I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 21, 2012

Penawar Penyakit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Baru lepas dengar tazkirah maghrib kt Masjid Mardi...ustaz tetiba cerita pasal mengkarung atau cicak tokek yang dikatakan bleh mengubati penyakit HIV...ntah betul ke tidak, wallahualam...tapi ape yang ustaz nyatakan...dalam hadis dan sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak ade langsung dinyatakan cicak tokek bleh mengubati penyakit...melainkan beberapa hadis berkenaan khasiat herba2 berikut:

1. Madu asli
Al-Quran ada menyebut mengenai madu lebah sebagai penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan mental (mmg sesuai la dgn aku yg pelupa ni...haha). Madu juga mengandungi pelbagai zat galian spt kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika dan lain2 (dh mcm chemical kt lab dh) yg memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental.

"Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia." (Surah An-Nahl, ayat 68-69)

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu."

2. Kurma
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan pelawasan, menyembuhkan radang kerongkong, mengurangkan risiko penyakit kronik spt jantung dan kencing manis. Ia juga merangsang kesihatan wanita yg hamil dan anak yg dikandung, memudahkan bersalin dan memberi tenaga tambahan. Kanak2 digalakkan mkn lebih byk buah kurma utk pembesaran dan membentuk minda yg sihat. Seeloknya kita hendaklah sentiasa mengamalkan makan kurma setiap hari, bkn hanya di bulan Ramadhan sahaja.

3. Habbatus Sauda'
Habbatus Sauda' juga merupakan as-Syifa (penawar) dan ini diterangkan dalam hadis yg sgt terkenal dalam perubatan Islam.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Kismis
Imam Az-Zuhdi berkata, "Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan Zabib (kismis)."

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Sebaik-baik makanan ialah buah Zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut."

Sape rse2 asyik nk marah je tu, amalkanlah mkn kismis. Lagi satu tak payah beli produk pencerah muka, makan kismis pon dah cukup...

5. Buah Tiin
Buah ini termasuk buah yg paling tinggi zatnya dan mengandungi banyak khasiat antaranya boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sbg anti racun. Baik utk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

6. Buah Zaitun
Allah pernah bersumpah atas nama buah Tiin dan buah Zaitun dalam Surah Tiin kerana buah2 ini mengandungi banyak khasiat. Minyak zaitun boleh digunakan utk mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolesterol dalam badan.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati."

Agak malu jgk la bila lihat orang Barat lebih banyak menggunakan minyak zaitun dalam kehidupan seharian seperti dlm masakan dan produk kecantikan, diorg plak yg mengamalkan Sunnah...mmm~

7. Za'faran
Za'faran adalah sejenis tumbuhan ubat yg terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina.

Saidina Ali pernah menyatakan, "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dan su'di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

8. Delima
Buah delima baik utk kerongkong, dada dan paru2 utk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkn stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

Saidina Ali berkata, "Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut."


Ini merupakan antara makanan2 Sunnah yang diamalkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam menjaga kesihatan dan menambah kecergasan. Kesemua herba2 ini boleh didapati dalam minuman Jus Tok Guru...hehe (mcm promote plak). Bkn ape, lepas dgr kuliah maghrib terus pg beli dgn ustaz tu... Kalo tak nak beli jus ni pon takpe, sekurang2nya amalkanlah makanan Sunnah ni setiap hari kerana selain kita menambahkan pahala kerana mengamalkan Sunnah, ia juga penuh dgn khasiat sbg penawar penyakit.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~

p/s: ustaz bagi diskaun RM1...hehe...terima kasih ustaz

No comments:

Post a Comment