I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 19, 2011

Tekanan Darah Tinggi

(entry kali ni entry ilmiah perubatan skema sket...perasan doktor)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Jantung bertugas sebagai pengepam darah dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh bahagian badan dan tekanan ini berbeza bagi setiap individu dan bacaannya juga berbeza.

Kategori Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Systolic (Angka bacaan di atas) mmHg
Tekanan Darah Diastolic (Angka bacaan di bawah) mmHg
Normal
< 120
And < 80
Pra Hypertensi
120- 139
or 80 - 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
140 - 159
or 90 - 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
> 160
or > 100

Penyakit darah tinggi dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda2 di peringkat awal. Menurut Dr. Shaharuddin Che Kadir dari Hospital Pakar Perubatan Pusrawi, pemeriksaan kesihatan amat penting bagi mencegah di peringkat awal terutama mereka yang berisiko tinggi.

"Contohnya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, kurang aktiviti fizikal, menghidap kencing manis, mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan sejarah darah tinggi di kalangan keluarga." katanya.

"Penyakit darah tinggi perlu dikawal dengan baik kerana ia sebenarnya menjadi salah satu penyebab utama serangan jantung, lemah jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang" katanya lagi.


Walaubagaimanapun tidak semua pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi mengidap penyakit darah tinggi dan begitu juga tidak semua pesakit darah tinggi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Tetapi kebiasaannya kedua-dua penyakit itu berkait rapat.

"Jika mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes, penurunan berat badan disyorkan. Sebaiknya ambil makanan yang rendah lemak, mengurangkan penggunaan minyak dan santan, mengurangkan pengambilan garam dan gula dan juga meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan bijirin."


Antara gejala-gejala penyakit darah tinggi:
1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa tegang tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit kepala waktu pagi
7. Telinga berdegung/berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab / emosi tidak stabil
9. Gayat tanpa sebab


Tanda Amaran Kronik
Serangan Iskemia Sementara (TIA): 'Strok kecil' datang sekejap sahaja mengurangkan bekalan darah ke otak, dalam masa 5 tahun 35% akan mengalami strok sebenar.
Ini disebabkan gumpalan kecil pada salur arteri (separuh tersumbat) bekalan oksigen ke otak tidak mencukupi.
Kawal tekanan darah: 130-139/85-89 meningkatkan risiko strok 50%
Gejala: lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan/kaki, masalah percakapan/penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koordinasi tidak baik.


Komplikasi akibat tekanan darah tinggi:
1. Otak: Serangan strok / angin ahmar atau sementara (strok ringan)
2. Penyakit jantung
3. Komplikasi pada mata (pendarahan dan kerosakan pada bahagian sensitif mata)
4. Komplikasi pada buah pinggang (kegagalan fungsi buah pinggang)
5. Peripheral vascular disease (hilang satu atau lebih denyut nadi)


Faktor risiko menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi):
1. Cara hidup tidak aktif
2. Umur melebihi 35 tahun
3. Merokok
4. Kegemukan
5. Paras kolesterol tinggi
6. Sejarah keluarga
7. Pengambilan alkohol yang berlebihan
8. Pengambilan garam yang tinggi


Amalan Diet Seimbang
1. Elakkan garam: kreatifkan dgn menukar kpd herba/rempah ratus
2. Jangan makan daging proses: hotdog, berger, bebola daging
3. Jangan makan sayur dalam tin
4. Elakkan makanan bergoreng, kulit ayam, lemak daging, makanan segera
5. Hadkan kafein: kopi, rokok
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa
7. Awas lemak tersembunyi: santan dalam kari, nasi lemak, roti canai


Makanan Sesuai untuk Pesakit Darah Tinggi
1. Buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit
3. Kekacang, soya, dal dan lain2
4. Makanan tinggi kalium: kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun
7. Cara masakan rebus, kukus, panggang, sekali-sekali goreng


Ubah Gaya Hidup
1. Pil perancang (ubat darah tinggi)
2. Tidak merokok
3. Tidak minum alkohol
4. Kurangkan ketegangan (stress)
5. Rehat secukupnya (tidur lebih 4 jam, kurang 8 jam)
6. Amalkan senaman
7. Mengurangkan berat badan jika berlebihan



Kepada sesiapa yang belum lagi melakukan pemeriksaan kesihatan, cepat ke pusat kesihatan yang berhampiran untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Lebih cepat kita tahu tahap kesihatan kita, lebih awal pencegahan dan rawatan dapat dilakukan jika kita mempunyai sebarang penyakit.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...wallahualam



p/s: semoga sahabatku dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan darah tinggi kembali normal

No comments:

Post a Comment