Alhamdulillah, setelah sekian lama pikir nk tulis ape kt blog ni, seorg teman telah postkn sesuatu di wall fesbuk aku dan aku rase tertarik utk kongsi bersama dgn korg. Tajuk note yg die bg kt aku "Kita bertemu selepas 40 tahun dimatikan" rujukan Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani...tajuk sbnr buku ni aku xtau la plak...huhu. Cerita ni amat panjang, harap korg dpt bersabar dan baca smpi abes, ini utk kebaikan bersama dan menambah keinsafan dlm diri.
Nk dipendekkn cite, kitab ni cite pasal apa yg bakal berlaku di akhirat nanti. Selepas malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama (bentuknya spt tanduk besar), semua makhluk mati kecuali malaikat Izrail & bbrp malaikat lain, dan akhirnya Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, Allah pon berfirman marhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?", xde sape yg menjwb. Lalu Dia sendiri menjwb dgn keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa".
Selepas 40 tahun, Israfil dihidupkn seterusnya meniup sangkakala yg kedua, dan semua makhluk hidup semula di atas bumi putih iaitu Padang Mahsyar yg rata xberbukit atau bulat spt bumi. Semua manusia dan jin dibangkitkan dlm keadaan telanjang dan hina, ibu lupakan anak, suami lupakan isteri, mereka xrasa malu sbb time tu semua sibuk dan takut dgn nasib dan masa depan diri masing2 kelak.
Lalu dtgla api yg beterbangan dgn bunyi spt guruh yg menghimpunkn manusia, jin dan binatang ke tmpt perhimpunan bsr. Ade yg bergerak dgn tunggangan (bg yg byk amal), bejln kaki (bg yg krg amal) dan bejln dgn muka (bg yg byk dosa). Setelah semua dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dlm kegelapan dan berlakulah hura-hara yg amat dahsyat.
Tiba2 langit pecah dgn bunyi yg dahsyat, lalu turun malaikat2 bertasbih kpd Allah s.w.t. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yg besar dan suara yg menakutkan. Kemudian matahari muncul semula dgn kepanasan berganda hingga dirasakan spt matahari berada sejengkal di atas kepala mereka. Lalu mereka merasai kepanasan dan bermandi peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul dan tenggelam bergantung pd amalan masing2. Keadaan ini berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdpt satu telaga kepunyaan nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yg mengandungi air yg hanya dpt diminum oleh umat nabi Muhammad yg mukmin shj. (Ada riwayat yg mengatakan nabi Muhammad mengenali umatnya melalui wajah mereka yg cerah kerana wuduk). Jika diminum airnya tidak akan haus selama2nya. Kolam tersebut berbentuk segiempat tepat sbsr 1 bulan perjalanan, baunya lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu, lebih sejuk dari embun, dan mempunyai saluran yg mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada dibwh cahaya terik matahari kecuali 7 golongan yg mendpt teduhan Arasy. Mereka adalah:
1. Pemimpin yang adil
2. Org muda yg taat kpd perintah Allah
3. Lelaki yg hatinya terikat dgn masjid
4. Dua org yg bertemu dan berpisah kerana Allah
5. Lelaki yg diajak oleh wanita berzina, ttp dia menolak dgn berkata "Aku takut pd Allah"
6. Lelaki yg bersedekah dgn bersembunyi (xdiketahui oleh org ramai)
7. Lelaki yg suka bersendirian mengingatkn Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah
Oleh kerana terlalu lama menunggu di pdg Mahsyar, semua manusia xtahu nk buat apa2 kecuali yg beriman, kemudian terdgr suara "Pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari nabi, nabi yg pertama skali sekalian manusia jumpa adalah Nabi Adam a.s. ttp usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada membuat kesalahan dgn Allah. Kemudian kumpulan manusia berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberi jwpn yg sama spt Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasulullah s.a.w. Jarak antara satu nabi dgn yg lain adalah 1000 tahun perjlnn.
Lalu berdoa Rasulullah s.a.w ke hadrat Allah s.w.t. utk dipercepatkan hisab, lalu diperkenankn doa baginda. Selepas itu, terdgr pukulan gendang yg sgt kuat hingga menakutkan semua makhluk kerana menyangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunla Arasy Allah yg dipikul 8 malaikat yg sgt besar (besarnya sejarak 20 ribu tahun perjalanan) smbil bertasbih dgn suara yg kuat sehingga Arasy itu tiba di bumi.
Seluruh makhluk pon menundukkn kepala kerana takut, lalu dimulakan timbgn awal. Ketika itu beterbangan kitab amalan masing2 ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantung ia sehingga dihisab. Manusia beratur dlm saf mengikut Nabi dan pemimpin masing2, org kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yg zalim. Umat pertama yg dihisab adalah umat Nabi Muhammad dan amalan pertama kali yg dihisab adalah solat. Ketika dihisab mulut akan dikunci, tangan akan berkata2 dan kaki menjadi saksi. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kpd org ramai utk menuntut hak masing2 dr makhluk yg sdg dibicarakan sehingga seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkan menyeberangi titian Sirat.
Syafaat yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat (dgn keizinan Allah s.w.t.)
1. meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dgn mempercepatkan hisab
2. memasukkan manusia kedalam syurga tanpa hisab
3. mengeluarkan manusia yg mempunyai iman sbsr zarah dari neraka
Setelah berjaya dihisab, manusia akan menuju syurga melintasi jambatan Siratul Mustaqim, yg terbentang dibwhnya neraka. Lebar jmbtn adalah sehelai rambut dibelah tujuh dan lebih tajam dr mata pedang. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun (5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun). Ada makhluk yg melintasi spt kilat, spt angin, menunggang binatang korban dan bejln kaki. Bagi org mukmin juga dilebarkan dan dipermudahkan menyeberanginya. Ada yg xdpt melepasi disebabkn api neraka sentiasa menarik kaki mereka lalu mereka jatuh kedalamnya. Setiap 1000 org yg meniti sirat, hanya seorg shj yg berjata melepasinya, 999 akan jatuh ke dalam neraka.
Begitu la sedikit sebyk yg dpt aku kongsikan. Masih terdapat perjalanan yg begitu lama dan sukar setelah manusia dihidupkan kembali di akhirat kelak. Hanya org2 yg beriman dan bertaqwa shj yg dpt menempuhi semua dugaan dgn mudah dan cepat sehingga mereka masuk ke dalam syurga2 Allah. Org2 yg byk membuat dosa akan menempuhi kesukaran di akhirat selama beribu2 tahun (mungkin berjuta tahun), dan kemudian terpaksa masuk ke dalam neraka dahulu sebelum dpt masuk ke syurga. Nauzubillah.
Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kpd malaikat Jibril sebelum kewafatan baginda, "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku di akhirat kelak". "Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi sesiapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya' ", kata malaikat Jibril.
Jika terdpt sbrg percanggahan, diharap dpt la saudara-saudari memperbetulkan dan memberitahu sy supaya dpt sy perbaiki semua kesalahan tersebut. Sesungguhnya yang baik dan benar itu datang dari Allah dan yang buruk juga dari Allah tp telah disandarkan atas kelemahan sy sendiri. Assalamualaikum.
*apa yg anda baru baca baru peristiwa di akhirat, tu pon dah cukup dahsyat kn, peristiwa atau tanda2 besar menjelang kiamat di dunia juga xkrg dahsyatnya. InsyaAllah, sy akan cuba menyambung post ini...nantikan "The Beginning of the End - Part 2"...
tq chegon....nice..JLB
ReplyDelete