kt luar gak... mcm mne anak2 nak sihat... sbb kebanyakan warung2 kat luar sana mne jaga kebersihan sgt pon...

Kalo isteri yang masak pastinya masakan akan dijaga kebersihannya dan dimasak dengan sempurna dengan sentuhan kasih sayang... kukus grill panggang kukus grill panggang kukus (obses dengan masterchef)... tp suami jangan la duk goyang kaki je... tolong2 la isteri beli barang, potong2 bawang, gaul2 lauk... baru la bertambah kemesraan tu...


Ni semua sekadar pendapat aku semata2 la... yang menjamin kebahagiaan sebenarnye datang dari Allah... insyaAllah kalo ade ciri2 utama ni, suami pasti akan bertambah sayang... kat sini pon ade tips2 romantik mengikut Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam...

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama."


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri... wallahualam~



Tuesday, November 13, 2012

Muharam datang lagi...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Perasan sibuk... tu yg mampu aku perkataan sebab dah lame tak update blog...

Seperti title entry kali ni, esok dah masuk tahun baru bagi kalender Hijrah... bagi yg terlupa atau tak ingat, tahun depan nak masuk 1434H (perasan hebat padahal baru check tadi)... mari kita muhasabah diri semula... sejauh mana amalan kita tahun ini?... adekah tercapai azam2 kita diawal tahun 1433 dulu?

Kenapa kita tak dapat nak capai azam tahun sebelum ni? Antara sebabnya adelah azam yang tak munasabah, tak tercapai akalmu dan tak larat nak tunaikan... Aku nak bagi tips sket la kalo nak buat azam ni... aku ni bukan la hebat sgt pon... bukan pakar motivasi pon... tp berdasarkan pengalaman diri... kalo nak ikot bleh, tak nak ikut xpe... jgn kutuk2 dh la...

1. Kalo nak berazam... biar la yang mampu kita laksanakan... tak kesah la tinggi mane pon azam tu tp biar logik dan mampu kita buat... 
Sebagai contoh: Tahun ni nak berazam dapat 4.00 flat... like seriously korg mampu? tak kesah kalo korg mampu... tp kebanyakan yg aku perasan sebahagian kawan2 aku yg penah berazam mcm ni... bila dia tgk result 1st test yg kurang membanggakan... diorg terus down dan terus melupakan azam tu... thats why kalo kita letakkan azam biar la yg rendah sket tp masih tinggi... contohnya nak dapat 1st class 3.75 ke atas... insyaAllah walaupon 1st test markah kurang... kita still akan terus berusaha utk dapat ape yg diazamkan

2. Jangan berazam benda yang sememangnya wajib kita buat...
Sebagai contoh: Jangan berazam untuk solat fardhu 5 waktu, untuk puasa sebulan Ramadhan, untuk bayar zakat... ayoo~ ni mmg wajib, tak perlu azam... tak buat korang berdosa... yang patut korang azamkan adelah "aku nak solat fardhu 5 waktu di masjid/surau pastu aku nak tambah lg buat solat2 sunat, aku nak puasa sunat Isnin dan Khamis, aku nak bg sedekah setiap minggu kat masjid/surau"... ni baru betul azam... benda yang wajib masih kita laksanakan... ditambah plak dgn perkara2 sunat... pergghhh, meletup amalan kau jah tahun tu!!!

3. Berazam untuk istiqamah dalam beramal... bukan beramal sebanyak mungkin...
Sebagai contoh: Tahun lepas aku ade 5 azam, takkan tahun ni nak sket plakkan, tambah lg 9 la, jd 14... deeeyyy chhaaa~... tahun lepas punya azam semua ko tunaikan ke? biarlah sikit tp kita mampu kekalkannya... tak kesah la kalo ade azam yang sama mcm tahun lepas... contohnya korg baca Al-Quran satu muka setiap hari... ni adelah lebih bagus daripada baca Al-Quran satu juzuk, pastu cakap "eh semalam aku dah bace satu juzuk, rehat la beberapa hari"... hampeh~

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: "Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit" (HR Bukhari dan Muslim)


Ni antara beberapa tips la untuk dijadikan panduan... taknak ikut pon takpe... aku tak rugi ape2 pon, korang yang rugi... woha~

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri... wallahualam~


p/s: jangan lupa doa akhir tahun dan awal tahun.... 

Tuesday, October 9, 2012

Pengalaman Konvo


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tak lame lg sahabat2, kawan2 dan pelajar2 UPM yg baru abes pengajian akan terlibat dalam Konvokesyen UPM kali ke-36... ade yang sibuk amek jubah konvo... ade yang feeling2 model amek gambar kt hutan pine IBS (tmpt ni mmg jd tumpuan bile time konvo)... ade yang sibuk beli-belah pakaian nak pakai time konvo nnti biar nmpk smart... smpi ade yg tanye aku nak beli baju kaler ape (perasan fashion designer)... yang xleh blah, ade yang beli henset baru (mcm xde kaitan dgn konvo je)...

Walau ape pun, kenangan konvo mmg x bleh dilupakan... sape yg tak datang konvo mmg suatu perkara yg merugikan... sbb konvo ni bg aku sebagai tanda kejayaan kita menghabiskan susah senang kite blaja pening kpale otak... dan waktu konvo ni jgk adelah satu tanda penghargaan kita kpd mak ayah kita yg slame ni bekorban tenaga, masa, wang ringgit utk tgk kita berjaya memegang segulung ijazah...

Agak sedih jgk bile dpt tau ade kwn2 yang parents tak dpt dtg sbb pergi ke tanah suci... mungkin ade sebahagian org anggap tak kesah la mak ayah dpt datang tgk konvo ke tak... mula2 sblum aku konvo dulu pun ade perasaan mcm ni gak... tp ade satu peristiwa yg telah mengubah perspektif aku... dan aku rse mak ayah mmg patut ade ketika kita konvo...

Pada pagi Ahad, sesi ke-3 Konvokesyen kali ke-32... mak aku seorang diri bertolak dari hotel di KL dan sampai di Dewan Besar... time tu aku masih bersolek lg (woha~)... lepas siap2 aku naik moto LC dgn kelajuan 40km/j sambil memakai blazer (perasan macho gler mase tu)... sampai2 je aku terus ke khemah tetamu sbb mak aku ckp die tunggu kt situ...

Sampai2 je tgk mak aku tersenyum riang... mungkin nmpk anaknya mcm Aaron Aziz (perasan hensem)... pastu aku bg pas masuk kt mak aku dan beratur utk masuk ke dewan konvokesyen... bile masuk je dewan rse sgt bangga... taktau mne mak aku duduk tp aku tau die mesti rse bangga gak... abes je konvo, aku terus pg amek gmbr sama2 dgn mak... kami tepakse rushing sbb mak aku nk balik ptg tu jgk, esok keje katenye... lepas hantar mak aku smpi Puduraya, aku pun balik UPM...

Nmpk mcm biase je kan... tp sebenarnye ade kisah tersirat yg sgt menyentuh jiwa aku smpi skrang (mak cerita pada aku selepas beberapa bulan)... sebenarnye masa aku smpi kt Dewan Besar memakai blazer smart2, mak aku dah ternampak aku dari jauh... dan pada ketika itu airmatanya telah mengalir, mungkin berasa bangga dgn anaknya... dan ketika aku smpi kt mak aku, die cube sembunyikan tangisan tu dgn senyuman riang...

Mase kt dalam Dewan Besar, mak masih dpt kenal aku walaupun agak ramai yg berjalan masuk... dan mak jerit2 nama aku... pastu org sebelah die ckp, “Aya... dia tarak dgr punya... tak payah jerit la.” ... ya mmg btul aku xdgr langsung jeritan mak aku... mungkin suasana ketika itu agak bising dgn muzik perarakan masuk... tp kalo dpt diundurkan masa, kalo aku tau mne mak aku duduk... sudah pasti aku akan sekurang2nya melambai tangan dan flying kiss pada mak aku... dan skali lagi mak aku menangis bile tgk aku terima ijazah dari pro-canselor mase tu...

Begitu la sbnrnye perasaan mak aku ketika melihat anaknya menerima ijazah... dan aku yakin perasaan mak2 atau ayah2 org lain jgk mcm tu... bangga dgn pencapaian anak masing2 dpt menghabiskan pengajian dgn jayanya... cume kite je tak tau... kepada kawan2, abes konvo nnti tolonglah peluk cium mak ayah masing2 dan ucapkan terima kasih pada mereka... kerana aku tak berkesempatan buat mcm tu... insyaAllah, aku akan peluk cium mak aku untuk konvo Master aku nnti...


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri... wallahualam~

p/s: Tahniah pada sahabat2 dan kawan2 yang akan bergraduat nnti...

Saturday, October 6, 2012

Sangap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Masa matrik kat KMNS dulu aku penah cakap kat sorang kawan, “Kalo sangap tu tutup la mulut.” Pastu die buat muke pelik... aku pun pelik gak la nape die buat muke pelik... lepas aku duduk beberape lama kat luar Johor, baru la aku tau maksud sangap kalo kt luar Johor iaitu teringinkan sesuatu... tp kalo kat Johor ‘sangap’ tu ertinya menguap... Jadi kalo ade lepas ni org Johor yg sebut ‘sangap’, die maksudkan menguap yer dan bukannye korg nakkan sesuatu...

Aku penah dengar mase aku blaja kat skola menengah dulu, menguap ni adelah disebabkan kurangnya oksigen dalam badan... yg menyebabkan impuls dari otak menyuruh bukaan mulut seluas2nya utk menghirup oksigen masuk ke dalam badan (perasan saintis)...

Ade gak berpendapat menguap adelah disebabkan perasaan mengantuk, malas, lalai dan seumpamanya. Tak kiralah ape pun pendapat yg ada, sebenarnya terdapat syariat dalam Islam ketika kita sedang menguap...


Menutup Mulut Dengan Tangan

Terdapat ulama yang berpendapat menguap ini disebabkan dari perbuatan syaitan sebagaimana hadis:

Dari Ibnu Abbas r.a. menjelaskan, “Sesungguhnya menguap dari syaitan.” (Diriwayatkan dalam Adabul Mufrad, shahih)

Terbukanya mulut ketika menguap adalah jalan masuk yang lapang bagi syaitan untuk masuk ke dalam badan. Apabila syaitan sudah masuk ke dalam badan melalui mulut dan masuk ke dalam salur2 darah, syaitan akan lebih mudah mengganggu manusia. Oleh sebab itu syariat menyarankan kita untuk menutup mulut ketika menguap.

Abu Sa’id Al-Khudri r.a., dari Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda,
“Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaknya ia meletakkan tangannya di mulutnya karena syaitan akan memasukinya.” (HR Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Adabul Mufrad)


Menahan Diri Dari Menguap

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah memerintahkan kita untuk menahan diri dari menguap sebagaimana yang disebutkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi sallallahu alaihi wassalam bersabda,

"Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila seorang bersin lalu dia memuji Allah, maka wajib atas setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya (dengan mengucapkan Yarhamukallah). Dan  adapun menguap, maka dia dari syaitan, maka hendak dia menahan menguap semampunya, Lalu apabila dia sampai mengucapkan: "Haaah", setan akan mentertawainya." (shahih AL-Bukhari, kitab al-Adab no. 6223)

Ape yang dimaksudkan dengan hadis di atas adelah ketika kita menguap sehingga mengeluarkan bunyi ‘hhhhaaaahhhhh~’ (selalunye bunyi ni dikeluarkan bile kite terlalu penat), ketika inilah syaitan bergembira masuk berdoyon2 ke dalam mulut.

Oleh sebab itu disarankan supaya kita untuk menahan mulut dari terbuka... kadang2 tu kita bukan rse mengantuk pun tp mulut ni rse nak menguap gak... itu sebenarnye syaitan yg cube masuk ke dalam diri kita dengan cube membuka mulut kita ni... jadi cubalah utk melawan perasaan nak menguap... kalo dah termenguap tu istighfar la banyak2 utk menghalau syaitan dari mengganggu kita lagi...

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kalian, maka perlakukanlah ia sebagai seorang musuh.” (Surah Fathir: 6)


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri... wallahualam~

Wednesday, September 26, 2012

Dari Kejauhan Yang Dekat

(puisi ni pernah digubah suatu masa dulu...baru skrang ade mase utk mskkn dlm entry)

Dari kejauhan
Aku hanya mampu melihat
Tanpa sepatah kata
Kerana kita terlalu jauh
Walaupun sebenarnya dekat

Dari kejauhan
Aku ingin berbicara denganmu
Tapi kita terlalu jauh
Walaupun sebenarnya dekat
Hanya terpisah oleh detik kenangan

Dan dari kejauhan ini juga
Kulaungkan ucapan
Yang bergelombang di hati
Bisu pada kata
Tapi kita terlalu jauh
Walaupun sebenarnya dekat

Juga dari kejauhan ini
Aku sentiasa mengenangimu
Dan aku juga tahu
Segala kisah dan cerita
Walaupun kita terlalu jauh
Tapi sebenarnya kita juga terlalu dekat
Sekadar tak berdaya menghapuskan kenangan

Ketahuilah
Bicara ini lahir
Dari kejauhan yang dekat

Awkward

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sblum ni banyak kali aku terserempak dgnnya, dan byk kali juga aku sembunyikan diri atau cube mengelak.. aku masih teringat lg ucapan terakhir itu.. bukan bermaksud menyimpan dendam, cuma sedar keburukan diri sendiri.. sejarah hitam mengubah aku jd mcm ni..

Ya.. itu yg aku rsekan skrang ni.. awkward.. layakkah aku bersama dgn org baik2? Melihat cermin terasa diri ni begitu berdosa.. Sorang kawan penah memberi nasihat, “Umar pun dulu jahat, bertaubat, dapat masuk syurga.” Siapelah aku utk dibandingkan dgn Umar.. tiap2 hari bertaubat, tiap2 hari beribadat.. sedangkan aku, tiap2 hari masih buat jahat.. ntah la, mungkin aku yg terlalu memikirkan sgt..

Skrang ni tiada wajah yg perlu disembunyikan lg.. tapi aku masih mengelak lg sket2.. bukan bermaksud sombong atau kekwat.. cuma melihat diri yg masih perlu diperbaiki lg.. dan merasakan ade cermin yg sentiasa ada di hadapan aku.. yg membuat aku sentiasa rse bersalah.. dgn keburukan yg pernah aku lakukan..


Entry ni lahir dari kejujuran hati tiada provokasi.. maaf jika ade yg terasa..

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri... wallahualam~

p/s: sorry seems to be the hardest word... not hard to say, but hard to accept it... i guess~

Tiga Bulan Pertama Kali Tujuh Tahun (Part 3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

3) Banjir di Serdang

Kejadian ni berlaku yg aku ingat hari Selasa, sbb hari Khamis tu kami serumah bercadang nak buat open house sempena Raya.. mula2 hujan petang tu agak biasa bg aku walaupun hujan agak lebat.. time tu kami 4 org kat umah tgh duk sembang gelak2.. tak pikir pape pun yg bakal berlaku..

Tetiba sorg member aku ni terasa nk pg dapur.. skali die tgk air dah masuk umah.. pastu die jerit bergema satu umah, “Weh, air masuk umah kat belakang!!”..  kitorg semua pun pg tgk blakang.. pastu die jerit lg.. “Weh, air penuh kat depan!!”.. kitorg semua pg ke depan plak.. pastu semua tecegat tgk air yg makin laju masuk dalam umah..

Time tu semua org tak panik, cume tak tau nak buat ape, takde sorg pun yg penah mengalami banjir.. kawan aku yg duk jerit2 td excited tgk air masuk umah.. padahal keta die tgh tenggelam depan umah tak nmpk plak, sibuk call sedara-mara ckp umah banjir.. hampeh btol..


Bile air dah paras betis baru la kitorg celik akal sket.. barang2 semua letak kat tmpt tinggi.. suis semua off.. time tu aku pikir nak kuar umah dah bile air dh paras peha tp diorg ni mcm taknak kuar plak.. aku kemas barang aku jela, peduli ape aku diorg nk duk dalam banjir tu, yg penting aku nak selamatkan diri.. lepas aku dah siap nak kuar tetiba plak diorg nak ikut, baru nak kemas2.. adoi, satu hal plak nak tunggu..

Bile kuar umah rupenye kt luar lg tinggi, air paras pinggang aku.. kitorg semua terus pg skola dekat dgn umah sbb tgk tu je la bangunan yg tinggi kt area ni.. pastu kitorg cadang nak duk kt umah member aku sorg ni kt Kajang.. sbnrnye ramai je yg tawarkan utk tinggal kt umah diorg area2 sni gak yg tak kena banjir.. tp dlm kepala aku pikir aku tgh lapar je ni, sbb aku puasa hari tu.. kalo tinggal dgn family die maybe mak die akan masak sedap2.. haha

Tp kejadian ni byk hikmahnye.. lepas banjir tu kami semua ‘format’ bersihkan umah.. barang2 yg berzaman kt umah tu trus buang.. dan umah kami ni lebih kemas berbanding sblom banjir.. kalo tak stor kt blakang umah tu penuh dgn barang2 yg bkn hak milik ahli umah skrang ni pun.. pihak Majlis Perbandaran pon baru nmpk muka tolong bersihkan kawasan perumahan dan tolong fogging sbb nyamuk bertambah banyak.. padahal dulu mmg dah banyak je..

My new look room lepas banjir... cantik tak?
Mmg banjir ni membawa pengajaran pada semua.. bila Allah turunkan azab mmg takde yg terlepas, yg byk buat amal mahupun yg byk buat maksiat.. banjir yg sket mcm ni pun ramai dah merungut, ni kan plak tsunami kat Acheh.. hanya orang2 yang mahu berfikir kekuasaan-Nya akan mendapat hidayah.. mmg pengalaman yg tak bleh dilupakan.. setelah hampir tujuh tahun..

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri... wallahualam~

p/s: time banjir ni dpt msg dr seseorg setelah sekian lama.. ermm, mmg banjir ni membawa hikmah..

Tiga Bulan Pertama Kali Tujuh Tahun (Part 2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


2) Kerja di Unit Zakat UPM

Alhamdulillah, perjalanan pengajian aku selama 7 tahun kat UPM berakhir dengan simbolik melepaskan ikan sepat aku sebanyak 7 ekor yg aku bela selama hampir 3 tahun ke Tasik Bukit Ekspo UPM.. harap diorg dapat hidup bebas dan dpt berdikari lepas ni tanpa mengharapkan bantuan sesape lg.. mcm gak aku..


Lepas beberape hari aku keluar dari kolej, aku ditawarkan keje sementara kat Unit Zakat UPM.. tak lame pon sebulan je.. tapi walaupon sebulan banyak yg aku dapat sepanjang aku keje kat sini.. mane tak bestnye, duduk kat depan kaunter zakat tu.. pastu kejenye melayan tetamu yg dtg, ala2 mcm kaunter pertanyaan la.. jumpe ramai org, kawan ade, lecturer pon ade..

Sebenarnye bile aku jaga kaunter ni baru aku sedar, ramai yg tak tau tentang zakat ni.. terutamanya ramai yg hanya tahu kita hanya wajib membayar Zakat Fitrah je, sedangkan Zakat Harta pun kita wajib bayar gak.. Zakat Harta pun ade mcm2 jenis cthnye Zakat Pendapatan, Emas, Perniagaan dan sebagainye.. bleh rujuk sendiri la laman web zakat atau tanye amil, aku pun tak arif sgt.. baru keje sebulan je.. woha~

Selain tu aku dpt tau gak ramai yg terlupa utk mengqada’kan puasa smpi diorg terpakse membayar fidyah.. ni berlaku terutamanya pade pompuan yg suke melambat2kan ganti puasa, kononnye nak tunggu bulan Rejab dan Syaaban sbb bleh puasa sunat skali.. pastu bile dh smpi bulan tu, tak dpt puasa sbb uzur la, sakit la, tak larat la.. kalo puasa awal2 kan senang, puasa dalam bulan Syawal.. dapat pahala puasa setahun.. tak perlu nak bayar fidyah..

Pertama kali bekerja ni mmg seronok.. sbb bile kita suka dgn keje yg kita buat, kita akan rse enjoy dan tak rase pressure.. bak kata Hamka Keretamayat, “Kita sudah merasa pencen lebih awal bila kita rasa suka pada kerja yang kita buat.” Sape yg tak paham, bleh pikir sendiri.. mmm, terasa mcm nak keje semula kt situ, dapat tak peluang lg?.. setelah hampir tujuh tahun..

Bersambung Part 3

Tiga Bulan Pertama Kali Tujuh Tahun (Part 1)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dah lame giler aku tak menaip dalam blog ni, sampai dah ubah application pun aku tak sedar.. mungkin sbb perasan sibuk kot.. oklah, mesti ade yg tertanye2 ape bende tajuk entry yg merepek sgt ni (perasan ramai follower yg nk bace blog aku ni).. sebenarnye kali ni aku nak cerita ape yg aku buat sepanjang tiga bulan yg aku perasan sibuk ni.. yg paling penting semua ni adelah kali pertama sejak aku berada di UPM ni selama tujuh tahun..

1) Panjat Bukit Broga terus ke Air Terjun Gabai

Akhirnye tercapai gak hajat aku nk pg Bukit Broga.. seminggu sblum bebudak kolej ni final exam (kirenye dalam study week la).. kami seramai tak ingat bpe org, yg ingat tiga keta je.. bekumpul seawal jam 4 pagi (cadangnye mcm tu la).. tp akhirnye kami bertolak kul 5.30 pagi..

Sampai sana langit mcm dh nk cerah sket.. hajat hati nak tgk matahari terbit, tp mmg tak sempat la, kaki bukit pon tak jejak lg.. 1st time jejak kaki mmg teruja, tp baru naik sket je tetiba rse semput dah.. maybe dah lame tak panjat bukit kot (pernah ke? Huhu..)

Setelah mengharungi cerun yg tinggi dan tanah yg berpasir licin.. akhirnye sampai gak ke puncak Broga.. (Hah!! Blom lg?) Rupenye aku baru smpi checkpoint yg first.. bebudak ni ckp depan lg baru smpi puncak.. aku dgn semputnye pon teruskan la perjalanan dan setelah hampir sejam (posing amek gambar byk, tu yg lmbt).. baru la kitorg sampai ke puncak Broga yg berbatu setinggi 400m..

Panjat satu hal.. nak kena turun plak.. knape la takde kereta kabel kt Broga ni.. nasib baik trun bukit lebih senang dr panjat.. lepas semua turun, kitorg semua sarapan dulu kt mamak berhampiran sblom truskn perjalanan ke Gabai.. sampai Gabai kena panjat lg tangga tinggi plak.. adoi, mmg menguji kekuatan otot kaki btul la.. lepas mandi tak seberape kt situ sbb semua dah kepenatan, kitorg pon balek kolej..


Mula2 aku pikir dah serik dah nak pg Broga dan Gabai dlm hari yg sama.. seminggu lepas tu kwn umah sewa aku ajak plak plan yg sama.. tp kali ni stamina unggul sket la sbb dh stretching seminggu awal.. haha (perasan lawak). Sesampai je kt kaki bukit, aku dgn lajunye terus naik ke puncak... siap kutuk member2 yg lembap mcm siput tu.. ade yg tak larat nk naik sampai puncak turun semula..

Tapi kali ni berbeza sket.. sampai kt puncak Broga, kami yg berjaya survive bercadang utk teruskan perjalanan lg ke Gunung Tok Wan, lg 4km kot.. aku tak nak pg tp yg laen nk pg jd aku terpakse ikot je la.. jalan punye jalan tak jumpe2 puncak.. sepanjang jalan aku sumpah seranah.. aku rse berjalan nk smpi Perlis dah, tak jumpe2 puncak pon lg.. jd kitorg stop dan patah balek..

Plan yg sama.. lepas naik Broga trus ke Gabai.. masih semput gak panjat tangga Gabai tu walaupon dh banyak kali gak panjat tangga tu.. masa ni gak la 1st time aku maen sliding kt air terjun tu.. aku tgk org yg maen sliding asyik jatuh kt batu tu ingatkan sakit, tu yg aku tak brani nk try.. rupenye bile dah try jatuh tak sakit pon.. aku siap cube slide 4-5 kali lg.. haha bangga jap dengan diri sendiri.. setelah hampir tujuh tahun..

Bersambung... Part 2

Monday, May 21, 2012

Penawar Penyakit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Baru lepas dengar tazkirah maghrib kt Masjid Mardi...ustaz tetiba cerita pasal mengkarung atau cicak tokek yang dikatakan bleh mengubati penyakit HIV...ntah betul ke tidak, wallahualam...tapi ape yang ustaz nyatakan...dalam hadis dan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak ade langsung dinyatakan cicak tokek bleh mengubati penyakit...melainkan beberapa hadis berkenaan khasiat herba2 berikut:

1. Madu asli
Al-Quran ada menyebut mengenai madu lebah sebagai penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan mental (mmg sesuai la dgn aku yg pelupa ni...haha). Madu juga mengandungi pelbagai zat galian spt kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika dan lain2 (dh mcm chemical kt lab dh) yg memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental.

"Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia." (Surah An-Nahl, ayat 68-69)

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu."

2. Kurma
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan pelawasan, menyembuhkan radang kerongkong, mengurangkan risiko penyakit kronik spt jantung dan kencing manis. Ia juga merangsang kesihatan wanita yg hamil dan anak yg dikandung, memudahkan bersalin dan memberi tenaga tambahan. Kanak2 digalakkan mkn lebih byk buah kurma utk pembesaran dan membentuk minda yg sihat. Seeloknya kita hendaklah sentiasa mengamalkan makan kurma setiap hari, bkn hanya di bulan Ramadhan sahaja.

3. Habbatus Sauda'
Habbatus Sauda' juga merupakan as-Syifa (penawar) dan ini diterangkan dalam hadis yg sgt terkenal dalam perubatan Islam.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Kismis
Imam Az-Zuhdi berkata, "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan Zabib (kismis)."

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Sebaik-baik makanan ialah buah Zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut."

Sape rse2 asyik nk marah je tu, amalkanlah mkn kismis. Lagi satu tak payah beli produk pencerah muka, makan kismis pon dah cukup...

5. Buah Tiin
Buah ini termasuk buah yg paling tinggi zatnya dan mengandungi banyak khasiat antaranya boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sbg anti racun. Baik utk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

6. Buah Zaitun
Allah pernah bersumpah atas nama buah Tiin dan buah Zaitun dalam Surah Tiin kerana buah2 ini mengandungi banyak khasiat. Minyak zaitun boleh digunakan utk mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolesterol dalam badan.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati."

Agak malu jgk la bila lihat orang Barat lebih banyak menggunakan minyak zaitun dalam kehidupan seharian seperti dlm masakan dan produk kecantikan, diorg plak yg mengamalkan Sunnah...mmm~

7. Za'faran
Za'faran adalah sejenis tumbuhan ubat yg terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina.

Saidina Ali pernah menyatakan, "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan su'di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

8. Delima
Buah delima baik utk kerongkong, dada dan paru2 utk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkn stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

Saidina Ali berkata, "Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut."


Ini merupakan antara makanan2 Sunnah yang diamalkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam menjaga kesihatan dan menambah kecergasan. Kesemua herba2 ini boleh didapati dalam minuman Jus Tok Guru...hehe (mcm promote plak). Bkn ape, lepas dgr kuliah maghrib terus pg beli dgn ustaz tu... Kalo tak nak beli jus ni pon takpe, sekurang2nya amalkanlah makanan Sunnah ni setiap hari kerana selain kita menambahkan pahala kerana mengamalkan Sunnah, ia juga penuh dgn khasiat sbg penawar penyakit.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

p/s: ustaz bagi diskaun RM1...hehe...terima kasih ustaz

Semakin Hari Semakin Sayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pagi tadi sempat la mendengar pengisian dari Ustazah Nor Laila mengenai kehidupan sebelum dan ketika mendirikan rumahtangga. Walaupon agak terlewat tp sempat jgk la beberapa input yg menarik utk dikongsikan bersama. Kalau la aku dtg awal mesti lg byk input yg dpt. Agak rugi la sape yg ade kt UPM ni tp xdtg program2 yang mcm ni.

"Suami perlu memuliakan isteri, isteri pula perlu mentaati suami"

Kebanyakan suami masa kini kurang memuliakan isterinya. Sebagai contoh yang diberikan ustazah, suami duduk goyang kaki kat ruang tamu sedangkan isteri tekontang-kanting memasak kat dapur, suami hanya tunggu makanan dihidangkan je (dush...terasa gak sbnrnya sbb kdg2 biar mak masak sorg2 kt dapur).

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam adelah contoh terbaik dalam memuliakan isterinya. Dinyatakan dalam sebuah kisah, setiap kali Rasulullah pulang ke rumah, dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak utk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya utk membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah menceritakan kalau Rasulullah berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

"Romantik itu sifat Rasulullah"

Walaupon Rasulullah sallallahu alaihi wasallam seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, baginda dipenuhi nilai kasih sayang dan romantis dengan isteri2nya. Namun, Sunnah ini seakan dilupakan suami masa kini yg sering menggambarkan diri mereka pemegang kuasa keluarga, perlu sentiasa kelihatan bengis dan egois.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah membantu isterinya menaiki kenderaan. Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan, "Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda, Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam hingga naik atas unta."

Begitulah betapa romantiknya Rasulullah kepada isterinya. Tapi adekah kita perlu melakukan perkara yg sama pada zaman ini, iaitu dengan menaiki unta sebagai kenderaan? Tak perlu la smpi ke tahap tu. Sekurang2nya jika kita ade kereta, bermesra la dgn menolong membuka pintu kereta utk isteri, tak ke romantik tu. Jgn ingat ni adelah contoh orang Barat, ini adelah Sunnah iaitu bersifat romantik terhadap isteri.


Nampak mcm berat sebelah kan sbb ustazah hanya cerita pasal suami je banyak, pasal isteri kurang. Isteri cukup mudah sebenarnya, hanya taat segala perintah suami, selagi tidak melanggar hukum syarak...masuklah dia ke dalam syurga bersama2 suaminya nanti.

Jika isteri bergaduh dgn suami, jangan bermasam muka dengan suami kerana ini adalah perbuatan dosa yang dilaknat. Kalo isteri ade terasa atau tacink dgn suami, bermanis muka dengan suami tp buat muka kesian dan duduk diam je. Insya-Allah suami akan 'cair' ketika itu (ni ustazah yg ckp...bkn aku).


Ade banyak input2 menarik sbnrnya tp aku lupe (dh tau pelupa taknak catat). Kalo ade majlis2 ilmu, datang la, tak perlu nk malu. Tak rugi langsung kita dtg, paling kurang pon dapat ilmu bermanfaat. Tak perlu la nk tunggu entry aku yg seterusnya...haha (perasan bagus).

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

p/s: pesanan ustazah...jgn terlalu cerewet memilih pasangan...ade ilmu agama pon sudah memadai...mmm~

Nada Dering Al-Quran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sedekad lagu nada dering yg digunakan hanyalah bernada kring! kring! atau muzik tanpa lirik. Sesuai dgn perkembangan semasa, masyarakat menjadi lebih kreatif utk mencipta nada dering mengikut cita rasa dan imaginasi tersendiri. Akan tetapi yg dikesali apabila daya kreativiti ini di salah guna, sedikit sebanyak memberi kefahaman yg salah dan juga mendatangkan penghinaan.

Apa yg dimaksudkan adalah menggunakan alunan zikrullah, doa2 atau ayat al-Quran sebagai nada dering. Sekali pandang mungkin tiada salahnya, apatah lagi bukankah mengingati Allah itu satu kewajipan yg dituntut. Bahkan secara tak langsung memberi mesej bahawa kita mengagungkan syiar Islam, sebagaimana org Kristian menggunakan tanda salib sebagai satu syiar agama mereka dalam aksesori yg dipakai.

Situasinya kini telefon bimbit di bawa kemana2 sahaja sekalipun dalam tandas atau tempat2 maksiat. Bagaimana jika kita dalam tempat tersebut, tiba2 kedengaran ayat al-Quran berkumandang, atau ketika ayat itu dibaca terus diberhentikan tanpa dihabiskan? Bukankah ini menjadikan bacaan tersebut tergantung dari sudut bacaan dan makna?

Persoalannya di sini bolehkah zikrullah, doa2 atau ayat2 al-Quran dijadikan nada dering telefon apabila melibatkan situasi di atas? Majlis Fatwa Ulama Saudi yg dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh di dalam mesyuarat dihadiri oleh 70 org perwakilan fiqah dunia pada 2007 ada jawapannya.

Hasil persidangan tersebut menyatakan, "HARAM hukumnya kerana ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat yang didengarkan itu secara tiba-tiba dihentikan, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya jika ayat-ayat al-Quran disimpan di dalam telefon untuk didengari ia merupakan amalan yang mulia (dan bukan untuk dijadikan nada dering)."

Menurut Sheikh Dr. Mahmoud Ashour yg merupakan ahli Jawatankuasa Akademi Penyelidikan Islam, "Orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai medium memberi amaran apabila seseorang membuat panggilan. Ia tidak sesuai langsung untuk ayat al-Quran mengganti tempat nada dering atau deringan muzik."

Selain itu Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering. Mohammed Asumin Qazmil berkata, "Ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadduk dan tadabbur. Jika digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut."

Adakalanya nada dering tersebut berbunyi pada tempat2 yg kotor dan tidak sesuai seperti dalam tandas. Sedangkan haram hukumnya bacaan al-Quran di tempat seperti itu, kerana ia menjatuhkan kemuliaan al-Quran sebagai kalamullah.

Selain bacaan al-Quran, turut menjadi pengharaman apabila seruan azan atau bacaan zikrullah turut diguna pakai sebagai nada dering telefon kerana atas sebab yang sama.

Seeloknya janganlah digunakan ayat al-Quran ini kerana sejauh mana kepekaan kita untuk mematikan telefon apabila masuk ke tempat-tempat yang kotor. Sedangkan apabila berjemaah dalam solat pun telefon masih berbunyi, inikan pula ketika masuk ke tandas.



Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri....wallahualam~

Doa Ditimpa Musibah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pada peristiwa Perang Uhud, Abu Salamah terluka parah, lalu isterinya yg tercinta, Ummu Salamah mengubatinya hingga hampir sembuh. Namun, luka tersebut semakin membengkak dan parah seolah-olah lukanya terbuka yg menyebabkan Abu Salamah terus berada di atas katilnya.

Tatkala Abu Salamah sedang diubati lukanya, dia berkata kpd isterinya, "Wahai Ummu Salamah! Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang terkena musibah, hendaklah dia mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi rajiun". Kemudian Abu Salamah menambah: "Ya Allah, ku kembalikan kepadaMu seluruh musibah yang mengenaiku. Ya Allah, berikanlah kepada isteriku yang lebih baik dari diriku." Allah pun kemudian mengabulkan doanya.

Tak berapa lama Abu Salamah wafat dan Ummu Salamah mengingati apa yang diriwayatkan Abu Salamah dari Rasulullah lalu dia berdoa: "Ya Allah, kuserahkan kepadamaMu seluruh musibahku ini...". Akan tetapi hati Ummu Salamah sebenarnya tidak menerima jikalau dikatakan kepadanya: "Berikanlah pengganti yang lebih baik untuknya" yang membuat hati Ummu Salamah tertanya, "Siapakah yang lebih baik dari Abu Salamah?" Namun, Ummu Salamah tetap berdoa.

"Ya Allah, ku serahkan kepadaMu seluruh musibahku ini. Berikanlah pengganti yang lebih baik untukku."

Di pendekkan cerita, Rasulullah telah melamar Ummu Salamah. Kemudian, Rasulullah pun menikahi Ummu Salamah. Allah telah mengabulkan doa Ummu Salamah serta menggantikan untuknya dengan yang lebih baik, iaitu Rasulullah sallallahu alaihi wassallam suri teladan umat manusia.


Jika kita ditimpa musibah seperti kehilangan barang, kematian orang yang disayangi, putus cinta, kehilangan sahabat, peristiwa yang menyedihkan atau apa sahaja musibah yang berlaku, kita digalakkan untuk membaca doa seperti yang dilakukan oleh Ummu Salamah. InsyaAllah, Allah akan menggembirakan hati kita semula dengan menggantikan yang lebih baik dari sebelumnya.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

Putus Silaturrahim (Part 2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Diriwayatkan ada seorang lelaki kaya pergi menunaikan haji di Mekah. Apabila tiba hari utk wukuf, dia telah mengamanahkan duitnya sebanyak 1000 dinar kpd seorang lelaki yg diketahuinya sebagai seorang yg jujur dan berakhlak mulia.

Selesai menyempurnakan rukun2 hajinya, lelaki kaya berkenaan pergi ke rumah lelaki berkenaan utk menuntut kembali wangnya. Malangnya, ahli keluarganya memberitahu dia sudah meninggal dunia. Orang kaya berkenaan bertanya tentang harta yg diamanahkan kepada lelaki berkenaan. Sekali lg dia hampa apabila keluarga lelaki tersebut tidak mengetahuinya.

Orang kaya tersebut lalu berjumpa dengan seorang ulama di Mekah dan meminta pandangannya tentang harta yg tidak diperolehnya kerana lelaki yg diamanahkan telah meninggal dunia. Ulama tersebut menjawab, "Pergilah kamu ke telaga zamzam malam ini dan panggillah namanya. Jika dia seorang penghuni syurga, dia akan menyahutnya."

Pada malam itu orang kaya tersebut ke telaga zamzam dan memanggil2 nama lelaki tersebut namun tiada jawapan. Keesokan harinya orang kaya itu bertemu kembali dengan ulama lalu diceritakan kisah yg berlaku. Ulama itu berkata lg, "Pergilah kamu ke Yaman dan carilah perigi Barhut yg dikatakan sebagai mulut neraka jahannam."

Tanpa berlengah, orang kaya tersebut pergi ke tempat yg diarahkan. Lalu dia memanggil2 nama lelaki yg diamanahkan tadi. Tiba2 ada suara yg menyahut. Orang kaya tersebut lantas bertanya di mana hartanya disimpan. Lelaki amanah tersebut menjawab, "Pergilah di suatu tempat di rumahku. Aku tidak percaya kepada sesiapa pun, sekalipun anakku. Galilah di situ dan kamu akan menjumpai dinarmu."

Sebelum meninggalkan suara berkenaan, lelaki kaya itu bertanya lg, "Kenapa kamu ditempatkan di sini sedangkan kamu adalah orang yang baik?" Lalu dijawab, "Aku mempunyai saudara perempuan yg miskin tetapi aku tidak pernah mengendahkannya apatah lg utk mengambil tahu keadaannya. Kerana itu Allah menyeksaku dan menempatkan aku di neraka jahannam."


Moral daripada cerita ini: Jangan sesekali memutuskan silaturrahim sesama manusia apatah lg dengan ahli keluarga sendiri. Walaupun kita mempunyai sifat2 terpuji seperti amanah, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan sebagainya,  tetapi jika pernah memutuskan hubungan sesama manusia, maka tempat yg layak baginya adelah neraka jahannam.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim."


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri....wallahualam


Sumber: Al-Islam April 2012