I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 6, 2011

Temuduga Kerja: Apsal Tak Lepas?

(sedang berada di Korea ketika ini...sepanjang tiga hari kt sni, salji asyik turun je awal pagi...kedinginannya amat dirasakan)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku ade terbaca satu artikel yg disiarkan dalam zaharuddin.net yg menceritakan masalah2 yg sering dihadapi oleh orang2 yg sedang mencari pekerjaan dan beberapa cara2 yg patut dan yg tak patut dilakukan ketika sedang ditemuduga. Dengan ni, aku harap ustaz zaharuddin memberi keizinan utk sy share dalam blog sy yang tak seberapa (perasan hebat je blog ni) utk dikongsikan bersama semua kawan2.



Tidak kira samada temuduga dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau bahasa2 laen, soalan awal biasanya adalah "Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda". Dan ini merupakan jawapan biasa yg calon2 temuduga akan berikan...
- saya berasal dari kampung ....
- mempunyai adik-beradik ..... dan ibu bapa bekerja sebagai ....
- saya sekolah tadika di .... dan sekolah rendah di .....
- sudah berkahwin dan mempunyai ...... anak

Bagi aku, kalo calon menjawab dengan jawapan kt atas ni, mungkin ade masalah atau kurang kematangan dalam minda calon tersebut. Ini kerana calon sepatutnya lebih fokus kpd pengenalan diri dlm hal yg berkaitan dgn kerjaya yg bakal diminta. Cukuplah sekadar fokus pd bahagian berikut:
a) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Menengah (SPM), Matrikulasi/STPM dan Universiti (Degree/Master) sahaja serta subjek yg berkaitan dgn kerja yg bakal dipohon
b) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebut pengalaman atau jawatan di Universiti)
c) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan mestilah berkaitan dgn kerja yg dipohon

Panel biasanya menyoal soalan ini utk menilai tahap fokus calon dlm menjawab soalan dan kaitannya dgn kerjaya yg diminta. Bukan utk bekenalan dengan calon, tidak perlu menghuraikan salasilah keluarga, nama emak dan ayah, nama kampung dan lain2. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.

TAHAP PERTAMA

Selepas soalan pengenalan diri, panel biasanya akan memperkembangkan soalan dari jawapan calon, terutamanya dalam soal2 berikut:
1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yg diambil calon di Universiti dan akan bertanyakan soalan berkenaan. Maka, calon mestilah ulangkaji terlebih dahulu mengenai subjek yg berkaitan dgn tugas yg diminta.
Sbg cth: Jika calon memohon jawatan Research Assistant di sebuah Makmal Genetik. Maka panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Genetic Engineering atau Molecular Genetic yg diambil calon ketika di universiti. Begitu juga subjek2 laen yg berkaitan.

2) Tugas yg calon lakukan sekarang (sekiranya masih bertugas) dan kaitan yg menyokong kerjaya yg bakal diminta. Calon mesti lah bersedia utk mencari perkaitan antara kerjaya yg dipohon, walaupon ianya dari dua bidang yg berbeza. Kemampuan calon utk mengaitkan dikira satu merit yg cukup baik buat calon.
Sbg cth: Calon masih bertugas sbg cashier di sebuah pasaraya (part-time) dan sekarang ingin memohon jawatan Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta. Maka calon mestilah berupaya nerfikiran kreatif dan mengaitkan kelebihan kerjayanya sbg cashier dgn jawatan yg dipohon. Sekurang2nya jawabla bahawa calon sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, boleh membuat laporan, mampu menerima arahan supervisor dgn baik dan sebagainya.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang. 
Setiap alasan calon adalah penting utk panel menilai pemikiran dan perancangan kerjaya calon. Ramai calon bumiputra gagal memberikan jawapan yg baik dlm soalan ini, malah ada yg mengatakan "Tak mengapa la, jika tak dpt jawatan ni pon sy tak kisah sgt pon sbnrnye". Jawapan begini adalah satu kesilapan besar.

4) Mengapa kerap menukar kerja
Panel pasti akan bertanya sebab2 mengapa banyak 'melompat2' kerja, malah ada Managing Director dr syarikat swasta pernah menyatakan "Semua calon yg dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dlm tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal2 lg kami dah reject". Kebanyakan sektor swasta akan menilai tahap kesetiaan calon dgn satu syarikat itu kerana mereka tidak mahu calon melakukan yg serupa kpd syarikat mereka nanti.

Tanpa jawapan konkrit, kebanyakan majikan menganggap calon yg kerap melompat kerja sbg:
a) tidak setia kpd satu2 organisasi
b) gila pangkat dan gaji
c) jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat kerja lama
d) kurang kemahiran khusus dalam bidang tertentu dan kurang kemahiran interpersonel

TAHAP KEDUA

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji secara sekaligus perkara2 berikut:
a) tahap kemahiran ilmu dlm bidang kerja yg dipohon
b) cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata dan gaya tangan semasa bercakap
c) tahap keyakinan dan kedinamikan calon semasa menjawab
d) minat calon dlm kerjaya yg dipohon

Namun, jika jawatan yg dipohon tidak la terlalu besar spt eksekutif di sebuah syarikat, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menjadi tuntutan kpd tahap yg tinggi. Sesiapa yg mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dgn cemerlang adalah satu kelebihan. Walaubagaimanapun, point b, c dan d adelah penting, walaupon hanya sekadar jawatan eksekutif sahaja.

Banyak kekurangan yg dikenalpasti di kalangan graduan ketika ditemuduga. Antaranya:
1) Tidak yakin dengan jawapan
Ada dua jenis soalan dalam temuduga, satu adalah fakta dan yg kedua bkn fakta. Bagi soalan fakta, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan utk merujuk sumber2 tertentu. Bagi soalan bkn fakta yg memerlukan pandangan bebas, keyakinan amat penting yg dizahirkan melalui cara dan intonasi percakapan, mimik muka dan sedikit pergerakan tangan.

2) Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang
Calon mesti menunjukkan minat utk menyumbang dan mempelajari jika diterima utk bekerja, tunjukkan minat dan keghairahan utk belajar, bukan sekadar "InsyaAllah" dgn lemah longlai serta ayat2 yg tidak bermotivasi. Kebanyakan panel ingin melihat calon utk diperkembangkan kelak, apa yg diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa calon adalah org yg berbakat.

3) Merendah diri
Mmg benar merendah diri adalah satu sifat terpuji dlm Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Janganlah meninggi diri terlalu 'over' tp cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan calon utk memegang jawatan tersebut.

4) Tidak Relaks dan Kelihatan Tertekan
Kemampuan calon utk menunjukkan ketenangan dan relaks dlm temuduga mampu memberi kredir kpd calon. Ia membuktikan calon adalah org yg boleh menanggung beban dan mampu mengurus stress dalam bidang kerja terutamanya sektor swasta yg biasanya lebih sibuk dan tertekan.

TAHAP AKHIR

Panel akan bertanya mengenai 'expected salary' yg calon bakal pohon. Calon mesti berhati2 agar tidak dihentam atau ditertawakan. Utk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji utk satu2 bidang kerjaya tertentu, jgn membuka kelemahan diri dgn memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorg pekerja kilang, jgn letak terlalu tinggi dan minta terlalu rendah berbanding kelulusan calon.

Jika calon seorg yg cemerlang dan mempunyai sarjana yg sesuai dgn jawatan dan bidang tugas, lihat juga sektor ape, cthnya jika dlm sektor perbankan Islam, jgn letak kurang dari RM3000. Ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dlm sektor pekerjaan. Jika calon mempunyai pengalaman bekerja 2 tahun, jgn pula minta sbyk RM6000, sudah tentu bakal ditertawakan panel.

Sebenarnya byk aspek yg perlu dilihat dlm meletakkan gaji yg dijangka, antaranya:
a) Saiz Syarikat: Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa, semuanya mempunyai scale berbeza
b) Jenis Sektor: Kejuruteraan, Perbankan, Pendidikan, Konsultan dan lain2, ini juga byk berbeza
c) Jenis Kemahiran: Jenis kemahiran khas atau biasa, kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah gajinya berbanding yg sukar dijumpai. Calon yg mempunyai pengalaman boleh memohon gaji tinggi sedikit
d) Jenis Jawatan: Termasukla nama jawatan dr eksekutif sehingga pengurus, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa, semua mempunyai scale masing2.

Justeru, calon perlu merujuk kpd mereka yg berpengalaman utk menentukan gaji jangkaan. Biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai prestasi dan respon dari panel dlm meletakkan aras gaji yg dijangka. Jika panel kelihatan menyukai calon dan calon juga kelihatan 'performed' dlm temuduga, calon boleh la menilai gaji minimum yg sedikit tinggi. Demikian juga sebaliknya.

SOALAN PENUTUP

Biasanya soalan penutup dr panel adelah "Do you have any question?" atau "Ada apa-apa soalan?". Kebanyakan calon akan mengatakan "Tiada soalan". Ini satu tindakan yg kurang tepat. Panel sebenarnya ingin menilai minda calon terhadap kerjaya yg diminta. Justeru adalah lebih baik calon bertanya dgn soalan yg standard dan menunjukkan calon seorg berpandangan jauh.

Tanya la soalan spt masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain2. Bagaimanapun jika calon tidak terlalu 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan2 besar ini mungkin tidak perlu kerana mungkin akan membuat panel berasa lebih bosan dan menyampah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya: Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" (H.R. Muslim)

Diharapkan nasihat yg disampaikan dapat memberi manfaat kepada bakal2 calon yang ingin mencari bidang pekerjaan. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~


p/s: terdapat sedikit perubahan yg dilakukan drp artikel asal utk menjadikannya lebih ringkas (perasan bagus)

No comments:

Post a Comment