Alhamdulillah, dpt jgk idea lg utk menulis blog. Rasenye, sape2 yg mengenali aku dgn rapat, mesti kenal aku ni seorg yg suke buat lawak kn...xkesah la lawak bodo ke lawak pandai ataupon lawak serius...sape yg rase aku ni garang atau bengis suke pukul org...maknenye die xkenal aku lg la tu...Tp tetiba baru skrang ni aku terfikir, selama ni aku buat lawak org gelak kt dunia ni, diorg nanti byk menangis ke kat akhirat? Adakah aku byk menangis jgk nanti sbb aku buat diorg byk gelak? Makanya aku cube mencari jwpnnya dan alhamdulillah dpt jgk aku cari...mari kite kongsi bersama...semoga menjadi panduan semua org yg membaca...
Islam xmelarang utk kita berseronok dgn melawak dan bergelak ketawa. Rasulullah s.a.w. juga pernah bergurau dgn seorg wanita tua. Wanita tua itu bertanya kpd baginda, "Doalah kpd Allah s.w.t. supaya Dia memasukkn aku ke dlm syurga." Baginda menjwb, "Wahai ibu, sesungguhnya seorg tua tidak masuk ke dlm syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:
"Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dlm syurga dlm keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman "Sesungguhnya Kami mencipta wanita2 syurga dgn penciptaan yg baru. Kami jadikn mereka dlm keadaan dara, yg amat mengasihi suaminya dan yg sebaya dgnnya." (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)
Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: Para sahabat berkata "Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjwb maksudnya "Ya aku bergurau tetapi tidak berkata melainkan perkara yg benar." (H.R. Tirmizi dan Ahmad)
Di sini Dr Yusuf Qardawi meletakkan LIMA etika yg perlu dipatuhi dlm bergurau senda:
Pertama: Tidak menggunakan perkara yg bohong sbg alat utk manusia tertawa.
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Celaka orang yg berckp kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)
Kedua: Gurauan x mengandungi unsur penghinaan terhadap org lain melainkn dgn keizinan org tersebut.
Firman Allah s.w.t. bermaksud: "Wahai org2 yg beriman janganlah satu puak itu menghina puak yg lain, kemungkinan org yg dihina lebih baik dari org yg menghina. Janganlah wanita menghina wanita yg lain, kemungkinan wanita yg dihina lebih baik dari wanita yg menghina..." (Surah Al-Hujarat: 11)
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Cukuplah seorg itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudara semuslim." (H.R. Muslim)
Termasuk dalam menghina adalah meniru perbuatan org lain.
Aisyah r.a. berkata: "Aku telah meniru perbuatan seorg manusia." Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan org lain." (H.R. Ahmad dan Baihaqi)
Ketiga: Melawak yg tidak menakutkan org lain.
Nukman bin Basyir r.a. berkata: "Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w. dlm satu perjlnn. Seorg lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorg lelaki yg lain mengambil anak panah dan busurnya dan mengejutkn lelaki yg mengantuk yg menyebabkn dia terperanjat. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Haram bg seorg lelaki menakutkan org Islam." (H.R. Thabrani)
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Janganlah kamu mengambil brg kepunyaan saudara seislamnya dgn niat melawak atau pun betul2." (H.R. Ahmad)
Why so serious?!!!! |
Dalam Islam ada 3 perkara yg dianggap diambil hukumnya walaupon dlm keadaan melawak. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Tiga perkara yg mana diambil hukumnya samada dlm keadaan melawak atau serius:
1. Nikah
2. Cerai
3. Membebaskan hamba
(H.R. Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya Allah telah mencela org2 musyrikin yg ketawa ketika mendgr al-Quran. Firman Allah s.w.t. maksudnya: "Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dgn ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendgrnya, tidak menangis ketika mendgrnya dan kamu dgr dlm keadaan lalai." (Surah An-Najm, 59-61)
Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Janganlah kamu byk ketawa. Sesungguhnya byk ketawa boleh mematikn hati." (H.R. Ahmad dan Ibnu Majah)
Saidina Ali r.a. berkata maksudnya, "Masukkan lawak dlm kata2 sekadar kamu memasukkn garam dlm makanan kamu."
Said bin al-'As berkata maksudnya: "Besederhanalh dlm melawak. Berlebihan dlm melawak akan menghilangkn keindahan dan menyebabkan org2 yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan org2 yg hendak bermesra dan menyebabkn org2 yg berdmpingan dgnmu berasa rimas."
Dapat la disimpulkn disini bhw xsalah utk bergurau senda atau melawak selagi kita x berbohong, x menyakitkn hati org lain, x meniru aksi org lain, x menakutkn org lain, pandai pilih tmpt nk buat lawak pon...dan yg paling penting buat lawak x berlebihan, jgn over sgt smpi org menyampah plak...Wallahualam
Sesungguhnya yg baik itu dtgnya dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dtg dariNya juga tetapi telah disandarkan atas kelemahan sy sendiri....Assalamualaikum
nice entry
ReplyDelete