Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah dpt aku mengupdate lg...padahal baru je update 2 hari yg lepas...(perasan blog aktif). Bkn ape kalo nk diikutkan tarikh hari ni, 8 Jun 2011 maka genaplah sebulan aku berpisah dengan beberapa org yg aku gelar teman, rakan, kawan, dan sahabat di Kolej Kedua. Makanya aku nak tulis entry utk mengingati dan menghargai mereka2 yg pernah rapat dgn aku
Walaupon korang rase mcm xde beza je dari segi makna, tp bg aku setiap org yg pernah menjadi 'friend' aku mempunyai title masing2 yg aku berikan sendiri (teman, rakan, kawan, sahabat). Kawan mmg penting, menjadi peneman kita dlm kesunyian, pembantu kita dlm kesusahan, penolong kita jika kite perlukan bantuan, dan penghibur kita dikala kesedihan.
Memang tak dinafikan, ade antara kawan2 yg aku layan lebih baik dari yg lain. Mungkin sbb die buat baik dgn aku dulu, atau aku mmg suke layan org dgn baik sbb aku lelaki terakhir akhir zaman yg beriman kt dunia ni (perasan baik). Bg aku, tak salah utk aku korbankan atau kongsikan apa yg aku ada bersama org2 yg rapat dgn aku je, sbb mereka2 ni la yg slalu menjadi peneman aku, penghibur aku, org yg sentiasa mengajar aku erti kehidupan, org yg menjadikan aku spt mane aku skrang ni. Member2 ape ade hal...hehe
Aku mmg ade perangai yg menjengkelkan. Aku ni jenis yg sensitif sbnrnye, kdg2 mood happy kdg2 asyik tacink je. Mmm...mungkin dh makin berusia kot (walaupon masih 18), semakin kite berumur semakin tu la kite sensitif sbnrnye, xkesah la laki ke pompuan. Kalo xcaya tanye la kt mak bapak korg, nenek korg ke.
Ade kala aku ade buat perangai smpi ada kawan2 yg terasa. Pernah gak aku bertengkar dgn sahabat aku sbb perangai hodoh aku ni. Dengan ini aku nk mintak seribu kemaafan jika ade kesilapan aku yg buat korg terasa sgt...aku cube menjadi yg terbaek lepas2 ni dan kurangkan rasa sensitif tu. Terima kasih kerana masih berkawan dgn aku dgn mampu bertahan perangai aku ni...
Pandai2 la kita memilih kawan sbb kawan la yg mampu mengubah kita, menjadi lebih baek atau sebaliknya. Pendek kata kawan boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih kawan kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dgn hadis Rasulullah s.a.w. yg bermaksud, "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya." (H.R. Abu Daud)
Apakah ciri2 seorg sahabat yg baik? Berikut merupakan nasihat yg boleh diikuti drp al-Qamah (seorg sahabat Rasulullah s.a.w.) yg pernah berpesan kpd anaknya dlm membina persahabatan, "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:"
1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, "Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah." Dalam satu hadis lain bermaksud, "Seseorang akan mengikut pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman)."
Hati2 atau tinggalkan sahaja sahabat spt di bawah:
1. Sahabat yang tamak: dia sangat tamak, hanya memberi sedikit tetapi meminta yang banyak, dan dia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: dia bersahabat dengan tujuan tertentu dan hal2 melampau, atau hal2 mendatang, dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata2 kosong, dan jika ada kesempatan membantu, dia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang teruknya dia setuju dengan hal yg dia tidak berani utk menjelaskan kebenaran, di hadapan dia memuji dirimu, tetapi di belakangmu dia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: dia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berjalan2 dan 'melepak' pada waktu yg tidak sepatutnya, dia suka ke tempat2 hiburan dan pertunjukan.
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." (H.R. al-Hakim)
Berhati2 lah ketika memilih kawan, rakan, teman atau sahabat, kerana mereka boleh menjadi cermin peribadi seseorang itu. Apa2pun berkawanlah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. untuk mencari keredhaan-Nya. Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya. Wallahualam...
Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan
Yang tidak selalu putih
Oh Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta
p/s: 'bongek', 'aku ketuk dahi ko kang', 'aku sigong idong ko', 'ko ni suka tipu la'...aku teringin untuk berjumpa dan mendengar suara makian ko lg... really miss u ~
suke gilak T_T
ReplyDeleteweh pe kes kuar sal cite ko lak ni....
ReplyDeleteko tggu jela,siket ari lagi nti siap sedia aku sigong hdong ko
mane ade aku cite pasal ko...
ReplyDeleteko ni perasan je lebih...
hehe...
serius aku nk dgr lg suara 'makian' tu...
susahnya....=?
ReplyDeleteape yg susahnya cik liyana?
ReplyDelete