I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 11, 2010

Bulan Muharram dan Kelebihannya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Bulan Muharram merupakan bulan yg pertama dlm Sistem Takwim Hijrah. Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu bulan dimana Allah s.w.t. melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Surah Al-Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lg dgn larangan tersebut. Rasulullah s.a.w. telah menamakn bulan Muharram sbg 'Bulan Allah' (Shahrullahi).

Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah membuka lembaran baru di dlm takwim Islam dgn bln Muharram. Tidaklah kedapatan bln yg lebih mulia dlm takwim Islam di sisi Allah s.w.t. itu slps bulan Ramadhan melainkn bln Muharram. Ianya dinamakn bulan Allah yg khas disbbkn bsrnya kehormatannya."


Peristiwa 10 Muharram
Dinamakan sbg 'Hari Asyura', yg telah terjadi byk peristiwa penting yg mencerminkn kegemilangan bg perjuangan yg gigih dan tabah bg menegakkan keadilan dan kebenaran. Abu-Laits Assamarqandi meriwayatkn dgn sanadnya dr Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yg berpuasa pd hari Asyura (10 Muharram), maka Allah s.w.t. akan memberikn kpdnya pahala 10 000 malaikat, dan barangsiapa yg berpuasa pd hari Asyura, maka akan diberikn pahala 10 000 org Haji dan Umrah, dan 10 000 org mati syahid, dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pd hari Asyura, maka Allah s.w.t. akan menaikkn dgn rambut satu darjat. Dan barangsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Asyura, maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad s.a.w. dan mengenyangkn perut mereka."


Antara peristiwa2 yg berlaku ketika 10 Muharram atau Hari Asyura adalah:
1. Allah s.w.t. menciptakan alam, langit, bintang, gunung-ganang, dan lautan
2. Diciptakan Qalam (pena utk menulis amal manusia)
3. Diciptakan Arasy dan Luh Mahfuz dan Allah menciptakan Malaikat Jibril
4. Diciptakan Nabi Adam a.s., memasukkannya ke dalam syurga dan diterima taubat Nabi Adam a.s.
5. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. dan diselamatkn dr api Namrud. Diselamatkn juga anaknya Nabi Ismail a.s. dr sembelihan
6. Ditenggelamkn fir'aun dan Allah menurunkn Kitab Taurat kpd Nabi Musa a.s.
7. Laut Merah terbelah dua utk menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikutnya dr tentera fir'aun
8. Diampunkn kesilapan Nabi Daud a.s.
9. Dilahirkan Nabi Isa a.s. dan beliau diangkat ke langit
10. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. drp perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 mlm
11. Dianugerahkan takhta kerajaan kpd Nabi Sulaiman a.s.
12. Awal2 hujan turun dr langit dan rahmat diturunkan
13. Diselamatkn bahtera Nabi Nuh a.s. drp tenggelam sesudah bumi ditenggelamkn selama 6 bulan


Sebahagian berpendpt dinamakn Hari Asyura kerana ia kesepuluh dr kemuliaan2 yg diberikn oleh Allah s.w.t kpd umat ini:
1. Bulan Rejab - Allah s.w.t. menjadikn sbg kemuliaan bg umat ini dan melebihknnya dr lain2 bulan bagaikn kelebihan umat ini ke atas umat yg lain.
2. Bulan Sya'ban - Allah s.w.t. melebihkn dr lain2 bulan bagaikn kelebihan Nabi Muhammad s.a.w. ke atas semua Nabi.
3. Bulan Ramadhan - Allah s.w.t. melebihkn dr lain2 bulan bagaikn kelebihan Allah s.w.t. terhadap semua makhluk.
4. Lailatul Qadar yg terlebih baik dari seribu bulan yg lain
5. Hari Aidil Fitri sbg hari pembalasan (penerimaan upah)
6. Hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari2 utk berzikir kpd Allah s.w.t.
7. Hari Arafah yg dpt menebus dosa dua tahun
8. Hari Aidil Adha iaitu hari bekorban
9. Hari Jumaat yg termulia dr semua hari
10. Hari Asyura yg puasanya dpt menebus dosa satu tahun


Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tntg puasa hari Arafah. Jwb baginda, "Semoga dpt mnghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan dtg." Kemudian Nabi ditanya pula tntg puasa hari Asyura. Jwb baginda: "Semoga dpt menghapus dosa tahun yg lalu." (H.R. Muslim)


Abu Musa Al-Madani meriwayatkn dari Ibnu Umar r.a.: "Barangsiapa yg berpuasa pd hari Asyura adalah spt berpuasa setahun dan siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (H.R. Albazzar)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seutama2 puasa sesudah puasa bln Ramadhan ialah puasa bulan Muharram dan seutama2 solat sesudah solat fardhu ialah solat malam." (H.R. Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda, "Berpuasalah kamu pd hari kesembilan dan kesepuluh Muharram dan jgn meniru cara org2 yahudi." (H.R. Al-Baihaqi)


Disunatkan berpuasa pd 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram supaya tidak menyamai puasa org yahudi. Semoga Allah s.w.t. melimpahkn rezeki dan rahmatNya utk kita agar dpt mengamalkn dan memuliakn bulan Muharram. Wallahualam. Sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk juga dtg dariNya tetapi telah disandarkan ke atas diri saya yg lemah ini. Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment