Entry kali ni masih nak cite lg ape yg berlaku bulan lepas iaitu bulan April. Kali ni nak cite pasal Jamuan GBS 2011. GBS tu name penuhnya bknnye Geng Bas Sekolah tp sebenarnye Geng Budak Surau. Idea program ni dicetuskan oleh seorang sahabat aku saudara Hafis, yg berkeinginan utk makan simple2 je katanya pada malam meeting AJK surau pada malam tu.
Aku pon kononnye dtg meeting sbb nak tgk2 je, ape la yg slalu dibncgkn dlm meeting surau, kalo meeting budaya dan kiosk aku dah tau dah...makanya pd malam tersebut aku dtg la meeting, atas ajakan seorg lg sahabat, saudara Muhaimin (tp die plak yg tak datang...cis). Nk dipendekkan cite, tak semena2 aku dilantik menjadi Pengarah Program Jamuan tu.
Mula2 rase mcm nak tolak, tp bile pikir balek dah lame aku tak jd "orang kuat" dlm sesuatu event, kali terakhir pon masa aku jd MTM dulu. Jd aku gune peluang ni utk refresh balek semangat dan keazaman yg membara dalam diri aku utk menjadikan sesuatu program tu meletupz (perasan bagus).
First meeting mmg aku hang, tak kenal sesape melainkan bdk laki je. Agak malu2 jgk la aku dgn diorg ni terutama muslimah, ye la orang surau la katakan, nk pandang muke pon tak berani, aku pandang tmpt laen je (perasan beriman). Lepas bgtau ape yg patut dibuat, masing2 pon buat keje seperti yg diarahkan.
Lupe plak, mase dah dpt jawatan pengarah program tu, terus aku terbayangkan sesuatu yg diluar jangkauan pemikiran. Aku nak buat jamuan yg bukan sekadar makan2 je, tp ade gak permainan, dan aku nak buat benda ni kat luar. Perancangan asal nak buat dlm Dewan Kenyalang je, siap nk deklamasi sajak lg. Tp bg aku ni bkn cara yg terbaek utk meraikan Final Year dan utk menjadikan sesuatu memori terakhir yg terindah yg terpahat dlm hati masing2. Makanya aku pon mengeluarkan la idea ni kepada semua AJK dan mereka bersetuju. Nama program pon telah diubah menjadi Hari Keluarga Geng Bi'ah Solehah 2011.
Hari yg dinantikan telah tiba. Pada 19 April 2011 bertempat di Bukit Ekspo pada jam 8 pagi semua peserta telah berkumpul. Aktiviti pertama adelah sarapan ringkas iaitu makan kuih dan minum teh O. Pada hari2 sebelum ni kami AJK agak risau kalo2 hujan pada hari tersebut tp Alhamdulillah dgn izin Allah program dpt dijalankan, mungkin objektif kami baik iaitu nak mengeratkan ukhwah sesama muslim.
Selepas makan dlm pukul 9, permainan pon dimulakan. Muslimin dan muslimat telah dibahagikan tapak yg agak jauh supaya tak nampak la apa yang sepatutnya kita tak patut nampak. Maka aku sbg pengarah muslimin hanya dpt melihat game yg dijalankan di tmpt muslimin je. Aktiviti yg dijalankan agak menarik, peserta dilihat sungguh seronok dan aku mengharapkan mereka juga menganggap game tersebut menarik.
Game yg terakhir adelah game 'pecah belon di kaki' yg pesertanya hanyalah final year shj. Game yg terakhir agak ganas, masing2 cube memecahkan belon pihak lawan. Dan akhirnya tinggal la 2 org peserta iaitu saudara Rohaizam dan saudara Azizi. Rohaizam memulakan serangan dahulu tetapi smpt dielak oleh Azizi. Malangnya selepas beberapa kali percubaan Rohaizam telah terjatuh dan Azizi mengambil peluang utk memecahkan belon di kaki Rohaizam. Akhirnya kemenangan berpihak kpd saudara Azizi (mcm pengulas bola sepak plak).
Selepas game, tiba masa utk mkn makanan berat plak iaitu sphageti bolognese dan nasi tomato beserta air teh O sejuk (letak ais je yg pg td punye...hehe). Selepas makan, tiba la saat kemuncak iaitu penyampaian hadiah kepada final year yg hadir, mantan2 sekt sahsiah juga pemenang game tadi. Pemenangnya adelah group D utk muslimat dan group B utk muslimin (Budak Budak Budak....cheers diorang). Program tamat pada pukul 12tgh.
Akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yg menyokong program yg telah kami rancangkan dan aku nk ucapan terima kasih gak pada semua AJK yg terlibat dlm menjayakan program ni. Mintak maaf jika terdapat sebarang kekurangan, terkasar bahasa atau ape2 sahaja yg telah menyakitkan hati korang. Semoga pengarah program tahun depan bleh buat program yg lebih meletupz lg.....InsyaAllah
Sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu telah disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri sy sendiri. Wallahualam...
p/s: nak ucap terima kasih gak kt saudara Hasif sbb jd kameraman tak sengaja pd program tu, ni la antara hasil2 gmbr tangkapan beliau...
Alamak....malunya dimentionkan nama disini...huhuhu...thanxx chegon best lorr H.K.G.B.S 2011...huhuhu....tak sangka tetiba i sesat sama...hehe...
ReplyDeletehahaha...terima kasih nyut sbb join aktiviti ni
ReplyDeleterisau je aku tak ramai yang nak join...