I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 30, 2011

Kesilapan Dalam Bulan Ramadan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah, kita telah dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu lg bulan Ramadan pada tahun ini. Ramadan dianggap bulan yang mulia. Penurunan Al-Quran pada bulan ini menjadikan bulan ini mulia dan istimewa. Di dalamnya juga terdapat Lailatul Qadar iaitu malam yg lebih baik dari seribu bulan. Pahala amalan juga digandakan berkali2 ganda pada bulan ini.

"Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Muslim)

Bagaimanapun, kesempurnaan pahala Ramadan kadangkala tergugat kerana kekurangan ilmu dan keprihatinan umat Islam masa kini. Antara yang dimaksudkan oleh Ustaz Zaharuddin adalah:

1. Makan dan minum tanpa batas setelah batal puasa dgn sengaja (bkn kerana uzur yg diterima Islam), contohnya mengeluarkan mani dgn sengaja, merokok, makan dan minum dgn sengaja. Orang yg telah sengaja membatalkan puasanya adalah dilarang utk makan dan minum lg atau melakukan apa jua perkara yg membatalkan puasa yg lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradhawi)

Ia dikira denda yg pertama kpdnya selain kewajipan menggantikan puasanya. Keadaan ini disebut dalam hadis bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu." (Hadis Riwayat al-Bukhari)



2. Bermalas-malasan dan tidak produktif dlm kerja2 di siang hari dgn alasan sedang berpuasa. Sedangkan sekiranya kerja yg dilakukan dgn niat beribadat pastinya menambahkan lg pahala seseorg itu. Maka, sewajarnya umat Islam lebih meningkatkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di dlm bulan Ramadan ini.


3. Memperbanyakkan tidur di siang hari dgn alasan ia adalah ibadat. Imam As-Sayuti ada menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)



4. Makan sahur di waktu tengah mlm kerana malas bangun di akhir malam. Individu yg melakukan amalan ini terhalang dr mendpt keberkatan dan kelebihan yg ditawarkan Rasulullah s.a.w. malah bercanggah dgn sunnah baginda. 'Sahur' itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya, "Makan sahur adalah keberkatan maka janganlah kamu tinggalkannya sekalipun kamu hanya meneguk segelas air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur." (Hadis dikeluarkan oleh Ibn Hibban, dinilai hasan oleh al-Albani)


5. Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bg sahur. Waktu imsak hanyalah sbg amaran yg dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat utk makan sahur. Waktu yg disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adelah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).

Firman Allah maksudnya, "Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. (Surah al-Baqarah, ayat 187)


6. Bersahur dgn hanya mkn dan minum shj tanpa ibadah lain. Ini satu lg kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pd hakikatnya adalah waktu terbaik utk beristighfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya: "dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Surah Az-Zariyyat: 18).

Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat): Wahai Rasulullah, waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah); jawab Rasulullah, pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu' (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Tirmidzi & Al-Qaradhawi: Hadis Hasan)


7. Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil2 yg sohih, solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadis bermaksud "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam." Sememangnya tidak salah utk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorg itu yakin dgn kemampuannya utk bgn bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka lebih elok dia melewatkan witirnya di akhir malam.


8. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Mmg benar solat bukanlah syarat sah puasa, tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tonggak kpd keislaman seseorg. Maka, 'ponteng' solat dgn sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorg itu terjejas.


9. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah atau solat fardhu yg lain sebagaimana terawih. Ramai yg lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat Subuh berjemaah yg disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. bg org yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan satu malam.


10. Menunaikan solat terawih di masjid dgn niat inginkan kemeriahkan (feel org lebih ramai). Malanglah mereka jika niat utama seseorg itu hadir ke masjid adalah utk meriah dan bkn atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah sbgmana yg ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis bermaksud, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


11. Wanita berterawih beramai2 di masjid tanpa menjaga aurat. Ini ternyata apabila ramai antara wanita walaupun bertelekung, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah ketika berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adelah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12. Memasuki Ramadan dlm keadaan harta dipenuhi harta haram, samada terlibat dgn pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan harta riba. Ini sudah jelas memberi kesan kpd kualiti ibadah di bulan Ramadan. Bagaimana Allah akan memakbulkan doa org yg berpuasa sedangkan hartanya dr pendapatan yang haram.


13. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini merupakan satu kerugian yg kerap dilakukan oleh umat Islam. Rasulullah s.a.w. telah menyebut ertinya, "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka; pemimpin yang adil, individu yang sedang berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang dizalimi." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul ketika ingin berbuka berdasarkan hadis bermaksud, "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak." (Hadis Riwayat Ibn Majah)




Kesimpulannya, sama2 la kita menghindarkan diri dari melakukan perbuatan2 yang mampu menjejaskan kualiti pahala Ramadan ini. Sentiasa lah menetapkan niat berpuasa di bulan Ramadan ini kerana keimanan, ketaqwaan serta ingin mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.


Sesungguhnya yg baik itu dtgnya dari Allah dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

Tuesday, July 26, 2011

Janganlah Belagak dgn Klik Korang je...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, dpt gak menulis lg walaupon dah ketandusan idea. Entry kali ni nk luahkan perasaan sket la pasal org2 yg belagak ni (ape la...time2 nak ramadhan la kau nk luah perasaan marah). Minggu lepas aku tgk cite Transformers 3: Dark of the Moon buat kali kedua, 3D buat kali pertama...dpt tiket free tgk je la kan...rezeki.


Aku tertarik dgn kata2 pompuan belagak dlm cite ni, yg kononnya die adelah wakil Presiden US, "You are not soldier, you are messenger, you will be always a messenger." Pergh, poyo gler ko. Kalo aku jd Sam Witwicky dlm cite ni dh maki balek dh kt pompuan tu, "Ko tak tau ke yg aku ni penah selamatkan dunia dua kali...belagak hebat...tak kenang jasa betul."

Ehem2...kembali kpd cite yg sebenar. Sbnrnye aku mmg tak puas hati dgn orang2 belagak hebat, sbb ade klik/geng yg kononnya hebat ni.  Ade satu kes tu, mentang2 dia dah ade klik baru, trus lupakan kawan2 lama. Kuar jalan2 dgn kawan baru je, maen petang2 dgn kawan baru je. Die dh tak ingat kawan2 yg penah bersama dgn dia selama ni. Bile kawan2 baru dia takde, baru la terasa sunyi, baru la nak kembali ke kawan2 lama dia. Orang mcm ni ke yg boleh kita namakan "kawan"..

Lg satu aku tak puas hati dgn org yg belagak pandai, nak2 org yg belagak semua dia tau, pastu sombong taknak bertanya dgn org laen. Mentang2 die ade sokongan ramai kononnya, dia dah taknak kawan sesape dah, dia dengan klik2 dia je. Nk tanye pon dgn klik2 die je, mcm la klik2 die tu hebat sgt tau semua benda. Pastu ade masalah, taknak bgtau org laen, taknak tanye org2 yg lebih berpengalaman utk bantu. Ni la namanya Bodoh Sombong.

Tu je la aku nak cakap buat masa ni, mood aku tak berapa baek pagi2 buta ni. Tak puas hati dengan orang2 yg hanya mementingkan klik diorg je, taknak bergaul dengan orang lain. Bile ade masalah atau klik diorg dh xde, baru la nak jumpe dgn orang laen, baru la tau yg dunia ni sebenarnye ramai je penghuninya. 

Hadis Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud "Diumpamakan rakan yang soleh dengan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Nasihat aku, tolong la jangan sombong sgt, bercampur la jugak dengan orang lain, dan jangan la belagak hebat sangat, kite semua ni masih mentah, mintak tolong jgk dgn orang laen yg lebih berpengalaman. Takkan ke mana klik korang tu...

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

Thursday, July 14, 2011

Kelebihan Syaaban dan Malam Nisfu Syaaban

(berikut terdapat beberapa hadis dan ulasan beberapa ulama mengenai amalan2 yang dilakukan pada bulan Syaaban dan malam nisfu Syaaban, samada sunnah ataupon bid'ah...sila baca smpi abes, takut2 kalo terskip nanti maklumat yg cuba disampaikan bercelaru... renung2kan dan selamat beramal)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Bulan syaaban bakal sampai ke pertengahannya. Ade ape dgn pertengahan syaaban atau Nisfu Syaaban? Dlm hadis2 sahih riwayat Imam Al-Bukhari, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari nisfu Syaaban, namun ada disebut berpuasa sunat 13, 14 dan 15hb setiap bulan yg mana hari tersebut termasuklah hari nisfu Syaaban. Di dalam hadis juga tidak terdapat secara khusus berqiamullail pada malam nisfu Syaaban, tetapi ada disebut berqiamullail di setiap malam, dan termasuklah juga malam nisfu Syaaban.

Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah r.a. dia berkata (bermaksud), "Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia s.a.w. berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w. berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia s.a.w. berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban" (Hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari)

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari ABu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah r.a. berkata (bermaksud), "Kekasihku (Nabi s.a.w.) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur". (Hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari)

"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)" (Hadis riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)

Akan tetapi hadis2 diatas tidak mengajar apa2 amalan khusus di malam atau siang nisfu Syaaban. Dari mana asalnya amalan2 ini dan siapa pula yg mendpt wahyu tntg ibadah2 yg tidak diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.? Berikut merupakan ulasan daripada Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

"Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka berdoa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (Al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya... perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid'ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid'ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diada-adakan itu bid'ah, dan setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."

Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. menghidupkan malam nisfu Syaaban ini dengan amalan2 khusus seperti solat sunat yang khas atau doa2 tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Antaranya adalah:

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali r.a.: Apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: "Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar". 
(Hadis ini adalah maudhu', diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi)

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): "Barangsiapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam nisfu Syaaban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat: tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya."
(Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah hadis maudhu')

Syiekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menambah lagi di dalam fatwanya:

"Tentang malam nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam nisfu Syaaban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak atau diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah."

Berkaitan amalan puasa khas pada nisfu Syaaban, tidak juga terdapat sebarang hadis sahih yg menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yg lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Rasulullah s.a.w. yg memperbanyakkan puasanya pada bulan Syaaban dan termasuk juga berpuasa di hari nisfu Syaaban, maka ini adalah suatu amalan yg baik dan digalakkan. 

Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih (13, 14, dan 15hb) dan termasuk didalamnya hari yg ke-15 dlm setiap bulan atau puasa sunat yg dilakukan pada Isnin dan Khamis. Jika puasa dilakukan pada nisfu Syaaban sahaja dgn menganggap ia adalah sunnah, maka ini adalah dilarang.

Kesimpulannya, seseorang itu digalakkan memperbanyakkan berpuasa dan melakukan amal ibadat di dalam bulan Syaaban kerana di dalam bulan ini terdapat banyak kelebihannya tetapi tidak hanya mengkhususkannya pada nisfu Syaaban sahaja. Janganlah terlalu sibuk mengejar Sunnah yg bid'ah sedangkan Sunnah yg sahih yg laen makin dilupakan.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atau kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

Thursday, July 7, 2011

Himpunan Kuning

(aku sekadar menyatakan pendapat sahaja... tidak mencadangkan, menggalakkan mahupun menyebelahi mana2 pihak... renung2kan dan selamat beramal)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Akhirnya terjawab sudah segala tanda tanye aku selama ni. Adekah dibolehkan untuk kita berhimpun di jalanan mahupun di stadium untuk menyatakan suara rakyat? Jawapan utk persoalan ni telah aku dpt dr blog Imam Muda Asyraf. Beliau merupakan salah seorang ahli (asatizah) yg turut berkumpul bersama2 beberapa tokoh agama yg laen utk membincangkan persoalan ini.


Rasulullah s.a.w. pernah menjawab soalan Sayyidina Ali K.W. yang bertanya apa yang perlu dilakukan jika terdapat satu persoalan yang belum turun mana-mana Al-Quran memberikan penyelesaian, sabda baginda ertinya: "Gabungkan kamu sesama ilmuan atau (Nabi berkata) ahli ibadah di kalangan orang mukmin, dan adakanlah mesyuarat sesama kamu, dan janganlah kamu memutuskan sesuatu keputusan (hukum) hanya dengan satu pandangan sahaja. (H.R. At-Tabrani dan Ad-Darimi)


Ahli-ahli ilmuan yg terlibat dalam perbincangan tersebut mmg hebat, antaranya:
  1. Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid Liqa’)
  2. Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
  3. Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
  4. Ust Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
  5. Ust Aizam Mas’ud,
  6. Ust Hasrizal Abdul Jamil,
  7. Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
  8. Imam Muda Asyraf,
  9. Ust Ramadhan Fitri,
  10. Ustaz Dr. Maszlee Malik,
  11. Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
  12. Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi/Moderator Liqa’)
  13. Ust Syed Mohd Norhisyam
Bagi urusan sekretariat dan teknikal, mereka menerima bantuan dua tokoh muda iaitu:
  1. Saudara Imran Koyube (iluvislam)
  2. Ust Ahmad Syarief
Hasil drp perbincangan dengan mengambilkira Perlembagaan berkenaan Hak Berhimpun dan juga kapasiti serta kepercayaan penuh kepada pihak polis dalam memastikan keamanan di Negara Malaysia tercinta. Maka pihak Liqa yang diwakili oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman bersetuju menyatakan bahawa DIBOLEHKAN utk berhimpun. Walaubagaimanapun masih terdapat undang2 yg harus dipatuhi oleh pendemonstrator, hukum mengganggu ketenteraman awam tetap adalah TIDAK DIBOLEHKAN.


Aku begitu tertarik dgn penjelasan Imam Muda Asyraf berkaitan penerangan dari Ustaz Dr Maszlee Malik (aktivis Palestin di UK), beliau berkata sekatan dan halanganlah yg mencetuskan huru hara. Beliau membangkitkan persoalan "Apa beza demonstrasi di negara Barat dan demonstrasi di negara Timur Tengah...kenapa demonstrasi di Barat berlaku secara aman dan harmoni tanpa ternampak huru hara?"


Jawapannya adelah "Provokasi dan halangan untuk bersuara". Di Barat demonstrasi di anggap perkara biasa, malah menjadi medium memberi maklumat kpd masyarakat rintihan sesuatu pihak. Ini kerana cara menangani demonstrasi itu ditangani dgn bijak oleh pihak penguasa. Namun kejadian huru hara di Timur Tengah adalah disebabkan cara pengawalan yg tidak memberi peluang utk rakyat menyatakan rintihan (cthnya di Libya di mana rakyatnya dibunuh kerana berdemonstrasi).


Aku bersetuju jika terdapat pihak yg ingin menegakkan kebenaran dan keadilan, selagi mana ia tidak bercanggah dgn undang2 mahupun menjejaskan ketenteraman awam. Walaubagaimanapun, aku mengharapkan orang Islam sendiri yg mengetuai demonstrasi ni, bknnya ketua dari org bukan Islam yg sblum ni pernah kita perangi berkaitan soal murtad Lina Joy. (kalo UMNO atau PAS yg buat demonstrasi aku pasti join...woha)


Terpulang la kpd individu utk memikirkannya, yg penting kita nak buat sesuatu tu mesti la kerana Allah. Aku akui iman aku masih lemah, sbb kalo aku join demonstrasi skalipon blum tentu niat aku 100% ikhlas kerana nk menegakkan agama Allah, sbb mungkin ade perasaan marah kt abg2 polis ke, SPR ke, pihak penganjur ke mahupun mane2 pihak. Aku respek la pd kawan2 aku yg join 9hb ni, pastikan niat korg kerana Allah sentiasa terpelihara.


Semoga Allah mengampuni kami dari membuat keputusan mengikut hawa nafsu dan emosi semata2. Sesungguhnya yg baik itu dtgnya dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~


p/s: kpd peniaga2 tepi jln jgn la tutup kedai, time ni la ramai org nk dtg kedai korg...nak2 kedai makan, mesti diorg order air punye sbb kering tekak menjerit mase demonstrasi...haha (perasan lawak)