I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 26, 2011

Fadilat Bulan Rejab

(entry kali ni mungkin agak panjang dan terdapat byk hadis2...diharapkan pembaca dpt membaca smpi abes utk mengetahui perkara2 yg sepatutnya dilakukan dan tidak dilakukan ketika di Bulan Rejab...kerana ditakuti amalan yg kita lakukan selama ni adalah amalan bid'ah)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dah nak akhir bulan Rejab baru nk buat entry pasal ni. Maaf la terlmbt nk buat entry ni, ade byk hal nk kena teliti dulu (perasan sibuk). Jd aku cube ringkaskan la berdasarkan tajuk di atas "Fadilat Bulan Rejab". Entry kali ni diambil dari 'Himpunan Risalah Berkenaan Puasa & Isu-isu Berkaitan' oleh Hafiz Firdaus Abdullah. Terima kasih kpd Saudara Hafis Aliaziz sbb bg maklumat psl ni...

Bulan Rejab adelah salah satu daripada 12 bulan Islam dan merupakan antara 4 bulan Haram sebagaimana disepakati oleh para ulama' selain dari Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Umat Islam dilarang berperang pd bulan Haram ini kecuali diugut. 

Antara peristiwa bersejarah yang berlaku dlm bulan Rejab adelah berlakunya Perang Tabuk, pembebasan Al-Aqsa drp tentera Salib, dan juga dikatakan berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Terdapat juga mereka2 yg mempertingkatkan amalan ibadat2 sunat khususnya ibadat puasa.

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan mekanggar larangan-Nya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa. (Surah At-Taubah: ayat 36)

Pernah tak kita terfikir mengapa dlm bulan Rejab terdpt solat2 khas, puasa2 khas, zikir2 khas dan dilakukan pd waktu2 tertentu? Adekah perkara ini benar atau direka sendiri oleh manusia yg berckp atas nama Rasulullah s.a.w.? Di sini aku akan cube membawa penjelasan drp ulama'2 muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat dlm bulan Rejab.


Ulasan Pertama: Shaikh Atiyah al-Saqr

Kebanyakan fadilat Rejab yg terkandung dlm hadis2 adelah sangat lemah (dha'if) dan palsu (maudhu'). Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar menyatakan fadilat dan ganjaran dlm bulan Rejab adelah sama dgn fadilat bulan2 Haram yg lain, di antara amalan yg dimaksudkan ialah puasa. Tidak ada hadis2 jelas dinukil drp Rasulullah s.a.w. mengenai kelebihan Rejab. Ganjaran berpuasa pd hari pertama atau pun hari terakhir adelah sama sahaja dlm bulan2 tersebut.

Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu. (Hadis ini dha'if)

Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yang berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yang berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan. (Hadis ini dha'if)

Barangsiapa yang solat maghrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh soalt 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat surah Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di Sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab. (Hadis ini maudhu')

Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku. 
(Hadis ini maudhu')


Ulasan Kedua: Shaikh Yusuf al-Qaradhawi

Hadis2 mengenai fadilat Rejab kebanyakannya adelah dha'if dan maudhu'. "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku", hadis ini mungkar dan sangat dha'if, bahkan sebahagian besar ulama' mengatakan hadis ini maudhu'. Maka tidak ada nilai saintifik mahupun agama.

Selain itu terdapat juga hadis2 fadilat Rejab yg menerangkn sesiapa bersolat sekian2 maka dia mendpt ganjaran sekian2, sesiapa beristighfar sekali maka baginya sekian2 ganjaran... semua ini adalah satu pelampauan dan pendustaan. Janji mendptkn ganjaran yg besar terhadap amalan yg biasa atau azab yg berat utk kesalahan yg ringan termasuk isyarat bahawa hadis tersebut adalah dusta.

Oleh itu, Shaikh al-Qaradhawi menyatakan bahawa kita sbg org Islam wajib mengetahui darjat yg didengar atau dibaca, tidak boleh bersikap remeh dlm hal ini kerana sudah sedia terdpt buku2 di pasaran yg menerangkan sumber dan darjat hadis, berbanding buku2 yg hanya mengemukakan hadis tanpa menerangkan sumber dan darjatnya.


Ulasan ketiga: Shaikh al-Sayid Saabiq

Karyanya yg masyhur, iaitu Fiqh al-Sunnah ade menyebut: Puasa Rejab bukanlah ada padanya fadilat yang melebihi bulan-bulan lain melainkan sesungguhnya ia daripada bulan-bulan Haram. Ini bermaksud bahawa bulan-bulan Haram semuanya memiliki fadilat yang sama darjatnya.


Cara sebenar beramal pada Bulan Rejab


Shaikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Arab Saudi menyatakan dari sudut syara', dibolehkan berpuasa (sunat) pada bulan Muharam dan demikian juga bulan Sya'ban. Adapun berpuasa pada 10 Zulhijjah tidak ada dalil keatasnya,, akan tetapi jika seseorang ingin berpuasa tanpa beriktikad bahawa ia adalah puasa khusus, ia tidak mengapa. 


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram." Maka apabila berpuasa pada bulan-bulan tersebut maka ia adalah baik, atau berpuasa pada 9, 10, 11 itu adalah baik juga, demikian juga dibolehkan berpuasa pada bulan Sya'ban.

Shaikh Yusuf al-Qaradhawi ade menulis, berpuasa di dlm bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidak diriwayatkan drp Rasulullah s.a.w. bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan2 Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (Ramadhan). Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya'ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut.

Pada bulan2 yg lain (selain Sya'ban dan Ramadhan) baginda berpuasa dan berbuka sehingga dikatakan oleh para sahabat dlm sebuah riwayat: "Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa." (H.R. Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Kesimpulannya, tidak ditemui dalil bahawa bulan Rejab memiliki fadilat khusus, cuma fadilat umum keempat2 bulan Haram. Hadis2 fadilat Rejab kebanyakannya adelah dha'if (lemah) dan maudhu' (palsu). Kita dilarang mengkhususkan hari atau malam tertentu melainkan jika pengkhususan tersebut berasal daripada Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (hadis sahih).

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

p/s: bersempena dgn Isra' dan Mi'raj, jgn la kita buat ibadat2 khusus, cthnye puasa khas pada hari tersebut, beriktikadlah utk berpuasa pd bulan Haram...

No comments:

Post a Comment