I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 30, 2011

Hukum Memakai Minyak Wangi

(penah suatu ketika dulu mak ku bertanya kepada ku..."Npe buat minyak wangi tanpa alkohol kalo bleh pakai minyak wangi biase je?"...aku terkedu utk menjawabnya...maka aku pon buat la sket pencarian dan ikuti la hasilnya dlm entry kali ni)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mungkin ada yang masih terkeliru dengan hukum pemakaian minyak wangi. Mereka hanya tahu hukum pemakaian minyak 'attar', sedangkan hakikatnya adelah sama. Attar itu adelah minyak wangi di dalam bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. amat menyukai harum-haruman dan digalakkan utk kita tidak menolaknya jika diberikan haruman tersebut sebagaimana diriwayatkan oleh beberapa hadis.

"Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya." 
(H.R. Ahmad, Nasa'i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

"Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah: misk/kasturi" 
(H.R. Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dari jalan Abi Sa'id al-Khudriy)


Persoalan Pertama: Adekah Minyak Wangi Beralkohol Dibenarkan Pemakaiannya Di Dalam Solat? 

Persoalan alkohol berpunca drp kekeliruan tentang arak kerana dlm arak ada alkohol. Malah istilah alkohol juga digunakan utk arak sehingga ade yg menyatakan bahawa arak itu alkohol dan alkohol itu arak. Maka ade org yg menghukum alkohol sama spt arak iaitu najis dan haram.

Sebenarnye pemikiran ini adelah salah. Yang haram dan najis adelah arak, bukannya alkohol. Makanya penggunaan minyak wangi yg mengandungi alkohol di dalam solat hukumnya adelah HARUS (hukum Fatwa Majlis Kebangsaan), melainkan sumber alkohol tersebut adelah daripada arak. Jika arak yg terkena pakaian maka pakaian itu sudah terkena najis dan solat dengannya adelah tidak sah. 

Mmg arak mengandungi 70% atau lebih alkohol, tp ia adelah dr jenis 'Denatured alcohol' yg telah diproses dgn tujuan memberikan kemabukan. Alkohol yg digunakan dlm minyak wangi pula adelah bkn jenis ethanol yg sama dgn arak, tp adelah 'Absolute ethanol' iaitu sejenis alkohol dgn sedikit air dan campuran laen. Kesannya juga berbeza dgn arak, barangsiapa yg meminumnya, ia mungkin boleh membawa anda ke alam barzakh dgn segera dan bukannya memabukkan...(perasan lawak)

Malangnya terdapat keraguan sejauh mana alkohol yg terkandung dlm minyak wangi itu dtgnya bukan dari benda yg haram dan najis seperti arak atau laen2. Makanya pengguna hendaklah meneliti terlebih dahulu jenis alkohol yg digunakan dlm minyak wangi tersebut. Jika masih timbul keraguan, jalan yg terbaek adelah meninggalkannya menurut cara Islam.

"Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke dalam perkara haram. (H.R. Muslim)

Persoalan Kedua: Hukum Perempuan Memakai Minyak Wangi

Hukum pemakaian harum-haruman/wangi-wangian utk perempuan adalah HARAM melainkan memakai di dalam rumah hanya utk suaminya sahaja (jika ada). Hukum pemakaian wangian tersebut termasuklah utk menunaikan solat, lebih2 lagi kalo nk keluar bejalan2 pg Mines mahupun Alamanda contohnya.

"Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (solat) isya' di (masjid) bersama kami" (H.R. Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa'i dari jalan Abu Hurairah)

Daripada hadis di atas, haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid utk melakukan solat isya' dgn memakai harum-haruman. Disebutkan solat isya' tidak beerti solat yg laen dibenarkan (tidak kira solat fardhu mahupun solat sunat). Disebutkan solat isya' kerana fitnahnya adelah lebih besar kerana solat ini dilakukan pada waktu malam. Perempuan yg melakukan solat sdgkan dia masih memakai wangi-wangian, maka solatnya tidak diterima sebagaimana hadis berikut.

"Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut)" (H.R. Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Sedangkan pemakaian wangian utk solat bagi wanita adelah dilarang, inikan pula utk keluar ke tempat2 awam, tak kesah la niat samada utk dipamerkan atau tidak bauan tersebut supaya org laen dpt menciumnya. Hukumnya tetap haram.

"Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina." (Hasan riwayat Ahmad, Nasa'i, Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa)

Terdapat persoalan "Apekah hukumnya jika terdapat perempuan yg keluar rumah, tetapi memakai ubat atau deodorant utk menghilangkan bau badannya yang kurang sedap?". Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat menyatakan jika ubat itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah dilarang, bahkan mesti dipakai utk mengelakkan rasa jijik org laen. Jika ubat tersebut menyebabkan bau wangi, maka hukumnya tetap dilarang. Tetapi jika bau wanginya sekejap sahaja, hendaklah tunggu sehingga bau tersebut hilang, barulah boleh keluar rumah.

Kesimpulannya, pemakaian minyak wangi beralkohol adelah DIHARUSKAN kepada lelaki sahaja tidak kira dalam solat atau tidak, tetapi hendaklah diteliti terlebih dahulu sumber alkohol yg digunakan. Wanita adelah DIHARAMKAN pemakaian wangian tidak kira dalam solat mahupun keluar berjalan2, melainkan utk suaminya sahaja.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

4 comments:

  1. woha....bini aku suka pakai minyak wangi banyak2...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.

    setuju!

    yup! konsep arak dan alkohol telah disalahertikan. dan ianya juga mentaliti orang terhadap arak 'adalah haram' maka di dalam minyak wangi juga adalah haram kerana memabukkan. walhal, penggunaan alkohol dalam minyak wangi berbeza dengan dalam arak.

    nice entry! salam ziarah. :)

    ReplyDelete
  3. s a r: terima kasih kerana melawat...singgah la lg..huhu

    severus: amboi dah ade bini skang...berpisah dgn ko dua bulan trus ade bini dh...pakai la byk2 utk ko, jgn dibawak kluar bini bersama minyak wanginya...woha

    ReplyDelete
  4. Ayuh promosi blog korang kat blog i...

    http://nyuting88.blogspot.com/

    ReplyDelete