I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 29, 2011

The Road Not Taken

(aku tak tau nak buat tajuk entry ape kali ni...mungkin tajuk dan isinya takde kaitan kot...korang bace je la)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah, bersyukur kite kepada Allah s.w.t. sbb telah dipanjangkan umur dan korang masih dpt baca blog aku ni, insyaAllah semoga korang dapat ilmu yg bermanfaat dr blog ni (perasan beriman gile aku...haha). Entry kali ni bukan nak cite pasal Literature mase kite blaja English mase sekolah menengah dulu, tapi nak cite ape yg berlaku dalam kehidupan kite seharian. Tp literature ni sebenarnye mmg pasal kehidupan seharian pun...


Seperti yang kite semua ketahui, segala apa yang berlaku dalam hidup kita telah ditentukan oleh Qada' dan Qadar dari Allah s.w.t. dan wajib bg kite sebagai orang Islam untuk beriman dan percaya pada Rukun Iman yang keenam ni (korang masih ingat lg tak Rukun Iman ikut turutan?). Walaupun segalanya telah ditakdirkan sedemikian rupa, kita masih mempunyai pilihan dalam hidup untuk menentukan kejayaan atau kegagalan hidup kita kat dunia ni dan sesungguhnya pilihan kita juga telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t.


Seperti yang aku tulis dalam entry2 sebelum ni, ni mungkin hanya pendapat aku sahaja, bukan pendapat seorang ustaz. Dalam hidup kita ni mesti ade PILIHAN, tipu la kalo sesuatu benda yang kita nak buat tu takde pilihan, melainkan terpaksa untuk buat...tu pun kita ada pilihan jugak untuk buat atau tidak. Selalunya kita akan berfikir dulu mane satu pilihan yang bagus dan mane satu pilihan yang tak/kurang bagus, melainkan orang yang tak mahu berfikir.


Korang paham tak? Baiklah aku bagi contoh. Contohnya, dalam pelajaran korang hanya mempunyai 2 PILIHAN:
1. Pilihan Pertama adelah korang study bersungguh2, study awal2 bukan last minit dan fokus dalam kuliah, insyaAllah korang akan dapat jawab dalam exam, dapat kejayaan dalam pelajaran, dapat pointer tinggi, dan mungkin dapat Anugerah Dekan. 
2. Pilihan Kedua adelah korang malas study, study last minit, maen game banyak2, update blog je selalu, tido dalam kuliah, ponteng kelas, senang cite korang tak study la...insyaAllah korang tak akan dapat jawab dalam exam, dapat pointer rendah dan jangan mimpi la korang nak dapat ape2 anugerah.


Daripada contoh diatas, sebenarnya kite sendiri tau ape kesudahan daripada pilihan kita sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mengetahui apa yang bakal kita pilih tetapi terpulang pada kita untuk berfikir adekah pilihan kita ni tepat atau tak (ala2 skrip Oracle dalam cite The Matrix Reloaded plak). Jangan la kita yang dah dikurniakan akal oleh Allah s.w.t. tetapi tak mahu berfikir.


Banyak lg la contoh lain dalam kehidupan seharian yang sebenarnya kita ada pilihan dan terpulang pada kita untuk memilih yang terbaik (jgn sesapa terasa heh). Contohnya kita boleh PILIH tengok movie/main game sampai larut malam ATAU kita boleh tido awal supaya kita boleh bangun awal solat subuh, kita boleh PILIH untuk baca blog/layari internet/baring2 dulu ATAU kita pg trus ke surau/masjid utk solat berjemaah tatkala azan sedang berkumandang, kita boleh PILIH untuk mendengar hiburan yang melalaikan ATAU mendengar ceramah agama/kelas tajwid di surau/masjid, kita boleh PILIH untuk buat amal makruf ATAU kita boleh pilih untuk buat maksiat, kita boleh PILIH untuk kumpul banyak pahala ATAU kita boleh kumpul banyak dosa, kita boleh PILIH untuk ikut akal ATAU kite boleh pilih untuk ikut nafsu, kita boleh PILIH untuk berjaya di dunia ATAU kita boleh pilih gagal di dunia, kita boleh PILIH untuk masuk ke dalam SYURGA ATAU kita boleh pilih untuk masuk ke dalam NERAKA...TERPULANG pada diri kita untuk memilih




"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran serta hati semua anggota-anggota itu tetap akan diminta tanggungjawabnya." 
(al-Israa': 36)


Pada pendapat aku, pilihan yang kita buat telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan sekiranya pilihan yang kita dapat adelah yang terbaek (dapat pahala) kita patut bersyukur sangat2 kepada Allah s.w.t. kerana Allah telah memilih kita untuk melakukan perkara yang makruf. Tetapi sekiranya pilihan yang kita buat adelah mungkar/maksiat atau kita tak dapat melakukan perkara2 yg baik, kita sepatutnya berasa sedih kerana Allah s.w.t. tak memilih kita untuk melakukan amal makruf.


Jangan menganggap Allah s.w.t. tu kejam kerana tak memilih kita untuk membuat kebaikan. Pada pendapat aku (pendapat lg) Allah sedang menguji tahap keimanan kita, dan sekiranya iman kita kuat nescaya kita akan memilih untuk melakukan kebaikan dan sekiranya iman kita tak cukup kuat sehingga nafsu lebih menguasai diri, nescaya maksiat la yang bakal kita pilih. Kite sepatutnya berasa cemburu dengan orang2 yang membuat kebaikan dan seharusnya kite mencontohi mereka.


Lihat sahaja brape ramai rakyat Malaysia yang telah 'tewas' dengan hawa nafsu menonton konsert2 yang melalaikan yang penuh dengan kemaksiatan, termasuklah sebahagian warga kolej aku ni, sedangkan jika mereka kuatkan iman dalam diri masing2, mereka boleh pilih untuk tidak pergi ke konsert tersebut dan lebih baik duduk di masjid mendengar kuliah agama, berzikir, membaca Al-Quran atau duduk dalam bilik siapkan assignment, buat lab report, baca nota2 kuliah yg aku rase lagi bagus dan bermanfaat disamping menambahkan pahala. Subhanallah~


Brape ramai manusia yang bergembira mendengar 'SERULING SYAITAN'
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Aku tidak melarang kamu menangis, namun yang aku larang ada dua jenis suara yang buruk lagi dilarang: Suara nyanyian ketika bersenang-senang, bermain-main dengan seruling syaitan (muzik) dan suara ketika terjadi musibah: (ketika ada kematian) menampar-nampar pipi, merobek-robek pakaian dan laungan syaitan." (H.R. Hakim, al-Baihaqi, Abu Daud, al-Ajuri, al-Baghawi, dan ath-Thayalisi)

Kadang2 tu aku rase mereka2 ni banyak terpengaruh dengan rakan2 kt sekeliling. Bila godaan syaitan dan nafsu sedang menguasai diri, ditambah pula dengan iman yang tidak cukup kuat serta ajakan rakan2 yang banyak mempengaruhi hati yang lemah, nescaya jatuhlah akal dan hati yang tak mampu untuk berfikir. Nasihat aku PILIH la kawan2 yang baik yang dapat membimbing kita ke arah kebaikan dan berfikir la dengan sewajarnya apabila mendengar nasihat daripada kawan2 tersebut.


Kita sepatutnya berasa risau dan takut adekah kita bakal di PILIH untuk masuk kedalam syurga atau neraka kt akhirat nanti oleh Allah s.w.t. berdasarkan PILIHAN yang telah kita lakukan kt dunia ni. Sesungguhnya nisbah orang yang masuk syurga adelah Seorang berbanding 999 orang yang bakal masuk ke dalam neraka. Adekah kite tergolong dalam seorang atau 999? Adekah dengan pilihan kita kt dunia kita bakal dipilih masuk syurga? Wallahualam~


Aku tutup entry kali ni dengan pertanyaan tersebut. Kita hidup kt dunia ni ade PILIHAN, buat la pilihan yang terbaik, kumpul la sebanyak pahala yang mungkin, dan jangan la memilih untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Lu pikir la sendiri...


Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~


"Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan isikan Neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami akan ayat-ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat-ayat dan nasihat Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf: 179)

p/s: sesape yang tak mampu untuk menerima nasihat sesungguhnya hatinya telah keras dan telah menjadi hitam...

No comments:

Post a Comment