I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 29, 2011

Himpunan Sejuta Belia 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, aku masih lg dpt menaip dalam blog ni lg utk tatapan korg semua (perasan popular). Kali ni kite santai2 sket la heh. Aku saje nak cite 'praktikal' aku minggu ni. Kali ni aku kena buat keje lapangan atau bahase omputeh fieldwork. Hari Sabtu bersamaan 28 Mei 2011, aku bersama beberapa org rakan telah berjalan2 di Putrajaya, sempena Himpunan Sejuta Belia 2011 (sejuta katanya).

Masa kami pg time tu kul 6ptg...keadaan mmg sesak, ye la mungkin hari minggu dan mungkin jgk memang sejuta orang ade kat sana kot. Parking keta punye la jauh, terpaksa la kami berjalan kaki sket menuju ke tapak Hari Belia Negara (HBN) yg sebenar. Bile dah smpi tapak sebenar, mmg besar kawasan tapak hari belia. Bleh la dikatakan booth ade dimana2 je. Kalo korg tak percaya, aku ade download peta kawasan HBN, korg tgk la sendiri.

Mula2 rase teruja la nak berjalan2 kesemua booth yg ada, jalan la dari Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) smpi la kt hujung (dekat2 dengan Masjid Putra). Bile nak patah balik je rase semput sbb jauh sgt (aku ok je member aku yg semput...huhu). Banyak jugak la booth2 yg menarik tp yg paling aku suke ade lah pameran kenderaan tentera, polis dan bomba. Teruja gile bile tengok motor besar polis, kereta Lancer polis (ke Inspira?), meriam tentera, lori hospital tentera, dan yg paling menarik lori mesin basuh tentera. Mmg banyak la booth2 yg ade tp aku tak sempat nak lawat semua.



Seronok2 gak, solat jangan lupe. Bile masuk waktu maghrib, kami pon pg solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau pon nama glamor nye Masjid Besi. Mmg bagus aktiviti HBN ni, walaupon ade hiburan dan jugak pameran2, tp pengisian rohani tidak dilupakan. Sblom masuk waktu solat Isyak, ade la Ustaz bg tazkirah masa tu (maaf xsempat bekenalan dgn die). Aku begitu tertarik ape yg die ungkapkan, ayat die lebih kurang mcm ni:

"Asal kite semua dari mana? Bukan Johor, bkn Perak, bkn Kedah. Tp asal kita semua dari syurga, dan kita sepatutnya kembali ke sana. Kenapa sy ckp kita semua dari syurga? Sbb kita semua adalah dari keturunan Nabi Adam dan Nabi Adam asalnya dari syurga, jadi kita semua patut kembali ke dalam syurga" Maka berusahalah kita semua (yg ni aku tambah sendiri)


Lepas je solat isyak dan solat sunat hajat, tgk2 jam dah pukul 9.30mlm. Ape lg, kami pon trus la cepat2 ke pentas utama. Sbb dari ptg kitorg smpi mmg dah penuh orang depan pentas tu. Sape artis yg hebat sgt dtg Putrajaya ni smpi ramai dh bekumpul sejak petang lg, padahal konsert mula pukul 10.00 malam. Rupe2nye SUPER JUNIOR-M yg buat persembahan.

Aku malas la nak cite ape beza SUJU-M dan SUJU yg biasa, ade bape byk SUJU lg, apsal SUJU ni nyanyi bahasa mandarin je? Kalo korang nak tau korang search la sendiri. Dah letih la aku menjawab dgn member2 aku (padahal tak tau sgt pon). Ade la 4 lagu aku dgr sebelum aku balik, walaupon tak paham. Bila nak balik je sesak dgn org, tak tau nak kuar ikut mana, siap ade yg nak pengsan lg. Akhirnya dapat jgk kuar dari tempat tu dgn selamat. Mmg satu kejadian ngeri kalo datang tgk konsert, rase macam dah insaf je takkan tgk konsert lg...huhu.


Walaupon program ni lebih banyak berbentuk hiburan, tp jangan la kite pilih benda2 ni (kurang2kan la). Ade banyak lg yg benda2 berfaedah yg boleh kite amek. Cthnya: ceramah agama di Masjid, pameran kerjaya dan usahawan, pesta buku dan majalah, pameran teknologi, aktiviti2 sukan mcm futsal dan sukan air, dan beberapa lg aktiviti yg berfaedah. Harap HBN masih dijalankan pada masa akan datang dgn menambah lebih byk aktiviti2 menarik lg.

Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri...Wallahualam~

p/s: lepas ni taktau lg tempat praktikal kt mana plak...hehe.

No comments:

Post a Comment