I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 26, 2012

6 Tahun 6 Bulan

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dah terlalu lama tak menaip sesuatu dalam blog aku ni, dah bersawang dah, nama pun laman sesawang (perasan lawak). Skrang ni aku kat CC, tgk sibuk nak siapkan ape yg patut sebelum aku habis Master. Malangnya, tak dapat nak siapkan sebab aku terlupa nak bawak pendrive yg berisi semua file yg aku perlukan. Nampaknya terpaksa la aku bukak facebook sambil mempost sesuatu...(sape yg pakse ntah)

Mesti pelik kan nape tajuk entry mcm penah dengar. Tajuk entry ni lebih kurang tajuk novel yg aku tgh baca skrang ni...5 Tahun 5 Bulan tulisan Hlovate. Ni pengaruh sahabat aku la ni, cakap "novel ni best la", "ko patut baca" la. Ingat aku mudah terpengaruh ke, aku bukan mat bunga mcm ko la (tapi skrang dah sampai Chapter 35 pon). Mcm mane aku yg benci baca novel ni boleh termakan hasutan dia ni...mmm, at least sahabat aku bukan seorang gadis yg mengubah diri aku...woha

Berbalik kepada tajuk entry, 6 tahun 6 bulan...ni la jangka hayat aku berada di Kolej Kediaman Kedua yg indah permai ni...terlalu banyak kenangan pahit manis bersama sahabat2 dan rakan2. Setiap tahun jumpa dan berkenalan dengan orang baru, setiap tahun jugak rase sedih sebab ramai yg meninggalkan aku kt sini sorang2. Ye la aku tau setiap pertemuan pasti ade perpisahan (ayat nak jiwang novel).

Rasanye ni tahun terakhir aku kat sini...dan aku berharap sangat dapat bergembira buat kali terakhir bersama sahabat2 dan kawan2 aku. Banyak program yang aku rancang untuk dilakukan bersama2 buat kali terakhir, sebab aku tau lepas ni aku kurang atau takkan jumpa mereka lagi dah. Aku teringin pegi jln2 di negeri Kelantan bersama sahabatku, aku teringin pegi ke Pulau Pangkor bersama kawan2ku, aku teringin nak mandi di Sunway Lagoon bersama sahabat2 dan kawan2ku...mmm, adekah semuanya mampu aku kecapi sebelum aku mengakhiri pengajian di UPM ni? (ayat perasan jiwang novel lg)

Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan itu telah ditentukan oleh Allah dan semua perancangan yang dilakukan ditentukan oleh Allah kerana Dialah sebaik2 perancang. Sesungguhnya yang baik itu datnagnya dari Allah SWT dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

p/s: i will miss all of you like orang gilak...

7 comments:

  1. kelantan jom!! =D
    u also should read versus,rooftop rant(tp yg ni ak rasa biasa sket compare ngn versus)
    best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade tak novelnye? nak pinjam?
      (tp aku bukan mat bunga mcm syafiiq...haha)

      Delete
  2. nak habis dah chegon~.. selamat maju jaya.. :) semoga dipermudahkan urusan2 seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx...semoga anda cepat2 dipertemukan jodoh yang baik2...

      Delete
  3. hoho...toksah la nk libatkan aku....bile mase lak ak suroh ko bace....matek yg pengaruh ko....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko yg ckp best la...rugi la tak baca...
      biase je aku baca
      pelik aku tgk ko gelak sorg2 baca novel ni...

      Delete
  4. xde r chegon...yg len ad r...slow sket,tp dalam maksud citer tu..bg ak la..hehe...t ak pass kt ko...

    ReplyDelete