I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 26, 2011

Persiapan Raya - Apa Yg Termampu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rasenye semua orang dah buat persiapan raya. Contohnya buat kuih raya, mengecat rumah, jahit langsir baru, dan yang paling penting baju baru. Kalo bleh biarlah kita ni berseri2 di Hari Raya nanti, jangan la pakai yg buruk2 di Hari Raya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." (Imam as-Syafie)

Tapi dalam kita sibuk2 berbelanja jangan la kita lupa pada yg kurang berkemampuan, iaitu fakir miskin dan anak yatim. Jangan la hanya dalam bulan Ramadan je kita ingat mereka. Berpuasa bermaksud mengajar kita untuk menghayati kehidupan mereka2 yg kurang berkemampuan ni. Maka kekalkan la (istiqamah) maksud puasa ni walaupon selepas bulan Ramadan.

Apa yg dimaksudkan dengan kekalkan maksud puasa? Kalo bleh perbelanjaan utk Hari Raya jgn la melampau2, cthnye tiap2 tahun tukar cat rumah, atau terus tukar perabot sempena raya ni, atau beli baju raya yg mahal2. Kalo ade yg buat mcm ni maknanya bulan Ramadan tidak mengajar mereka erti apa2.

"Yang Bagus tak semestinya Mahal, Yang Mahal tak semestinya Bagus"

Kita harus kena sentiasa ingat kehidupan orang2 miskin dan anak yatim. Adekah mereka mampu membuat persiapan seperti apa yg kita lakukan. Tak salah jika kita mampu utk beli macam2 tp jangan la sampai jadi boros. Barang2 atau pakaian yg masih boleh dipakai, kita gunakan la utk Hari Raya ni. Kalo takut org kutuk cakap mcm sama je tahun lepas, ubah suai sket kedudukan rumah ke, atau pakai baju 5 tahun lepas ke...diorg mane nak ingat. 

Seeloknya duit kita yg berlambak mencurah2 ke ladang gandum tu, kita sedekah kepada mereka2 yg memerlukan. Supaya di Hari Raya ni kita semua boleh bergembira bersama2. Sedekah dan zakat adalah dua benda yg berbeza. Jangan kita hanya menganggap duit zakat sudah cukup utk mereka. Sedekah adelah amalan yg sangat dituntut oleh agama dan ia juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

"Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah yang mengherdik anak yatim. Dan tidak memberi makan kepada orang miskin." (Surah al-Ma'un, ayat 1-3)
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

p/s: senyum pun sedekah jugak...tp jgn la hanya senyum tgk penderitaan anak yatim dan orang miskin...

Wednesday, August 24, 2011

You'll Never Walk Alone

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Sabtu lepas telah berlangsungnya perlawanan antara dua pasukan terhebat iaitu Arsenal menentang Liverpool. Dengan beberapa pemain Arsenal yang mengalami kecederaan, juga pemain yg digantung serta kapten pasukan yg baru dijual, menampakkan sedikit kegoyahan pada posisi pasukan Arsenal. Liverpool yg dibarisi pemain2 hebat menampakkan kesungguhan pasukan ini utk memenangi perlawanan.

Segalanya bermula apabila salah seorg pemain pertahanan Arsenal, Koscielny mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan. Serangan dilakukan oleh kedua2 pasukan tetapi penjaga gol berjaya menyelamatkan gawang masing2. Separuh masa pertama berkesudahan dgn tanpa jaringan. Hujan mulai turun pada separuh masa kedua. 

Arsenal terpaksa bermain dgn 10 pemain apabila Frimpong dilayangkan kad merah akibat mengasari Lucas. Liverpool lantas memasukkan gandingan terhebatnya Suarez dan Meireles. Gandingan ini berjaya apabila serangan yang dilakukan oleh Suarez menyebabkan Ramsey telah tertampan bola ke gol sendiri. Sebelum perlawanan berakhir, Suarez berjaya menjaringkan gol lagi menjadikan kesudahannya adalah 2-0. (perasan komentator). Nampaknya peluh dan air hujan mengalir bersama2 air mata pemain Arsenal...woha 

Mesti korg pelik kenapa aku tetiba cite pasal bola ni. Bukan ape kepada sesiapa yg xtau, perlawanan ni sebenarnye berlangsung pada pukul 8 mlm waktu Malaysia. Dan kepada yg buat2 taktau plak, lebih krg pukul 8.30 mlm dh masuk waktu Isyak diikuti solat sunat terawih. Tetapi kepada peminat2 bola di Malaysia terutama peminat Arsenal dan Liverpool, mane satu korang pergi, ke masjid ataupon kedai mamak menonton bola?

Semua orang mempunyai PILIHAN. Pilihan untuk berbuat baik atau berbuat jahat, pilihan mengumpul pahala atau mengumpul dosa, pilihan untuk masuk syurga atau masuk neraka dan juga pilihan untuk duduk beriktikaf di masjid ataupon duduk menonton bola di kedai mamak. Kita telah dikurniakan akal fikiran, maka gunakan la sebaiknya utk membuat pilihan terbaek.

Kalo kita terlepas perlawanan bola skalipon, kita masih dpt tgk siaran ulangan, atau kita dpt tgk highlight, ataupon tgk result pon dah cukup. Tetapi jika kita terlepas solat Isyak berjemaah mahupon solat sunat terawih berjemaah, kita tak akan dapat solat ulangan ataupon solat highlight, tapi kita bleh tau result kita di Padang Mahsyar nanti...woha (perasan lawak)

Segala yg baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

p/s: ahad ni ade perlawanan hebat lg antara Manchester United lawan Arsenal pukul 11mlm...jom sama2 meningkatkan iman...you will be alone bile dalam kubur nanti...

Monday, August 15, 2011

Diet Cara Rasulullah s.a.w

(ramai sangat kawan2 aku yg semakin gemok...ini antara nasihat aku yg perasan kurus untuk mereka)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Terdapat mcm2 produk berada di pasaran skrang dan tempat2 utk menguruskan badan, ade juga yg bersenam berlari2 keliling taman perumahan, maen futsal tiap2 petang dan ade juga yg sanggup melakukan pembedahan membuang lemak utk kelihatan kurus. Tidakkah mereka tau "mencegah itu lebih baik dari mengubati?" (hadis Nabi). Mengapa perlu bile kita dah jd gemok baru nak kurus balik, kenapa tak kekal kurus dari awal lg?

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas." (Surah Al-A'raaf, ayat 31)

Islam sangat menuntut umatnya bersederhana, tak kira dalam soal pakaian, minum mahupun makan. Tak perlu susah2 membazir duit utk kelihatan kurus dan sihat. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita pelbagai cara ketika makan. 


Berikut merupakan ulasan pakar pemakanan dan dietetik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Mazuin Kamarulzaman berhubung isu pemakanan berkaitan dgn Sunnah Rasulullah s.a.w.



Makan Ketika Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang

Formula yg Rasulullah s.a.w. berikan ini dapat membantu kita dalam mengawal berat badan. Kita digalakkan utk berhenti makan apabila perut tidak lagi terasa lapar dan bukannya kenyang. Kenyang bermaksud perut kita terasa sendat sehingga tidak boleh hendak masuk makanan lagi.

Perut kita adalah elastik dan jika makanan dimasukkan terlalu banyak, bentuk perut akan terikut2 dgn kuantiti tersebut. Itulah sebabnya mengapa perut senang buncit jika kita makan terlalu banyak.

"Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang" (H.R. Bukhari dan Muslim)

Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yg menyebut tentang 1/3 perut akan diisi dgn makanan, 1/3 dengan air dan 1/3 dengan udara. Apa yg Nabi sabdakan adalah tepat belaka kerana jika makanan diisi berlebihan, pelbagai penyakit akan datang misalnya kegemukan dan diabetis spt masyarakat kita sekarang ini.

"Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya." (H.R. at-Tarmizi, Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasai)

Ambillah sebanyak mana makanan walaupun 2000 kalori sekalipun, hanya 1/3 makanan sahaja yg akan diproses menjadi tenaga dan mengenyangkan, selebihnya akan menjadi LEMAK dan sebahagian akan disingkirkan oleh badan. Bayangkanlah jika kita makan terlalu banyak, pasti timbul pelbagai penyakit, mane tak GEMUK...



Mengambil Secubit Garam Sebelum Makan

Garam merupakan perasa makanan tertua di dunia. Pengambilan secubit garam dengan meletakkan di lelangit dalam mulut adalah sebagai penambah selera ketika makan. Ia mengandungi mineral yang cukup tinggi, sebahagian besarnya adalah natrium klorida, yg mampu memulihkan kehilangan air dan mineral dalam badan jika terkena cirit-birit.



Makan Buah Sebelum Makan

Kebanyakan daripada kita telah terikut2 cara orang Barat dengan makan buah selepas makan. Perkara ini mungkin salah satu cara orang2 Barat lakukan supaya umat Islam melupakan Sunnah2 Rasulullah s.a.w. Perkara ini adalah salah, tertib sebenar makan perlulah didahului dengan buah-buahan terlebih dahulu.

Buah mengandungi vitamin, fiber dan mineral yg cukup tinggi utk badan. Sebelum mkn, perut kita mesti kosong. Jadi apabila memkn buah sebelum makan, vitamin dan mineral tadi akan cepat meresap secara optimum di tepi dan liang perut. Sekali gus, buah tadi juga memberikan volume kepada perut yg bakal terisi supaya mkn makanan yg lain dgn sedikit sahaja.



Duduk Meletakkan Lutut Kanan Di Perut

Meletakkan lutut kanan di perut berkaitan dengan asas bentuk perut tadi. Keadaannya yg elastik dan mudah dibentuk, akan mengehadkan pemakanan apabila lutut kanan didekatkan di tengah perut dan mempercepatkan proses kekenyangan.



Tidak Mencampur Makanan Laut Dengan Makanan Darat

Rasulullah s.a.w. sepanjang hayatnya tidak pernah sakit perut kerana pandai menjaga pamakanannya seharian. Antaranya adalah dengan tidak mkn makanan yg bercampur antara makanan darat dan laut.
1. Jangan makan Daging bersama dengan Ikan
2. Jangan makan Daging bersama dengan Susu
3. Jangan makan Ayam bersama dengan Susu
4. Jangan makan Ikan bersama dengan Susu
5. Jangan makan Ikan bersama dengan Telur
6. Jangan makan Ikan bersama dengan Daun Salad
7. Jangan makan Susu bersama dengan Cuka
8. Jangan makan Buah bersama dengan Susu (cth: koktel)

Ini semua terbukti apabila terdapat kajian yg menunjukkan dalam badan ayam mengandungi cas ion positive (+ve) manakala dalam ikan mengandungi cas ion negatif (-ve). Jika kita makan dgn mencampurkan kedua2nya sekali, maka tindakbalas biokimia yg terhasil boleh merosakkan usus kita.



Mengunyah Sebanyak 40 Kali

Amalan mengunyah makanan sebanyak 40 kali membantu kita utk makan sedikit. Dari jangkaan yg dibuat, 20 minit masa yg diperlukan badan utk memberikan isyarat kenyang. Apabila seseorg mkn dgn laju dan cepat, isyarat yg sampai agak lewat tadi menyebabkan perut kita telah terisi dengan banyaknya.

Selain itu, makanan yg dikunyah sebanyak 40 kali juga menyebabkan saiz makanan tersebut lebih kecil. Ini memudahkan enzim mencernakan makanan tersebut dan memudahkan tindakbalas dengan permukaan liang perut, seterusnya memudahkan proses penghadaman.



Tidak Meniup Makanan/Minuman Yang Panas

Apabila kita meniup (menghembus nafas), karbon dioksida (CO2) akan dikeluarkan dari badan. Apabila bercampur dengan wap air dari makanan/minumam yg panas itu maka terhasillah asid karbonik (H2CO3). Bagaimanapun, kesan unsur asid ini masih dalam penyelidikan. Kita juga tidak digalakkan untuk menghembuskan nafas dalam cawan ketika sedang minum kerana perkara yg sama bakal terjadi.

Terdapat kajian yg dilakukan di Indonesia mendapati secara teorinya, hasil hembusan CO2 daripada badan bercampur dgn air (H2O), menghasilkan H2CO3 iaitu sama dgn cuka yg menyebabkan ia berasid. Badan yg bercampur dgn asid tadi sedikit sebanyak menyebabkan penyakit serius yg berkait rapat dgn darah, misalnya penyakit gout.



Menjilat Jari Tangan Kanan

Kulit manusia sebenarnya selain mempunyai enzim, ia juga mempunyai mikroorganisma bukan sahaja yg jahat, malah ada juga yg baik. Di kulit kita, kuman baik yg dipanggil normaflore berfungsi melindungi kulit dari serangan mikroorganisma jahat. Apabila kita menjilat jari ketika makan, normaflore ini akan masuk ke dalam perut, diperkenalkan dan diterima oleh badan untuk menghapuskan bakteria jahat. 

Orang Barat juga ada memperkenalkan sudu dan garpu utk kita gunakan ketika makan. Ini sebenarnya selain menyebabkan kita lebih jauh daripada sunnah Rasulullah s.a.w., ini juga menyebabkan kita lebih mudah diserang penyakit terutama penyakit berkaitan dgn perut.

Terdapat satu kajian yg menunjukkan kedua2 tangan manusia mempunyai tiga jenis enzim yg sama banyak. Namun begitu, enzim tangan kanan didapati bnyk membantu lebih2 lg dalam proses penghadaman berbanding tangan kiri. Sebab itulah Sunnah Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita mkn dgn tangan kanan. Kajian ini baru dijumpai beberapa tahun lepas, sedangkan Rasulullah s.a.w. telah lama mengamalkannya, mengapa tidak kita?



Terdapat banyak lagi Sunnah2 Rasulullah s.a.w. seperti makan dengan tiga jari, minum berselang-seli dengan bernafas, mandi pagi sebelum subuh dan minum air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Ini semua antara lain menggalakkan kita untuk mengurangkan pengambilan makanan disamping menjaga kesihatan dan bentuk badan.

Rasulullah s.a.w. bersabda "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit"

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemakan dan kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

p/s: sape yg rase rezeki murah tu agak2 la yer masa makan tu...woha

Sumber: Majalah Al-Islam - Usah Bazir Wang, Diet Cara Nabi

Friday, August 12, 2011

Ke Arah Menghayati Solat Terawih

(melihat bulan purnama di bulan ramadan membuatkn aku tersedar...dah berapa malam aku solat terawih ni?)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah, dapat aku menulis lagi setelah aku perasan sibuk melakukan amal ibadat di bulan yg mulia ni (perasan beriman). Setelah berlalunya fasa pemberian rahmat, kini kita telah memasuki fasa pengampunan dosa dan insyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bertemu fasa pelepasan dari api neraka.

Kali ni aku nk terangkan beberapa pandangan yang salah yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam di Malaysia mengenai Solat Terawih (tulis panjang2 ni ade org bace ke tidak..mmm).

Pertama: Solat Terawih Hukumnya Sunat

Para ilmuan Islam mengkategorikan solat terawih sebagai sunat mua'kad (amalan sunat yg amat dituntut melakukannya). Oleh itu, seseorg yg hendak melakukan solat terawih, dia mestilah tidak mengabaikan amalan2 wajib atau amalan2 lain yg lebih besar manfaatnya. Dlm erti kata laen, hendaklah dia beramal berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat, iaitu memprioritikan (keutamaan) sesuatu amalan yg bakal dilakukan.

1. Amal yg wajib hendaklah diberi keutamaan daripada amal yg sunat.
2. Amal yg manfaatnya utk jangka masa panjang diberi keutamaan daripada amal yg manfaatnya jangka masa pendek
3. Amal yg manfaatnya utk jumlah org yg besar diberi keutamaan daripada amal yg manfaatnya utk jumlah org yg kecil
4. Amal yg manfaatnya utk org lain diberi keutamaan daripada amal yg manfaatnya hanya utk diri sendiri.

Sebagai cth menjaga ibubapa yg uzur adalah lebih baik dari solat terawih. Jika seseorang terpaksa memilih menuntut ilmu dengan solat terawih, maka hendaklah dia memilih menuntut ilmu. Akan tetapi jangan lah kita mengabaikan solat terawih, kerana amalan ini fleksibel. 

Kita masih boleh melakukan solat terawih disisi ibubapa yg sdg uzur smbil memerhatikan mereka diantara solat. Juga solat terawih boleh dilakukan ketika waktu rehat atau selepas waktu pembelajaran. Tiada alasan utk tidak melakukan solat terawih yg amat dituntut ni.


Kedua: Solat Terawih Boleh Dilakukan Berjemaah/Bersendirian

Rasulullah s.a.w. tidak melaksanakan solat terawih berjemaah secara berterusan sepanjang bulan Ramadan. Baginda melaksanakannya secara bersendirian kecuali pada beberapa malam terakhir. Antara tujuannya supaya umat Islam mengetahui bahawa solat terawih tidak semestinya dilakukan berjemaah, tetapi boleh juga secara bersendirian.

Abu Dzar al-Ghafiri r.a. menerangkan bahawa: "Kami berpuasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadan. Baginda tidak bersolat (terawih) bersama kami sehingga baki tujuh malam terakhir. Lalu (pada malam tersebut) baginda bersolat (terawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian baginda tidak bersolat (terawih) bersama kami pada malam keenam (sebelum akhir Ramadan). Baginda bersolat (terawih) bersama kami pada malam kelima (sebelum akhir Ramadan) sehingga seperdua malam."

Walau bagaimanapun, seseorg itu adalah digalakkan untuk melakukan solat terawih secara berjemaah berdasarkan hadis berikut:

Maka saya (Abu Dzar) berkata: "Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami pada malam ini." Rasulullah menjawab: "Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (terawih) bersama imam sehingga selesai maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam." (Hadis riwayat an-Nasa'i)


Ketiga: Tiada Ketetapan Dalam Jumlah Rakaat Solat Terawih

Solat Terawih termasuk juga dalam solat sunat pada malam hari. Solat sunat malam boleh dilakukan dari selesai solat Isyak sehingga terbit fajar tanpa ada rakaat minimum atau maksimum. Abd Allah ibn Umar r.a. menerangkan:

Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., ketika itu baginda sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: "Bagaimana cara solat malam?" Baginda menjawab: "Dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:
Sesungguhnya ttg solat Qiyam Ramadan (solat terawih), Nabi s.a.w. tidak menentukan jumlah rakaatnya, hanya saja baginda melaksanakannya tidak melebihi 13 rakaat samada dlm bulan Ramadan atau selainnya. Baginda melaksanakan dgn memanjangkan rakaatnya.

Apabila Umar r.a. mengumpulkan org2 utk berjemaah (solat terawih) dgn diimami Ubay bin Ka'ab r.a., dia melaksanakannya bersama mereka sebyk 20 rakaat diikuti 3 rakaat Witir. Beliau melakukan dgn meringankan bacaan Al-Quran selari dgn kadar penambahan rakaat supaya ia meringankan berbanding solat satu rakaat dgn dipanjangkan bacaannya.

Kesimpulannya, solat terawih boleh dilakukan tanpa mengkhususkan beberapa rakaat. Digalakkan jika kita melakukan rakaat yg sedikit maka dipanjangkan bacaannya, manakala jika rakaatnya panjang hendaklah diringankan bacaan sesuai dgn rakaatnya. Yg penting adalah solat terawih 8 rakaat yg dilakukan secara sempurna adalah lebih baik dari solat terawih 20 rakaat yg dilakukan secara lalai.


Keempat: Beberapa Sifat Solat Yang Diremehkan

Sebahagian org apabila melaksanakan solat terawih atau mana2 solat sunat yg laen, mereka meremehkan bbrp sifat solat dgn alasan ini hanya solat sunat, bkn solat wajib. Sifat2 solat yg diremehkan ini mampu merosakkan kesempurnaan solat dan ada juga yg membatalkn solat tersebut. Antaranya adalah:

1. Tidak membaca Al-Quran dgn tartil
2. Meninggalkan bacaan doa Iftitah dan bacaan Al-Quran selepas Al-Fatihah
3. Mengabaikan Tama'ninah (boleh menyebabkan batal solat)
4. Solat dengan terburu-buru
5. Meringkaskan bacaan selawat di dalam solat
Selawat bg Nabi s.a.w. (dlm solat) adalah tidak sempurna tanpa disertai selawat terhadap keluarga baginda. Org yg bersolat hanya dianggap telah berselawat kpd Nabi apabila mengucapkan selawat selengkapnya dimana didalamnya termasuk selawat kpd keluarga baginda.


Kelima: Berzikir Di Antara Solat Terawih

Ini adalah amalan yg dipandang baik oleh org ramai, namun Allah dan Rasulullah s.a.w. tidak pernah menganjurkan utk melaksanakan sejak generasi awal umat Islam. Anjuran ini tidak pernah wujud dan pelaksanaannya tidak pernah diketahui.

Waktu berehat di antara solat terawih boleh dimanfaatkan utk apa jua amalan yg baik, akan tetapi tidak boleh mengkhususkan amalan tersebut seolah-olah ia adalah sebahagian daripada kaifiat solat terawih yg disyariatkan.


Berpegang teguhlah pada sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu dengan beramal dengan apa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan tidak beramal dengan apa yang tidak diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Semoga kita bakal mencapai solat terawih yg lebih sempurna.

Sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

Sumber: Himpunan Risalah Berkenaan Puasa & Isu-isu Berkaitan oleh Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah