I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 11, 2011

Minum Berdiri di Pesta Buku Antarabangsa 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Rasenye ni entry terakhir untuk kenangan bulan April yang lepas. Kalo tak silap la, pada 27 April 2011 iaitu hari Rabu, aku bersama beberapa orang sahabat dan rakan-rakan telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Berbekalkan duit yang tidak seberapa (sbb dah hujung semester), ade yg bercadang nak beli buku yang murah2 je, dan ade juga yg bercadang utk pg jalan2 tengok2 je...hehe


Sebelum bertolak, kami sempat bertekak macam mane nak pg ke sana tanpa menempuhi pelbagai masalah. Ade yg bg cadangan nak parking moto kt KTM Serdang pastu naek train smpi Putra, ade yg nak naek bas metro smpi puduraya pastu naek LRT smpi PWTC (ni cadangan aku), dan ade plak yg sanggup berpanas naek moto je ke sana. Walau ape pon caranya, semua org selamat smpi ke destinasi.


Sesampainya kt sana, selepas solat zuhur kami pon memulakan langkah. Kami telah berpecah kepada tiga kumpulan (mcmane bleh berpecah pon aku tak tau). Walaupon hari tersebut bukan hari minggu dan masih lg dlm waktu bekerja, PWTC begitu sesak dgn orang yg kebanyakannye bebudak skola. Yg klakanya diorg semua beli komik Gempak, Gila-Gila dan yg sewaktu dengannya, biase la...blom matang lg kot.


Nak dipendekkan cite, semua orang ade membeli buku yg masing2 minat. Tidak ketinggalan aku, (ade gak beli...mane bleh kalah). Buku yang aku beli (tak banyak, satu je) adelah Sirah Nabawiyyah karya Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri yang diterjemahkan oleh Muhammad Ramzi Omar, cetakan keenam. Harga di pasaran adelah RM60 tp aku dapat tawar smpi harganya RM40 (student price katanya).
Ni la buku yang aku beli...tp tak sempat nak baca lagi
Mungkin ramai yg tertanya, antara beribu atau mungkin berjuta buku yg ade kt Pesta Buku tu, nape buku ni menjadi pilihan. Sbb aku tak byk duit masa tu, dan aku hanya perlu pilih buku yg terbaek saja untuk dibeli. Dan aku pilih buku ni sbb kite perlu la tau kisah Nabi kita sendiri. Jangan la kita hanya mengetahui sejarah runtuhnya kota Melaka, sejarah pembukaan Singapura atau Hikayat Merong Mahawangsa tetapi kisah2 keputeraan Rasulullah s.a.w., kisah2 baginda menerima wahyu, berdakwah, berhijrah, berperang, dan akhirnya wafat, kita tak tau pon.


Jangan la kita berlagak jika mampu menjawab apabila ditanya pada tahun bile Melaka diserang Portugis, atau bile Stamford Raffles membuka Singapura atau apakah nama tempat yg diperintah oleh Merong...tetapi apabila ditanya siapakah yang menjaga Rasulullah s.a.w. yg paling baginda sayangi setelah kedua ibu bapa baginda tiada, mengapa pada umur Rasulullah s.a.w. 50 tahun dikatakan pada tahun itu "Tahun Dukacita", atau apakah yang dilakukan oleh baginda pada hari-hari terakhir sebelum Rasulullah s.a.w. wafat?...kita tidak mampu untuk menjawabnya. Sekurang2nya dgn membeli buku ini atau yg seumpama dengannya kita boleh menambah pengetahuan mengenai kisah2 Nabi Junjungan kita sendiri, Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan kekasih ALLAH s.w.t.


Setelah hampir 6 jam berpusing2 dalam PWTC dan semua dah puas membeli, akhirnya kami berasa lapar dan kami pon mencari makanan di The Mall berhadapan je dgn PWTC tu. Setelah makan kami pon pergi utk menunaikan solat magrib di surau. Ade satu nasihat yang telah ditampal di dinding surau tersebut yang aku ingin kongsikan bersama dgn korang semua, dan aku yakin korang semua pasti pernah buat benda ni. Nasihatnya lebih kurang mcm ni:


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah dia berusaha untuk memuntahkannya." (H.R. Ahmad)

Aku yakin mesti korang semua penah buat kan? Maka lepas ni cuba la untuk kurangkan atau tak buat langsung perangai ni, sbb bila Rasulullah sendiri yang bersabda bg nasihat, maknanya ade la kemudaratan kalo kite minum atau makan sambil berdiri. Wallahualam.. Rasenye kalo korang rajin bleh cari sendiri kesan buruk jika kita minum sambil berdiri, mesti ada punya (maaf la, aku kurang rajin masa ni nak cari). Akhirnya kami pulang dan tiba di kolej lebih kurang pukul 11, hampir seharian keluar bejalan2 tp sekurang2nya dapat jugak ilmu yang baru.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam~

No comments:

Post a Comment