I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 21, 2012

Jagalah Hati

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Manusia dilahirkan dgn hati yg suci dan bersih tanpa secalit noda dan dosa. Hati seseorang akan menjadi baik jika pemiliknya sentiasa memeliharanya dengan baik spt mengamalkan zikrullah serta melakukan perkara2 positif. Ilmu, mujahadah dan disiplin merupakan tiga perkara asas bagi mendapatkan hati yg cintakan kebaikan.

Ilmu : Untuk mendapatkan hati yg suci kita perlu mempelajari ilmu agama seperti mana yg diperkatakan oleh Imam al-Ghazali, "Apabila seseorang itu tidak mendengar majlis ilmu sebanyak tujuh hari, hatinya akan menjadi keras. Justeru, kita harus mendidik diri supaya sentiasa cintakan majlis ilmu, mengamalkan zikir, istiqamah membaca al-Quran dan sebagainya." (maka kalo ade majlis ilmu berdekatan, pegi yer)

Mujahadah : Jangan sesekali akur dengan godaan syaitan yg sentiasa berusaha menyekat kita dari kebaikan. Kita perlu kuatkan hati utk melawan dan menundukkan syaitan demi menuju jalan kebenaran. (proses melawan nafsu dan godaan syaitan adalah suatu jihad)

Disiplin : Terapkan sifat2 baik dalam diri secara beransur2 (istiqamah) utk memastikan diri boleh menerima perubahan. Jgn mengubah diri secara drastik, ditakuti akan menyebabkan diri tak istiqamah utk berhijrah ke arah kebaikan secara berterusan (ala2 mcm culture shock la).

Bagaimana untuk mendapatkan hati yang tenang


1. Memaafkan orang lain setiap kali sebelum tidur, tidak kira sebesar mana kesalahan atau dosa yang dilakukan kepada kita. Mmg agak susah utk menerima kenyataan tersebut tp kita hendaklah cuba berusaha utk memaafkan, supaya hati tidak ada sifat dendam. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sentiasa memaafkan musuh2nya walaupun pernah di baling dengan batu dan najis. Bahkan Allah juga mempunyai sifat Maha Pengampun. Mengapa tidak kita?

2. Sentiasa berdoa kepada Allah dengan tujuan orang lain juga akan memaafkan segala kesalahan yg kita pernah lakukan terhadapnya.

3. Mengamalkan membaca surah Al-Insyirah. Dengan memahami maksud bacaan tersebut, Insya-Allah bacaan itu mampu memberi ketenangan apabila berasa tidak tenang dan susah hati.

4. Sentiasa mengawal lidah dari bercakap perkara2 yg tidak berfaedah. (banyak bercakap selalunya banyaklah dosa yg dilakukan)

5. Memelihara mata dengan mengelakkan diri dari memandang keaiban org lain. Seharusnya kita harus sedar yg kita juga mempunyai banyak kelemahan. Tiada siapa yg memiliki kesempurnaan sepenuhnya melainkan Allah s.w.t.

6. Terkadang kita hanya nampak satu kesalahan org lain terhadap kita berbanding 1000 kebaikan yg pernah dilakukan pada kita. Sesekali tidak salah utk kita mengenang dan mengingati kembali kebaikan yg pernah dilakukan orang lain kepada kita. Jangan hanya mengingati kesalahan org lain sahaja.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia terdapat segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya. Apabila ia buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya, ia adalah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam~


Sumber: Al-Islam April 2012

No comments:

Post a Comment