I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 19, 2011

Jangan Jadi Lilin

(sempena Hari Guru yang baru lepas...aku buat entry ni khas utk guru2 yang berada diluar sana...terutama kpd semua kawan2 ku yang sudah bergelar guru atau bakal menjadi guru nanti....maaf ayat mungkin agak skema dan puitis sket...huhu)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


"Guru adalah ibarat lilin....yang membakar diri untuk menerangi...berkorban diri demi kebaikan orang lain....itu lah satu simbol pengorbanan"

Mungkin ramai yang berpendapat spt ni. Menganggap guru2 spt sebatang lilin dalam sebuah bilik yg gelap. Memberi cahaya utk menerangi bilik tersebut. Perumpamaan tersebut lebih krg bermaksud guru2 la yang bakal mencorak masa depan anak2 muda di mana mereka2 masih tidak tau lg kemana halatuju mereka selepas ni (masih dlm kegelapan).

Menjadi guru perlu menempuh jalan yg penuh liku, dari ujian kepayahan, kesenangan hinggalah ujian kebosanan. Pengajaran seorg guru jgk bg aku adalah ibarat dakwah, kerana apa yg disampaikan adalah seni utk membentuk manusia. Bilamana usaha itu berkaitan dgn manusia, sudah tentu banyak keperitan dan kesusahan yg dialami bila berurusan dgn manusia.

"Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu" 
(H.R. At-Tarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Umar r.a.)

Jika usaha mengajar itu membawa sinar, maka sinar itu perlulah dijaga. Usaha menyinari manusia dan alam boleh membakar diri org yg menyerunya. Manusia penyeru (guru) boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana tidak mempedulikan diri sendiri. Sibuk mengajar atau mengajak org kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri sendiri musnah tanpa kebaikan yg sama (suruh org buat baik tp diri sendiri takde usaha utk jd baik).

"Guru adalah ibarat lilin"...mungkin pernyataan tersebut adalah salah. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. jgn la kita sewenang2nya nak menjadi lilin:

"Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar"

Lilin itu menyinar tetapi sinarnya adalah hasil dari dirinya yg terbakar. Ia memberi manfaat kpd org lain, tp membiarkan dirinya binasa. Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya menuju gelita dan binasa. Itulah yg sepatutnya guru2 kita elakkan.

Rasulullah s.a.w. berpesan lg dgn pesanan yg menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, baginda bersabda:

"Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai dan melupakan (kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya"

Seharusnya guru2 seperti ini, tahu mendidik org dan tahu juga mendidik diri sendiri. Perumpamaan yg baik itu ditujukan kpd seorg alim yang muallim. Seorg yg bkn sekadar tahu2 kemudian menyibukkn diri memberitahu, tp mudah lupe pada diri sendiri. Sesungguhnya manusia inilah yg sering menjadi lilin.

Tetapi lain plak citenya dgn pelita., menyinarkan cahaya utk org lain, dengan apa yg ada pada dirinya. Dirinya diberi hak yg sepatutnya utk terus bekerja dan berusaha. Ilmu, masa, tenaga...semua ni menghasilkan cahaya. Yg dikorbankan adalah kepentingan2 diri yg merugikan. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya menjadi mangsa yg terkorban.

Akhir kata, pesanan buat guru2, jgnla kamu terang sebatang hanya sepetang, kerana habis cair akibat terbakar. Jadilah lampu pelita yg sentiasa mengisi diri dgn bahan bakar utk terus bercahaya (diisi dgn ilmu penuh di dada).  Terbakarnya berterusan memberi manfaat, dan terus bekorban, bknnya tamat kerana menjadi mangsa yg terkorban, terkorban kerana lupe terhadap diri sendiri. 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'...SELAMAT HARI GURU

Segala yg baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t. dan yang buruk itu telah disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam...

p/s: aku bukan bermaksud kita tak boleh mengajar org lain sbb kita tak perfect... sekurang2nya kita ada usaha utk menjadi perfect... InsyaAllah

1 comment:

  1. Mungkin lilin yang dimaksudkan dalam peribahasa itu adalah sifat umur manusia itu sendiri yang pendek. Lilin sememangnya membakar diri, tanpa membakar diri, lilin tidak berguna dalam suasana yang gelap. Namun lilin punyai permulaan dan pengakhirannya. Mana mungkin sebatang mampu terbakar selamanya.


    Peribahasa itu mungkin berat lebih kepada umur, bukannya sifat leka manusia itu sendiri. Sudut pandangan asal pencipta peribahasa tersebut mungkin berbeza.

    ReplyDelete