I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 2, 2012

Suka Duka MASP - Gala Masquerade Dinner

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setiap tahun kolej aku mengadakan jamuan untuk meraikan pelajar2 tahun akhir yg banyak memberi sumbangan kepada kolej. Alhamdulillah...buat kali ke-7, dpt aku skali lagi meraikan jamuan pelajar tahun akhir, Malam Anugerah Seri Perdana (MASP) bersama rakan2 dan sahabat2 yg disayangi. Dan seperti tahun2 yg sebelumnya, dinner kolej kali ni banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit dlm hidup aku...

Perjalanan MASP aku bermula dengan mencari topeng, memandangkan tema adelah masquerade. Maka aku bersama2 rakan2 yg lain dgn gigihnya mencari kat Mines. Diorg ade jgk yg nak beli baju tp aku nk dptkan mask je. Ni la mask yg aku beli pada asalnya:


Sebenarnya ade terfikir, bdk2 kolej yg lain mesti ade beli kt tempat yg sama jgk sbb dekat. Maka aku mengambil inisiatif utk mengubahsuai sket mask yg aku beli ni. Dibantu oleh cik Mila dan ditemani cik Tasha, kami sama2 mencari idea dan mengubahsuai ape yg patut. Tersangat berpuas hati dgn hasil tangan diorg dan ini lah hasilnya:


Pada malam tu, ramai yg pakai cantik2...sewa baju dari butik (aku tak mampu la). Kalo nak ikutkan memang membazir. Tp bile difikirkan semula, bila lagi kita nak pakai. Bile dah keje nanti takde semua benda ni. Maka aku terima je la ape yg diorg buat, sebab aku pon gigih berbelanja beli dan ubahsuai mask...hehe

Malam tu jgk, beberapa rakan dan sahabat berjaya memenangi anugerah2 kolej. Mmg tak dinafikan diorg mmg layak, atas usaha yg diorg buat utk kolej. Walaupon aku x diraikan, tp aku dpt jugak hadiah malam tu. Hadiah paling besar iaitu cabutan paling bertuah...ramai yg jeles. Mane taknye, aku dapat hamper besar bleh makan, diorg dapat piala dan sijil...bleh makan ke? hehe~


Pernah tak sesiapa bertanya, apekah hukum cabutan bertuah? Ke selama ni korg mmg xkesah pon, menang hadiah melompat2 gembira. Aku sebenarnya tertanya2 dan aku dapat penjelasan yg terperinci oleh Ustaz Zaharuddin dalam laman ni. Kesimpulan yg diberikan, cabutan bertuah halal sekiranya:
1. Hadiah didermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan
2. Hadiah diambil oleh sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yg lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan
Semoga hadiah yang aku dapat ni adelah halal dan dibenarkan dalam Islam.

Selepas tamat majlis, aku bersama rakan2 berjalan2 di sekitar Putrajaya. Punya la pusing2 kt Putrajaya bepuluh2 kali semata2 nak pilih port yg menarik utk amek gambar, akhirnya kami pilih jambatan depan PICC. Walaupon agak mengantuk mase tu, dpt jgk la amek gmbr2 menarik. Semoga gambar2 ni menjadi kenangan terindah kami bersama. Friends Forever~


Walaupon ade suka, pasti ade duka. Tp tak perlu la aku cerita kt sni, yg penting masing2 gembira pada malam tu (walaupon aku sedih). Aku mengharapkan persahabatan kita semua tetap kekal selamanya walaupon jauh di mata tetapi dekat di hati dan teringat sentiasa dalam ingatan. Semoga Allah menjadikan pertemuan kita yang diredhai dan perpisahan kita yang diredhai...

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...Wallahualam~

p/s: Friends Forever...bukan milikku :(

2 comments: